Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 29 September 2009

Pemimpin Dijahatkan !!!!


PORT DICKSON 29 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Lagi di sini.

Akhirnya, pelingkup harta rakyat dipilih juga untuk dijadikan calon BN bagi PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Terpulanglah kepada rakyat Bagan Pinang bagaimana. Congak-congaklah sendiri.

Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W ini : "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan pemimpin-pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan ulama-ulama mereka menangani hukum dan perundangan. Juga Allah jadikan harta-benda di tangan orang-orang yang dermawan. Namun, jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum maka Dia menjadikan pemimpin-pemimpin mereka orang-orang yang berakhlak rendah. DijadikanNya orang-orang dungu yang menangani hukum dan peradilan, dan harta berada di tangan orang-orang kedekut." (HR. Ad-Dailami)

WAllahua'alam ....

Isnin, 28 September 2009

RAKYAT YANG JAHAT AKAN MEMILIH PEMIMPIN YANG JAHAT


KUALA LUMPUR, Sept 27 — DAP secretary-general Lim Guan Eng believes that it would be impossible for Pakatan Rakyat (PR) to dislodge Umno from Bagan Pinang if Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad is nominated as the candidate. For futher info, click here.

Kalau Isa Samad yang dicalonkan, BN akan menang ? Tak mustahil. Itu perkara biasa yang fitrahnya begitu sebabnya siapa yang memilih pemimpin jahat kalau bukan rakyat jahat. Tapi ingatlah Firman Allah yang Memberi amaran keras kepada rakyat satu-satu masyarakat supaya berhati-hati dalam pemilihan calon sebagai pemimpin mereka dan azab yang pedih sedang menanti mereka sekiranya mereka memilih pemimpin yang terbukti kezaliman dan kejahatannya.

Allah Berfirman dalam Surah Saba' Ayat 31 hingga 33 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan orang-orang kafir berkata: "Kami sekali-kali tidak akan beriman (percaya) kepada Al Quran ini dan tidak (pula) kepada kitab yang sebelumnya." Dan (alangkah hebatnya) kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka melontarkan perkataan kepada sebahagian yang lain; orang-orang yang dianggap lemah (rakyat) berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri (pemimpin) : "Kalau tidaklah kerana kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman." Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: "Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu (Islam) datang kepadamu? (Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa." Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "(Tidak) sebenarnya tipu daya(mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir (ingkar) kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya." Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan." ShodaqALLAHul'Azim.

Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa penyesalan yang tiada penghujung terhadap rakyat yang memilih pemimpin yang zalim dan jahat sebagai pemimpin (ketua rumah, ketua kampung, ketua cawangan, penghulu, tok sidang, ketua bahagian, wakil rakyat, menteri besar, mufti mahupun perdana menteri) yang mana kedua-dua golongan ini iaitu antara rakyat dan pemimpin mereka akan dicampakkan ke dalam neraka !!!!

WAllahua'alam ....

Undang-undang dibobrokkan, Rakyat Dibodohkan


Kuala Lumpur - Tindakan menyerahkan memorandum untuk memanggil satu penyiasatan segera terhadap kematian dalam penjara A Kugan kepada Istana Negara, semalam, gagal setelah polis tidak membenarkan lebih dari tiga orang berjumpa dengan wakil istana.

”Orang ramai haruslah menghormati kediaman Yang di-Pertuan Agong dan peraturan-peraturan negara,” kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi di sini, semalam. Berita ada di sini.

Inilah slogan 1Malaysia jahannam UMNO. Mana dia Rakyat Didahulukan ???? Mana ???? Undang-undang ni siapa yang buat ???? Sampai bilakah kes pembunuhan kejam terhadap A Kugan yang dibunuh dalam lokap polis ini akan terbela ????

Nabi S.A.W bersabda:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa yang zalim) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

(Riwayat Muslim)

Keterangan hadits :

Kebenaran sabdaan Rasulullah S.A.W ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan penguasa seperti polis dan sebagainya yang suka memukul orang dengan cemeti dengan menyiksa orang dalam tahanan tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba dan undang-undang ciptaan mereka sendiri serta meninggalkan Undang-Undang Islam. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan di rambutnya digerbangkan serta ada sanggul yang besar, seperti goh unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

p/s mAklonG : Cuba perhatikan rambut bini Najib dan bini Rais Yatim, macamana ?

WAllahua'alam ....

Ahad, 27 September 2009

Zahid Hamidi Tetap Mahu Mengheret ATM Dalam Kancah Politik Jahat UMNO


Bagan Pinang - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu memberi amaran kepada Dato’ Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan mengheret angkatan tentera Malaysia ke kancah politik. Berita sahihnya di sini.

Sebenarnya telah lama Zahid Hamidi menggunakan ATM sebagai jentera pilihanraya UMNO/BN semenjak di Permatang Pasir lagi. Mari kita imbas kembali video ini.






SEPAKAT (UMNO), ATM tawar pemeriksaan kesihatan

Bloggers PAS/PR : Jangan Jadi Kuli Batak UMNO !!!!


Kalau nak hentam pimpinan PAS atau Pakatan Rakyat lebih baik jangan jadi blogger PAS atau Pakatan Rakyat. Baik jadi kuli batak atau balaci UMNO. Lepas tu mintak upah pada UMNO kerana tolong hancurkan PAS. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan. Macam ni.

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab, akhlak Islam dan disiplinnya. Pimpinan PAS juga bukannya ma'sum (yang suci dari dosa) hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger PAS semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar PAS meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers PAS tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah dajjal media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato' Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu saya menyeru bloggers-bloggers PAS agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

YDP PAS Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO.

Tingkatkan kefahaman tentang parti. Fahami istilah wala' dan tsiqah pada pimpinan. Dato' Hassan Ali adalah Pesuruhjaya PAS Selangor yang jawatannya dilantik oleh Presiden PAS dengan cara berbai'ah.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Fath pada Ayat 10 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah[1396]. Tangan Allah di atas tangan mereka[1397], maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar." ShodaqALLAHul'Azim.

[1396]. Pada bulan Zulkaidah tahun keenam Hijriyyah Nabi Muhammad s.a.w. beserta pengikut-pengikutnya hendak mengunjungi Makkah untuk melakukan 'umrah dan melihat keluarga-keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Sesampainya di Hudaibiyah beliau berhenti dan mengutus Utsman bin Affan lebih dahulu ke Makkah untuk menyampaikan maksud kedatangan beliau dan kamu muslimin. Mereka menanti-nanti kembalinya Utsman, tetapi tidak juga datang kerana Utsman ditahan oleh kaum musyrikin kemudian tersiar lagi berita bahawa Utsman telah dibunuh. Kerana itu Nabi menganjurkan agar kamu muslimin melakukan bai'ah (janji setia) kepada beliau. Merekapun mengadakan janji setia kepada Nabi dan mereka akan memerangi kaum Quraisy bersama Nabi sampai kemenangan tercapai. Perjanjian setia ini telah diridhai Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surah ini, kerana itu disebut Bai'atur Ridwan. Bai'atur Ridwan ini menggetarkan kaum musyrikin, sehingga mereka melepaskan Utsman dan mengirim utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan Shulhul Hudaibiyah.

[1397]. Orang yang berjanji setia biasanya berjabat tangan. Caranya berjanji setia dengan Rasul ialah meletakkan tangan Rasul di atas tangan orang yang berjanji itu. Jadi maksud tangan Allah di atas mereka ialah untuk menyatakan bahwa berjanji dengan Rasulullah sama dengan berjanji dengan Allah. Jadi seakan-akan Allah di atas tangan orang-orang yang berjanji itu. Hendaklah diperhatikan bahawa Allah Maha Suci dari segala sifat-sifat yang menyerupai makhluknya.

Kita ni sapa, apa dalam parti? Muhasabah diri dulu sebelum mengkritik orang lain. Bloggers yang bertindak tanpa ilmu dan kefahaman sama macam babi yang buta. Menyondol tanpa hala tuju.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah An Nisaa' pada Ayat 59 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu (pepimpin Jema'ah Islam). Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu (janganlah mengkritik), maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (hadis dan sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." ShodaqALLAHul'Azim.

Ayat ini ayat jelas, fi'lul amri lil wujub atau perintah yang wajib dan ianya menjelaskan kepada kita tentang sifat wala', taat dan patuh kepada pemimpin Islam. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya bermaksud kita akan dapat kesimpulan dan jalan penyelesaian dari pertelingkahan jika kita rujuk balik pada Al Quran, Hadis, ijma' ulama dan qias. Kalau sebaliknya, sama le macam UMNO/BN.

Nabi S.A.W juga bersabda supaya kita sentiasa beringat, "Barangsiapa tidak menyukai sesuatu dari tindakan penguasa (pemimpin) maka hendaklah bersabar. Sesungguhnya orang yang meninggalkan (membelot) jamaah (Islam) walaupun hanya sejengkal maka wafatnya tergolong jahiliyah." (HR. Bukhari dan Muslim)

"Hendaklah kamu mendengar, patuh dan taat (kepada pemimpinmu), dalam masa kesenangan (kemudahan dan kelapangan), dalam kesulitan dan kesempitan, dalam kegiatanmu dan di saat mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan sekalipun keadaan itu merugikan kepentinganmu." (HR. Muslim dan An-Nasaa'i)

"Barangsiapa menghina penguasa Allah (yang mahu menegakkan Islam) di muka bumi maka Allah akan menghinanya." (HR. Tirmidzi)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 26 September 2009

Mahathir akan keluar dari UMNO ????



Akhir-akhir ini kenyataan-kenyataan Tun Dr. Mahathir seolah-olah beliau masih presiden Umno. Terbaru berkaitan dengan siapa calon Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Berita dan ulasan yang berkaitan dengan Dr. Mahathir kebelakangan ini seperti mengulangi episod 'perang dingin' Dr. Mahathir-Pak Lah tidak lama dulu yang membawa kepada keluarnya beliau dari Umno. Sumber cerita dari sini.

Sebenarnya sebelum ini pun beliau pernah keluar dari UMNO pada 26 September 1969 pada zaman Tunku Abdul Rahman dulu kerana dipecat keahliannya. Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Ceritanya di sini.

Setelah selama 22 tahun menjadi PM (Perosak Melayu) dan diganti oleh Pak Lah Orang Badwi. Pada 19 Mei 2008, sekali lagi beliau keluar dari UMNO kerana beliau tidak bersetuju gaya perjalanan parti kebangsaan itu yang dipimpin oleh Pak Lah. Memetik kata-katanya, bahawa beliau takkan masuk UMNO sekiranya Pak Lah masih memimpin parti bangang itu. Ceritanya di sini.

Namun, akhirnya Mahathir Mohammad Kutty ni menjilat ludahnya semula pada 04 April 2009 kerana lega Pak Lah dah berambus dan kemasukan semula beliau ke dalam UMNO dengan harga RM 2 itu, menggembirakan Najib Altantuya bersama ahli-ahli UMNO yang bangang diketika itu. Ceritanya di sini.

Perkembangan karier politik orang tua nyanyuk ni memang mengarut dan dah macam biskut chipsmore. Kejap ada dalam UMNO, kejap takde. Kejap masuk kejap nak keluar balik.

Lebih kurang macam Chua Soi Lek pulak. Dulu Soi Lek pun pernah dipecat keahlian MCA nya disebabkan masalah moralnya yang terlibat dengan skandal dvd lucah yang berlaku pada hujung 2007.

Pada Januari 2008, Chua melepaskan semua jawatan yang disandang sebagai hukuman kepada perbuatan sialan beliau. Namun pemilihan parti MCA Oktober tahun lalu menyaksikan Chua di lantik semula ke Timbalan Presiden MCA selepas meraih sokongan kuat dari akar umbi. Sekarang ni apa jadi? Kena pecat balik. Sekali lagi isu dvd lucah tu dibongkar balik.

Macam-macam karenah la UMNO/BN ni ....

Apabila PAS dilanda krisis ....

Oleh Ustaz Al Bakistani

Setiap kali krisis yang melibatkan PAS berlaku, pasti mengingatkanku kepada tokoh politik yang hebat ; Ustaz Fadzil Noor. Pak Subki pernah bercerita, ketika krisis tuduhan Khalwat yang melibatkan Mat Sabu, sesuatu keputusan cepat-cepat dilakukan, agar tidak melahirkan krisis yang berlanjutan. Perdebatan secara ilmiyyah dilayan oleh ustaz Fadzil Noor sedemikian rupa, demi mencari penyelesaian yang jitu dan tuntas.

Ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Harun Taib berbeza pendapat dan hujjah dalam menentukan, apakah Mat Sabu patut dikenakan tindakan disiplin ataupun tidak. Segala hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh dua tokoh ulama ini, didengari rapi oleh Ustaz Fadzil Noor, yang akhirnya pendapat Ustaz Harun Taib diterima, disamping memberi penghormatan terhadap hujjah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Aku pernah diceritakan oleh salah seorang kawan yang agak rapat dengan Ustaz Fadzil Noor, malah berjawatan ketika itu bahawa beliau amat berani ‘sound tepat’ kepada mana-mana ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mengantuk dalam mesyuarat PAS Pusat.

”kalau hang nak tidoq, hang pi balik. Hang mai sini nak Tidoq ka, hang nak meeting ?” Sound tepat Ustaz Fadzil Noor kepada salah seorang Ahli JawatanKuasa PAS dari negeri Kedah yang kelihatan seperti terlentok dalam satu mesyuarat PAS Pusat ketika itu.

Diceritakan juga, walaupun Ahli jawatankuasa itu di ’Sound tepat’ sekalipun, ternyata dengan gaya kepimpinan ustaz Fadzil Noor, Ahli jawatankuasa itu tidak pernah merasa marah atau terasa hati, malah tetap menyayangi Ustaz Fadzil Noor.

Apabila kita melihat keberadaan Ustaz Fadzil Noor ini, tidak hairanlah ramai yang menghormati beliau, malah amat ’respek’ dengan gaya kepimpinan beliau. Justeru, tidak hairanlah, sebarang kemelut dalaman berjaya diselesaikan dengan baik dan jitu.

Keberanian beliau dari sudut mengemukakan satu tindakan politik yang luar jangka, amat mengkagumkan. Jika kita menyusuli sejarah perjuangan PAS pimpinan Ustaz Fadzil Noor, beliau adalah antara orang-orang penting dalam penubuhan Angkatan perpaduan Ummah (APU) yang melibatkan beberapa parti-parti yang tidak sebulu dengan UMNO; antaranya adalah Semangat 46. Dengan kerjasama politik itu menyebabkan PAS berjaya merampas Kelantan dari tangan barisan Nasional pada tahun 1990 dan kekal sehingga hari ini.

Pun begitu, disebabkan ketidakikhlasan semangat 46 dalam kerjasama APU, menyebabkan mereka dengan sendirinya keluar dari APU, seterusnya ramailah pimpinan semangat 46 ketika itu menyertai PAS.

Begitu juga di kala Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, seterusnya ditangkap. Sekali lagi Ijtihad berani telah dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor; iaitu dengan menubuhkan GERAK yang merupakan satu badan yang dengannya lahir Barisan Alternatif (BA).

Ketika itu, pimpinan parti Keadilan Nasional (PKN) agak kelam kabut dengan kejadian yang menimpa, menyebabkan Ustaz Fadzil Noor sendiri melancarkan GERAK di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar pada 27 September 1998 yang disertai ribuan rakyat.

Hasil dari kebijaksanaan ini, masakan masalah dalaman PAS, masalah luaran PAS pun dapat diselesaikan dengan tuntas, menyebabkan PAS mendapat kemenangan yang agak dibanggakan juga dengan berjaya mempertahankan kerusi PAS di kelantan, dan merampas Terengganu dari tangan Barisan nasional pada PRU tahun 1999.

Malah, menurut sebahagian penganalisa politik, ramai dari kalangan mereka beranggapan, kejayaan PAS, DAP dan PKR dalam tsunami politik 8 mac 2008 sehingga terlahirnya pakatan Rakyat pada hari ini, merupakan kesan dari pemikiran ustaz Fadzil Noor.

Inilah Ustaz Fadzil Noor yang amat dibanggakan. Kebijaksanaan beliau dalam berpolitik tidak dapat disanggah lagi. Beliau disegani kawan dan lawan, malah berjaya menyelesaikan sesuatu kemelut dengan segera.

Pemergian beliau ditangisi ramai pejuang islam di dunia. Walaupun beliau telah meninggalkan kita, tetapi perjuangan beliau tetap diteruskan oleh ramai anak-anak didik beliau.

Apakan daya. Beliau sudah meninggalkan kita. Siapakah lagi yang dapat menggantikan beliau selepas ini? kita masih menunggu...

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani

Bagan Pinang : UMNO tak selamat !!!!

PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang walaupun beliau menganggap "kerusi itu agak selamat". Sumber berita dari sini.

Perkataan "kerusi itu agak selamat" tu maknanya kurang selamat atau tidak selamat. Khairy sendiri mengakui bahawa BN mungkin akan terlingkup di Bagan Pinang. Itu yang dia harap sangat untuk menang. Kalau kalah bererti, kehancuran UMNO/BN mula menampakkan tanda-tanda kematiannya pada PRU 13 nanti. Nampaknya KJ sependapat dengan Che Det walaupun dia tak menampakkan dirinya menyokong Che Det. Che Det hingga kini berkeras tidak bersetuju Isa Samad dicalonkan di Bagan Pinang. Di sini beritanya. Namun ahli UMNO diperingkat bawahan tetap mahukan penjenayah rasuah itu dicalonkan bagi PRK ini. Bagus-bagus, perpecahan dalam UMNO ni lah yang kita inginkan. Yakinlah perjuangan munafik ini selamanya takkan dapat bersatu selagi mereka berjuang atas nama taghut dan kebangsaan.

Allah Berfirman dalam Surah Al Hashyr pada Ayat 14 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." ShodaqALLAHul'Azim.

Nabi S.A.W juga mengingatkan:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: "Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". (Riwayat Ibnu Majah)

WAllahua'alam ....

Isa Samad mula kemaruk nak jadi calon


PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini. Berita lagi di sini.

Sudah menjadi lumrah pencalonan apa sahaja jawatan dalam UMNO, ahli puak jahiliah ni berebut-rebut untuk menjadi calon. Kenapa jadi macam tu ???? Sebabnya ada "masyuukk" dan harta amanah untuk rakyat dijadikan perniagaan yang menguntungkan. Sedangkan jawatan itu adalah amanah. Amanah yang semestinya akan ditanya di mahkamah agung Allah kelak. Jangan adanya dikalangan pendokong Islam, umumnya PAS ada yang seperti ini.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Ahzab pada Ayat
72 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim."Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, " ShodaqALLAHul'Azim.

Rasulullah S.A.W juga mengingatkan: "Jawatan (kedudukan) pada permulaannya penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan (penyesalan hati) dan pada akhirnya azab pada hari kiamat." (HR. Ath-Thabrani)


Keterangan:

Hal tersebut kerana dia menyalahgunakan jawatannya dengan berbuat yang zalim dan menipu (rasuah dll).


WAllahua'alam ....

Jumaat, 25 September 2009

Parti Makkal Sakti bukan anggota Hindraf


PM lancar Parti Makkal Sakti 10 Oktober

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijadual melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini, 10 Oktober ini. Berita lagi di sini di siniiiii.

Namun kesahihan berita ini dicurigakan. Lalu ianya disanggah oleh P. Waytha Moorthy, Pengerusi Hindraf.

Parti Makkal Sakti Malaysia is not HINDRAF

There seems to be convoluted agenda to draw simiarility on Parti Makkal Sakti Malaysia (PMSM) to HINDRAF.

PMSM is headed by one Thanethiran, formerly a coordinator for the HINDRAF movement briefly during the height when HINDRAF leaders were in ISA and in exile. There is a clear distinction between the objectives of both organization as one is political and the other a NGO. Further info get here.

Berhati-hatilah kita dan jangan mudah terpedaya dengan dakyah-dakyat licik lagi jahat dari UMNO/BN. Allah Berfirman dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 73 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu[205]. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk (yang harus diikuti) ialah petunjuk Allah, dan (janganlah kamu percaya) bahawa akan diberikan kepada seseorang seperti apa yang diberikan kepadamu, dan (jangan pula kamu percaya) bahawa mereka akan mengalahkan hujjahmu di sisi Tuhanmu." Katakanlah: "Sesungguhnya kurniaan itu di tangan Allah, Allah memberikan kurniaan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui"; ShodaqALLAHul'Azim.

[205]. Kepada orang-orang yang mengikuti agamamu maksudnya: kepada orang yang seagama dengan kamu (Yahudi/Nasrani) agar mereka tak jadi masuk Islam atau kepada orang-orang Islam yang berasal dari agamamu agar goncang iman mereka dan kembali kepada kekafiran.

WAllahua'alam ....

apa punya bangang la

GAMBAR anggota polis trafik yang diletakkan di Kilometer 395.3 arah selatan di Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Tanjung Malim ini kononnya bertujuan menakutkan pemandu supaya tidak memecut melebihi had laju. Persoalannya, adakah kaedah ini berkesan mendidik orang ramai mematuhi peraturan supaya nahas dapat dikurangkan kerana lazimnya pemandu akan memecut semula selepas mengetahui mereka tertipu. - Foto Effendy Rashid

Sumber gambar ni di sini. Gambar bodoh hari ni. Teringat masa kecik-kecik dulu kat bendang kan ada orang-orang (patung) yang diperbuat dari jerami padi untuk menakut-nakutkan binatang daripada memakan padi. Bila diperhatikan, direnungkan, manusia sekarang ni pun dah sama macam binatang. Kan kan kan ..... hehehehe

Allah Berfirman dalam Surah Al Furqaan pada Ayat 44 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

UMNO telah lama mencemari institusi diraja dengan politik jahat


KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka. Lagi berita kat sini.

Sebelum ni pun, apa dah jadi dengan Perak kita ni? Bukan ke Najib telah menghadap Sultan Perak sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas? dan banyak lagi kezaliman yang UMNO dah buat terhadap kita dengan menggunakan kuasa istana.
Klik pada gambar sebelah ni.

Musuh Mula Menyerang Kita !!!!


BANTING, 24 Sept (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan gabungan parti pembangkang sebagai satu pakatan tidak rasmi dengan setiap parti terbabit mempunyai haluan berbeza selepas pilihan raya umum lepas. Sumber berita dari sini.

mAklonG bukan apa, risaukan ada sesetengah pihak di kalangan pendokong Kerajaan Pakatan Rakyat akan terpengaruh, terpercaya, terikut-ikut dengan dakyah jahat UMNO/BN sekarang ni. Dipanjatkan doa ke hadhrat Allah, semoga Allah semoga tidak Membolak-balikkan hati-hati dikalangan kita lalu terpesong imannya kerana terberiman kepada kenyataan berbaur fitnah ini. Amin .... Periksa dulu setiap berita kita terima dari media-media yang juga sebahagian dari jentera pilihanraya UMNO/BN.

Perbanyakkan membaca doa ini yang mAklonG petik dari Surah Ali Imraan pada Ayat 8 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim."(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." ShodaqALLAHul'Azim.

Dalam musim menghadapi pilihanraya sekarang ni, kita sepatutnya telah bersedia dari diserang dan bersiap sedia untuk menyerang semula dengan pelbagai isu yang boleh dipaparkan kepada umum, insya Allah ....

Khamis, 24 September 2009

Jahat sungguh mulut UMNO ni


IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa. Sumber berita di sini.

Sedaaaaappp mulut dia je bercakap. Tuduh orang tak tentu pasal tanpa bukti. Mulut jahat kuat makan duit haram, hasil rasuah bila bercakap bunyi dia macam tu laaa.

Mari kita tengok video ni.

UMNO Mengekalkan Calon Yang Jahat Untuk Jadi Calon BN Bagan Pinang


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan calon yang bersih tidak cukup untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Sumber berita di sini.

Noh Omar ni bodoh betul laaaa. mAklonG terbaca kenyataan dia ni, "Bagi saya, ia tidak menjadi satu masalah besar jika seorang calon itu hanya pernah diberikan hukuman mengikut disiplin parti dan tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah."

Rasuah tu bukan jenayah ke ???? Mungkin bagi UMNO rasuah tu satu bisnes perniagaan amat menguntungkan. Makan minum hasil rasuah 24 jam. Baru hati tu jadi jahat dan hitam. Bukan UMNO la kalau tak jahat. Bila dah menang barulah boleh gasak duit rakyat. Dalam neraka besok ni, perut orang yang macam puak-puak ni akan diisi dengan bara api yang menyala-nyala, insya Allah.

Usah Terpengaruh Si Fasik Bawa Berita ....

Oleh Yaakub Hasan (bekas wartawan veteran Utusan Malaysia).

Kita seringkali mendengar perkataan "fitnah" dan selalu Diingatkan Allah dan Rasul Nya, Nabi Muhammad S.A.W. supaya jangan kita termasuk di dalam golongan orang yang suka menyebar fitnah, kerana tindakan tersebut boleh membawa ke jalan kesesatan yang lebih jauh.

Ia merupakan suatu perkataan yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita, malah boleh dikatakan rata-rata dapat memahami bahawa fitnah adalah perbuatan "mengeluarkan perkhabaran" yang boleh menimbulkan implikasi buruk dan keji.

Lantaran fitnah merupakan suatu perbuatan dusta dan sikap tidak jujur yang berkait rapat dengan penyebaran berita palsu, samada kepada masyarakat atau orang perseorangan, maka orang ramai ditegah dengan keras dari melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.

Akibat sesuatu tuduhan yang tidak berasas antara satu sama lain boleh menimbulkan perselisihan dan pergaduhan sehingga, adakalanya membawa maut kepada manusia apatahlagi dikalangan umat Islam sendiri.

Justeru, Allah S.W.T telah mengingatkan dalam Firman Nya yang bermaksud: "Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya." (QS Al Anfaal : 25)

Dalam kaitan ini kita diingatkan supaya sedar bahawa membiarkan perbuatan maksiat berkembang di dalam masyarakat akan lebih membawa bencana fitnah, bukan sahaja kepada orang-orang yang berdosa, malah meliputi juga anggota masyarakat umum yang tidak berdosa.

Setiap muslim bukan sahaja diwajib menjauhkan diri daripada perbuatan yang dilarang Allah, bahkan berkewajipan juga dalam usaha mencegah perbuatan itu daripada merebak berleluasa di dalam masyarakat.

Sesungguhnya, perbuatan menabur fitnah adalah suatu tindakan yang boleh memesongkan iman seseorang. Ini bermakna penyebaran fitnah dan berita palsu yang telah dipesongkan dari kenyataan, menimbulkan impak yang amat buruk.

Lantaran itu Allah Berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang memesongkan orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar." (QS Al Buruj : 10)

Oleh itu sebagai seorang muslim yang melakukan sembahyang, puasa, sedekah dan amar ma'aruf nahi mungkar umumnya, sepatutnya berhati-hati supaya tidak terjerumus ke dalam lembah fitnah yang merbahaya ini.

Atau dengan kata lain, setiap kata yang diucapkan, setiap langkah dan tindak-tanduk untuk menyebarkan satu berita, hendaklah dijauhi dari semua bentuk fitnah. Begitu juga dengan orang ramai perlu berwaspada ketika mendengar, membaca suatu perkhabaran yang dibawa kepadanya bagi menentukan sama ada ia merupakan kenyataan atau berita palsu yang berbaur fitnah. Kerana ia berlaku sedemikian rupa, orang lain pula yang mendapat bencana, tetapi orang yang melakukan fitnah itu sendiri akan turut sama menghadapi kemurkaan dan kutukan Allah.

Ini selaras dengan Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat Ayat 6 hingga 7 yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak ditimpakan suatu musibah (bala bencana) kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS Al Hujuraat : 6 - 7)

Bagi memelihara keharmonian dan kemesraan di kalangan semua anggota masyarakat muslim, maka setiap umat Islam digalakkan bertanggungjawab bersama menjadikan peraturan dan disiplin Islam sebagai landasan hidup.

Perlaksanaan dan kepatuhan disiplin ini tidak seharusnya didasarkan kepada bangsa dan warna kulit atau tinggi rendahnya status seseorang dalam masyarakat. Ini kerana hak untuk mendapatkan keharmonian dan kemesraan bermasyarakat adalah hak semua orang terutama masyarakat Islam.

Islam tidak sesekali merestui sesebuah mahligai yang dibina di atas keruntuhan umat Islam yang lain. Sebagai Umat Islam kita mempunyai pemimpin besar iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Justeru, jangan hendaknya pendapat kita (manusia) mendahului pendapat atau pentadbiran Rasulullah. Kalau Baginda Rasulullah S.A.W melakukan pentadbiran berdasarkan kehendak hawa nafsu manusia sahaja tentulah kita akan mengalami kerosakan besar dalam perjalanan hidup seharian.

Satu perkara yang perlu diingat ialah Rasulullah S.A.W tidak melakukan sesuatu dengan menurut kehendak manusia melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya. Dan kita juga harus bersyukur kerana dilahirkan dalm keluarga Islam yang tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

Rabu, 23 September 2009

Rumah Ketua UMNO dimasuki perompak


ANGGOTA polis memeriksa alamat rumah seorang majistret Mahkamah Selayang yang dimasuki perompak di Kampung Sungai Tua, awal pagi tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir. Sumber gambar di sini.

Kalau tengok tulisan besar pada tiang pagar banglo ni dia tulis, AMNA. Bunyi macam UMNO je. Hehehehehe ..... Selamat Hari Raye .... Maaf Zahir dan Batin.

Mana satu Najib Altantuya nak ikut ni ????

Perwakilan Tetap Pertahankan Isa Calon Sesuai

PORT DICKSON, 23 Sept (Bernama) -- Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Okt ini. Berita lagi di sini.

Calon Bersih Politik Wang, Rasuah Penting Untuk Bagan Pinang

SEREMBAN, 22 Sept (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang. Berita lagi di sinun.

Berita 23 haribulan, Perwakilan menolak saranan yang diusulkan oleh Che Det yang kononnya Isa Samad tidak bersih dan membidas semula Che Det yang dulu masa zaman mudanya turut sama terlibat dengan politik rasuah atau politik wang (dulu UMNO mengatakan politik rasuah dan politik wang adalah suatu yang berbeza ..... bangang punya UMNO).

Berita 22 haribulan pulak, Che Det dengan tegasnya berpendapat bahawa kalah menang UMNO/BN akan ditentukan oleh pengundi yang mahukan calon yang benar-benar bersih dari gelaja politik rasuah. Dah nyanyuk orang tua ni gamaknya.

Gaduh jangan tak gaduh. Hehehehee. Pinjam pantun kat IPOH MALI kejap .... (bunyikan dengan dialek Kelate) satu dua tiga empat, hari Raya makan ketupat, lima enam tujuh lapan, salah silap harap maafkan, sembilan sepuluh, UMNO buleh pi mapuh.

PAS Bakal Menang Dengan Undi Protes Di Bagan Pinang?


Suasana kempen dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang masih sejuk dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri. Tetapi suara-suara telah mula kedengaran tentang kebimbangan siapa bakal menjadi calon Umno di Bagan Pinang. Bagi Pas siapa pun yang bakal diumumkan sebagai calon akan mendapat sokongan padu sama ada di peringkat akar umbi dan juga kepimpinan peringkat negeri dan pusat. Sumber cerita dari sini.

Insya ALLAH, PAS akan menang jika pendokong PAS sentiasa istiqomah dan berada dalam kebenaran. Allah Berfirman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat
186 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." ShodaqALLAHul'Azim.

Teruskanlah berjuang wahai Pejuang-Pejuang Islam sekelian. Janji Allah itu Maha Benar. Allah Berjanji tentang kemenangan Islam itu adalah sesuatu yang PASti dalam Surah Al Mujaadilah pada Ayat 21 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

7 - 0 : Bukti UMNO/BN tiada calon yang bersih


Seremban - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang. Sumber berita di sini.

Ini bermakna, bekas-bekas calon BN yang selama ini bertanding dalam siri PRK di semenanjung (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir) berhadapan Pakatan Rakyat semuanya kalah dan terlingkup kerana budaya politik kotor mereka.
Sudah terantuk baru terngadah. Bodoh UMNO ni sebenarnya. Namun apa pun majoriti pengundi sekarang ni kebanyakannya pengundi yang sudah sedar dan bijak untuk menilai calon manakah yang bersih dan yang kotor. Kerana budaya RASUAH politik telah menjadi darah daging UMNO dari dulu lagi. Jadi tidak hairanlah UMNO adalah parti rasuah dulu, kini dan selamanya. Di sini mAklong nukilkan beberapa Hadis Nabi S.A.W mengenai rasuah:

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melaknat penyuap dan penerima rasuah dalam masalah hukum dan perundangan. Riwayat Ahmad dan Imam Empat. Hadits hasan menurut Tirmidzi dan shahih menurut Ibnu Hibban.

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Allah melaknat perasuah, penerima rasuah dan yang memberi peluang bagi mereka. (HR. Ahmad)

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memperingatkankan umatnya tentang peristiwa akhir zaman mengenai enam perkara: (1) diangkatnya orang-orang jahil sebagai pemimpin (penguasa); (2) terlampau banyak petugas keamanan (polis); (3) mengamalkan rasuah dalam urusan hukum; (4) memutuskan silaturahim dan meremehkan pembunuhan; (5) generasi baru yang menjadikan Al Qur'an sebagai nyanyian; (6) Mereka mendahulukan atau mengutamakan seorang yang bukan paling mengerti fiqh Islam dan bukan pula yang paling besar berjasa tapi hanya orang yang bernyanyi-nyanyian (artis). (HR. Ahmad)

WAllahua'alam ....

Selasa, 22 September 2009

Calon BN Bagan Pinang: Isa Samad akan melingkupkan BN


"Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang," kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu, berkata imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. Cerita lagi di sini.

mAklonG teringat akan petikan kata-kata Pesuruhjaya PAS Perak, AF Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu ucapannya yang mengatakan agenda UMNO/BN yang terkini ialah, rakyat dihulukan (dibodohkan), undang-undang dibobrokkan (dirosak dan dipinda-pinda mengikut hawa nafsu mereka) dan pemimpin-pemimpin (dipilih dari kalangan mereka) dijahatkan (yang rosak akhlaknya). Mengenai hal ini, mAklonG ingin memetik sebuah hadis yang dinukilkan dari 40 hadis peristiwa akhir zaman yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan Hadits:

Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga
tandus di segi pemikiran dan huru-hara pentadbiran negara termasuk dalam hal politik. Orang yang benar dan yang mencintai Islam akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan serta dimuliakan. Orang yang benar dan ulama tidak diberikan peluang untuk bercakap untuk memberikan penjelasan dan ilmu. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina seperti pemimpin-pemimpin yang jahat yang bersifat kotor dan sebenarnya mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan rakyat.

WAllahua'alam ....

Isnin, 21 September 2009

Samy Vellu Tertekan !!!!


PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan kesediaannya untuk berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu pada bila-bila masa sahaja, "termasuk esok" jika timbalannya, Datuk G. Palanivel sanggup menerajui parti itu. Sumber berita di sini.

Setelah percakaran antara Che Det dengan MIC kerana berpunca isu kalungan selipar dan juga sebelum ini MIC dengan tegas melaungkan Che Det jangan campur urusan parti mereka, akhirnya Samy Vellu akur dengan tekanan yang diasak oleh Najib dan Che Det yang menganggap Samy Vellu merupakan liabiliti kepada BN.

Kesimpulannya, perjuangan taghut yang tidak berpaksikan kepada akidah tauhid senang sangat untuk digoyang dan ditumbangkan. Diugut dan dibeli, layulah keperibadiannya.

Kekuatan satu-satu perjuangan yang berpegang teguh kepada akidah tauhid ibarat seperti petikan hadis Nabi S.A.W yang menceritakan tentang keutamaan para sahabat, bermaksud: “ .... pohon yang akarnya menjunam ke bumi dan cabangnya menjulang ke langit .... ” (Sahih Muslim Hadis no. 4536)

Sudah pasti sakhsiah atau keperibadian satu-satu perjuangan itu akan mantap dan teguh jika bertunjangkan kepada akidah tauhid. Jika sebaliknya pula, Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Ibrahim pada Ayat ke 26 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan perumpamaan kalimat yang buruk[787] seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) walau sedikitpun. " ShodaqALLAHul'Azim.

[787]. Termasuk dalam kalimat yang buruk ialah perkataan kufur, syirik, segala perkataan yang tidak benar dan perbuatan yang tidak baik.

WAllahua'alam ....

Ahad, 20 September 2009

Najib Razak = NaZak .... nak mati !!!!


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Aidilfitri dengan memulih dan memperbaiki hubungan yang dingin dan retak sesama mereka. Sumber berita di sini.

Fuhhh .... kalau baca kat berita tu tadi, kata-kata si jahil ni memang mengasyikkan, tapi mesti diingat ! Allah Berfirman dalam surah Al An'aam pada Ayat ke 112 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan demikian itulah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain (orang -rang yang beriman dengan) perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." ShodaqALLAHul'Azim.

[499]. Maksudnya syaitan-syaitan jenis jin dan manusia berupaya menipu manusia agar tidak beriman kepada Nabi.

Orang yang tengah nazak ni, semahu-mahunya, kalau boleh tak nak mati. "Jangan ambil nyawa aku, Ya Allah. Jangan ....". Itulah kata-kata rintihan dari orang yang sepanjang hidupnya bergelumang dengan kezaliman, dah nak mampus. Orang-orang yang spesis macam ni bila dah mati nanti dia akan jadi macam ni....

Iaitu Sepotong Firman Allah pada Surak Al Mukminun pada Ayat 99 hingga 100 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia)[1021], agar aku berbuat amal yang saleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan[1022]. " ShodaqALLAHul'Azim.

[1021]. Maksudnya: orang-orang kafir di waktu menghadapi sakaratul maut, nazak minta supaya diperpanjangkan umur mereka, agar mereka dapat beriman.

[1022]. Maksudnya: mereka sekarang telah menghadapi suatu kehidupan baru, iaitu kehidupan dalam kubur, yang memisahkan antara alam dunia dan alam akhirat.

Orang yang sedang nazak nak mati, bila orang dah takndak ke dia, terdesak dan tersepit dia akan meminta tolong dengan apacara sekalipun. Kenangkanlah apa yang UMNO/BN dah buat pada PAS pada tahun 60'an dulu. Kenangkanlah apa yang telah terjadi di Memali ????

WAllahua'alam ....

Apabila si jahil menyambut Hari Lebaran


GEMURUH. Itu perasaan yang menjentik kalbu saat diberikan tanggungjawab untuk menggali lubuk emosi Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai Wanita Pertama Malaysia pada tahun ini. Cerita orang jahil ni lagi di sini.

Orang macam ni lah yang tak reti apa erti 'Eidul Fitri. Puak-puak ni lah yang menjadikan Hari Raya ini sebagai maksiat. Patutnya tutuplah rambut tu. Jenih baca Quran tapi taktau ape benda yang di baca. Jenih munafik yang mahu jadikan tadarus dijadikan amalan di bulan puasa tapi perangai macam kafir.

Allah Berfirman dalam Surah An Nuur pada Ayat 31 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (dengan) kain tudung (hingga) kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (kecantikannya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Perutusan Hari Raya Presiden PAS Tuan Guru Dato' Abdul Hadi Awang


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan 'Eid Mubarak' kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,
Presiden PAS

p/s maklong: Dalam konteks bernegara ni Allah S.W.T telah Berfirman dalam Surah An Nuur pada Ayat 55 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Sabtu, 19 September 2009

Nyaris-nyaris nak ada PRK di Kerdau


TEMERLOH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 116.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat hentian rehat Lanchang, malam tadi. Sumber berita di sini.

MasyaALLAH, ini adalah petanda dari Allah yang UMNO ni akan pupus dan MATI. Macam orang nak mati la, mula-mula dapat accident, pas tu sakit, pas tu nazak kemudian terus MATI.
Nyaris-nyaris kita nak dapat PRK lagi tu .... Kaffarah, ni sebenarnya. Baca sini. Gamaknya si hamba Allah yang OKU tu munajat dan berdoa, mohon semoga Allah bagi pengajaran sikit pada orang kurang ajar ni. Allah S.W.T bagi sebulan je peluang untuk memperbetulkan kesilapan. Terus dapat cash, accident. Inilah balasan bagi orang yang sombong. Nasib baik tak mampus je.

Allah S.W.T telah Memberi peringatan di dalam Surah Luqman pada Ayat 18 hingga 19 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara kaldai." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Jumaat, 18 September 2009

Perutusan 'Eidul Fitri Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat


Alhamdulillah, pada kesempatan ini saya bagi pihak warga DMPP mengucapkan selamat menyambut dan merayakan Eidulfitri kepada seluruh umat Islam, walau di mana pun mereka berada. Terutamanya kepada umat Islam warga Malaysia.

Setelah kita bersama-sama menghayati sebulan Ramadhan dengan menjalani ibadah puasa yang tujuannya adalah untuk menjadikan kita antara orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Semoga kita merayakan kedatangan 1 Syawal dengan meriah serta mengikut tatacara yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan juga kemeriahan Eidulfitri yang kita kecapi mengikut syariatNya akan dapat menjadikan kita semua sebagai hamba-hambaNya yang diredhai dan dikasihi. Semoga kita juga sentiasa dirahmatiNya dan menjadi hamba-hambaNya yang akan melaksanakan setiap titah perintahNya di dalam semua ruang lingkup aktiviti kehidupan kita seharian.

Pada kesempatan ini juga marilah kita sama-sama berdoa agar Allah s.w.t memberikan kekuatan kepada seluruh umat Islam serta memudahkan segala urusan untuk dapat meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya. Islam yang dapat berkuasa memerintah dengan penuh keadilan, aman dan sejahtera. Oleh itu segala bentuk kezaliman yang berleluasa di bumi ini akan dapat dibendung.

Akhirnya ucapan berbanyak kemaafan jua dipohon dan diharapkan atas segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun yang tidak sengaja di sepanjang khidmat yang telah diberi di dalam rangka menyempurnakan tuntutan amanah berjamaah.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua DMPP

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

p/s mAklonG, sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama hayati maksud Ayat 18 hingga 19 ini dalam Surah Al Hashyr yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Khamis, 17 September 2009

babi belum pergi nyamuk pulak dataaangggg !!!!


KUALA LUMPUR: Sejumlah 478 kes demam denggi dilapor kepada Kementerian Kesihatan dari 6 Sept hingga 12 Sept, peningkatan 68 kes atau 17 peratus berbanding jumlah kes pada minggu sebelumnya yang mencatat 410 kes. Sumber berita di sini.

Bala selsema babi belum lagi selesai dan kes kematian terbaru semalam meningkat kepada mangsa yang ke 76, kini datang pula bala lagi yang dulunya mula senyap datang menyerang kembali dan bakal meragut nyawa. Semua ini adalah peringatan dari Allah. Satu demi satu Allah akan binasakan rakyat Malaysia perlahan-lahan sekiranya kita masih lagi redha dengan kezaliman yang berlaku di sekeliling kita sekarang.

Sebagai contoh: "Apa bezanya Nizar dengan Zambry? sama je, takde apa-apa perbezaan pun." Ini perkataan orang yang redha dengan kezaliman. Oleh kerana perkataan inilah Allah akan terus menurunkan bala penyakit selaku tentera Allah yang akan membinasakan orang-orang yang masih tidak mengambil peduli tentang kezaliman yang tersembunyi yang sedang dan akan dilakukan oleh penguasa-penguasa zalim seperti siapa lagi kalau bukan, UMNO/BN.

Allah Berfirman dalam Surah Al Fath pada Ayat 4 yang bermaksud, AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "..... Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," ShodaqALLAHul'Azim.

[1394]. Yang dimaksudkan dengan tentera langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah sebagai tanda kekuasaan Nya seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan, penyakit berjangkit dan sebagainya,

WALLAHua'alam ....

Che Det suka dengan kalungan selipar


KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, beliau berkata bapanya, (Dr Mahathir) mungkin tidak mengambil kisah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambarnya dikalungkan dengan selipar. Sumber berita di sini. Di sinun pun ada.

Peribahasa arab berkata: Assukut 'alamatir ridho yang bermaksud diam tanda setuju. Alaaa .... sama la masa dulu kita kena pinang, bila orang tua kita tanya, "setuju ke idak?". Diam kita tanda setuju atau suka. Tersengih-sengih. Ye dakk ????

Rabu, 16 September 2009

BN akan digempur BN di Bagan Pinang !!!!


Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat ataupun dikenali sebagai BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terengganu. Lagi di sini.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah An Nisaa' pada Ayat 71 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bersiap sedialahlah kamu, dan maralah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!" ShodaqALLAHul'Azim.

Para bloggers Pakatan rakyat, ayuh kita sertai misi ini. InsyaAllah, dengan perkumpulan ini akan diberkati Allah. Sesiapa yang ingin menyertai misi ini hubungi Wak Albanjari di:

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

Sila war-warkan dan pautkan link anda ke link ini. Sebarkan lah ....

INI ADALAH PERINTAH ALLAH S.W.T


BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam. Sumber berita di sini.

Allah memerintahkan manusia supaya melaksanakan perundangan ini. Inilah undang-undang dan peraturan hukum yang paling adil dan ianya baik untuk manusia. Allah Yang Menciptakan Manusia dan sudah semestinya Allah Menciptakan perundangan ini baik untuk manusia. Apakah Allah tidak tahu tentang apa yang telah diciptakannya ???? Lagi di sini.

Allah Berfirman dalam Surah Al Qashash pada Ayat 85 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali[1142]. Katakanlah: "Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata." ShodaqALLAHul'Azim.

[1142]. Yang dimaksudkan dengan tempat kembali di sini ialah syurga. Ini adalah suatu janji dari Allah bahawa kejadian asal manusia iaitu Nabi Adam A.S diciptakan di syurga dan tempat kembali itu bermaksud syurga. Ada juga ulama' mufassirin mengatakan tempat kembali itu ialah Kota Mekah dimana tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dan Allah menjanjikan baginda akan kembali ke Mekah sebagai orang yang menang, dan ini sudah terjadi pada tahun kelapan hijrah di waktu Nabi S.A.W menakluki Mekah. Ini merupakan suatu mukjizat bagi Nabi S.A.W.

WAllahua'alam ....

Selasa, 15 September 2009

Perjuangan Mesti Diteruskan !!!!


Taiping - Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini. Berita lanjut di sini.

Alhamdulillah, pertama-tamanya mAklonG syukur ke hadrat Allah S.W.T dan mAklonG tumpang gembira. Tahniah mAklonG ucapkan pada Kak Norlaila Othman selalu aktivis tegar Gerakan mansuh ISA atas pembebasan suami beliau, Mat Sah Mohd Satray.

Namun kita sebagai pejuang anti kezaliman, mesti ingat mainan tipu helah licik jahat UMNO/BN, tindakan pembebasan Mat Sah ini juga, boleh juga dikatakan sebagai serampang dua mata. Maklumlah nak pilihanraya lepas raya ni.

Allah Berfirman dalam Surah Al An'aam pada Ayat 112 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." ShodaqALLAHul'Azim.

[499]. Maksudnya syaitan-syaitan jenis jin dan manusia berupaya menipu manusia agar tidak beriman kepada Nabi.

Perjuangan menentang kezaliman hendaklah diteruskan sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Nabi S.A.W. : "Jihad (dalam menentang kezaliman) akan terus berlangsung semenjak Allah mengutusku menjadi rasul hinggalah sampai pada saat yang terakhir dari umat ini memerangi Dajjal ...." (HR Abu Dawud)

WAllahua'alam .....

DAP bukan parti perkauman yang sempit


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Mohd Ali. Sumber berita di sini.

Perkara DAP boleh menerima bangsa melayu yang beragama Islam dalam parti mereka bukan perkara baru. Malah semenjak 80'an lagi telah ada calon yang bertanding atas tiket DAP yang berbangsa melayu, Parlimen Teluk Intan sebagai contoh, DAP pernah meletakkan seorang yang berbangsa melayu mewakili DAP bagi kerusi itu pada masa itu.

Berbeza dengan UMNO, satu parti yang BANGSA melayu sahaja yang boleh jadi ahli sebab parti itu ada perkataan MALAY dalam namanya. Ini namanya politik perkauman yang sempit dan jahil. Parti yang tiada sifat keterbukaan lagi jumud.

Nabi S.A.W bersabda: "Barangsiapa berperang (berjuang) di bawah panji (bendera atau yang berdasarkan) nasionalisme (kebangsaan atau perkauman) yang menyeru kepada fanatisme atau bersikap marah (emosi) kerana mempertahankan fanatisme (golongan tersebut) lalu terbunuh maka tewasnya adalah jahiliyah (kebodohan dan sia-sia)." (HR. An-Nasaa'i)

WAllahua'alam ....

Isnin, 14 September 2009

UMNO parti Abu Lahab


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan 3 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, manakala 11 Oktober hari mengundi. Sumber berita di sini.

Persoalannya, mengapa UMNO/BN sengaja melambatkan dan menangguhkan tarikh pilihanraya hingga di luar bulan Ramadhan? Telah menjadi fitrah atau ketetapan perjuangan batil, taghut dan kafir sudah pastinya akan tewas apabila berdepan dengan pejuangan Islam yang selalunya akan menang dalam pertempuran apabila sesuatu perlawanan, pertandingan dan peperangan antara Islam dan Kuffar meletus dalam Bulan Ramadhan. Sebagaimana sirah peperangan yang melibatkan Islam dan kuffar apabila bertembung dalam Bulan Ramadhan, adatnya kemenangan akan berada di pihak Islam seperti Badar Al-Kubra, penaklukan semula Baitul Muqaddis oleh An Nashir Shalahuddin Al Ayubi, dalam kedua-dua peristiwa ini, Islam memenanginya dengan kemenangan yang besar dan ianya berlaku dalam Bulan Ramadhan.

Jadi, UMNO sebagai parti Abu Lahab mengambil langkah untuk tidak mengadakan pilihanraya dalam Bulan Ramadhan. Pengalaman kekalahan UMNO/BN di Permatang Pasir dengan majoriti ciput, menyedari mereka bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan taghut, batil dan bodoh.

Allah S.W.T Mengisahkan kisah perjuangan taghut, bila mana Nabi Ibrahim A.S memotong-motong patung berhala yang disembah oleh kaumnya, dalam Surah Al Anbiyaa' pada Ayat 63 hingga 66. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara." Maka mereka telah kembali kepada kesedaran dan lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)". kemudian kepala mereka jadi tertunduk[963] (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara." Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu?"" ShodaqALLAHul'Azim.

[963]. Maksudnya; mereka kembali membantah setelah sedar dari kebodohan.

Warisan sifat dan perjuangan kafir di zaman Nabi Ibrahim A.S dan perjuangan Abu Lahab di zaman Nabi S.A.W telah ada di zaman kita ini. Siapa dia tu .... ????

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia