Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 30 Julai 2010

siapa nak tulong dia nih ????


Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang. Lagi di sinun.

Ini buktinya UMNO sebuah parti racist atau perkauman serta mementingkan kebangsaan melayunya sahaja. Siapa yang mengheret Dr Ling ke muka pengadilan ni? Hinggakan Presiden MCA Dr Chua sendiri pun terkujat dengan penangkapan ini.

Ini juga sebagai bukti bahawa parti komponen BN itu tiada lagi memihak kepada UMNO, seperti apa yang telah dikatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. "La ni bangsa cina di Malaysia tidak lagi memperdulikan MCA dan la ni mereka lebih memberi perhatian kepada DAP," kata beliau lagi.

Allah SWT Berfirman :

وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٤٨﴾

"Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan." (QS Al Baqarah : 48)

Bayangkanlah kalau Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya nanti, berapa ramai orang-orang spesis ini akan disumbatkan ke Penjara Kajang dan Sg Buloh ????

WAllahua'alam ....

Selasa, 27 Julai 2010

Guru Gred 41 Hingga 48 Dibenar Terlibat Dalam Politik


KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Lagi di situ.

Tu diaa ..... Syukur Alhamdulillah, boleh la mAklonG berpolitik dengan lebih aktif pas ni. Sapa nak marah?

Allah SWT Berfirman :

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٣٣﴾

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." (QS At Taubah : 33)

WAllahu'alam

Isnin, 26 Julai 2010

Mufti yang bersifat seperti Syaitan Bisu ....


“Saya bimbang mereka yang mengutuk mufti dan ulama ini akan terputus rahmat daripada Allah SWT kerana menolak kebenaran yang dibawa sekaligus menghina agama itu sendiri,” katanya. Lagi di sinun.

Mufti macammana yang Ustazah vogue ni maksudkan? Mufti seperti Imam Abu Hanifah kah? Mufti seperti Almarhum Ishak Baharom kah? Yang sanggup dilucutkan jawatannya oleh sang pemerintah kerana ingin menegakkan kebenaran. Sendiri mau ingat laaa. Makhluk perosak atau ulamak yahudi seperti Harussani ni memang telah lama wujud.

Allah SWT Berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ ﴿١٥٩﴾

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya (tentang hukum dan perundangannya) kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknat Allah dan dilaknat (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat melaknat," (QS Al Baqarah : 159)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Mu'adz bin Jabal, Sa'd bin Mu'adz dan Kharijah bin Zaid bertanya kepada segolongan Paderi Yahudi tentang beberapa perkara yang terdapat di dalam Taurat. Para Paderi itu menyembunyikan perkara tersebut dan enggan untuk memberitahukannya. Maka Allah menurunkan ayat tersebut di atas (S. 2: 159) yang menjelaskan keadaan mereka (paderi-paderi tersebut).
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim dari Sa'id atau 'Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۙ أُولَـٰئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٧٤﴾

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (keuntungan dunia), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api[109], dan Allah tidak akan berbicara[110] kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih." (QS Al Baqarah : 174)

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَـٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٧٧﴾

"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih." (QS Ali Imraan : 77)

[109]. Maksudnya ialah makanan yang dimakannya yang berasal dari hasil menyembunyikan ayat-ayat yang diturunkan Allah, menyebabkan mereka masuk api neraka.

[110]. Maksudnya: Allah tidak berbicara kepada mereka dengan kasih sayang, tetapi berbicara dengan kata-kata yang tidak menyenangkan.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah tersebut di atas (S. 2: 174 dan S. 3: 77) diturunkan tentang (kebiasaan) kaum Yahudi (yang menyimpang dari ajaran yang sebenarnya).
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari 'Ikrimah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa turunnya ayat ini (S. 2: 174) dalam peristiwa berikut: Pemimpin dan ulama kaum Yahudi biasa mendapat persembahan dan sanjungan rakyat bawahannya. Mereka mengharap agar Nabi yang akan diutus itu diangkat dari kalangan mereka. Ketika Nabi Muhammad SAW diutus bukan dari kalangan Yahudi, mereka takut kehilangan sumber keuntungan, kedudukan dan pengaruh. Mereka mengubah sifat-sifat Muhammad yang di kitab Taurat, dan mengumumkan kepada para pengikutnya dengan berkata. "Inilah sifat Na
bi yang akan keluar di akhir zaman dan tidak sama dengan sifat Muhammad ini."
(Diriwayatkan oleh at-Tsa'labi dari al-Kalbi, dari Abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


Rasulullah SAW juga pernah berpesan di dalam sebuah hadis yang panjang, yang diriwayatkan oleh Huzaifah ibnu Yaman yang menceritakan tentang pendakwah, ulama dan mufti seperti di atas.

نعم. سوف تظهر في وقت لاحق دعاة أمام أبواب الجحيم. الذين يطيعون الكلمة ، وأنها سوف يلقي فيه. سألت :يا رسول الله ، شرح لنا طبيعة منهم! رسول. جواب : حسنا. هم الناس الذين الجلد هو نفسه معنا والتحدث مع لغتنا. سألت : رسول الله ، لو كان لديك تعليمات إذا كان لدي ذلك؟ رسول. الجواب : تلزموا بجماعة المسلمين وامامهم.

"Ya. Kelak akan muncul para dae'i (ulama) yang berada di muka pintu-pintu neraka Jahanam. Siapa yang menuruti panggilan mereka, akan mereka lemparkan ke dalamnya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami sifat mereka itu! Rasulullah saw. menjawab: Baiklah. Mereka adalah kaum yang kulitnya sama dengan kita dan berbicara dengan bahasa kita. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika aku mengalami hal itu? Rasulullah saw. menjawab: Tetap setialah kepada jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka." (Shahih Muslim No.3434)

WAllahua'alam .....

Lagi lagi perpaduan melayu, uweekkkhhh .....


Anak Nik Aziz sokong perpaduan UMNO, PAS
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad <-------- PENIPU BESAR

2010/07/26
KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa..... berita munafikin berbaur fitnah ini ada di sini.

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (QS Al Hujuraat : 6)

Yang fasik tu ialah UMNO dan yang bersekutu dengannya. WAllahua'alam ....

Ahad, 25 Julai 2010

Takwa ASAS Perpaduan


Umno yang mendakwa dirinya parti Melayu-Islam tidak pernah mengasaskan tunjang pemerintahan di atas dasar takwa kerana asas perjuangan mereka adalah nasionalisme atau asabiyah. Lagi di HarakahDaily.

Takwa adalah asas kepada perpaduan. UMNO yang melanggar hukum Allah dengan menghalalkan segala yang haram, judi jadi halal setelah ada lesen dan memperjuangkan asabiyah, kita nak panggil dema tu bertakwa ke? Memang Allah SWT ada memFirmankan tentang perpaduan dalam Al Quran tetapi Ayat tersebut menjadikan takwa sebagai asas dan tiangnya.

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (QS Al Hujuraat : 13)

Rasulullah SAW bersabda:

فَلَيْسَ مِنْ أُمَّتِي وَمَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِلْعَصَبِيَّةِ أَوْ يُقَاتِلُ لِلْعَصَبِيَّةِ أَوْ يَدْعُو إِلَى الْعَصَبِيَّةِ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ

"Bukan dikalangan umatku yang berperang di bawah panji (bendera) nasionalisme (kebangsaan atau kesukuan) yang menyeru kepada fanatisme atau bersikap marah (emosi) kerana mempertahankan fanatisme (golongan) lalu terbunuh maka tewasnya pun jahiliyah." (HR. An-Nasaa'i dan Ahmad)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 23 Julai 2010

Sokong Islam Anda Selamat


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din secara peribadi berkata, kerjasama hanya terlaksana sekiranya UMNO bersedia mempertimbangkan untuk melakukan perubahan terhadap dasar.Lagi di sini.

Dalam sebuah petikan hadis yang panjang yang mana ianya berkisar tentang dakwah Rasulullah SAW terhadap raja Heracules Rom yang mana isinya menyuruh agar raja Rom itu dapat mengubah dasar dan anutannya kepada Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم "من عبدالله ، محمد من الله ورسوله إلى هركليوس المكبرة روم ، أطيب التمنيات إلى التوجيهات التالية ، سوف تكون آمنة اعتناق الإسلام ، عناق الإسلامية عليك أن تحصل على مكافأة مضاعفة مرتين ، وإذا قمت بإيقاف تغذية ثم أنت تحمل عبء الخطيئة المجموعات عرشين يا أهل الكتاب ، وتأتي كنتم في نفس الجملة بيننا وبينكم ، أن لا شيء نعبد إلا الله ، ونحن لا تشركه مع شيء آخر وليس النصف الآخر رفعنا من إله غيره من دون الله ، فإن تولوا ، ويقول لك : "إذا أنت الشهادة ، وأننا شعب الإسلام

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad hamba Allah dan utusannya kepada Heracules pembesar Rom, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayah, anutilah Islam kau akan selamat, anutilah Islam kau akan diberi ganjaran dua kali ganda, sekiranya kau berpaling tadah maka kau memikul beban dosa golongan Arisin. Wahai ahli kitab, marilah kamu kepada kalimah yang bersamaan di antara kami dan kamu, bahawa tiada yang kita sembah kecuali Allah dan tidak kita mempersekutukannya dengan sesuatu pun dan tidak sesetengah kita mengangkat yang lain menjadi tuhan selain dari Allah, kalau mereka berpaling, kamu katakanlah: "Jadi saksilah kamu, bahawa kami orang-orang Islam".

Persoalannya, PAS yang kena ubah dasar ke UMNO yang kena ubah dasar? WAllahua'alam ....

Rabu, 21 Julai 2010

Jangan Terperangkap !!!!


“Bagaimanapun saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja tanpa apa kesan sekalipun, ini bukanlah pertama kali dibangkitkan dan ia berlaku kerana UMNO sedang tersepit,” katanya. Lagi kat sini.

Itu le nye. Atas nasihat firma yahudi APCO, UMNO terus membangkitkan isu 'perpaduan celaka' ini yang pada suatu masa dulu ditimbulkan oleh barua yahudi ini.

Ini semua untuk memperdaya, mengelirukan dan menggoyahkan kepercayaan rakyat yang kurang informasi, masyarakat yang neutral dan makcik-pakcik kampung yang hanya menjadikan media arus mainstream kawalan APCO/UMNO. Mereka akan berkata, "sama je UMNO-PAS ni, sapa je yang memerintah, sama je..."

Inilah senjata terakhir UMNO. mAklonG pesan, janganlah terpedaya dan melatah dengan perangkap ini. Isu ini juga sedikit sebanyak berjaya menenggelamkan isu yang sedang hangat sekarang ini iaitu isu pelarasan harga / barang naik yang sedang berlaku sekarang.

Allah SWT Berfirman :

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿١٢٣﴾

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar (pemimpin-pemimpin) yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya." (QS Al An'aam : 123)

UMNO akan hancur dan lenyap. WAllahua'alam ....

Isnin, 19 Julai 2010

Budak sekolah memperalatkan UMNO

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikalungkan selendang oleh adik Muhammad Syukri Aris, 8, murid Sekolah Kebangsaan Unggun Jaya, Menggatal, Sabah pada majlis perasmian Persidangan UMNO Bahagian Sepanggar di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Datu Ruslan Sulai
Jul 18, 2010 2:58 pm. Gambo ni ambik kat sini

Lihatla Dunia!!!!! Cuba yang dikalung tu pemimpin PAS atau pemimpin PR, nescaya tajuk berita yang keluar adalah PAS/PR memperalatkan budak sekolah...Maka gambo ni mcm mana pulak??? Boleh tak mAklonG cakap TPM memperalatkan budak sekolah atau UMNO memperalatkan budak sekolah atau mAklonG rasa yang paling tepat adalah budak sekolah memperalatkan UMNO& TPM..hehehe...inilahh dunia!!!

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٢﴾ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٣﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (QS As Shaff : 2 - 3)

WAllahua'alam ....

Ahad, 18 Julai 2010

Firaun Moden marah bila tidak dihormati


"Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti. Siapalah kita kalau tidak kerana parti," katanya. Lagi di sini.

Inilah sifat sombong Firaun, yang mahukan disanjung, dihormati dan disembah. Bila rakyat enggan untuk menyembahnya lalu murka lah manusia yang mengaku dirinya sebagai Tuhan itu.

Allah SWT Berfirman :

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ ﴿٣٩﴾

"Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami." (QS Al Qoshosh : 39)

Siapa yang bagi nyawa pada manusia? Siapa yang menurunkan rezeki? Siapa yang mencabut nyawa lalu mati? Parti UMNO kah?

WAllahua'alam ....

Jumaat, 16 Julai 2010

'pelarasan harga' + Barang Naik = BN (samalah tu bodoh !!!!)


Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:
a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu.... bla.... blah... bala ....

Ini sebagai bukti negara semakin miskin dibawah pemerintahan UMCO (UMNO+APCO). Negara dah semakin tak ada duit. Untuk menenangkan hati rakyat yang semakin terhimpit dan susah dengan kenaikan harga barang, puak-puak munafik ni mulalah nak tukar istilah harga barang naik jadi pelarasan harga. Mintak tolonglah lagi dengan yahudi-yahudi tu lagi kalau nak semakin miskin.

Allah SWT Berfirman :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai orang-orang yang beriman) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kejahatan Yahudi dan Nasrani), maka tiadalah engkau akan memperolehi dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (QS Al Baqarah : 120)

Allah SWT Berfirman lagi :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya (kekayaan), dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa (kesusahan dan sebagainya) disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (QS Al A'araaf : 96)

WAllahua'alam ....

Selasa, 13 Julai 2010

KDN = Firaun Moden Yang Membuat Sekatan !!!!


Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, tempoh itu bermula semalam dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung penerbitan akhbar itu. Ada lagi di ....

Inilah puak-puak Firaun Moden atau UMNO. Apa yang dilakukan mereka sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Firaun Laknatullah bagi menyekat sebuah kebenaran.

Allah SWT Berfirman:

كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَذَّبُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ ۚ وَكُلٌّ كَانُوا ظَالِمِينَ ﴿٥٤﴾

"(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim." (QS Al Anfaal : 54)

Apa yang dilakukan oleh Firaun ialah dengan mengenakan sekatan kepada Bani Israil. Apabila Firaun dan menteri-menteri kabinetnya telah meluluskan suatu akta rang undang-undang, mesti dibunuh seluruh bayi lelaki yang dilahirkan dikalangan Bani Israil. Tujuannya ialah untuk menyekat kehadiran seorang lelaki yang bakal menentangnya iaitu Nabi Musa AS.

Allah SWT Berfirman lagi :

الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْآخِرَةِ كَافِرُونَ ﴿٤٥﴾

"(iaitu) orang-orang yang menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat." (QS Al A'araaf : 45)

WAllahua'alam ....

Isnin, 12 Julai 2010

Siapa yang membolak-balikkan hati pengundi ?


KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk meminda perlembagaannya bagi menarik sokongan lebih ramai golongan muda dalam memperjuangkan aspirasi parti itu sebagai tindakan tepat. Lagi di sinun.

Siapa yang membolak-balikkan hati pengundi lingkungan umur 21 ke 45 tahun itu? UMNO kah? Pindalah perlembagaan kome tu sejuta kali sekalipun tapi kalau tidak berpaksikan Iman, Islam dan Ehsan, sampai kiamat pun Allah SWT takkan redha kerana kemenangan itu adalah hak mutlak Allah SWT dan tanpa izinNya kemenangan itu tidak akan tercapai, apatah lagi menentang hukumNya.

Allah SWT Berfirman :

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾

"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (QS Ali Imraan : 85)

Definisi agama dalam Ayat diatas ialah Islam itu adalah cara hidup. WAllahua'alam ....

Semakin Ditekan Semakin Kuat !!!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini menggantung tidak bertali permit penerbitan Suara Keadilan kerana didakwa tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pihak akhbar tersebut berhubung laporan "Felda Bankrap". Lagi HarakahDaily.

Sebenarnya, perjuangan Islam, Kebenaran dan Keadilan yang menentang kezaliman, semakin ia ditekan semakin dia kuat.

Nabi SAW menerangkannya dan membuktikannya, semasa Baginda menulis surat kepada Raja Heraklius mengajaknya supaya memeluk Islam, lalu Heraklius bertanyakan kepada si pembawa surat tersebut juga perawi Hadis yang panjang ini iaitu, Abu Sufyan :

وتقول إيمان عندما يتحد مع الشعب الذين يشاهدون الشباك. قلت عندما سئل عن ما إذا كانت الزيادة أو النقصان تدريجيا ، فإنها تتزايد بسرعة. ان الايمان بحيث يمكنه أن يكون مثاليا

".... Memang demikianlah iman bila telah bersatu dengan orang-orang yang berhati bersih. Ketika aku menanyakanmu apakah mereka semakin bertambah atau berkurang, kamu menjawab mereka semakin bertambah. Begitulah iman sehingga ia boleh menjadi sempurna...." (HR Abu Sufyan).

WAllahua'alam ....

Rabu, 7 Julai 2010

Kebenaran Yang Tidak Dapat Dilenyapkan ....


KDN juga telah menggantung permit penerbitan akhbar ini berkuatkuasa 1 Julai lalu kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan akhbar tersebut. Lagi di http://suara-keadilan.com/

Walaupun KDN dan AMCO (UMNO + APCO yahudi) menyekat penerbitan Suara Keadilan versi cetak namun, Suara Keadilan versi maya iaitu di alamat http://suara-keadilan.com/ tetap boleh dilayari dan anda selaku pendokong keadilan dan kebenaran sentiasa boleh mendapatkan isu-isu terbaru dari PKR, insyaAllah.

Allah SWT Berfirman :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (dan tipu daya) mereka, tetapi Allah (lantas) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." (QS As Shaff : 8)

WAllahu'alam ....

Ahad, 4 Julai 2010

2 Hakim Syar'ei Wanita : Saranan Rosmah ?


KUANTAN: Dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, menyifatkan pelantikan mereka sebagai satu pengiktirafan serta mengangkat martabat wanita dalam kerjaya yang banyak dimonopoli lelaki. Lagi berita bodoh ni ada di sini.

Bodoh betul la.... kome ingat Hakim Syar'ei ni sama taraf macam drebar teksi dan bas ke? Kome ingat semua kerja lelaki pun orang perempuan boleh buat ke?

Allah SWT Berfirman :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ .... ﴿٣٤﴾

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.... " (QS An Nisaa : 34)

Kaum wanita memang tidak layak untuk menjadi pemimpin, hakim, imam, ketua apatah lagi pemimpin negara. Firman Allah di atas sebagai buktinya.

Mungkin isu di atas atas saranan Rosmah 'The Wanita Puaka" Mansor. Sebabnya sebelum ini Rosmah beriya-riya benar mahu melibatkan wanita dalam pelbagai urusan dalam negara ini. Klik sini untuk ceritanya.

WAllahua'alam ....

Jumaat, 2 Julai 2010

Siapa dia khairy ni ????

KUALA LUMPUR 1 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hanya sebagai tukang 'salak' Umno. Anwar juga menambah tindakan Ketua Pemuda itu hanya ingin menarik perhatian pemimpin atasan sahaja. Lagi di situ.



Rasulullah SAW pernah bersabda:

بالتأكيد الله يكره الناس الذين يأخذون القاسية القاسية والصعبة ، والغطرسة متبجح ، بصوت عال في الأسواق (مكان عام) في ليلة وكأنه يعرف أن القتلى وظهر الحمار نفسه ، في شؤون العالم ، ولكن الجاهل (وليس غبي اعلم) المسألة الآخرة.- رواه أحمد

"Sesungguhnya Allah membenci orang yang berhati kasar (kejam dan keras), sombong, angkuh, bersuara keras di pasar-pasar (tempat umum) pada malam hari serupa bangkai dan pada siang hari serupa keldai, mengetahui urusan-urusan dunia tetapi jahil (bodoh dan tidak mengetahui) urusan akhirat." (HR. Ahmad)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia