Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 31 Mei 2010

Tarbiyah Itu Penting !!!!


KOTA BHARU, 30 Mei: Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar PKR menggunakan sistem tarbiyah untuk mendidik ahlinya agar tidak lagi melompat parti. Perwakilan PKR dari Selangor berkata kegagalan parti menangani isu lompat parti seharusnya tidak timbul sekiranya ahli dan wakil-wakil rakyat dalam PKR diberi tarbiyah terlebih dahulu. Lagi di Harakah daily.

Tarbiyyah itu penting setiap manusia di dunia ini. Tanpa tarbiyah maka sesatlah manusia itu. Jika diri ditarbiyah atau dididik dengan ilmu Islam, sudah tentu seseorang itu tidak sekali-kali mahu keluar dari jemaah, lagi pula jemaah itu jemaah yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW ini :

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :" من الخروج من الامتثال وتفرق من الجماعة ، ثم مات ، والموت هو الجاهلية ثم الموت ". رواه مسلم

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa keluar dari kepatuhan dan berpisah dari jema'ah, lalu ia mati, maka kematiannya adalah kematian jahiliyyah." (HR Muslim).

WAllahua'alam

Sabtu, 29 Mei 2010

Siapa yang banyak berbelanja ????


Beliau berkata Malaysia pada hari ini merupakan antara negara paling banyak berbelanja untuk subsidi dengan hampir separuh daripada perbelanjaan negara adalah untuk tujuan itu. Lagi di sana.

Discount Genting Highlands Hotels for Your fantastic Genting Highlands Vacation!
The main draw to Genting Highlands is the cool weather and lush hill with greenery landscape. Dubbed the city of entertainment, Genting Highlands, 6,000 feet above the sea level, is a ''Las Vegas in Malaysian version''! Gamblers from around the world can enjoy one and only legal casino in Malaysia.


Siapa yang banyak berbelanja ???? Siapa yang memerintah negara sekarang ni ???? Siapa yang membazirkan wang negara dan menghalalkan projek judi yang mengundang kemurkaan Allah SWT ????

Negara semakin miskin dan keberkatan rezeki dan hasil negara ditarik oleh Allah SWT Yang Maha Pemberi Rezeki berpunca dari sang pemerintahnya yang rakus kerana hidup bermewah-mewah menyebabkan rakyatnya turut menerima padah.

Allah SWT Berfirman :

فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ ﴿٤٢﴾ وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ ﴿٤٣﴾ لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ ﴿٤٤﴾ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَ‌ٰلِكَ مُتْرَفِينَ ﴿٤٥﴾ وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنثِ الْعَظِيمِ ﴿٤٦﴾

"Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak, Serta naungan dari asap hitam, Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar," (QS Al Waaqi'ah : 42-46)

Shap'ie Bedal tu tak tau ke dosa rasuah dan judi tu dosa besar ???? WAllahua'alam ....

Selasa, 25 Mei 2010

Cargassss, untuk kemenangan itu


"Saya rasa tidak mustahil untuk PAS memenanginya. Manakala rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pula dilihat berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Hashim Jasin kepada Malaysiakini kelmarin. Lagi di sinun.

InsyaAllah, government in waiting .... itulah hakikatnya, kerana Islam Pasti Menang. Cuma kita wajib untuk tingkatkan mujahadah, jihad, bekerja lebih keras, adakan banyak program rakyat seperti program PAS FOR ALL, cula, daftar pengundi baru dan sebagainya kerana pelbagai mehnah, ujian dan keperitan yang bakal menanti kita sebagai pejuang agama Allah sentiasa berada di hadapan kita.

Tanpa usaha, doa, munajat dan tawakkal, kemenangan itu hanya akan tinggal angan-angan. dan ingatlah Firman Allah :

وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ ۚ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِندِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿١٠﴾

"Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS Al Anfaal : 10)

WAllahua'alam ....

Ahad, 23 Mei 2010

Judi & Duit Haram memang makanan UMNO


"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini. Lagi ....

Tanya TGNA, di Kelantan ada ke judi? Macamana dengan premis-premis Magnum 4D, Big Sweep Kuda, Sport ToTo (Tipu Orang Takada Otak), Genting Highland dan segala jenis sumber pendapatan haram hasil judi yang telah wujud ini semenjak 53 tahun UMNO/British memerintah? Sebabnya kalau tak ada benda-benda haram ni, UMNO mana boleh hidup.

Rasulullah SAW bersabda :

عن أبو هريرة رضى الله عنه قال 'ان النبي صلى الله عليه و سلم يقول :" من وضع الحصان بين اثنين من الخيول ، في حين انه لا ضمان للفوز على (أو ربح) ، والقانون على ما يرام ولكن اذا كان يجب أن يفوز ، ثم يتم تضمينه القمار ". رواه أحمد وأبو داود

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa memasukkan seekor kuda antara dua kuda, sedang ia tidak menjamin untuk dikalahkan (atau dimenangkan), hukumnya tidak apa-apa. Namun bila ia mesti menang, maka itu termasuk judi." (HR Ahmad dan Abu Dawud).

Wallahua'alam ....

Selasa, 18 Mei 2010

Politik Wang | Rasuah Memang Budaya UMNO


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu sebagai salah satu petunjuk yang rakyat sudah terlalu mual dengan politik wang yang diamalkan oleh parti itu. Lagi di sinun.

Wang bukanlah segala-galanya tetapi UMNO/BN telah menjadikan wang sebagai tuhan mereka. Punca kerana itulah mereka dijatuhkan oleh rakyat Sibu.

Allah SWT Berfirman :

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿٢٠﴾

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (QS Al Hadiid : 20)

WAllahua'alam ....

Isnin, 17 Mei 2010

Rakyat Sibu Yang Genius ....


“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani. Lagi ....

Kemenangan Pakatan Rakyat dengan 398 majoriti menandakan geniusnya rakyat Sibu dan sewajibnya dicontohi oleh rakyat Sarawak yang lain, yang mana rakyat Sibu berani membuat perubahan dan berhijrah dari pemerintah yang suka menipu kepada pemimpin yang lebih telus.











Allah SWT Berfirman :

۞ وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١٠٠﴾

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS An Nisaa : 100)


Allah SWT membalas kejahatan UMNO/BN yang terus menerus memburukkan imej PKR (juga sebagai komponen Pakatan Rakyat) hingga ke saat ini dengan tumbangnya legasi BN yang kononnya BN sajalah yang boleh memerintah negara ini, khususnya di Sarawak.

WAllahua'alam ....

Ahad, 16 Mei 2010

UMNO sengaja buat-buat tengin ....


"Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak disekat dan dihalang lambat laun negara ini akan dipenuhi dengan urusan berasas perjudian apabila tindakan Kerajaan yang menghalalkan yang haram itu dianggap sebagai suatu yang baik," katanya lagi.

Tindakan Umno dan kerajaan itu katanya seolah-olah memperlekehkan umat Islam yang ada dalam negara ini dengan tidak menghormati suara yang menentang sehingga mereka meneruskan pemberian lesen perjudian ini. Lagi di Harakah Daily.

Allah SWT Berfirman :

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩﴾

"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku ini sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat yang mereka lakukan) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya," (QS Al Hijr : 39)

Allah SWT Berfirman lagi :

۞ يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ .... ﴿٢١٩﴾

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar (haram yang nyata) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...." (QS Al Baqarah : 219)

Kadang-kadang puak-puak UMNO memang dah faham bahawa judi tu haram tapi saja je buat-buat bodoh dan tengin. Ada juga yang memang tengin dan tak paham. Dema ni pulak lebih tengin dan lebih tak paham kalau nak dibandingkan dengan orang-orang bukan Islam. Itu lah sebabnya benda yang haram dengan halal pun tak reti-reti dan beza.

Bila tang babi haram sajaaaaa. Sampai nak sebut selsema babi pun geli kerana keharamannya terus tukar jadi Influenza A H1N1. Punya lah susah nak sebut. Sebut je la selsema babi kan senang.

WAllahu'alam ....

Rabu, 12 Mei 2010

JUDI : jadi halal kalau menguntungkan UMNO/BN


Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Lagi di sini.

Inilah dia UMNO .... benda haram pun jadi halal, asalkan mengenyangkan tembolok celaka dia. Kalau hasil judi tu tak dapat dan tak menguntungkan dema, terus jadi 'haram' dari perspektif fatwa British depa tu !!!!

Allah SWT Berfirman :

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٤٢﴾

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar (halal) itu dengan yang salah (haram) dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (Al Baqarah : 42)

Juga Rasulullah SAW pernah bersabda :

عن أبي عبدالله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " إن الحلال بين و الحرام بين , وبينهما مشتبهات قد لا يعلمهن كثير من الناس , فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه , ومن وقع في الشبهات فقد وقع في الحرام , كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه , ألا وأن لكل ملك حمى , ألا وإن حمى الله محارمه , إلا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله , وإذا فسدت فسد الجسد كله , ألا وهي القلب

Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, bererti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahawa larangan Alloh apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahawa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati”.

[Bukhari no. 52, Muslim no. 1599]

Barua yahudi betullah UMNO ni. WAllahua'alam ....

Ahad, 9 Mei 2010

Polis Israel ....



SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Laporan HarakahDaily.

Kekejaman demi kekejaman ala Polis dan Tentera Israel menular ke dalam Badan Keselamatan Negara kita yang dibawah pentadbiran PDRM, KDN dan UMNO/BN. Kenapa semua ini boleh berlaku? Inilah azab yang menunjukkan Kemurkaan Allah terhadap mereka yang menjemput dan memohon pertolongan dari Musuh Allah no 1 ini untuk berkhidmat dengan mereka UMNO/BN. Klik sini.

Allah SWT Berfirman :

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٥٧﴾

"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya." (QS Al Baqarah : 257)

Yahudi Israel telah dikutuk dan cerca oleh Allah SWT dalam Al Quran. Allah SWT Berfirman :

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿١٤٦﴾

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)." (QS Al Baqarah : 146)

Allah SWT Berfirman lagi :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (QS Al Baqarah : 120)

WAllahua'alam ....

Selasa, 4 Mei 2010

Aku Takut ???? Hahahahaha


Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya “tekanan dan ugutan” sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Lagi di sini.

Tentunya, Joseph Breham tu kata .... "EEiiii takutnya aku dengan Najib," sambil tergelak guling-guling.... Siapa yang lebih berkuasa dan kuat sekarang ni sebenarnya ????

Allah SWT Ta'ala Berfirman :

كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٢١﴾

"Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa." (QS Al Mujadilah : 21)

WAllahu'alam ....

Sabtu, 1 Mei 2010

LANGKAH MAYAT AKU DULU !!!!

mAklong jumpa gambar ni di facebook. Apa pendapat hangpa....

http://www.facebook.com/pages/Anak-Muda-Benci-Umno/342273655077?ref=sgm#!/photo.php?pid=297368&id=121691174510232

Ibnu Umar RA pernah berkata :

قال ابن عمر رضى الله عنهما ': كان هناك شاب وقتل في ظروف غامضة. فقال عمر رضى الله عنه : إذا صانعا الناس في القتل ، وأنا منهم قتلوا بسبب القتل. رواه البخاري

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: "Ada seorang anak muda dibunuh secara misteri. Lalu Umar berkata: Jika penduduk Shon'a terlibat dalam pembunuhan itu, aku bunuh mereka kerana pembunuhan tersebut." (Riwayat Bukhari).

Penduduk Shon'a yang disebut oleh Saidina Umar RA itu ibarat Pemuda UMNO ini !!!!

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia