Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 26 Julai 2012

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa ?"


Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"

Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa. Lagi di sini

Mereka berbaris demi sedikit rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka tetap bersolat dengan keadaan yang lapar.

Gambar hiasan

Kita berbaris juga..Tapi kita berbaris dengan rezeki yang mewah.Beli..beli...beli..lepas berbuka banyak yang tidak mampu dihabiskan dan pengakhirannya cik tong sam pah ler destinasi akhirnya.

Mufti Arab Saudi menangis? Bagaimana kita? Adakah kita turut bersimpati dengan kedhaifan saudara Islam kita yang berada di seluruh dunia.Kalau pun tidak tidak melihat sejauh Somalia,adakah kita tau yang jiran-jiran kita yang dhaif sampai tak ada benda nak dijadikan juadah berbuka dan sahur.Sekadar tersentuh tidak memadai.Marilah sama-sama kita berusaha untuk meringankan tangan untuk banyak menginfakkan apa juga yang boleh menggembirakan mereka sempena di bulan Ramadhan yang mulia.Terngiang-ngiang soalan "Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?" Tepuk dada tanya iman? Banyak manalah usaha kita hendak membantu saudara kita yang susah. Jangan hanya kita sahaja yang kenyang,tanpa memperdulikan nasib jiran tetangga kita yang dhaif hidup mereka. Wallahua'lam

Selasa, 24 Julai 2012

Telur Basuh di Bazar Ramadhan?


Terpanggil mAklong nak berkongsi cerita dengan rakan fb mAklong. Cerita pasal telur yang dibasuh.Ada sesetangah ustaz kata kalau makan telur tidak dibasuh hukumnya syubhah,ada setengahnya boleh jatuh kepada haram.Wallahua'lam.Itu yang mAklonG pernah dengar dan baca. mAklonG tahu pasal telur kena basuh ni melalui pembacaan mAklonG melalui majalah keluaran al-Arqam pada masa mAklonG tingkatan empat. Lama dahhhhh bak kata Tun M. Dari situler mula mAklonG tahu rupa-rupanya nak masak telur, wajib basuh dulu.Alhamdulillah sampai sekarang mAklonG cuba praktikkan kalau nak makan kat luar mesti mencoye dulu cara orang yang masak tu.Yelahh kiranya bukan semua yang al-Arqam bawa tu sesat.Banyak juga yang boleh dipakai termasuklah cara muslimahnya menutup aurat.Bukan nak promote.Yang betul kita kena habaq mai.Yang tak betui pun kita kena habaq pi sama.Meh kita baca cete bawah ni untuk muhasabah diri..Selamat berpuasa!

Sebuah kisah di Bazar Ramadhan :

Dari Jauh kelihatan sebuah gerai di kerumuni ramai orang, Seorang Gadis menjenguk-jenguk kepalanya ke belakang meja jualan tersebut..
: Ye dik, nak berapa?

lalu dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum berlalu dan berlalu pergi..
: "hrmm kenapalah masyarakat tak perasan-perasan lagi.."(dalam hati)

Menghampiri satu kedai yang lain..dijenguk-jenguk kepalanya kebelakang meja jualan..
: Ye dik nak berapa?
: "ishh..tak nampak pun papan-papannya.."(dalam hati)

lalu dihampiri isteri peniaga yang tengah membantu suaminya membungkus
: kak telur basuh tak?
: ehhh mestilah dik kita nak niaga rezeki halal dik..nak berapa?
(tersenyum2 dibuatnya)
: bagi saya 5 kak, mertabak daging 3, ayam 3..


Mode : martabak paling laku bulan puasa je..menu kegemaran Malaysia bulan Ramadhan.

Moral : Kepada pembeli concern dengan apa yang kamu beli untuk keluarga dan teman-teman mu..
kepada peniaga..Amalkan rezeki yang syubhah...carilah yang halal dibulan ramadhan yang mulia ini..

cuba anda bayangkan..
tangan peniaga berminyak mengambil sebiji telur dari papannya dan memecahkan telur tersebut..kemudian menebar dan menguli tepung untuk membuat martabak/oti canai seterusnya..eeeee

Fakta penting : teluar yang dijual dan disusun dipapan-papan telur adalah diambil terus dari reban dan tidak dicuci..jika tidak percaya sila lihat telur yang anda beli dirumah..kesan-kesan hitam/kelabu bertompok-tompak itu merupakan TAHI AYAM!!!

Isnin, 23 Julai 2012

Senda Ramadhan: Muhasabah diri


Hari dah menjelang tengahari.Para suri rumahtangga mesti sedang berkira-kira apa juadah yang hendak dimasak untuk berbuka nanti. Yang suri pejabat pulak berkira-kira apa juadah ang hendak dibeli. Tapi mAklonG ingatkan buat diri mAklonG dan juga buat semua pengunjung blog mAklonG supaya kita sentiasa ingatkan diri supaya berbukalah dengan sederhana jangan sampai membazir. Banyak bentuk peringatan kita perolehi saban tahun ,cumanya adakah ianya berkesan?? Jangan jadi macam sketsa kartun di atas udahler. Janganlah kita membenarkan kemenangan syaitan yang kita perolehi selama 11 bulan dalam mengawal hawa nafsu dibulan yang mulia ini. Ini baru bab berbuka, belum bab berbelanja yang lain lagi.Sekadar berkongsi.Wallahua'lam

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan-Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ahad, 22 Julai 2012

ermm...Mahuker pemimpin BN berubah mengikut makna yang sebenar?

sumber : FB

Bulan pose ni kena jugak berhati-hati dengan keyboard yang diketuk.Takut dikata menimbulkan fitnah.Tapi sebenarnya menyebarkan fitnah bukan bulan puasa jer tak bolehnya.Bulan lain pun sama jer dosanya.Cumanya bulan pose ni mAklonG pernah dengor ceramah,ustaz cakap kalau bulan puasa,bukan sahaja pahala amal baik digandakan,tapi dosa jugak digandakan,wallahua'lam. Jadinya kome-kome pakat bacaler luahan hati orang yang menilai apa yang dikabo oleh Ulamak Muda UMNO dan macam mana pulak pemimpin dema menilainya.Agak-agak kome sama ker dengan yang digambarkan.Wallahua'lam

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan Kareem


Ramadhan Kareem buat semua pengunjung blog mAklonG Sufina. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum-sebelumnya. Wallahua'lam

Ahad, 15 Julai 2012

Koleksi oren

Selamat datang Warga Oren


oooo rupanya mAklonG ni peneroka Felda...oooooo anak peneroka ker mAklonG ni. Jawapannya semua idak. mAklong pergi himpunan oren tanda sokongan mAklonG kepada saudara kita warga felda yang ditindas. Itu jer.Perancangan awal idakler mAkonG nak pergi.Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya.Wow...aman jer perhimpunan tu.Tiada sebarang provokasi. mAklonG,suami, emak dan dua adik perempuan mAklonG sampai sebaik azan Zohor berkumandang.Tapi macam biasa,kami,warga oren hari semalam dilihat dan dicoyee kata orang perak dari jauh dan dekat oleh polis-polis yang bertugas disekitar tempat berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan. Mulanya kuma cuak jugak nak masuk parking ke perkarangan masjid. Satunya taknak masuk jerat polis macam biasa-biasa demo.Senangjer polis kaut. Tapi kuma ni bukan arif kawasan ini,apa lagi masuk jerla paking sambil berdoa jangan ada apa-apa yang boleh menyusahkan kami.Alhamdulillah perarakan oren hari ini berjalan dengan aman tanpa ada gangguan.Terima kasihlah polis-polis yer.Kalau buat macam ni selalu,tiada siapa yang susah.Rakyat tak susah,polis tak susah.Yang susah kerajaan Najib jer.Susah hati ler sebab ramai yang keluar memberi sokongan. Tapi mAklonG ada jugak terfikir kenapa kerajaan bagi kebenaran berarak dan berhimpun secara aman. 1. Perundingan antara polis dan penganjur.Polis bagi kebenaran,sebab kerajaan Najib kata ia bukan perhimpunan nak guling kerajaan,walaupun masih guna senjata yang sama,air botol.Cuma garam,mAklonG tak nampak sebab disimpan,tidak dizahirkan.2. Mungkin nak bagi persepsi yang baik kepada warga Felda yang baru berjinak-jinak dan mungkin ada yang atas pagar mengikuti perarakan dan demo oren ini.Nanti akan adalah yang cakap..ok jer perhimpunan hari tu..Polis pun ok jer..Jadi nanti senangla demaa (BN) nak masuk jarum. 3.Kerajaan dah tak ada duit woooo nak bagi pada polis-polis yang overtime hari tu...hehe.Mana nak bayor duit tuntutan perjalanan ,kerja lebih masa,elaun makan,elaun bermalam kat hotel ker.lojing ker,elaun harian..Jenuhler ke dema.Bukan sorang polis yang jaga.Ramai..Bukan sekali ni jer berhimpun.Setahun dah banyak kali berhimpun.Kalau setiap kali kuma berhimpun,setiap kali tu ler nak turunkan gerombolan anggota keselamatan,jenuh dema nak bayornya.Boleh pape sebelum pilihanraye.hehe


Sebaik jer kami berjalan nak pergi solat,terjumpa dengan Saudari Aiman Athirah, AJK DMP Pusat

Pengurusan masjid menjual air.Rasanya untung lebih hari ini


Sebahagian muslimat yang masih bersiap-siap sebelum memulakan perjalanan


Himpunan oren diluar masjid sebelum memulakan perarakan


Rombongan mAklonG tapi bukan semua yang ada dalam gambor


Macam-macam peluang perniagaan ada setiap kali kuma berhimpun.Orang yang malas dan berhasad dengki sahaja mengatakan kami rugi sebab kome berhimpun.

Wallhua'lam

Jumaat, 13 Julai 2012

Penggemar McD Malaysia bila lagi?

mAklonG penggemar Mc D ???Ohh tidak..McLong..he..he..pembetulan. mAklong masih istiqomah untuk terus memboikot makan Mc D. Kalau teringin nak makan burger ala-ala macam iklan Mc D tu mAklong beli jer kat kedai Bob Burger,kedai polular on the way nak ke rumah mak mAklong. Cumanya mAklong nak tanya penggemar Mc D kat Malaysia ni,terutama yang muslim. Kome berani ker buat macam penggemar Mc D di Kanada ni?Dema tanya apa ramuan untuk buat sos Big Mac's.Kata Mc D telus.Ate apa lagi? mAklong kalau nak balik rumah lalu kat Mc D,ramai orang Islam kita.Kalau McD Kanada ramuan sosnya macam ini. Kalau kat Malaysia macam mana pulak. Janganler kome cakap...alaaa takkanlah Mc D nak masuk ramuan yang haram kat Mc D Malaysia sebab orang Islam ramai,tapi masalahnya kome udah tanya ker..Suruh boikot, kome kata mana ada kaitan jenama tu dengan pemusnahan umat Islam di Palestin dan sebagainya..Bagus jugak kome yang gemor Mc D ni yer.Bersangka baik selalu.Memanglah dema ada logo halal Jakim.Tapi sesekali kenalah jadi pengguna yang bijak.Bagi berpeluh dema jawabnya. Jangan sampai peluh masuk jadi ramuan sekali udahler. Hehe.Bukan mAklong nak menjatuhkan darjat orang yang melanggan setia Mc D ni. mAklong bukan jugak batu api kepada pelanggan-pelanggan yang lain,cuma mAklong cuba nak jadi saudara yang baik kepada saudara Islam yang lain. Itu jer.Burger kedai Bob pun sedap jugak. Mudah-mudahan untung meniaga, mungkin saudara Bob boleh berzakat,bersedekah dan macam2 benda baik yang boleh dia buat.Lagi satu kena ingat,kita dah dekat nak Ramadhan. Jadi Mc D ni antara tempat kunjungan orang ramai yang nak berbuka. Mungkin surau di Mc D ni besorrr dan selesa kot untuk dema solat Maghrib selepas berbuka. Dan apa yang pentingnyaa,biarlah mujahadah kita seharian menjalani ibadah puasa diterima Allah amalan kita tanpa kita campurkan dengan berbuka dengan makanan-makanan yang kita takut ia adalah makanan yang subahah. Ishhh mesti kome kata pandai-pandai jer mAklong ni.Takperla...ini pandangan peribadi mAklong.Tepuk dada tanya iman.Wallahua'lam

Ahad, 8 Julai 2012

Apa pertanyaan Saidina Umar Al Khattab r.a pada setiap kali meeting tahunan bersama gabenor- gabenornya?


Antara petikan pengisian motivasi Ustaz Ebitlew
  • Solat adalah tanda kita sebagai hamba.
  • Solat adalah hadiah daripada Allah yang diberi terus kepada Nabi Muhammad SAW tanpa perantaraan Jibrail 'Alaihissalam
  • Solat adalah adalah sangat besar dan nikmatnya sangat besar
  • Kata Aisyah r.a,apabila azan dilaungkan, Nabi SAW macam tk kenal kami lagi, bukan sahaja masa sihat tetapi jugak masa Baginda hampir wafat.
  • Saidina Umar nampak pentingnya solat sehingga ia membuat kepala surat, Sesungguhnya aku memberati solat lebih daripada perintah-perintah yang lain kerana aku yakin satu orang jaga solat,dia jaga perintah Allah yang lain,satu orang yang cuaikan solat,ia akan cuaikan perintah Allah yang lain.
  • Macam mana Saidina Umar r.a menjaga solatnya...teruskan mendengar.
  • Banyak lagi kupasan Ustaz Ebitlew yang boleh kita jadikan panduan

Sabtu, 7 Julai 2012

Kalau tak nak macam-macam dalih

Dalih 1
cerita kat sini

Kata rakyat diutamakan,tapi bila dok sibuk orang tanya kenapa RON97 jer yang turun, maka bermadah helah atau berdalihlah dema dengan macam-macam dalih termasuklah dalih di atas. Tu namanya kalau dema tak nak bagi,kalau dema bagi bagi melangitlah dipuji puja kebaikan dema.Errmmm alahai..


Dalih 2
cerita kat sini

Ni cerita nak-nak buat jugak (agak mAklonG ler) pilihanraya masa musim haji.. Tu yang bawak penganalisa bermadah, berdalih nak bagitahu bagaimana pilihanraya pernah dibuat di musim haji. Ikut hangpa lahh oiii bak kata orang Kedah.Orang dok bagi nasihat hangpa tak mau ikut. Kalau kome kalah,lagilah orang kome dok hamun macam-macam. Setakat orang PAS dok kata,hangpa mana makan saman.Fikir-fikirkan ler dalih-dalih dema ni.Mentang-mentah media dema yang control. Adik-adik,jom pakat kabo kat mak,abah,pakcik,makcik,tokcik dan nekcik kat kampung, yang kerajaan memang tak ada hati nak tolong atau pertimbangkan kehendak rakyat macam kita. Jom kita tolak dema.Wallahua'lam

Khamis, 5 Julai 2012

Updates news: Harga makanan berasaskan tepung,gula,blaaa..bla..blaa...turun 2 kupang

5 Julai 12-Putrajaya- Bermula tengah malam tadi, semua gerai dan kedai telah menurunkan harga makanan yang berasaskan tepung,minyak,gula,beras dan pelbagai barang keperluan lain lagi sebanyak 20 sen ekoran dari penurunan harga minyak mentah dunia.
Sementelah kerajaan yang ada adalah kerajaan yang sah sehingga April 2013,mengumumkan bahawa semua barang makanan dan juga lain-lain barang keperluan lain yang hanya diangkut dengan lori atau kenderaan lain sahaja yer..Ini adalah kerana lori sahaja yang menggunakan RON 97.Ingat yer rakyat sekalian, barang keperluan yang naik lori sahaja. Lagi di sini

Temuramah telah dilakukan bagi menyatakan apakah pandangan rakyat mengenai pelarasan,penyelarasan harga makanan yang telah diturunkan ini.Beberapa rakyat dari pelbagai peringkat telah memberikan beberapa respons.

Pn Chombi,Kedai mami Nana, Shatin Park- Kami tak dapat hendak melayan permintaan tinggi daripada pelanggan kami sejak tengah malam tadi ekoran penurunan harga minyak. Sekarang ni harga roti canai kedai kami dari 80 sen dah jadi 60 sen. Teh tarik harga RM 1.20 dah jadi RM 1.00. Kerajaaan BN memang proaktif bab-bab turun barang ni..Cepat bertindak..Janji ditepati.

Ah Seng,toke air batu,Pekan Cendawan-Aiyaaa,kelaaa..kelaaajaan manyak baik.Lia luluh tulun halaga,waaa pun tulunlaa.Lulu aaa harga air batu satu beg ini macam harga Tige linggit, sikalang aaa jadi ...jadi Empat linggit wooo..1 Malaysia..1 Malaysia.Tiba-tiba wartawan terus terjah si Ah Seng. Apek ooo,minyak turun 20 sen,kenapa lu naik sampai satu ringgit...Ah Seng jawab...Aiya lu boleh baca kaaa, wa punya loliiii aaa pakai LON 95 la bukan LON 97. Gilaa kaa mau tulun halagaaa. Naik halaga bolehlaa.Itu air waaa kena tapihhh ooo,itu ada kos maaa.Takkan wa mau buat air batu guna air sungai terus..Pakai otak maa..Wartawan terjah lagi," tadi apek cakap apek pun turun halaga.Lu tengok balik,wa cakap wa tulunn saja.Waa tak cakap pun tulunnn halaga.Waa cakap waaa tulun maksud waaa nak tulunkan air batu,jadi waaa pun kena tulunlaa..Lagi satu aaa,waaa suka itu nombor satu,itu sebab waaa naik halaga 1 linggit saja. Lu jangan marah aaa.Waa lakyat susah wooo.Bukan bisnes besa.Maap yaaa.Lu interview lain orang laa...

Anje...anje..Bangun sahur..Kata nak posa hari ni."Lu tak takut itu Menteri Ismail Sab...." Apanya lagi anjeee oiii.Dah nak imsak ni..Kang tak sempat nak sahur...Hehehe.Ooooo mAklonG mimpi rupanya..Caiitttt.Ingat bolehler potong bajet berbuka hari ni..Salam Nisfu Syaaban.

pssttt..psssttt.. Karektor-karektor dalam mimpi mAklonG hanyalah imiginasi mAklong semata-mata. Panggilan anje jugak hanyalah rekaan semata-mata daripada pAkloNG,saje nak tambah perisa cerita...hehehe.

Rabu, 4 Julai 2012

Santapan jiwa: Siaran Ulangan Motivasi Bersama Ustaz Ebit Lew-1



Sambil-sambil buat kerja,sambil-sambil layari FB,sambil-sambil nak siapkan assignment,sambil-sambil terkedip-kedip mata dan apa-apa kerja kita,marilah sama-sama kita ambil manfaat apa yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew. Wallahua'lam

Dato Menteri Penerangan, tolong jawab ker,nak bagi surat tunjuk sebab ker.Mana-manalah..

baca kat sini lagi
So apa cerita ni Dato' Menteri? Siapa punya kilija? Aiyaaa.Penerbit rancangan waktu ni pi mana. Takkan punyalah gahnya Perdana Menteri Malaysia,sampai tak kenal antara PM dan isterinya. Haiii Dato' terkedu rakyat, terutamanya makcik,pakcik,tokcik dan nekcik di kampung.Itupun yang berkitabkan RTM ler. Mana idaknya,selama ini dema bukan tak kenal PM Malaysia. Jangan cakap apa lagi. Tolong beri surat tunjuk sebab. Kome tak tau ker waktu nak pilihanraya ni kan kume rakyat adalah BOSS. So mAklong antara BOSS yang nak kome bagi surat tunjuk sebab. Siapa punya cerita. Ker ada yang meng super-imposed tulisan itu.Macam-macam...donia..donia.

Selasa, 3 Julai 2012

Lama dah teringin nak tukar baju.

Gambar hiasan semata-mata.Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana gambar individu sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. mAklonG hanya menvisualkan fesyen baju dulu dan sekarang.



Ermm dah seminggu mAklonG tak menulis.Bukan apa sibuk dengan tugas harian. Al maklumlah blogger pompuan ni banyak sangat tugas sampingan..hehehe. Puasa dah semakin hampir..Eloklah warga wanita buat persediaan raya waktu sekarang ni.Bukan apa,bukan sebab teruja nak raya tapi sebab bolehlah fokus kepada ibadah di bulan Ramadhan yang penuh dengan macam-macam tawaran dari Allah s.w.t. Kalau dok sibuk menyopping keperluan raya waktu ramadhan,takut kita penat di malamnya.Last2 tawaran special Allah kita tak upaya nak rebut. Bercakap pasal nak prepare keperluan raya, antara yang biasa ditukar adalah tukar baju raya.Terutama zaman kanak-kanak. Paling mAklonG tak boleh lupa dulu masa kecik-kecik,walaupun keluarga mAklong bukan kategori orang berada, tapi setiap kali menjelang raya mesti sekurang-kurangnya berganti dua pasang baju raya. Sepasang baju kurung,sepasang baju orang putih..hehehe.teringat zaman dulu.Walaupun setahun sekali tukar baju tapi ia tetap fitrah seorang manusia untuk bertukar yang baru setelah setahun memakai pakaian yang biasa.Tapi kategori mAklonG ni kategori orang awam.Kalau kategori orang yang ilmu agama tinggi,idak dema heran nak tukar baju fizikal ni.Dema pakai selagi boleh pakai..Tapi kita cerita kita dikalangan orang awam..Orang awam yer.... Senang ker mak abah nak sediakan belanja beli baju. Jenuh jugak mikior nak cari duit lebih.Berpeluhlah jugak. Bagi yang kaya senangler.Itupun nasibler baju kurung mak yang jahit sendiri.Kalau tak entahler kume. Itu cerita nak tukar baju waktu nak raya. Ini kisah tukar baju walaupun bukan untuk raya tapi masih berkisar tentang raya iaitu pilihanraya yang di bawa oleh Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek.
Katanya " Menukar kerajaan tidak semudah seperti menukar baju dan rakyat harus berhati-hati dalam membuat keputusan tersebut, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Iyeker tukar baju itu mudah. Sapa cakap? Si pemakai kalau nak tukar baju payah jugak.Mana idaknya. Bila nak tukar baju tentulah kita memikirkan bajet, apa fesyennya, nak tukar sebab apa?,Saiz nak ukur tu sama ker dengan yang dulu dan macam-macam benda yang hendak dipertimbangkan. Hatta kalau orang pompuan,kalau nak tukar baju adakalanya lagi lama mikior sampai ker nak matchingkan dengan kaler tudung,handbag,kasut, brooch dan macam-macam ler katanya.jadi kesimpulannya Dato Chua Soi Lek,jangan kata orang nak tukar baju tu kerja mudah. Rakyat nak tukar baju tu mesti ada sebab setelah banyak pertimbangan yang dibuat antaranya sebab baju yang rakyat pakai ni udah terlalu lama,lebih 54 tahun umurnya. Kalau bagi mAklong pun baju dolu-dolu nak pakai ke pejabat mAklong berkira-kira,maklumlah baju umur 54 tahun bukan baju taste mAklonG.hehehe.Ngada-ngada jugak mAklonG, tapi itu adalah kenyataannya.Jadi sementelah kalau macam abah dan mak mAklonG pakai baju yang sama untuk tempoh yang lama, mestilah ada perasaan bosan.,jadi idakler salah kalau nak tukar ..kan..kan.Lebih-lebih lagi baju tu samaaaaa jer pesennya dari dulu.Biarlah rakyat rasa nak pakai baju baru yang lagi selesa,lagi berketrampilan asalkan masih mengekalkan syariat dan adat budaya yang tidak bercanggah dengan agama.Faham ker kome cete mAklong hari ni. Faham-fahamkanler yer. Nak tau cete tuko baju pilihanraya,mehler baca kat sini. Wallahua'lam.

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia