“Sekurang-kurangnya kita perlu tahu terlebih dahulu isi kandungan mesej yang ingin disampaikan beliau sebelum boleh disiarkan menerusi kaca televisyen." Lagi kat sana.
Dakwaan mengatakan kenyataan dan penjelasan mengenai Amanat Tuanguru Hj Hadi Awang itu kononnya merbahaya sebenarnya membahayakan UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, mereka TAKUT kurap yang gatal, berlalat dan membusuk selama ini akan terbuka, onar dan dosa-dosa mereka akan terbongkar.
Apabila kebenaran itu datang maka lenyaplah segala kebatilan. Perkara yang batil dan buruk lambat laun akan terbongkar walau dengan apa cara sekalipun manusia itu cuba untuk menyembunyikannya. Allah SWT Berfirman:
أَوَلَا
يَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ﴿٧٧﴾
"Dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan?" (QS Al-Baqarah; 77)
WAllahua'alam ....