Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 29 November 2010

YB yang berjiwa rakyat

Isteri YB misali
YB sedang menikmati bubur kacang hitam

mAklonG terharu melihat seorang YB yang amat berjiwa Rakyat, beliau ialah YB Adun Changkat Jong, YB Hj Anuar Sudin beserta isteri yang berkunjung ke rumah mertua maklonG kerana menghadiri kenduri kahwin adik ipar mAklonG di Teluk Intan semalam.

Inilah dia contoh pemimpin PAS yang baik dan beliau benar-benar faham akan Firman Allah SWT ini:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢١٥﴾

"Dan hendaklah engkau merendahkan diri terhadap pengikut-pengikutmu dari kalangan orang-orang yang beriman." (As Syua'arak : 215)

WAllahua'alam ....

Ahad, 21 November 2010

PKR perlu ada Usrah dan Tarbiyah Islam .....


"Ia menjadi teruk kerana ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti, dengan bekerjasama dengan pihak-pihak luar, yang memusuhi parti dan pimpinan parti," kata veteran PKR itu. Lagi di situ.

Perlu diingat suatu kumpulan, jama'ah atau parti jika tiada Usrah (hubungan kekeluargaan dan sifat bersaudara) danTarbiyah (pendidikan) berteraskan Islam maka kucar kacirlah jadinya. Allah SWT Berfirman :

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾

"Dan sesiapa yang mencari agama (cara hidup)[786] selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (QS Ali Imraan : 85)

[786]. Cara hidup bermaksud merangkumi seluruh aspek kehidupan seharian termasuklah dalam politik dan pemerintahan.

Kenapa PAS tidak berlaku seperti mereka ? Na'uzubILLAHi min zalik. Kerana PAS dasarnya adalah Islam dan panduannya adalah Al Quran dan Sunnah, oleh itu Allah SWT yang Maha Memiliki segala-galanya akan memelihara kita. InsyaAllah .....

WAllahua'alam ....

Sabtu, 20 November 2010

Ya Allah Menangkanlah Islam .....

video

After nine years of war provoked by Al-Qaeda's 9/11 attack, 2,200 troops killed among US-led forces, and now an open row with Kabul over tactics, NATO will deliver the closest thing yet to a withdrawal timetable. Lagi di situ.

Ternyata sandiwara yang dibuat oleh Tentera dajjal yang diketuai PBB dan NATO menipu dunia. Rancangan jahat terbaru mereka akan menghapuskan etnik Islam di Kabul, Afghanistan iaitu Taliban yang di anggap sebagai pengganas utama dunia.

Marilah kita teruskan usaha jihad kita untuk menentang tentera dajjal kuffar dengan kekuatan yang kita ada, terutamanya doa qunut nazilah ....

Allah SWT Berfirman :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ.... ﴿١٨٦﴾

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu ...." (QS Al Baqarah : 186)

WAllahua'alam ....

Ahad, 14 November 2010

Masuklah ke dalam Parti Katak


"Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?" kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada Umno. Lagi di situ.

Hehehhe .... Bodoh dan padan muka hang. mAklonG sarankan Zaid masuk PeRKaSa laaa macam Ibrahim Ali tu, nak masuk UMNO balik tapi kena baling taikkkkk .... padan muka hang. Jadilah hang katak yang bangang .... Janganlah ada lagi bangang-bangang macam depa ni lagi hendaknya.

Renungkanlah maksud Hadis ini :

“Ertinya: Dari Hudzaifah Ibnul Yaman radhiallahu ta’ala ‘anhu berkata: Manusia bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan kerana bimbang jangan-jangan menimpaku. Maka aku bertanya; Wahai Rasulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan? Beliau bersabda: ‘Ada’. Aku bertanya: Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan? Beliau bersabda: “Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun”. Aku bertanya: Apakah dakhanun itu? Beliau menjawab: “Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah”. Aku bertanya: Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan? Beliau bersabda: “Ya”, daei - daei yang mengajak ke pintu Jahanam. Barang siapa yang mengikutinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda: “Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita”. Aku bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya? Beliau bersabda: “Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya”. Aku bertanya: “Bagaimana jika tidak ada jama’ah mahupun imamnya?” Beliau bersabda: “Hindarilah semua firqah (kumpulan) itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”. (Riwayat Bukhari VI615-616, XIII/35. Muslim XII/135-238 Baghawi dalam Syarh Sunnah XV/14. Ibnu Majah no. 3979, 3981. Hakim IV/432. Abu Dawud no. 4244-4247.Baghawi XV/8-10. Ahmad V/386-387 dan hal. 403-404, 406 dan hal. 391-399)

WAllahual'alam ....

Sabtu, 6 November 2010

Tangan Jahat UMNO



Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap. Lagi di situ.

Macamla Perlis negeri UMNO tu tak tenggelam. Klik sini. Dah selesaikah masalah banjir di Perlis tu? Dah jadi kebiasaan musim tengkujuh, biasa lah macam tu. Sebenarnya air banjir tu Allah SWT sengaja hantar untuk mencuci segala dosa-dosa orang-orang yang berakidah UMNO dan tangan-tangan yang mengusahakan kejahatan yang masih ada di Kedah dan Perlis.

Allah SWT Berfirman :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١﴾

"Telah terjadi berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (QS Ar Ruum : 41)

WAllahua'alam ....

Khamis, 4 November 2010

tak menipu bukan UMNO


Kes ketiga, pengundi Hasmah Saleh, di Sekolah Keb Lepan Jaya juga menerima kertas undi mempunyai logo parti BN sahaja. Lagi di sana.

Itulah hakikatnya. UMNO + SPR = BN.

Allah SWT Berfirman :

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿١٢٣﴾

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya." (QS Al An'aam : 123)

Allah SWT Berfirman lagi :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ ﴿٥٤﴾

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya." (QS Ali Imraan : 54)

WAllahua'alam ....

Rabu, 3 November 2010

ini bukan rasuah, BODOOOHHHH !!!!


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa. Sumber kat sini.

Memang celaka besar betullah Utusan ni. Memang dasar bodoh tahap kayu, rasuah dengan zakat pun tak reti nak beza. Yang rasuahnya kat sini. Cerita pasal MCA beri duit pada pengundi. kalau MCA beri tu nak namakan apa? Zakat? Sedekah? Banganggggg ....

TGNA lebih maklum tentang Firman Allah SWT ni :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٨٨﴾

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (QS Al Baqarah : 188)

Yang tak retinya atau sengaja buat-buat tak reti UMNO dan Utusan je. WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia