Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 28 November 2011

Hijrah Dalam Ertikata Yang Sebenar.



Katanya, sambutan Hijratur Rasul sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Lagi di sana.

Hijrah dalam erti kata lain bermaksud berpindah, berubah dari yang buruk kepada yang baik. Alhamdulillah, dan tahniah kepada Catriana Ross kerana penghijrahannya yang semakin berani dan ketara.

أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِّنْهَا ۚ كَذَ‌ٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٢٢﴾

"Dan apakah orang yang sudah mati[502] kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan." (QS Al-An'aam : 122)

[502] Maksudnya ialah orang yang telah mati hatinya yakni orang-orang yang menentang hukum Allah, orang-orang kafir dan sebagainya.

Sabtu, 19 November 2011

PDRM hina Najib .....


AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu. Lagi kat sini.

المرء على الدين ملوكهم

"Manusia itu dipengaruhi oleh cara hidup pemimpinnya," ..... itulah kata-kata benar para hukama'. Berita berkaitan ada di sini.

Allah s.w.t. berfirman :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab (yahudi dan nasrani), nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman." (QS Ali Imran : 100)


WAllahua'alam ....

Isnin, 14 November 2011

bukan UMNO kalau tak menipu !!!!


"Selain dari wujudnya virus tersebut apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah berkenaan label yang diletakkan pada produk keluaran mereka terutama yang boleh mengeliru pembeli ataupun hasrat menipu pembeli yang rata-rata mereka dari golongan berpendapatan rendah," jelasnya yang juga Setiausaha Publisiti DAP di lobi parlimen, hari ini. Lagi di sini.

Allah s.w.t. berfirman :

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ ﴿١١٢﴾

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." (QS Al-An'aam : 112)

itulah UMNO dan 1Malaysia nye ..... WAllahua'alam.

Rabu, 9 November 2011

hang nak tipu sapa ?

Najib takutkan SIAPA sebenornya ni ?

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." .... Lagi kat situ.

Apa maksud kata-kata PM kome tu? dengan maksud untuk menipu ? atau memang tak reti ? atau tak reti sengaja buat-buat reti ? nak tipu siapa dia ni sebenornya ?

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿٩﴾

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." (QS Al-Baqarah : 9)

Jadilah orang beriman yang cerdik. WAllahua'alam ....

Ahad, 6 November 2011

Alahaiiii Korban & Permit




Orang jual ayam.

Pembeli : Abang kenapa harga ayam ni naik yer?? Mahalnyeee. Ni harga syiling menda ni??
Penjual : Abang kenalahh up sikit harga. Penternak naikkan rega ayam.. Kata dema makanan ayam mahal.

Orang jual susu.

Pembeli : Tauke asyik naikkkk jer rega susu. Macam mana ni.. Susahler orang miskin nak beli susu.
Tauke susu : Itu haaa susu angkut pakai lori..Itu lori haaa, kena pakai minyakk wooo. Itu harga minyak sulaa naikkk wooo. Apa mau bikin. Harga susu pun kena naiklaa.

Orang jual sayur.

Pembeli : Berapa sekilo terong ni???
Penjual : RM 5
Pembeli : Apa?????
Penjual : Thailand banjir kakkk oiii. Habissss, mahall ler dia. Nak murah tanam jer sendiri kak..

Orang jual agama. (Pejabat Haiwan jual permit sembelih)

Haji Masjid X : Berapa encik duit permit sembelih nak bayar??
Pegawai Permit : RM 38
Haji Masjid X : Mak aiiii. Bawak duit cukup2 jer encik. Tahun lepas RM 15. Tahun ni kenapa
naik. Masa saya dok ngadap belanjawan itu hari, tak der pun Najib cakap harga permit sembelih korban naik??
Pegawai Permit : Haji nak bayar permit ker, haji nak daging korban di rampas... Mana nak??
Haji Masjid X : Huhuhu... Tau ler kome nanti... @@@###@#OO%#@ BN No, UMNO pun NO (marah sangat haji ni... hehehe)
Cerita sebenar di sini.

Alahaiiii... ujian.. ujian orang nak buat kerja agama.. mengapalah "diperpayahkan" tidak dipermudahkan?? ini lah yang berlaku, bila perkara agama dijadikan barang mainan dan perniagaan.

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ ﴿١٦﴾

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat." (QS Al-Baqarah : 16)

WAllahua'alam ....

Rabu, 2 November 2011

Gaji PM kita sebulan - RM22,826.65


Tian Chua dalam usulnya mencadangkan perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM22,826.65 daripada perkara Maksud Bekalan\Pembangunan 6 - Jabatan Perdana Menteri Kod 1000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji satu bulan Perdana Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM22,826.65. Lagi kat situ.

Gaji hangpa berapa sebulan ? Allah s.w.t. berfirman :

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat kepada perintah Allah), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (QS Al-Israk :16)

WAllahua'alam .....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia