Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 28 Ogos 2011

Negara Berkebajikan: PAS akan buktikan,InsyaAllah.

Negara berkebajikan. Istilah yang begitu digeruni oleh UMNO,BN. Mereka sering berteriak...Apakah kami tak cukup berkebajikan??? Yer, tidak dinafikan ada jugakla UMNO memberi atau membuat kebajikan TETAPI ...TETAPI kebajikan yang berpilih-pilih. Ini bukan mAklong yang cakap. Ini adalah luahan daripada masyarakat di tempat mAklong sendiri yang beritahu mAklong dan kawan-kawan ketika kami datang memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat setempat. Antara luahan yang kami terima adalah:

1. Sumbangan kebajikan hanya untuk kroni-kroni pimpinan UMNO setempat. Kalau nak dapat pun entah mana sekali... barulah rasa sekali walaupun hakikatnya mereka adalah golongan asnaf.

2. Masuk persatuan ibu tunggal tapi haram habuk pun TIDAK dipedulikan untuk dapatkan sedikit sumbangan. Dikenakan bayaran bulanan. Mengikut pengakuan lisan sekitar RM15 setahun ( ker sebulan... maklong tak ingat). Tapi kenalah jugak bayor..

3. Dan macam-macam lagilaa cerita yang tak berapa sedap nak didengor dan diulas.

Ini bukan mAklong rekacipta sendiri ulasan-ulasan dari mereka ini. Tapi ini adalah luahan dari hati mereka sendiri. Niat dihati kami memanglah semua warga miskin, ibu tunggal hendak dibantu, tetapi kami juga mempunyai kemampuan kewangan yang terhad. Jadi mAklong apa lagi, ngempenlah jugak sambil-sambil tu. Minta bagi peluang pada Pakatan Rakyat untuk memerintah supaya kita dapat merealisasikan janji yang kita hendak laksanakan. Antaranya adalah NEGARA BERKEBAJIKAN.

Sekitar program jelajah kebajikan (Program Kebajikan yang ke 3 sempena Ramadhan 1432 pada 27 Ogos 2011 yang dikelolakan oleh DMP Ipoh Timur)

sumbangan kepada warga emas
sumbangan kepada ibu tunggal.semoga sedikit sumbangan dari DMP Ipoh Timur ini dapat mengembirakan mereka pada hari raya nanti

Wajah anak-anak yang masih belum memahami erti sebuah kehidupan

Terima kasihlah diatas ingatan dan sumbangan yang diberikan -luahan hati penerima bantuan

mAklonG ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang yang dermawan. Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik tuan/puan semua.

Allah s.w.t berfirman :

... وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢﴾

" .... dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." (QS Al Maidah : 2)

WAllahua'alam ....

Khamis, 25 Ogos 2011

Pelancaran Blog Pas Ipoh Timur

Pada malam tadi bertempat di tempat mAklonG,program Qaryah Ramadhan diteruskan lagi dengan pelancaran blog Pas Ipoh Timur yang dilancarkan oleh Hj Mazlan Aliman,AJK Pas Pusat.

Dengan adanya blog ini, diharap dapat dijadikan sebagai saluran alternatif bagi menyampaikan risalan dakwah dan juga aktiviti-aktivi yang dijalan oleh Pas Kawasan, Pas Negeri dan juga aktiviti-aktiviti Pakatan Rakyat. Sesuailah dengan perkembangan semasa sekarang, dimana rakyat sudah semakin ramai mengaksess media baru sebagai salah satu sumber mendapatkan maklumat. Yang dok percaya dengan media lama (TV dan surat kabo) je yang ketinggalan zaman. Diharap Pas Kawasan mAklonG terus melangkah kehadapan dalam menyampaikan maklumat terkini pada rakyat seluruh Malaysia. Tapi satu jer pesanan mAklong supaya blog itu nanti hendaklah selalu diupadate. Idakler hanya ada sawang jer. hehehe. Selamat , meneruskan perjuangan PAS Ipoh Timur.

Lagi di sini

Firman Allah s.w.t :

.... قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٩﴾

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (QS Az Zumar : 9)

WAllahua'alam ....

Isnin, 22 Ogos 2011

Meriahnya Qaryah Ramadhan PAS Kawasan Ipoh Timur

Apa yang mAklong boleh gambarkan program Qaryah Ramadhan semalam,21 Ogos, yang diadakan di UPU Pengkalan Barat sangat meriah dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh PAS Kawasan Ipoh Timur di bawah Lajnah Kebajikan,Dewan Pemuda PAS Kawasan serta Dewan Muslimat PAS Kawasan bersama Nisa . Program yang bermula pada pukul 5.30 petang di mana bantuan dan sumbangan yang berupa beras,minyak masak,gula dan lain-lain disampaikan kepada warga miskin disekitar kawasan Ipoh Timur dan Pengkalan Barat.Sumbangan disampaikan oleh mantan calon PRU12 yang lepas,Ustaz Radhi Zainon yang memang terkenal dengan sikapnya yang prihatin dengan warga-warga yang kurang berkemampuan ini.





Dalam waktu yang sama Dewan Pemuda mengedarkan ikan bakar percuma kepada penduduk setempat yang melalui kawasan program kami.Apa yang mAklonG perhatikan mereka begitu teruja dengan kelainan juadah berbuka yang disumbangkan.Ada juga yang ingatkan edaran ikan bakar percuma itu untuk dijual.

Dewan Muslimat PAS Kawasan bersama team NISA juga tidak ketinggalan dengan program mereka ,Talk Show mengenai kesihatan wanita yang disampaikan oleh Dr Maizun.
Program Qaryah Ramadhan berakhir dengan ceramah selepas solat terawikh yang disampaikan oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor,Ketua Penerangan DPP Pusat.mAklong teringat waktu Ramadhan ketika Pakatan Rakyat memerintah, macam inilah juga keadaan aktiviti yang dijalankan. Banyak program-program yang diatur oleh kerajaan negeri pada ketika itu.Selain menjamu rakyat kebanyakan berbuka di dataran Majlis Bandaran Ipoh pada waktu itu ,rakyat juga dihidangkan dengan santapan jiwa dari para ilmuan seluruh negara. Benarlah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ridhuan Mohd Noor semalam yang mengatakan bahawa rakyat hanya boleh berubah dari kejahilan kepada kebenaran bagi sesuatu perkara,jika dibangunkan rakyat itu dengan ilmu. Jika kerajaan menjauhkan rakyatnya dengan ilmu,maka semakin jauhlah rakyat dengan kebenaran.Wallahua'lam.


Jumaat, 19 Ogos 2011

U..M... - U....M... yang mengalami zaman kejatuhan

Sama ada kebetulan ataupun ini yang dinamakan perancangan Allah, dua tiga menjak ini satu persatu yang ada kaitan dengan U....... M....... mengalami zaman kemerosotan atau menghampiri zaman kejatuhan.

Cerita U....M.... 1
U...M.... (Utusan Malaysia) yang memula ini mAklonG ada posting baru-baru ni mengenai syarikat media perdana yang saban hari semakin mengalami kejatuhannya.Tidaklah dapat dipastikan bahawa adakah musibah yang menimpa adalah disebabkan keceluparan pengarang dema sendiri yang akhirnya membawa kepada zaman kejatuhan.


Cerita U....M...2
U....M ini adalah berkaitan dengan Universiti Malaya yang satu ketika dahulu merupakan universiti tersohor di negara kita. Menurut U.....M..... di atas mengatakan yang U....M....ini mengalami kemerosotan ilmuan di universiti berkenaan. Bukan mAklonG yang kabo,tapi U....M... yang diatas melaporkan.Tidak percaya boleh baca kat sini.


Cerita U......M..... 3
Alkisahnya U..M... yang ini pun bakal-bakal mengalami kemorosotan sokongan. Itu sebab sehelah mungkin dema mencari talihayat-talihayat yang boleh membantu mereka. Tak kiralah Mismah ker,Kg Baru ker, Baru Kg ker... Janji dema dapat memerintah untuk sekian kalinya. Tapi U....M.... ini kena ingat yang bukan semua kerja buruk mereka diredhai oleh rakyat jelata.Kita tengokla nanti apa lagi taktik U.....M ni untuk memanjangkan hayat dema. Say NO untuk U.....M... yang ke 3 ini...

Ish..ishhh ada mana-mana U...M yang glamer lagi.???
Allah s.w.t berfirman :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ ﴿٣٤﴾

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan untuk hancur musnah); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan." (QS Al A'araf : 34)

WAllahua'alam ....

Iklan Raya Islam + Yahudi = 1 Malaysia


iklan tahun lepas

Antara contoh calon-calon yang telah menempah tiket untuk ke Neraka. klik sini.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

عَنْ ابْنُ عَبَّاسِ وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ


Dari Ibnu Abbas dan Imran bin Hushain radhiallahu 'anhum dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Saya telah menjenguk dalam syurga, maka saya melihat bahawa sebahagian banyak penghuninya adalah kaum fakir dan saya juga telah menjenguk dalam neraka, maka saya melihat bahawa sebahagian banyak penghuninya adalah para wanita." (Muttafaq 'alaih) dari riwayat Ibnu Abbas. Imam Bukhari meriwayatkan pula dari riwayatnya Imran bin Hushain.

Macam tak cukup kain bila memakai pakaian. WAllahua'alam ....

Khamis, 18 Ogos 2011

SALAM NUZUL AL QURAN

Salam Nuzul Al Quran buat semua pengunjung blog mAklonG. Terima kasih atas sokongan anda semua.


Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al-Quran. Satu peristiwa yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. Lagi di sini

Sempena sambutan nuzul Al-Quran ini juga,sebagaimana yang kita semua maklum bersandarkan kepada sebuah hadis nabi :

عَنْ سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قُلْتُ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ حَدِّثِينِي عَنْ خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ أَلَسْتَ تَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَإِنَّ خُلُقَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ الْقُرْآنَ - رواه أبو داود و مسلم

Daripa Sa'ad bin Hisham r.a berkata : Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a, "Ceritakan kepadaku tentang akhlak Rasulullah s.a.w", maka dia menjawab, "Adakah kamu membaca Al-Quran? Maka sesungguhnya, akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah Al-Qur'an." (HR. Abu Dawud dan Muslim).

Jadi bagaimana pula dengan diri kita. Adakah kita berusaha untuk berakhlak sebagaimana Rasulullah S.A.W. Tepuk dada tanya iman. Mungkin video klip di atas itu dapat memberi ikhtibar kepada kita. WAllahua'alam ....

Selasa, 16 Ogos 2011

Sekolah Harapan Ali Rustam mahu RM2 Juta lagi

JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.

Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini. Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad. Lagi di sini.

Panas pagi-pagi lagi bila mAklong baca berita ni. Tidak adakah cadangan lain untuk menyekat daripada bertambahnya remaja-remaja hamil ini. Kalau sudah makin bertambahnya bilangan remaja-remaja hamil ini, adakah dengan cara membina penempatan baru ini adalah penyelesaian yang terbaik. Apakah kepimpinan Dato' Ali Rustam tidak terfikir dengan pertambahan bilangan anak luar nikah ini, bermakna kerajaan pimpinan dato' tidak berjaya merancang program-program yang bermanfaat di negeri Melaka. Kenapa tidak diajak tokoh-tokoh Islam dari pelbagai peringkat untuk mengatasi masalah ini. Kembalilah membentuk masyarakat kita dengan acuan agama, dengan acuan Islam. Rasa mAklong, kebanyakan anak luar nikah ini adalah anak-anak orang Islam. Amat takut dan gerun mAklonG dengan kadar statistik yang makin bertambah bilangan anak luar nikah ini. Mana tidaknya , cadangan-cadangan penutupan tempat punca maksiat tidak berusaha untuk ditutup (baca di sini ) tetapi sibuk dok buat tempat penyediaan menerima "ahli baru" yang tidak sah taraf. Orang kata, orang macam mAklonG ni hanya pandai cakap jer, tapi agak-agaknya orang macam Dato' Ali Rustam tu nak ker terima cadangan dari orang macam mAklong , PAS Melaka, tokoh-tokoh Islam yang tidak menyorok kebenaran dan lain-lain??? Renung-renungkanlah sabda Rasulullah s.a.w. ini.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَاقٌّ وَلَا مُدْمِنُ خَمْرٍ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا وَلَدُ زِنْيَةٍ
- رواه النسائي و أحمد

Daripada Abdullah bin Amr r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak masuk syurga, iaitu penderhaka terhadap kedua orang tua, pemabuk berat, dan orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya (ertinya, merelakan isteri atau anak perempuannya atau orang yang berada di bawah pimpinannya berbuat serong atau zina)." (HR. An-Nasaa'i dan Ahmad)

Melaka ni tunggu kena tsunami ni, InsyaAllah. WAllahua'alam ....

Isnin, 15 Ogos 2011

Mana negeri berkebajikan UMNO BN?

Walaupun negara kita sudah merdeka masuk 54 tahun, tetapi masih lagi belum dapat memberi kebajikan kepada seluruh rakyat. Semalam mAklong dan rakan-rakan seangkatan dari DMPK Ipoh Timur memberi sedikit sumbangan barang dapur kepada golongan-golongan yang memerlukan. Amat tersentuh hati kami semasa ziarah diadakan, masih lagi ada keluarga yang daif dan miskin yang tinggal tak jauh dari bandaraya Ipoh. Tak jauh dari Pejabat Zambry. Agak-agak mAklong kira-kira 6 km. Cuba bayangkan dengan keadaan rumah yang tidak dilengkapi dengan bekalan air yang sempurna. Masih mengambil air sungai dibelakang rumah sebagai sumber minuman. Bekalan elektrik pun diperolehi ihsan dari jiran yang prihatin. Mana tanggungjawab kerajaan BN yang merampas Perak, konon-kononnya dema jer yang hebat dalam memerintah.

Tersentuh hati mAklong dan rakan-rakan apabila diberitahu yang mereka sekeluarga hanya perlukan sedikit makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Keluarga yang terdiri dari pasangan suami isteri dan 2 orang anak yang masih bersekolah. Suami hanya bekerja menjual sayur-sayur yang dikutip di persekitaran tempat tinggal dan si isteri pula terpaksa mengambil upah membasuh kain dari rumah ke rumah dan juga pelbagai kerja lain.

Bila diajukan soalan, pernah tak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. Jawapannya setakat mengisi borang dan tidak mendapat apa-apa respons ataupun bantuan dari pihak yang bertanggung jawab. Inilah dia kehidupan realiti yang masih ada di negara kita yang dikatakan menuju negara maju. Bantuan masih lagi tidak menyeluruh.

Jadi apa peranan kita??? Tepuk dada tanya iman!!! Boros berbelanja membeli pelbagai juadah makanan kemudian membazir, sedangkan ada keluarga yang tidak punya keupayaan untuk menyediakan juadah yang seumpama kita.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

عَنْ إِبْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Daripada Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat." (Shahih Muslim No.4677)

WAllahua'alam.....

Sabtu, 13 Ogos 2011

BN semakin menjadi raksasa

mAklonG rasa Pakatan Rakyat kena bersedia dengan strategi yang tersusun bersama tenaga dan sumber kewangan yang mencukupi sebagaimana BN telah merancang dan berusaha memperkukuhkan parti dema. Bukannya apa mAklong terbaca jab tadi, bilamana BN bagitahu pada kita semua yang dema sudah semakin kuat. Sampai tahap boleh jadi rasaksa.

Mengenai sidang khas Parlimen yang dituntut pihak pembangkang, Najib berkata: “Sampai pada masanya kita akan buat satu kenyataan nanti.” Sementara itu, beliau berkata Dewan Tertinggi BN menerima empat pertubuhan sebagai anggota bergabung BN iaitu Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah. lagi di sini

Bila mAklonG tengok senarai-senarai Tok Jib bagi tahu, padanlah semua cerita TV belah demanya rupenye Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia udah nyokong dema. Tu tak kire dengan peniaga kecik, hat yang besor dema tak cete lagi. Pertubuhan Seni Silat Gayung pun udah gabung dengan dema. Kenalah petugas PR nanti ada seni kungfuuu, maklumlah masa pilihanraya nanti macam-macam boleh jadi...ish...ishhh. Ate demanya udah kuat bebenor le sampai ke tahap jadi raksasa. Hehehe. Bulan-bulan puasa ni bahaya berimiginasi lebih... Lebih-lebih lagi berimiginasikan BN. Yerlaa..bukan apa, bila berimiginasikan BN, secara tak sedar berimiginasikan Tok Jib. Sat ni nanti, taunya si nek Mah, habislah mAklonG.. hehehe. Udah ler dulu, mAklonG sambung kerje mAklonG dulu..

Allah s.w.t berfirman :

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang memerangi kamu) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." (QS Al Anfaal : 60)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Malaysia Rugi Sebab BERSIH ke?

Dalam dok sibuk menelaah berita-berita online terjumpalah tajuk berita ni di sini.

uishh,, mAklonG tak derla pandai bab-bab analisis keuntungan syarikat ini. Tak kirala rugi sebelum pra cukai ker, rugi selepas pra cukai ker, rugi di atas kertas ker, rugi di bawah kertas ker, rugi di luar kertas ker..Yang mAklonG faham dan jelas, ia adalah RUGI. Maknanya RUGI, rugi ler atau tidak untung. Itu yang orang macam mAklonG, orang yang tak berapa reti dan pandai menilai ler. Ingat mAklonG, cerita berita di Utusan Malaysia ni punyalah bombastik (pinjam istilah), tentulah boleh untung, rupa-rupanya boleh rugi jugak. Itulah, ini baru separuh tahun pertama, masa belum BERSIH lagi, jadi Utusan Malaysia tak bolehlah claim kata syarikat dia rugi sebab BERSIH hari tu. Kalau selepas separuh tahun yang kedua mesti antara dialognya macam ni....

Temuramah dengan wakil penjual UM, Encik U, Lokasi, Pekan M
Saya ni pengedar UM sejak zaman berzaman, saya rasa sebab ramai orang tak beli akhbar ni sebab perhimpunan haram BERSIH ler. Ramai orang takut nak keluar membeli.

Temuramah dengan pembeli UM tegar, Makcik N, Lokasi-Bandar O
Makcik pembeli UM dulu kini dan selama-lamanya... tapi makcik udah lama tak belinya, bukan apa, fobia dengan perhimpunan haram BERSIH, tu yang makcik takut nak keluar belinya... udah lame makcik tak bacanye, tup-tup dapat tau UM rugi... kesian juge.. nak buat macam mana... BERSIH ler ni..

Temuramah dengan eksukutif UM, Encik NO,Pejabat UM.
Tuler,kami rugi tak lain sebab BERSIH 2.0.Kami akan berbincang dengan peguam kami,nak saman pertubuhan BERSIH yang menyebabkan kami rugi.Rugi ooooo.tak tahula boleh dapat bonus raya ni ker tidak.

Temuramah dengan pakcik P,Lokasi R.
Aiyaaa, itu utusan BERSIH kaa? kalau lia sokong BERSIH,i ni kali dia boleh untung lorrr?? Kalau cerita dia BERSIH, lia tak manyak kena saman lorrr..... Semua orang mau saman lia.. saman .. saman.. samann (Salah interview peserta bersih)

****Dialog-dialog di atas hanya imiginasi mAklong,tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Siapa yang menjadikan sesuatu peniagaan itu menjadi untung dan rugi sebenor-benornya ??? Allah s.w.t berfirman :

أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ ﴿٦٣﴾ أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ ﴿٦٤﴾ لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ ﴿٦٥﴾ إِنَّا لَمُغْرَمُونَ ﴿٦٦﴾ بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ ﴿٦٧﴾

"Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam (usahakan)? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian. Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)." (QS Al Waaqi'ah : 63-67)

WAllahua'alam ....

Khamis, 11 Ogos 2011

Anjing BERIMAN

Penuntut Malaysia yang menjadi mangsa serangan perusuh, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, semakin pulih daripada kecederaan menerima kunjungan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Kelab UMNO London di London, baru-baru ini. - Foto ihsan Kelab UMNO London. Gambor diambik dari sini.

Terbaca je perkataan KELAB UMNO ni, mAklong tergelak. Bukan apa, cuma mAklonG teringat cerita arwah pakcik dulu masa dia pergi tanah suci. Sebenarnya Kelab UMNO ni dah lama wujud, pakcik mAklonG cerita :

"ada satu bas rombongan jema'ah haji dari Malaysia bergerak melalui sebatang jalan di Madinah, di badan bas tu tertulis perkatan huruf jawi-arab (hijaiyyah) tanpa baris كلب امنو , kononya berbunyi Kelab UMNO, apabila di baca dalam melayu-jawi. Macamana pulak kalau perkatan tu dibaca dalam bahasa arab ? sedangkan bas tu berada di tanah suci, dah tentu pak-pak arab tu akan berkata apa ? eehhh.... ramainya Anjing BERIMAN dalam bas tu."

Sebab kalau كلب امنو dibaca dalam bahasa arab tanpa baris bermaksud Anjing BERIMAN. Sekiranya dibaca dalam Jawi memang bunyinya Kelab UMNO. Kelab UMNO = Anjing BERIMAN. Kah kah kah kah. Ini menandakan puak-puak UMNO ni bodoh tahap anjing.

Allah s.w.t berfirman :

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّ‌ٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٧٦﴾

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (QS Al A'araf : 176)

WAllahua'alam ....

Isnin, 8 Ogos 2011

apabila lanun dan perompak menjadi pemerintah .....


Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain? Lagi di sana.

Renungkanlah Sabda Rasulullah SAW ini :

عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

WAllahua'alam ....

Khamis, 4 Ogos 2011

tipu dan terus menipu ....


"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka. Lagi kat situ.

Lebih kurang macam Fir'aun la gayanya atau cara nak memanjangkan tempoh untuk terus berkuasa. Aaaada saja caranya perangai yahudi jahat menipu dema ni, yang penting dapat terus berkuasa dan menyebar-luaskan serta memanjangkan kejahatan yang ada.

Begitulah perjuangan untuk menegakkan kebenaran sebenarnya amat jauh untuk mengalahkan kejahatan. Allah s.w.t berfirman :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ ..... ﴿٤٢﴾

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu (Islam) keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju (kemenangan) itu amat jauh terasa oleh mereka ...." (QS At Taubah : 42)

WAllahua'alam ....

Launching Qoryah Ramadhan di UPU Pengkalan Barat

Jangan lupa program malam ni .... mari kita sama-sama meriahkannya.

Ramadhan bulan meneruskan kebajikan

Assalamualaikum semua.Lama jugak mAklonG tak update blog. Maklumlah bulan Ramadhan ini banyak perkara yang lebih patut didahulukan. 4 hari yang lepas mAklonG bersama rakan yang lain telah memulakan bulan Ramadhan dengan edaran buah kurma ke balai bomba yang berdekatan dengan kawasan kami. Mudah-mudahan dengan adanya program-program macam ni bersama dengan petugas keselamatan,dapatlah mereka ni maklumat,rupa-rupanya muslimat PAS ni prihatin jugak ke dema.Walaupun ada yang macam takut-takut atau segan-segan nak menerima buah tangan kami dari wanita yang berlogo bulan,tetapi kehadiran kami tetap dialu-lukan.Semoga tarbiyyah ramadhan dapat memberi hidayah kepada mereka untuk bersama kita. Wallahua'lam.
suntikan motivasi sehari sebelum ramadhan
buah kurma yang telah siap di pack.mAklong tak dan nak tolong,udah siap di pack.cantik tak labelnya??
warna hijau memang mendamaikan jiwa.
terimalah pemberian kami.jangan lupa yer undi kami nanti.

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia