Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 30 Jun 2009

Zambry, usah sibuk hal perdebatan UMNO-BN


Kat sini mAklonG pastekan laporan satu akhbar tabloid UMNO-BN ....
--------------------------------------------------------------------------
IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya bercakap berpandukan ilmunya sebagai Tok Guru, bukan mengikut emosi dan nafsu.

Zambry ketika diminta mengulas pelawaan Mursyidul Am Pas itu supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku antara Pas dan UMNO, juga berpendapat itu bukan jalan penyelesaian terbaik.
---------------------------------------------------------------------------------
Siapa yang ikut nafsu??? Pas bertindak atas nama Islam.Inilah yang akan terjadi bila sijahil bercakap tentang ilmu Islam. Yang mAklonG hairan negeri sendiri pun kemelut politik belum selesai, dengan rakyat Perak marahkan dia, dia boleh pulak nak sibuk hal perdebatan ini. Nampak sangat UMNo BeEnd Pusat ni penakut dan bacul sama macam UMNo BeEnd Perak, bacul dan takut nak bubar DUN. Inilah bukti perjuangan UMNo BeEnd adalah perjuangan batil, palsu, salah, jahat .... Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah ....

Sebagaimana Allah Firmankan dalam Surah Al Israk Ayat 81. A'uzubILLAHi minas syaitonnirrojim. "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." ShodaqALLAHul'Azim.

Allah tidak membenarkan perkara batil ini menang. Sudah tentu sibatil tidak mampu untuk melawan bila dicabar ....

Ada saja dolak daliknya. WAllahua'alam ....

Ahad, 28 Jun 2009

Mohd Fauzi Abdullah Calon PAS Manek Urai


Posted: 26 Jun 2009 02:58 AM PDT

Pemuda PAS Kuala Krai

MANEK URAI, 27 Jun : PAS Kelantan telah mengumumkan calonnya pada malam semalam di Markas UPU Manek Urai Lama oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat semalam.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Haji Ismail Yaakob atau Pak Su Wei meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setelah mengalami pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Arwah Paksu Wei @ Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Dalam majlis tersebut, orang ramai turut dapat mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB. Sdr. Saifudin Nasution (PKR) dan YB. Lim Kit Siang (DAP).


p/s: Gaya macam ghope Ustaz Mustapha Shaari je :)

Jumaat, 26 Jun 2009

Perginya Michael Jackson ....


Allah Berfirman dalam Surah Al Amnbiyak Ayat 35 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonnirrojim. "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." ShodqALLAHul'Azim.

Ingatlah, Michael Jackson yang disanjung berjuta juta manusia yang meminatinya, yang duitnya berkepuk kepuk dan berguni guni dalam simpanan bank pun MATI. Allah itu Maha Hebat lagi Berkuasa, inilah hakikatnya.

Allah Berfirman lagi dalam Surah Al Kahfi Ayat 7. A'uzubILLAHi minas syaitonnirrojim. "Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya." ShodqALLAHul'Azim.

Yang bermain dibenak mAklonG ni bukan apa. Betulkah Michael Jackson telah memeluk Islam dengan nama Mikail Jackson???? Harapan mAklonG biarlah desas desus itu benar belaka .... Mungkin beliau telah memeluk Islam. Mungkin beliau telah membaca Al Quran dan mendapat Petunjuk dari Nya ....

Mungkin beliau terbaca Firman Allah dalam Surah Al Mulk Ayat 2 yang bermaksud
A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "(Dialah Allah, ) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun," ShodaqALLAHul 'Azim ....

Mungkin juga beliau cuba untuk mengkaji apakah yang terkandung dalam Firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 102 yang bermaksud A'uzubILLAHi minas syaitonnirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. " ShodaqALLAHul 'Azim .... WAllahu'alam ....

REJAB BULAN ALLAH


Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........

Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita selami ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Pesanan pAklonG: marilah kita rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Rabu, 24 Jun 2009

sufina melangkah setapak lagi

Petang ni terasa lambat pulak...tik...tik...tik...ishh baru pukul 4. Ada sejam lagi..tik..tik..tik...Pas tu nak tunggu setengah jam lagi paklong ambik...itupun kalau jalan tak jem..ermm apa lagi,dail nombor makteh..bukan nak sembang ngan mak teh pun...saja nak sembang dgn sufina..tapi maklong sibuk mengomel ngan sufina..dia diam jer..rupa2nya mak teh dia bagitau yang sufina sedang menikmati keenakan buah betik..tak taulaa siapa yg beli..tak walidnya beli,maklang pun boleh jadi jugak.yang pasti bukan maklong yang beli...sufina sufina...nampaknya dalam usia merangkak ke tujuh bulan,dapat menikmati kenikmati buah betik yang Allah cipta..Buat maklang dan makteh tu tau ker kelebihan buah betik..Meh sini maklong nak bagitau sikit :



Carica Papaya L
  • Betik ditemui di tropika Amerika dan kini telah ditanam di semua kawasan tropika dunia.
  • Selain ia popular sebagai buahan segar yang enak, ramai yang tidak mengetahui khasiat yang terkandung di dalam betik.
  • Selain daripada buah, bahagian lain seperti daun, pucuk dan bunga boleh dimakan sebagai ulam atau dimasak.
  • Biji betik boleh ditumbuk lumat untuk membuang cacing, atau ditampal pada kawasan yang disengat binatang berbisa.
  • Buah muda boleh direbus dan diminum untuk merawat penyakit darah tinggi dan mengurangkan kesakitan kaki bengkak.
  • Getah betik digunakan untuk menyembuhkan kurap, dan merawat batuk.
  • Lagi satu betik ni nak bagi mudah membuang...hehehe ( mesti kes sufina susah nak ooo oooiuh)

kalau nak tau lebih lagi pasal betik bolehler belek2 kat sini. kat sini lagiiii banyak.

INDAHNYA AKHLAK ISLAM

Assalamualaikum.
Dah belek ker gambor ni?Maklong rasa tentu ada yg belum sempat membeleknya.Begitulah indahnya hubungan ini kalau diasaskan dengan ajaran Islam.Tengokla apalah cerita yang begitu lucu dari Ustaz Nasa sampai Tok Guru tersenyum girang..Hanya musuh-musuh Islam sahaja yg suka melaga-lagakan mereka.Wallahua'lam

SELAMAT DATANG REJAB

Assalamualaikum semua.Sedar tak sedar kita berjumpa lagi dengan bulan Rejab. Bersyukur Maklong kepada Allah SWT yang melanjutkan lagi usia Maklong,Paklong dan semua kita sehingga dapat kita bertemu lagi di hari yang mulia ini. Pada hari ini kita sudah berada dalam bulan Rejab..Ehh kejap..kejap..ni cakap pasal bulan Rejab,dah hafal ker bulan2 Islam ni...Kalau belum hafal,Maklong nak import cikgu PASTI nak suruh ajor sapa yang tak hafal lagi bulan2 Islam ni..Boleh Maklong import Cikgu Ida n Cikgu Syud...Dema dah pakar dah pasal bulan2 Islam ni...Kalau tak caya,cuba test try..hehehe...

Bulan Rejab iaitu salah satu daripada 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firman Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 36: Maksudnya : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati . Itulah ( ketetapan ) agama yang lurus maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat, dan perangilah orang-orang musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya ; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa " Rejab dari segi makna bahasa ialah menghormati dan memuliakan. Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut dan dicerobohi. Pada ayat yang dibaca diatas tadi Allah SWT melarang kaum muslimin berperang atau bergaduh malah diperintahkan kita menghormati dalam bulan-bulan haram tersebut dengan cara tanpa melakukan pergaduhan, pertelingkahan dan peperangan dalam masa bulan-bulan itu. Hanya dibenarkan oleh Allah SWT sekiranya kita kaum muslimin diugut, diancam atau dicerobohi barulah ketika itu kita memerangi mereka sebagaimana mereka memerangi kita tanpa kita melampaui batas.

Jadi buat Paklong dan adik2 Maklong nampak gayanya kenalah berpuasa tak boleh gaduh dengan Maklong pada bulan2 yang disebutkan tadi...Kepada Sufina pulak....kena lebih tabik hormat kat Maklong,paklong,pakngah,makngah,maklang,makteh,makcu...oppps mak su,opah,tok dan semestinya kat umi dan walid sufina...janganlah buat lagu dalam tangisan.Wallahua’lam.



Isnin, 22 Jun 2009

MANTOP....MANTOP....

Assalamualaikum Paklong dan semua pembaca.Paklong dah baca cerita menarik hari ni...Tapi Maklong rasa Paklong mesti belum baca lagi.hehehe. Biasanya Paklong baca dan ulas apa yang Maklong baca.hehehe.Jangan marah Paklong...Baru jab ni,Maklong baca kisah di tempat SU Politik MB Perak,Ustaz Misbahul Munir.Nak tau???Ermm agak mantap jugak Usrah di kawasan Ustaz misbah..Nak tau sebab apa Maklong kata mantap...JENG...JENG... JENG...Nak tau,meh ler kat sini..So macam mana Paklong???Tak nak cuba ker jemput2 apek2,nyonya2,aci2 kat tempat kita pulak..Sekadar melontarkan idea..Tak salah kan?Cubaler risik2 dan lontarkan cadangan kat KUU nya..Wallahua'lam

TIP MENYAHKAN LIPAS





Lipas merupakan sejenis serangga perosak yang tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki. Bagi Maklong,lipas adalah salah satu serangga yang Maklong amat2 geli. Bukan Maklong saja, tetapi adik beradik Maklong dan termasuklah emak Maklong amat geli dengan makhluk Allah yang satu ni.Kalau dia berterbang2 mencari tempat landing ataupun sedang mencari pasangan,siaplerr kat dalam rumah tu,riuh sekampung akibat terjerit2 untuk melarikan diri dari si lipas tu.Kadang-kadang bukan kami sengaja nak bunuh dema tetapi dema mati sebab ter'accident' dengan kami.hehehe. Sedang sibuk Maklong melayari internet hari ni,untuk mendapat cerita2 terkini,maka terjumpalah Maklong dengan info berkenaan dengan lipas ni..Elokler jugak dibaca klik disini sebagai panduan kepada kita untuk menghindarkan diri daripada makhluk ini.hehehe

Ahad, 21 Jun 2009

Ulamak UMNO?

Allah Berfirman dalam Surah Al An'am Ayat 112. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. "ShodaqALLAHul'Azim ....


RASA nak termuntah apabila mAklonG menonton berita baru baru ini. Terpaculnya Mukhriz Tun Mahathir di muka TV dan bercakap seperti Ketua Pemuda Pas lagaknya yang membicarakan tentang hukum `perpaduan' di dalam Islam. mAklonG ingatkan Mukhriz ni tahu pasal `berpadu' sahaja (seperti gambar di tepi ni), rupa-rupanya anak Tun Mahathir ini juga boleh dianggap `ustaz' kalaupun bukan Ulamak. Inikah rupa seorang ulamak???? Inilah syaitan UMNO yang berretorik lagi munafik cuba untuk bercerita tentang hukum Islam sedang dirinya sendiri ikut cara hidup kuffar !!!!

Orang macam ni kita nak kena dengar fatwa dia ???? WAllahua'alam ....

Sabtu, 20 Jun 2009

Pemimpin PAS sebenarnya boleh dipimpin oleh orang Cina - Mursyidul Am



MERAGUKAN dan kurang bijak. Itulah yang boleh mAklonG simpulkan dengan pemilihan AJK baru yang dilantik. Itulah yang berlaku di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan baru baru ini.

Berikut adalah senarai perlantikan yang baru dibuat di dalam mesyuarat tersebut, dan seperti biasa ahli-ahli Pas diajar untuk `wala', kepada senarai ini:

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

mAklonG merasa agak pelik ke mana `hilang'nya Dato Anuar Tan seorang pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam Pas? Beliau telah beberapa penggal berada di dalam saf kepimpinan Pas Pusat dan jasanya untuk menarik sokongan kaum Cina tidak boleh dipertikaikan. Bukankah Pas sekarang begitu hebat untuk mempromosikan parti kepada kaum yang selama ini begitu takut kepada Pas?

Dato Anuar Tan tidak mendapat cukup undi daripada perwakilan bagi membolehkannya berada dalam saf kepimpinan tetapi salahkah jika beliau dilantik di dalam AJK ini sebagai mewakili kaum Cina? Memang benar, perlantikan jawatan ini adalah budi bicara Presiden mahu pun ahli mesyuarat, tetapi tidak adakah seorang pun yang terfikir betapa perlunya seorang pemimpin berbangsa Cina berada di dalam Saf kepimpinan Pas?
Begitu juga dengan dengan Blogger terkenal dengan jolokan CINA ISLAM juga iaitu YB Dun Titi Serong (YB ada bertanding ke?). mAklonG berharap perkara ini tidak dipandang sepi oleh Pas, tetapi jika keputusan yang telah dibuat perlu ditaati, apa yang boleh dikatakan lagi.

Wahai ahli PAS yang bermula dari akar umbi hingga ke saf kepimpinan sekelian yang berjuang Islam sebagai landasan, renung dan fikir fikirkan petikan Sabda Rasulullah SAW ini ....

"Barangsiapa menolak ketaatan (membangkang) dan meninggalkan jama'ah lalu mati maka matinya adalah jahiliyah, dan barangsiapa berperang di bawah panji (bendera) nasionalisme (kebangsaan atau kesukuan) yang menyeru kepada fanatisme atau bersikap marah (emosi) karena mempertahankan fanatisme (golongan itu) lalu terbunuh, maka tewasnya pun adalah jahiliyah." (HR. An-Nasaa'i)

WAllahua'alam

Ahad, 14 Jun 2009



Mintak tolong jangan beriman (percaya) pada dakyah dan media ciptaan orang yang tak mahu Al Quran sebagai panduan hidup yang ingin melihat perpecahan dan suka melihat Jemaah Islam hancur.

Allah SWT Berfirman dalam Surah Al Israk Ayat 53 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku: "Hendaklah kamu mengucapkan perkataan yang lebih baik (tentang kebenaran Al Quran). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan (pergaduhan, perbalahan, pertelingkahan) antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." ShodaqALLAHul'Azim.

Banner di atas adalah dakyah iblis dan syaitan yang suka melihat jemaah Islam berpecah.
Jangan main ikut atau sokong suatu perkara kalau kita tak tau/takde ilmu tentangnya sebab semua perbuatan kita akan ditanya kelak ....

Allah SWT Berfirman dalam Surah Al Israk juga Ayat 36 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan janganlah kamu mengikuti (ikut, taat, buat, sokong, setuju, bantu) tentang apa yang kamu tidak mempunyai (SUMBER YANG SAH) pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung jawapan (di akhirat kelak)." ShodaqALLAHul'Azim ....

Sebuah hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Bakrah R.A berkata:Bahwa Rasulullah SAW menggolongkan persaksian palsu termasuk termasuk dalam dosa dosa yang paling besar." HR Muttafaqun 'Alaih dalam hadis yang panjang ....

WAllahua'alam....

Khamis, 4 Jun 2009

PEROKOK~TERUS DIBURU NASIHAT

Salam... Dalam sibuk negara dikejutkan dengan macam-macam isu runtuh,runtuh bangunan,runtuh bumbung stadium,runtuh rumah tangga,runtuh moral dan akhlak dan mcm2 runtuh,satu fenomena baru telah secara sedar atau tidak telah dikuatkuasakan pada pengeluar rokok sekalian iaitu gambar yg boleh dianggap ngeri untuk ditatap.Bukan sahaja oleh perokok itu sendiri tetapi kawan si perokok,saudara si perokok dan kerabat si perokok.

Tetapi adakah impak gambar tersebut boleh menggerunkan si perokok? Tepuk dada tanyalah iman.

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia