Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 31 Mei 2012

Kot-kot inilah program yang boleh ngumpul orang.

Pemuda BN lancar 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'






Pemuda BN melancarkan Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' sebagai salah satu cara pergerakan itu mendekatkan diri dengan generasi muda.

NONE"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Bercakap selepas merasmikannya di ibunegara semalam, Khairy berkata Pemuda Barisan BN lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang menurutnya, hanya pandai menabur janji.

"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita (Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," tambahnya.

Lagi di sini.

Apa lagi program yang boleh mengumpul ramai orang untuk dipaparkan di dada-dada akhbar.Hanya program yang berteraskan hiburan sahajalah yang masih boleh dianjurkan oleh UMNO BN. Itu pun kalau kena gaya. Kalau tak kena gaya, ditambah pulak kemurkaan Allah didatangkan pada saat itu, bungkus jugak program dema. Makcik, pakcik,abang,kakak yang ada anak-anak remaja tu, nengok-nengokler anak-anak kome semua.Susah-susah kome didik,asuh.Tiba-tiba ada pulak anasir-anasir cuba menghayalkan anak muda dengan hiburan yang belum tentu ada manfaatnya.Wallahua'lam

Rabu, 30 Mei 2012

Sebaik-baik Raja

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun. PENDIDIKAN Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah matang menangani tipu helah musuh.KEPERIBADIAN Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerjaBaginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Wasiat Sultan Muhammad Al Fateh

‘Ayahanda bakal mengahadap Allah SWT. Sedikitpun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi, sudah ada penggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam kerana itu adalah kewajipan raja2 Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan yang lain. Janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik mereka yang sering melakukan dosa besar dalam jawatan penting. Hindari bid’ah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya. Jangan kamu ambil harta rakyatkecuali sesuai dengan peraturan Islam. Ayahanda berwasiat kepadamu anakandaku, hormatilah ulama. Jangan sesekali usir mereka daripada pintu istanamu. Jangan sesekali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahanda nikmat-Nya yangbegitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Janganlah kamu boros membelanjakan harta Negara dengan berfoya2 atau bersenang lenang ataupun kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu akan membawa kepada kehancuran kerajaanmu.’

Inilah wasiat terakhir SultanMuhammad Al Fateh yang sangat menghibakan.

Jumaat, 25 Mei 2012

Senyum BERSIH kejap

Isnin, 14 Mei 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan (Nasionalis) : hukum halal haram yang bermusim dan bertempat

Sememangnya perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. Ianya adalah hukum dimaklumi hatta oleh orang awam sekalipun tanpa perlu difatwakan. Namun mengaitkan Himpunan BERSIH 3.0 dengan fatwa tersebut adalah merupakan tindakan yang memalukan dan mencemar nama baik Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan itu sendiri. Lagi kat sana.

Allah SWT Berfirman :

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَـٰذَا حَلَالٌ وَهَـٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ ﴿١١٦﴾

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." (QS An-Nahl : 116)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 11 Mei 2012

SPR Fobia KUNING...Pulak dah..

Lain yang rakyat hendak,lain yang SPR buat.Rakyat menuntut sistem pilihanraya di buat penambahbaikan kepada yang lebih baik.Tup....tup keluar berita mengenai Petugas SPR Tidak Akan Pakai Baju Kuning Semasa Pilihan Raya Umum. Lawak tak??? Allergik warna rupanya. Ker fobia warna. Sedangkan warna kuning adalah warna rasmi bagi institusi diraja. Tidak pulak Majlis Raja- Raja mengazetkan warna kuning tidak boleh digunapakai oleh rakyat marhain. So,apa pasal pulak SPR nak allergik dan fobia warna kuning.Habis kalau BERSIH 4, BERSIH 5 dan seterusnya dok pakat mengekori warna korporat SPR, maka jenuhler SPR nak asyik tuko warna korporat dema.Apalah ceteknya Pengerusi dan Timbalannya. Memanglah warna ini ada melambangkan sesuatu makna disebaliknya tetapi tidaklah ia segala-galanya.Maksudnya bila dah SPR pilih warna kuning sebagai warna korporat,maka orang lain tak boleh guna,macam tu susahlah. Warna bukan pemutus kepada keadilan. Warna hanyalah memberi makna kepada lambang....Cissss.mAklong tak faham dengan dema-dema ni. Suatu ketika dulu warna logo petronas dikatakan seakan-akan logo PAS.Terus ubah.Habis duit ubah logo..Laaa ni SPR pulak nak ubah warna korporat.Ishhh apalaa dema ni. Rakyat minta ubah atau tambah baik sistem pilihanraya.
Cuba baca sikit petikan berita di bawah ini;
Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, adalah perkara biasa bagi kakitangan SPR di tempat mengundi memakai kemeja-T berwarna kuning."Kuning adalah warna korporat kami dan SPR dilantik oleh Majlis Raja-Raja."Tetapi kelihatan seperti kita perlu memilih warna lain sekarang kerana Bersih telah menggunakan kuning."Kami akan memilih warna yang bebas daripada mana-mana parti untuk baju-T. Yang selebihnya tetap sama," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan tengah ceramah bertajuk 'Bersih 3.0: Mahu Apa Lagi?' lagi di sini
Cuba tengok kat bawah ni. Ada ker BERSIH 3.0 suruh tuko warna. Apalah Pengerusi SPR ni lemah sangat nak memahamkan apa yang BERSIH 3.0 mahu. Dan lagi satu BERSIH 3.0 tu bukannya kayu tetapi ia adalah terdiri daripada rakyat-rakyat yang mahu kepada perubahan dan penambahbaikan sistem. Ishhhh karang ada terkeluar perkataan b***h kang. ishh..ishhh.. sabo mAklong saboo..., kamu adalah manusia yang lagi mulia daripada manusia yang menghentam rakyat menggunakan perkataan haram j***h..

Khamis, 10 Mei 2012

Awas, adakah anda antara 500000 peserta perhimpunan


Wooowww!!! 500000 peserta himpunan. Yang datang dengan sukarela, TIDAK di bayar. Memakai baju tema parti .Errmm yang mAklong tau warna temanya (tanpa perlu disebut) hanyalah wanitanya yang extreme. Yang lelakinya berserabut warna tema..hehe. Mungkin ada yang tak berapa nak kenal dengan warna tema sendiri. Bayangkan Stadium Bukit Jalil dipenuhi dengan kapasiti 500,000.Wow..wowww...lebih ramai daripada peserta bersih 3.0 yang dianggarkan paling ramai sekitar 450,000 orang.wowwww lagi..Tapi bilangan berhimpun yang nak dibuat oleh orang nun di sana lebih daripada itu. Kepada peniaga-peniaga di sekitar Kole Lumpur, anda akan untung berlipat-lipat dan terlipat ganda...ish-ishhh.mAklong bayangkan separuh daripada 500,000 akan menyopping di Jalan TAR. Standard rakyat marhain ler..Standard diva, nyopping kat London. Senyumlerr toke-toke toko sebab perhimpunan dema ni aman.Wooow lagi.Kemudiannya buat wartawan-wartawan baju hitam hari tu,bolehler tuko kaler baju pada hari ini DAN keselamatan anda terjamin pada aturcara ini sebab anda tak perlu risau hilang kamera atau main tarik-tarik kamera dengan penjaga keamanan.peace.....cisss....Perhimpunan dema jerla yang diiktiraf para mufti.

Rabu, 9 Mei 2012

Fikir dulu sebelum bercakap ....

"Oleh itu, fitnah Rahim yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas," katanya. Lagi kat sana.

Nabi s.a.w bersabda :

عَنْ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّمَا امْرِئٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلَّا رَجَعَتْ عَلَيْهِ ﴿رواه مسلم﴾

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata: Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang mengkafirkan seseorang, maka ucapan (yang mengafirkan) itu benar-benar kembali kepada salah seorang di antara kedua-duanya (yang mengkafirkan atau yang dikafirkan), jika yang dikafirkan itu tidak seperti apa yang diucapkan, maka kekafiran itu kembali kepada orang yang mengucapkannya." (HR Muslim)

Itulah Rahim Noor, lembu tua nyanyuk yang menghidap penyakit gila. WAllahua'alam ....

Sabtu, 5 Mei 2012

Al Kisah Memanda Negeri 1 Negara yang lupa jawapan teka tekinya.

Lagi di sini

Ini lah kata-kata manis Memanda Negeri 1 Negara. Bulan Februari bagi teka teki kat rakyat Sabah. Bertanyalah Memanda Negeri 1 Negara "Saya ingin beri soalan teka-teki kepada anda semua, negeri manakah yang paling miskin," sambil dijawab serentak oleh orang ramai: "Kelantan.". Huhhhh...Maka tersipu-sipulah Memanda Negeri 1 Negara dengan jawapan daripada rakyat negeri di bawah Angin Bayu tu....Cis...suka jugak Memanda Negeri 1 Negara itu berteka teki..Tu sebab dia main teka teki dengan kita bila nak pilihanraya.


Pungg pangg...pung...pang..bersih 3.0 ##@@polis&&&,polis baik!!wartawan tipu@@&%%

Setelah keadaan bertenang,maka Memanda Negeri 1 Negara berjalanlah lagi bersama rombongannya ke Negeri yang menjadi jawapan kepada soalan teka teki pada bulan Februari yang lepas....Kali ini Memanda Negeri 1 Negara mendahului ucapan dengan tersipu-sipu memuji rakyat Kelantan..

“Saya nak tabik orang Kelantan. Jual budu untung, jual emas untung tetapi jika mahu lebih untung, pilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Menurutnya, rakyat Kelantan kini memperoleh faedah hasil idea diterjemahkan menerusi transformasi dibuat kerajaan BN.

UUuwwuuwekk..mAklong meloya dengan ucapan ini.Banyaknya beg plastik nak tampung meloya mAklong.Dah ler hari ni hari Sabtu,mana ada shopping complex bagi beg plastik free...Alahaiii. Betulker rakyat Kelantan.Perhati betul-betul teks ucapan Memanda Negeri 1 Negara .Cewaahh..cewahhh manisnya air liur Memanda Negeri. 1 Negara.Lembutnya gigi Memanda Negeri 1 Negara .. Lepas itu Memanda Negeri 1 Negara sambung lagi kata-kata manis meletin dia..

“‘Ambo nak ghoyak (saya nak cakap), di sini (RTC) banyak ‘pitihnya’ (wang). Dalam sebulan, penjualannya 20 juta riyal (RM20 juta). Di (RTC sama) di Gopeng, Perak, RM1.2 juta sebulan. Boleh baca lagi kat sini

At LAST, Memanda Negeri 1 Negara mengaku jugak yang rakyat Kelantan ini orang yang banyak pitih.Orang yang banyak pitih ini orang miskin ler kan..macam teka teki Memanda Negeri 1 Negara ebih kurang 3 bulan yang lepas..ermm Memanda Negeri 1 Negara upa kot jawapan teka teki tu..Kalau lupa Memanda Negeri 1 Negara boleh reffer jawapan dengan Memanda Naib Presidennya..Alaaa sapa lagi..Nun orang yang tengah berseri-seri tu...kata oranglaaa.hik..hik..Lain kali kalau Memanda Negeri 1 Negara lupa jawapannya, tak payahla bagi teka teki...Join jer teka teki Radio IKIM setiap Isnin-Jumaat. Itu baru challenging..















BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia