Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 30 Oktober 2010

UMNO Galas hancur .....


GALAS, 30 Okt -Seramai 300 orang ibu tunggal yang juga dikenali sebagai Armalah telah menerima sumbangan wang daripada pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam program Motivasi Jati Diri Armalah dan Pembahagian Bantuan Orang Miskin/OKU, semalam. Lagi di sini.

Inilah suasana bila tiba musim kempen pilihanraya di mana pun. Perang poster di mana-mana pun kita boleh lihat. Gambar rumah dhaif yang hampir roboh ini berada di bawah Parlimen Ku Li, Gua Musang iaitu suasana setinggan, penempatan kampung melayu di rizab KTMB yang berhampiran dengan 'pot' Petugas Pilihanraya PAS yang turut mAklonG sertai.

Kalau kita perhatikan gambar kat atas ni apa yang pelik? Mana gambar calon, Abd Aziz yang pendidikannya setakat SPM tu? Mana gambor Ku Li, pengarah pilihanrayanya? Yang ada gambor Najib dengan Stopa je.

Nampak sangat perpecahan yang teruk sedang berlaku dalam UMNO Kelantan. Semua ini berlaku kerana keengganan pimpinan Najib dan kroni-kroninya enggan meluluskan beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Ku Li dan bakal wakil rakyat mereka. Kepada para pengundi N45 Galas pilihlah Dr Zulkifli Muhammad sebagai wakil rakyat anda yang telah dipilih oleh pimpinan yang mahukan Islam sebagai cara hidup.

Allah SWT Berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu[605], ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya[606] dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan." (QS Al Anfaal : 24)

[605]. Maksudnya: menyeru kamu berperang untuk meninggikan kalimah Allah yang dapat membinasakan musuh serta menghidupkan Islam dan muslimin. Juga bererti menyeru kamu kepada iman, petunjuk jihad dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

[606]. Maksudnya: Allah-lah yang menguasai hati manusia.

WAllahua'aalam ....

Rabu, 27 Oktober 2010

Yahudi sungguh .....


"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu. Lagiiiiii.

Lepas duit cukai judi dan ni pulak duit haram cukai hiburan pulak. Duit-duit ini lah yang nak dibagi gaji pada rakyat Malaysia. Bagi penuh tembolok dan perut anak bini rakyat Malaysia dengan makanan dari duit haram. Baguih dok ada. Bagi semua pakat makan duit haram sampai mati. Tu diaaaa. Pakat ramai-ramai dok kena bakor dalam neraka. Sex, Sport & Song, menjadi sungguh APCO/UMNO yahudi ni punya perancangan. Yahudi kaper sungguh !!!!

Undilah UMNO/BN kalau nak penuhkan Neraka Jahannam dengan depa sekali .... Allah SWT Berfirman :

يَوْمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ امْتَلَأْتِ وَتَقُولُ هَلْ مِن مَّزِيدٍ ﴿٣٠﴾

"(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahannam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan?" (QS Qaf : 30)

WAllahua'alam....

Sabtu, 23 Oktober 2010

Parti Syaitan


Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:
“Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan. Lagi di sini.

Siapa yang syaitan sebenarnya? Golongan yang meninggalkan hukum-hakam Allah yang termaktub dalam Al Quran lah sebenarnya syaitan. Itulah UMNO yang keji dan hina.

Allah SWT Berfirman :

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَـٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ ﴿١٩﴾ إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَـٰئِكَ فِي الْأَذَلِّينَ ﴿٢٠﴾

"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (perintah dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan [1461]. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina." (QS Al Mujaadilah : 19 - 20)

[1461]
. Mengikut pendapat mufassirin, hizb atau puak itu juga di sebut sebagai parti atau kumpulan jamaah.

WAllahua'alam ....

Selasa, 19 Oktober 2010

Manis di luar tapi Pahit di dalamnya ....


Jelasnya, PAS dan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan dan mengambil berat hal rakyat bukan secara bermusim, tetapi menjadi dasar yang terancang dalam setiap proram kerana ia adalah amanah Allah SWT. Lagi di situ.

Sudah ternyata UMNO sebenarnya terdesak. Pengumuman mengenai pelbagai pemberian (klik sini) yang bakal diberikan oleh pihak kerajaan UMNO/BN kepada rakyat mutakhir ini sebenarnya hanyalah untuk menggula-gulakan rakyat bagi menyokong mereka pada PRU 13 nanti. Gula-gula yang manis diluar tetapi sebenarnya amat pahit dan beracun.

Allah SWT Berfirman :

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ ﴿١١٢﴾

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta (janji-janji manis) yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." (QS Al An'aam : 112)

WAllahua'alam ....

Ahad, 17 Oktober 2010

huiiiyooo .... takutnyaaaa

RAPTAI... Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO ketika melakukan raptai perbarisan perhimpunan Agong UMNO 2010 kali ke-64 di Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. Seramai 150 anggota UMNO dari ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri terlibat dalam perbarisan dan menaikan bendera UMNO pagi tadi. Perhimpunan kali ini dijangkakan dihadiri oleh 4,907 perwakilan yang dijadual berlansung selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu depan. - Foto BERNAMA. Gambar ini ada di sini.

Allah SWT Berfirman :

لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ﴿١٤﴾

"(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu (orang-orang beriman) melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): Permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)." (QS Al Hashr : 14)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 16 Oktober 2010

DI MANAKAH GADIS INI ?

KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ YANG LEBIH JELAS

Selasa, 12 Oktober 2010

JANGAN CABAR ALLAH !!!! 2


MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kira jam 7 sekejap tadi. Lagi di Harakahdaily.

10.10.10 - boleh jadi hari yang bahagia bagi sesetengah pihak (klik sini) dan boleh jadi hari yang paling sengsara bagi sesetengah pihak (klik sini). Walau apa apa pun jangan lupa disebalik kegembiraan kadang-kadang ada kesengsaraan.

Peristiwa kemalangan ini kemungkinan merupakan yang paling dahsyat dalam tahun ini. Kemungkinan juga peristiwa azab ini sebagai peringatan dari Allah SWT untuk kerajaan negeri Melaka dalam menguar-uarkan projek Melaka Maju 2010. Maju dari segi apa ? Dari segi projek menggalakkan persundalan ? (klik sini). Sebelum ini, Melaka juga pernah di Peringatkan oleh Allah SWT tentang projek ini (klik sini). Kedua-dua peristiwa azab tersebut berlaku dalam negeri Melaka Darul UMNO.

Ingatlah Allah SWT Berfirman :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya." (QS Al Anfaal : 25)

WAllahua'alam ....

Khamis, 7 Oktober 2010

seronoknya jadi perempuan sundal

klik pada gambar sebelah.

“Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa. Lagi situ.

Sesungguhnya bagi menangani masalah ini ialah dengan kembali kepada perundangan Al-Quran. Sayugianya, pelajar itu dikenakan hukuman dengan mengurungnya sampai mati.

Allah SWT Berfirman ;

وَاللَّاتِي يَأْتِينَ الْفَاحِشَةَ مِن نِّسَائِكُمْ فَاسْتَشْهِدُوا عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْ ۖ فَإِن شَهِدُوا فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّاهُنَّ الْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا ﴿١٥﴾

"Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji [275], hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan lain kepadanya[276]." (QS An Nisaa : 15)

[275]
. Perbuatan keji: menurut jumhur mufassirin yang dimaksud perbuatan keji ialah perbuatan zina, sedang menurut pendapat yang lain ialah segala perbuatan kotor seperti : zina, homo sek dan yang sejenisnya. Menurut pendapat Muslim dan Mujahid yang dimaksudkan dengan perbuatan keji ialah musahaqah (lesbian).

[276]. Menurut jumhur mufassirin jalan yang lain itu itu ialah dengan turunnya ayat 2 surat An Nuur.

Ayat tersebut berbunyi ;

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢﴾


"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman." (QS An Nuur : 2)

Bukannya dengan memberi keselesaan dalam sebuah sekolah yang amat selsesa, kepada pelaku zina tersebut. Akibat buruknya nanti makin bertambah penzina dan anak zina.

WAllahua'alam ....

Isnin, 4 Oktober 2010

Malaysia bila lagi ?


Undang-undang Syariah mula berkuatkuasa di Aceh pada 2005, menjadikannya salah satu daripada beberapa wilayah di Indonesia yang menggunapakai peraturan Islam itu. Lagi kat situ.

Teringin sangat mAklonG nak tengok Malaysia buat undang-undang macam ni. Di sebabkan pemimpin Malaysia yang ada sekarang ini menafikan kebenaran perundangan Al Quran dan enggan menerima perintah Allah SWT, jadi kita nak panggil Malaysia ni negara apa ?

Allah SWT Berfirman :

.... فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ ﴿٤٤﴾

"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir."(QS Al Maaidah : 44)

WAllahu'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia