Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tunggu & Lihat :Pergghhh.Salah satu tuntutan BERSIH bakal diluluskan.

Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal dan cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti.

“Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak,” katanya. - selanjutnya di sini

Ermm...Alhamdulillah ler kalau dema nak terima satu daripada tuntutan Bersih 2.0. Antaranya adalah tuntutan yang ke dua iaitu: Mereformasikan undi pos

Tetapi INGAT, mereformasikan undi pos kena pulak ikut takrifannya, iaitu :

SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

Kalau memenuhi syarat di atas amatlah molek dan bertepatan dengan tuntutan BERSIH 2.0. Tapi persoalannya???? Nak ke dema. Kan dema macam ni...Hehehe.Bukan bersangka buruk dengan SPR..Cuma tak nak terhantuk berkali-kali ditempat yang sama. Setuju dengan mAklonG? Tak setuju pun takper. Masing-masing menilainya.Hanya Allah MAHA HEBAT Penilaiannya.Itu yang kita gerun..Wallahua'lam

Khamis, 27 Oktober 2011

Woww!! Saksikan movie lain dari yang lain... Layan. (update part 3)

Woww..Ustaz azhar pun ada jugak..Glamer lagi ler nampaknya.Bagi mAklong ini adalah satu pendekatan yang mesra orang muda.Mungkin boleh di touch up lagi pada masa-masa akan datang. Tahniah di atas pelbagai usaha untuk menarik orang muda menyertai program-program yang berbentuk tarbiyyah dalaman. Apa lagi lepas ni DMP pulak cuba kaedah ni.Rasanya ramai pakar..mAklong rasa ramai yang boleh menyumbang idea dan kepakaran.

Part 1




Part 2





Part 3


Allah s.w.t berfirman :

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk." (QS Al-Kahf : 13)

WAllahua'alam ....

Selasa, 25 Oktober 2011

Warga asing terima PAS + S

Baca disini

Mesti pengunjung confuse. Apa kena mengena warga asing dengan PAS. mAklong bukan tulis PAS tapi PAS+S. Alaaa cerita politik janganlah berat hari-hari. Agaknya adakah mereka yang diberi kad pengenalan Malaysia ini terbuka untuk mengundi kita nanti. Manalah tau kot-kot mereka ni terdorong untuk berubah angin. I-pass dah dapat? Jadi terpaksalah membuktikan diri mereka yang benar2 pas. hehehe. Semoga pintu hati mereka dibuka oleh Allah untuk menerima kebenaran, Amin.

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢٢﴾

"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." (QS Az-Zumar : 22)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 22 Oktober 2011

Sokongan mahasiswa kepada Proffesor Dr Aziz Bari (bergambar)




Salam. mAklong updates gambar dari fb. Kebangkitan mahasiswa mempertahankan "guru" mereka.

Rabu, 19 Oktober 2011

Ingatkan main dengan cucu...rupa-rupanya jadi Duta Khas


mAklong mati-mati ingat bekas pemimpin MIC ni sudah bersara dengan kata yang sebenarnya. Kot ler tengah main-main dengan cucu ker, timang-timang isteri ker.. maklumlah sebelum ini punyalah sibuk... sana runtuh kena tengok... mesyuarat sana, kena lari tengok.. Ada geng mau bertanding timbalan presiden MIC, sana kejar, press conference. sibuk..sibuk.

Ingat bila dah berhenti tak nak ler sibu lagi, tup-tup bila online paper dema, terbuntang mata mAklong membaca nama yang telah agak lama hilang.... Rupe-rupenyee hero MIC ni masih lagi aktif berlakon walaupun bukan jadi hero.. Ermmm.. apa beza Duta khas dengan duta biasa... yang sama adalah masyukkkkk. hehe. Tergelak mAklong sesorang. Mesti blogger UMNO marah sampai merah muka.. tapi at least mAklonG bukanlah cerita pasal ramehh merameh macam dema. Wallahua'lam. Boleh jengok kat sini.


Selasa, 18 Oktober 2011

Bila undang-undang Allah dipandang sepi, maka dunia tidak akan sepi dengan bayi2 ini.





Sambil melayari coretan rakan-rakan FB dan gambar yang diupload, terpaku mAklong dengan gambar-gambar yang mengerikan dan menggetarkan jiwa mAklong. Apalah dosa bayi-bayi ini. Adakah pelakunya tidak sempurna akal? Apakah kesalahan total kepada si pelaku ini?? Apakah perlu diperbanyakkan lagi Sekolah Harapan?? Apakah perlu digubal undang-undang memudahkan sesebuah perkahwinan di bawah umur? Atau macam mana???? Yang pasti jawablah nanti dihadapan Allah tentang adanya hukuman untuk menghalang perkara ini daripada terus merebak tetapi ditentang dengan pelbagai alasan...

Ingatlah Allah s.w.t. berfirman :

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ ﴿٨﴾ بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ ﴿٩﴾

"Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya, Kerana dosa apakah dia dibunuh?" (QS At-Takwiir : 8 - 9)

Siapa yang nak tolong jawapkan pertanyaan dalam Firman Allah tu ? mak-bapak bebudak ni ? penggubal undang-undang ? WAllahua'alam ....

Isnin, 17 Oktober 2011

PM 1 MALAYSIA BAGI TIPS KEPADA PETUGAS P/RAYA PAKATAN RAKYAT

PM 1 Malaysia amat bermurah hati untuk berkongsi cerita mengenai hal-hal rumahtangga BN yang biasa dialami bila nak mai pilihan raya. Jadi ambikler peluang untuk menganalisa mengenai sikap pengundi BN dan juga penyokong-penyokong BN ni.

Katanya, beliau mahu semua ahli dan pemimpin BN memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada calon yang terpilih bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya itu. “Saya ingatkan sekali lagi, jangan sabotaj calon kita. Beri mereka (calon) sokongan yang padu. Lagi di sini.

Jadi kesimpulan yang boleh mAklong buat adalah:

1. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) di semua peringkat diingatkan agar tidak mensabotaj calon pilihan BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak -- Biasanya bila ada perkatangan "jangan" benda yang "jangan" tu lah yang suka orang dok nak buat. Lagi satu, rupa-rupanya para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) di semua peringkat memang ada bersikap suka mensabotaj calon pilihan parti mereka sendiri. Tapi itulah UMNO saling tuding menuding jika tidak diterima. Tiada bersikap berlapang dada.

2. Kerja bersungguh-sungguh, buat aku janji di dalam hati masing-masing bagi memastikan parti kita menang pada PRU-13 akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis penutup konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di sini semalam --- rupa-rupanya dema ni ada jugak curi tulang. Bukan pemimpin UMNO tak tau, termasukler PM sendiri. Ate mana idaknya asyik nak berupah jer kerjenye.

3. Ujar beliau, bekas wakil rakyat atau mereka yang disebut-sebut menjadi calon tetapi tidak dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya tersebut turut diingatkan agar tidak berbuat demikian. --- Rupenyee ada jugak yang suka merajuk bila tak terpilih. Mana idaknya, jadi calon BN ni maknanye boleh dapat banyak lubuk emas. Bukan mAklong kate, orang-orang lain yang katee.. Tak caye cuba check kat sini.

Tapi mAklong rasa isu ini berulang-ulang setiap kali hendak pilihanraya. Tapi yang peliknyee kenapa hanya rakyat sahaja yang kena muhasabah diri?? Habis pemimpin tak reti-reti nak muhasabah diri? Tak kiraler kamu ini siapa?? Apa salahnya sesekali kena ler down to earth bak kata orang putih. Jangan asyik menjuih kat orang jer...:)

Kepada mana-mana organisasi yang memperjuangkan Islam sebagai dasarnya jangan jadi tak berapa nak cerdik seperti UMNO dan pengerusinya ini. Allah s.w.t. berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ .... ﴿١﴾


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; ...." (QS Al-Mumtahanah : 1)


WAllahua'alam ....

Ahad, 16 Oktober 2011

hidup di bawah kerajaan PENIPU .....


Kerajaan BN ternyata masih gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik bagi program bekalan air dan elektrik khususnya di kawasan pedalaman, walaupun telah lebih 50 tahun memerintah negara ini. Lagi kat sini.

memang sah UMNO/BN akan melingkup banyak kerusi pada PRU 13 akan datang ni. bak kata dema juga dalam slogan hri merdeka baru-baru ni ,"Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" .... nampaknya, transformasi dah gagal kerana masih ramai lagi rakyatnya yang belum sejahtera-sejahtera lagi. makin melingkup lagi ada laaaaa. ni lah yang dinamakan "rakyat dibangangkan , tembolok sendiri diutamakan" ..... undilah BN lagi, padan muka hangpa. ingat Allah s.w.t. berfirman;

اتَّبِعُوا مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۗ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ ﴿٣﴾

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya[528]. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)." (QS Al-A'araf : 3)

[528]. Maksudnya: pemimpin-pemimpin yang membawa kamu kepada kesesatan.

Pemimpin-pemimpin SESAT macam UMNO ..... WAllahua'alam .....

Selasa, 11 Oktober 2011

Rosmah : Menteri Kewangan Kedua


“Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif,” katanya. Lagi kat situ.

Inilah salah satu tanda-tanda kehancuran UMNO. memang patut pun kalau seruan PAS yang berbunyi TAKBIR !!!! , disertai dengan HANCUR UMNO.... kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ - رواه البخارى
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu ". Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya ya Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat". (Riwayat Bukhari)

WAllahua'alam ....

Ahad, 9 Oktober 2011

ORANG BODOH MEMANG TAK PAHAM !!!!


"Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. Lagi di sana.

macam gitulah perangai seorang PM yang bodoh. bila kena sindir sebab kerana kebodohannya pun dia tak sedor yang sebenornya dia tu bodoh.

Nabi s.a.w. bersabda :

خرج من قول جميع الأمة لإباحته الجهل من أمور الدين بما لم يبح الله الجهل به وبحسب امرئ من الجهل أن يستجيز لنفسه ما يستقبحه العالم

"Sedikit ilmu lebih baik dari banyak ibadah. Cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri." (HR. Ath-Thabrani)

klik pada gambar Najib tu untuk artikel lebih menarik. Wallahua'alam ....

Sabtu, 8 Oktober 2011

harta negara untuk rakyat, bukan untuk pemimpin !!!!


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pula berkata, bajet 2012 seharusnya lebih memfokuskan kepada kepentingan rakyat, bukan wakil rakyat. "Bajet 2012, kita mahu ia lebih fokuskan kepada rakyat, bukan ahli Parlimen itu sendiri," katanya. Lagi di situ.

Allah s.w.t memberi amaran dan peringatan :

.... كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٧﴾

".... (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." (QS Al-Hashr : 7)


Sabda Rasulullah s.a.w. :

(أنها زعيم القوم هو الخادم (رواه أبو نعيم

"Pemimpin suatu kaum adalah abdi (pelayan) mereka." (HR Abu Naim)

Bukan abdi kepada bini. WAllahua'alam ....

Rabu, 5 Oktober 2011

Komen Artis Mengenai Hudud:UMNO berjaya menjahilkan mereka.

Bagi mAklong antara komen-komen artis yang memberi pandangan yang agak kurang cermat atau kurang cerdik mengenai HUDUD ini adalah disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor nya ialah kerana artis itu sendiri tidak mencari ilmu agama sebanyak-banyaknya akibat sibuk mengejar offer berlakon/menyanyi. Faktor lain yang menyumbang kepada jahilnya mereka adalah disebabkan propaganda UMNO yang berjaya menjahilkan mereka. Mari kita tengok komen-komen dema yang mAklong baca dari blog-blog kengkawan kemudian mAklong taipkan semula mana yang mAklong nampak perkataannya.


Enot - Memang zaman dahulu orang Islam amalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman SULA akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimana pun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.

Heliza AF- Kalau nak laksanakan hukum hudud banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana ia sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai yang tidak dapat terima.Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini.


Ayu Raudhah - Rasanya ramai terkejut mendengar berita ini, jika ia benar-benar dijalankan di negara kita satu masa nanti.Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu diambil kira kalau hukum hudud hendak dilaksanakan nanti,macam mana pun kita tak boleh halang sekiranya ia berlaku.

Aziz Satar - Bagi saya bila isu ini mula diperkatakan, rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum hudud sudah tertulis dalam agama kita,tetapi ia tidak wajar dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaan. Contohnya ia boleh dilaksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat, barulah diteruskan tetapi jika sebaliknya, pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka, lagipun kita sama-sama hamba Allah SWT yang diberikan peluang berubah.


Siapa yang bersalah bila rakyat tidak faham mengenai HUDUD termasuklah artis-artis di atas. Adakah mereka ini bersalah sebenar-benarnya? Atau bila mereka mencari ilmu-ilmu ini di masjid dan surau yang mereka perolehi adalah ilmu yang berulang-ulang... Bab taharah, jenis-jenis najis, bab haid, dan lain-lain lagi. mAklong bukan menidakkan kepentingan ilmu fardhu Ain dan Kifayah tetapi bab-bab seperti hudud, qisas, ekonomi (sekadar contoh), tidak diajar dan diberi penerangan yang sepatutnya di surau-surau, masjid-masjid dan seumpamanya. Jadilah rakyat kita semakin jahil bila UMNO BN mengatakan itulah hudud PAS. Sembang waktu pilihanraya sahaja. Bukan kata artis, malahan ramai lagi rakyat yang masih jahil dengan ilmu-ilmu Islam yang mencakupi keseluruhan cara hidup kita.

mAklong - Yang dua lagi artis tu cakap apa,kome cariler yer caranya... Tapi apa yang mAklong boleh kategorikan dema dua ni faham ler jugak dengan isu yang diperkatakan, cuma confuse sikit-sikit dan takut- takut berani. Pesanan mAklong, mohler jentera PAS semua, bergerak dan bekerja untuk memenangkan PAS. Bila dah kite perintah, bolehler kita ubah mana yang kita perlu ubah. Dekatilah rakyat termasuklah jugak artis-artis ini untuk kita fahamkan apa tujuan kita berada dimuka bumi ini.


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat (menghambakan diri) kepadaKu." (QS Az-Zaariyat : 56)

Wallahua'alam....

Ahad, 2 Oktober 2011

Allah Yang Maha Pemberi Hidayah

gambar hiasan

"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin. Lagi di sana.

Inilah perbezaan antara UMNO dengan DAP. Yang mana perbezaan yang pernah terjadi kepada antara dua orang Umar di zaman Rasulullah s.a.w. Antara Umar bin Hisham (nama sebenar Abu Lahab) dan Umar Al-Khattab r.a. Allah SWT merakamkan kisah ini dalam Al-Quran yang berbunyi :

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢٢﴾

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (QS Az-Zumar : 22)

WAllahua'alam .....

Utusan lah yang BODOH

 

“Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah,” katanya. Lagi kat situ.


Siapa yang BODOH sebenarnya ni ? Allah s.w.t Berfirman :



وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ ﴿١٣﴾

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (QS Al-Baqarah : 13)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia