Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 31 Mac 2011

zionis melayu ....


Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis. Lagi di situ.

Allah SWT Berfirman :

الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْآخِرَةِ كَافِرُونَ ﴿٤٥﴾

"Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat." (QS Al A'araaf : 45)

WAllahu'alam ....

Isnin, 28 Mac 2011

kotor + lucah + busuk = UMNO


JAKARTA: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan. Lagi di sinun.

Semuanya berpunca dari UMNO yang bersifat kotor, busuk dan hina lagi menentang Islam dan kebenaran. Seperti lipas yang habitatnya di tempat yang gelap dan kotor (kesyirikan) yang mana sifat fitrah lipas memang tak suka pada cahaya dan tempat yang bersih (keimanan dan keislaman).

Allah SWT Berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَـٰئِكَ فِي الْأَذَلِّينَ ﴿٢٠﴾

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina." (QS Al Mujadilaah : 20)

WAllahua'alam ....

Ahad, 27 Mac 2011

Abu Lahab = UMNO


"Nampaknya pemimpin BN menghabiskan masa dan tenaga untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang amat jelas ia sengaja direka dengan niat jahat mereka,"tegasnya. Lagi kat situ.

Ini lah sikap musyrikin yang sama diamalkan oleh Abu Lahab dan isterinya, Allah SWT Berfirman:

وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ ﴿٤﴾

"Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.[1608]" (QS Al Masaad : 4)

[1608]. Pemunggah kayu api dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi penyebar fitnah. Isteri Abu Lahab disebut pembawa kayu bakar kerana dia selalu menyebar-nyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslim.

Allah SWT Berfirman lagi :

وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ ﴿٤٦﴾

"Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam)[791], sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun." (QS Ibrahim : 46)

[791]. Maksudnya: orang-orang kafir itu membuat rancangan jahat untuk mematahkan kebenaran Islam dan mereka berusaha menegakkan kebathilan, tetapi mereka itu tidak menyedari bahawa rancangan jahat mereka itu digagalkan oleh Allah SWT.

WAllahua'alam ....

Khamis, 24 Mac 2011

Fira'un Moden ....


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mahu MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam pilihan raya umum lalu, kerana BN boleh kalah jika MIC terus bertanding di situ. Lagi kat sana.

Kemenangan tu siapa yang menentukan. Kenyataan Nazri tu cakap macam Fir'aun , macam orang takde iman. Allah SWT Berfirman :

وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِندِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ ﴿١٢٦﴾

".... dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS Ali Imraan : 126)

WAllahua'alam ....

Rabu, 23 Mac 2011

Pesanan Kepada Sang Mufti ....


IPOH, 23 Mac: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang diusahakan Dewan Pemuda PAS negeri. Lagi di sana.

Cuma mAklonG nak pesan pada pak mufti, telitilah Firman Allah SWT ini :

.... فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ ﴿٤٤﴾

".... Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (QS Al Maidah : 44)

WAllahua'alam ....

Selasa, 22 Mac 2011

Kemenangan Pasti Milik Islam ....


“Fokus kempen kita yang pertama akan ditumpukan kepada isu tanah. Tanah adat telah dirampas secara zalim di mana tanaman mereka telah dimusnahkan dan tanah tersebut diserahkan kepada kroni. Lagi kat sana.

InsyaAllah mudah-mudahan Allah Memberikan kemenangan kepada kita. Allah SWT Berfirman :

وَأُخْرَىٰ لَمْ تَقْدِرُوا عَلَيْهَا قَدْ أَحَاطَ اللَّهُ بِهَا ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرًا ﴿٢١﴾

"Dan (Allah telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukan-Nya[1402]. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS Al Fath : 21)

[1402]. Maksudnya: Allah telah menjanjikan kepada kaum muslimin untuk menaklukkan negeri-negeri yang lain yang di waktu itu mereka belum dapat menaklukkannya; tetapi negeri-negeri itu telah dipastikan Allah untuk ditaklukkan oleh kaum Muslimin dan dijaga-Nya dari penaklukan-penaklukan orang-orang lain. Janji Allah ini telah terbukti dengan ditaklukkannya negeri-negeri Persia dan Rumawi oleh kaum Muslimin.

WAllahua'alam ....

Ahad, 20 Mac 2011

Dalam Poket UMNO/BN ....


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menikus berdiam diri ketika Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sibuk berkempen sebelum sidang dewan dibubarkan. Lagi kat sana.

Tanyanya di mana ? Jawapannya dalam poket UMNO/BN la .... Allah SWT Berfirman :

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ ﴿١٤﴾

"Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)." (QS Al Baqarah : 14)

mereka dalam Ayat ni, spesis manusia-manusia macam SPR ..... WAllahua'alam ....

Sabtu, 19 Mac 2011

Aaarggghhh .... mintak nyawa ! mintak nyawa !


KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta golongan muda melalui rakan-rakan Facebook beliau supaya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri bagi membawa masa depan yang lebih baik untuk Sarawak, Sabtu. Lagi kat situ.

Salah satu tanda-tanda nak tumpo (nak mampus), mintak diberi undi, sokongan, perhatian dan sebagainya. Macam orang yang hampir mati lemas , dia akan mencapai apa saja yang dapat dicapai untuk menyelamatkan nyawa. Sama lah dengan Najib dan Ameno nya.

Allah SWT Berfirman :

كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ ﴿٢٦﴾ وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ ﴿٢٧﴾ وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ ﴿٢٨﴾

"Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;" (QS Al Qiyamah : 26-28)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 18 Mac 2011

jenis manusia yang tak ingat nak mati .....


Ada juga pandangan bahawa Taib tidak harus bertading lagi kali ini tetapi ada juga pendapat yang mengatakan pemimpin itu mampu untuk mengekalkan kesepaduan perikatan mereka dan menyumbang kepada kemenangan BN. Lagi kat situ.

Udah-udah le tu Pakcik Taib oiii.... Umoq hang beghapaaa ????

Allah SWT Berfirman :

وَمَن نُّعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ ﴿٦٨﴾

"Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya [1271](kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?" (QS Yaasiin : 68)

[1271]. Maksudnya: kembali menjadi lemah, nyanyuk dan kurang akal.


WAllahua'alam ...

Khamis, 17 Mac 2011

UMNO wujud dari kerana perkara JUDI

cuba perhatikan orang yang bersamping tu

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain. Lagi kat sana.

Sebenarnya UMNO berasal dari perkara yang berkaitan dengan judi dan sumber yang jelas KEHARAMAN nya. Klik di sini. Judi dan riba memang telah menjadi makanan mereka. Sama seperti Yahudi.

Allah Berfirman :

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba[174] itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu[175]. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) [176] adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya." (QS Al Baqarah : 275)

[174]. Riba itu ada dua jenis: nasiah dan fadhl. Riba nasiah ialah pembayaran lebih yang disyaratkan oleh orang yang meminjamkan. Riba fadhl ialah penukaran suatu barang dengan barang yang sejenis, tetapi lebih banyak jumlahnya kerana orang yang menukarkan mensyaratkan demikian, seperti penukaran emas dengan emas, padi dengan padi, dan sebagainya. Riba yang dimaksud dalam ayat ini riba nasiah yang berlipat ganda yang umum terjadi dalam masyarakat Arab zaman jahiliyah.

[175]. Maksudnya: orang yang mengambil riba tidak tenteram jiwanya seperti orang kemasukan syaitan.

[176]. Riba yang sudah diambil (dipungut) sebelum turun ayat ini, boleh tidak dikembalikan.


Itulah sifat munafik yang sentiasa mengajak orang buat benda-benda jahat. Allah SWT Berfirman lagi :

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٦٧﴾

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik." (QS At Taubah : 67)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 12 Mac 2011

kerdilnya manusia


TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh. Lagi ....

Beristighfar lah banyak-banyak ..... Allah SWT Berfirman :

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿٣٣﴾

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun[608]" (QS Al Anfaal : 33)

[608]. Di antara mufassirin menafsirkan yastagfiruuna dengan bertaubat dan ada pula yang menafsirkan bahawa di antara orang-orang kafir itu ada orang muslim yang minta ampun kepada Allah.

WAllahua'alam ....

Rabu, 9 Mac 2011

menipu setanding negara luar .....


KUALA LUMPUR - Pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding negara lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Lagi kat sana.

Negara luar tu negara mana ? Mesir, Tunisia, Libya ? Yang telah memerintah puluhan tahun secara kukubesi dan sentiasa menipu dalam pilihanraya ? Apa yang dimaksudkan dengan setanding negara luar tu? Dari segi menipunya kah? Hahahahaa ....

Allah SWT Berfirman :

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ ﴿١١٢﴾

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." (QS Al An'aam : 112)

WAllahua'alam ....

Isnin, 7 Mac 2011

surat yang boleh mengubah politik negara ....

Leila Trabelsi, isteri Ben Ali yang perangainya seperti RM

Anak muda Muhammad Muizzuddin yang pernah menitipkan pandangan dan menyuarakan rasa hati golongan segenerasi melalui 'Surat Pelajar Kepada PM - pelan pemusnah generasi masa depan' - yang hingga kini telah mencecah lebih 37,000 hits di weblog ini dan dikongsi hampir 10,000 pemilik FaceBook, kini muncul dengan luahan hati kepada wanita yang menggelarkan diri sebagai 'First Lady of Malaysia', DS Rosmah Mansor. Lagi kat sana.

Isi surat ni lebih kurang macam surat oleh Mohamed Bouazizi di Tunisia. Cerita Mohamed Bouazizi klik kat sini. Tak mustahil Malaysia akan jadi macam Tunisia.

Allah SWT Berfirman :

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٤٢﴾

"Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih."(QS As Syuraa : 42)

WAllahua'alam ....

Ahad, 6 Mac 2011

Ramainya Orang Bodoh !!!!


Secara keseluruhan, Ong berkata BN akan mendapat tambahan 11 peratus undi popular dan akan mengekalkan Merlimau dengan kelebihan 4,000 undi. Lagi kat sana.

Itulah hakikatnya, manusia-manusia bodoh je yang nak masuk neraka kerana meninggalkan Islam dan Ulamak, sebab yang dok dalam neraka tu ramai.

Rasulullah SAW pernah Bersabda :

حدثنا عن أبي سعيد قال < قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول الله عز وجل يا آدم فيقول لبيك وسعديك والخير في يديك قال يقول أخرج بعث النار قال وما بعث النار قال من كل ألف تسع مائة وتسعة وتسعين قال فذاك حين يشيب الصغير< وتضع كل ذات حمل حملها وترى الناس سكارى وما هم بسكارى ولكن عذاب الله شديد > قال فاشتد عليهم قالوا يا رسول الله أينا ذلك الرجل فقال أبشروا فإن من يأجوج ومأجوج ألفا ومنكم رجل قال ثم قال والذي نفسي بيده إني لأطمع أن تكونوا ربع أهل الجنة فحمدنا الله وكبرنا ثم قال والذي نفسي بيده إني لأطمع أن تكونوا ثلث أهل الجنة فحمدنا الله وكبرنا ثم قال والذي نفسي بيده , إني لأطمع أن تكونوا شطر أهل الجنة إن مثلكم في الأمم كمثل الشعرة البيضاء في جلد الثور الأسود أو كالرقمة في ذراع الحمار.>>>ر

Hadis riwayat Abu Said ra. ia berkata, < Rasulullah saw. bersabda, Allah Taala Berfirman, Wahai Adam. Beliau menjawab, Aku patuhi panggilan-Mu dan kebaikan ada di tangan-Mu. Allah Berfirman, Keluarkanlah Ba'tsa an naar. Adam bertanya, apakah Ba'tsa an naar itu ? Allah Berfirman, Setiap bilangan seribu, keluarkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang. Perintah Allah kepada (Adam as.) itu terjadi ketika anak-anak beruban, < وتضع كل ذات حمل حملها وتري الناس سكارى وما هم بسكارى ولكن عذاب الله شديد > (Kandungan setiap wanita yang hamil gugur dan engkau lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi sesungguhnya siksa Allah sangat pedih). Penuturan Rasulullah saw. tersebut membuat para sahabat merasa bimbang. Mereka bertanya, wahai Rasulullah! siapakah lelaki (yang seorang di antara seribu) itu? Rasulullah saw. bersabda, Bergembiralah kalian, kerana, dari Yakjuj dan Makjuj seribu, sedangkan dari kalian seorang. Kemudian beliau meneruskan, Demi Zat yang menguasai diriku, sesungguhnya, aku sangat mengharapkan kalian menjadi seperempat ahli syurga. Kami (para sahabat) memuji Allah dan bertakbir. Beliau bersabda lagi, Demi Zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kalian menjadi sepertiga ahli syurga. Kami memuji Allah dan bertakbir. Kemudian beliau bersabda kembali, Demi Zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kalian menjadi separuh ahli syurga. Perumpamaan kalian di tengah-tengah umat lain, adalah bagaikan sehelai rambut putih pada kulit sapi hitam, atau seperti belang pada betis kaldai >

ًKesimpulannya, dalam 1000 orang, seorang je yang masuk syurga, yang selebihnya dalam neraka. WAllahua'alam ....

Jumaat, 4 Mac 2011

Jangan Ditipu BN di Merlimau.


Sebaliknya, BN lebih banyak menguasai “gelanggang pertarungan” dengan menawarkan pelbagai janji, projek selain menyelesaikan masalah infrastruktur di Merlimau. Lagi di sana.

Bagi orang yang mengharapkan harta benda dunia dan kemarukkan pembangunan semata-mata, renungilah Firman Allah SWT ini :

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿٢٠﴾

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurangkan ingatan kepada Akhirat), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (QS Al Hadiid : 20)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia