Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 29 Jun 2011

Pakaian Kotor VS Pakaian BERSIH


Artis X

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.


Rakyat Marhain

Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. “Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula ada orang allergik kalau kami pakai baju ni. “Kalau saya pakai baju warna merah, nampak tak cantik pulak sebab pakaian tu biasa pakai kat perhimpunan parti tu tu tuu..tak bestlaa,” katanya pemuda X kepada blog Y.

Dunia...dunia... Allah SWT Berfirman :

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَ‌ٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ ﴿١٤﴾

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." (QS Ali Imraan : 14)

WAllahua'alam ....

Ahad, 26 Jun 2011

baju awak BERSIH ke KOTOR ?


"Ini cubaan menakutkan rakyat. Kita seru rakyat jangan putus asa, kita ada hak berhimpun secara aman 9 Julai ini", tambahnya. Lagi kat sana.

mAklonG pakai baju bersih. Siapa yang pakai baju kotor? Lawan tetap lawan !!!! Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا ﴿٧١﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan jihad) sepuak demi sepuak atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai." (QS An Nisa : 71)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 24 Jun 2011

BERSIH 2.0 : Ahli PAS Jangan Buat Perangai Gila .....


"PAS adalah parti Islam yang berjuang atas dasar Islam. Sesuai dengan nama dan dasar perjuangannya, setiap ahli PAS mestilah mempunyai keimanan yang mantap, berakhlak mulia, mempunyai pelbagai sikap baik yang dituntut dalam Islam," katanya pada sidang akhbar bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Lagi di situ.

mAklonG bukannya apa, cuma nak nasihat pada diri sendiri juga para aktivis lebih-lebih lagi ahli-ahli PAS, dalam keghairahan kita bersemangatnya kita untuk berdemo, jangan pula kita membuat provokasi, bawa senjata dan melakukan kerja-kerja gila yang melanggar batasan undang-undang. Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٩٠﴾

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. "(QS An Nahl : 90)

WAllahua'alam ....

Selasa, 21 Jun 2011

syaiton besor !!!!


Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan. Lagi kat situ.

APCO Yahudi Zionist pun mengucapkan tahniah kepada Najib dan gerombolannya. Bagussss ini yang Zionist Yahudi suka. Lagi ramai lagi bagus. Kepada Jamil yang tengin, sila perhatikan peringatan Rasulullah SAW ini :

عَنْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنْ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَبِي يَغْتَرُّونَ أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُونَ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا ( رواه الترمذي )

Daripada Abu Hurairah ra.berkata:Rasulullah saw. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Riwayat Tirmizi)

WAllahua'alam ....

Ahad, 19 Jun 2011

DASAR BUSUK HATI


Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan. Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah “mendapat tekanan” daripada Pejabat Perdana Menteri (gambar). Lagi kat sana.

Spesis manusia yang busuk hati, dengki memang macam tu. Allah SWT Berfirman :

وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ ﴿١٢٥﴾

"Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit[666], maka dengan surah Al Quran itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir." (QS At Taubah : 125)

[666]. Maksud penyakit ini adalah penyakit hati atau rohani seperti kekafiran, kemunafikan, keragu-raguan, hasad dengki dan sebagainya.

WAllahualam ....

Khamis, 16 Jun 2011

Utusan : jahil murokkab tahap maksimum ....


Baginya, bermotifkan sebagai satu penjelasan bertajuk “KEKELIRUAN KES ROGOL”, Utusan Malaysia sangat jahat apabila membenarkan sebuah karikatur yang menatijahkan imej negatif kepada agama Islam. “Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan menggesa supaya tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia dan sekaligus menggantung akhbar yang kononnya mewakili suara orang Melayu itu,” ujarnya. Lagi di situ.

Kita sedia maklum bahawa Utusan Malaysia adalah lidah UMNO no 1. Ini lah dianya Melayu Jahiliyyah yang memperjuangkan bangsa yang me.........layu sebagai perjuangan utamanya. Kita kena beringat, Nabi SAW tu bangsa arab Quraisy dan Abu Lahab tu pun bangsa arab Quraisy. Perbezaan mereka berdua ialah aqidah, bukan bangsa. Bangsa mereka sama.

Sama jugalah dengan PAS dan UMNO, sama-sama bangsa Melayu. Bezanya aqidah. Tapi nampaknya UMNO ni macam nak ikut jejak langkah Abu Lahab yang confirm masuk neraka. Rujuk Surah Al-Masad. klik sini. Rasulullah SAW pernah bersabda :

عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ فِي هَذَا الشَّأْنِ مُسْلِمُهُمْ تَبَعٌ لِمُسْلِمِهِمْ وَكَافِرُهُمْ تَبَعٌ لِكَافِرِهِمْ ﴿رواه مسلم﴾

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Manusia itu dalam urusan (hidup) ini menjadi pengikut kaum Quraisy. Muslim mereka mengikuti muslim Quraisy, demikian pula kafir mereka mengikuti orang yang kafir dari kaum Quraisy. (HR Muslim - Shahih Muslim No.3389)

WAllahua'alam ....

Ahad, 12 Jun 2011

Sebab Umno Selangor Kalah PRU12:Pengakuan separuh Ikhlas


wow! terbeliak mata mAklonG pagi ni.Cita-cita murni dari UMNO. Bila diamati-amati,nampaknya bersungguh-sungguh deme nakkan negeri selangor. Lagi disini.

Antara sebab-sebab yang dema mengaku sebab apa deme kalah pada pilihanraya hari tu adalah antara lainnya:

1. Rupe-rupenye pengundi dema tak cukup nak ngundi dema. Deme kata jentera deme
terutama bahagian wanitanye tak berkoroje untuk menambah bilangan pengundi.Jawab
Sharizat...jawab..

2. Dema kata lagi sebab apa deme kalah sebabnya, pemimpin-pemimpin deme rupe-rupenya
bertelagah sesama sendiri. Tak kire peringkat mane.. peringkat cawangan ker, peringkat
bahagian ker sameeee je... ate ngaku jugak ler yer.

3. Lagi... deme kata deme kalah sebab deme tak bersefahaman sesama rakan sekutu deme mcm
MCA MIC,GERAKAN dll. Uisshh patutler jemput APCO bagi balance... deme kata.

4. Lagi kata deme... deme nak berusaha memahamkan rakyat mengenai Islam sebabnya hanya
rakyat yang tak faham Islam jer yang boleh dipengaruhi oleh PAS.. hehehe... tersedak
mAklonG. Nampaknya UMNO nak ubah dasar parti ler nampaknya.

Itulah antara inti pati kata deme sebab apa deme kalah pada pilihanraya umum yang lepas.. Cuma ada satu lagi sebab kenapa deme boleh kalah pilihanraya yang lepas, sebabnya rakyat meluat, meloya dan sakit hati sebab ada pemimpin dema boleh beli dan buat banglo bayar 6 juta bebbbbbb secara tunaiiiiii...ingat tunaiiiii. .Tau ker 6 juta tu ada berapa kosong. 6 juta = 6 000 000 Ringgit Malaysia. Bukan 6 juta Rupiah bapak-bapak ibu-ibu. Bukan 6 RM. 60 Ribu RM pun boleh consider lagi. Ituler sebab dema bungkus.... Ada berani deme nak mengaku??? Inilah sebabnya deme berusaha nak rampas semula Selangor ni. Kalau menang semula lepas ni boleh beli rumah, tanah, tanah kubur segala macam tanah dan harta lain dengan harga berjuta-juta lagi. Kan..kan...kan..... Ada deme nak mengaku? Nabi SAW pernah bersabda :

عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." - HR. Ath-Thabrani


WAllahua'alam ....

Sabtu, 11 Jun 2011

cerita basi .....


PADA 30 Mei lalu, Salih Yaacob, 50, melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor Bahru, Johor. Lagi di sana.

Maaf le cerita ni agak basi. Cuma mAklonG nak mengingatkan aje. Allah SWT Berfirman :

وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١٢٩﴾

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS An Nisaa' : 129)

WAllahua'alam ....

Isnin, 6 Jun 2011

UMNO : tunggu nak PADAM ....


“Demi kepentingan rakyat, kita tidak pernah menutup pintu (kepada PAS). Sama ada menerima atau tidak, itu soal lain. Lagi kat sana.

Ini ayat orang yang sedang nazak dan diambang sakratulmaut. Ingatlah Firman Allah SWT :



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْ ۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ ﴿١﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus." (QS Al Mumtahanah : 1)


Ingat.... apa yg UMNO/BN pernah buat pada PAS suatu masa dulu. WAllahua'alam ....

Ahad, 5 Jun 2011

tazkirah untuk diriku yang lupa ....


Yang diraikan seluruh para tetamu yang terdiri daripada mantan-mantan Ketua DMPP, pimpinan-pimpinan wanita PAKATAN RAKYAT, YB-YB wanita PAKATAN RAKYAT, Isteri-isteri pimpinan AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri, suami-suami AJK DMPP, veteran-veteran PAS, Wakil-wakil NGO, Wakil-wakil Media, seterusnya para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang dihormati sekalian;
Baca lagi kat sana :)

Kepada para Muslimat yang memperjuangkan Syari'at Allah yang sebenar, kita yang mengaku sebagai muslimat itu, mari kita sama-sama renungkan hadis-hadis ini :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّهَا سَأَلَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعَلَى النِّسَاءِ جِهَادٌ قَالَ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ هُوَ جِهَادُ النِّسَاءِ ﴿رواه أحمد﴾

"Daripada 'Aisyah r.a. bawasanya aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah jihad yang paling utama bagi perempuan?" Rasulullah SAW menjawab:"Jihadnya kaum perempuan ialah haji dan umrah." (HR Ahmad)


عَنْ ابْنُِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَأَيْتُ النَّارَ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ قَالُوا لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ بِكُفْرِهِنَّ قِيلَ يَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ ﴿رواه البخاري﴾


"Daripada Ibnu 'Abbas r.a. bawasanya Rasulullah SAW bersabda: Diperlihatkan kepadaku neraka kebanyakan penghuninya kaum wanita kerana kekufuran mereka. Para sahabat bertanya, "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Nabi Saw menjawab, "Mereka mengkufuri pergaulan dan kebajikan (kebaikan). Apabila kamu berbuat ihsan (baik) kepada seorang dari mereka (isteri-isteri kamu) sepanjang umurnya lalu dia mengalami sesuatu yang tidak menyenangkannya dia akan berkata, "Kamu belum pernah berbuat baik kepadaku." (HR Bukhari)

WAllahu'alam ....

Rabu, 1 Jun 2011

jimatkan elektrik kah kah kah ....


"Jadi sebab itu kita tetapkan dasar ini (mengkaji kenaikan tarif), namun kita akan kaji dari semasa ke semasa supaya apa yang kita lakukan itu setimpal dari segi beban kepada rakyat," katanya. Lagi di sinun.

Semalam mAklonG tengok berita TV3 suku. Dema kabo cara-cara nak jimatkan tenaga elektrik. Salah satunya gosok baju seminggu sekali. Contohnya, gosok baju hari Ahad, nak pi kerja Isnin baju cantik licin. Masuk hari Selasa pakai baju berkedut pulak. Kah kah kah .... tengin.

Allah SWT Berfirman :

.... وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُن مِّنَ الْجَاهِلِينَ ﴿٣٣﴾

".... Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh." (QS Yusuf : 33)

Idak le teman nak jadi tengin macam dema tu .... WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia