Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 22 Jun 2012

Kalau namanya rakaman.....alamatnya......



Lagi kat sini

Apa pandangan anda? Ini ker caranya memenuhi tuntutan BERSIH untuk memberi rakyat peluang mengakses media secara bebas dan adil,tidak kira parti politik mana yang mereka sokong.
Ada ker "orang tu" bagi alasan ni kat kita..Dah agak dah mentaliti dia. Kalau kata dicucuk hidung oleh tangan-tangan ghaib marah.Kita pulak kenal dengan tangan-tangan ghaib tu...
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
Kalau dah namanya rakaman......kome boleh agakler untung ke sapa.Boleh sempat sound lagi.
"Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing," katanya.
Apa nak dikata.Malaysia memang negara yang amannnnnn manjang...

Selasa, 19 Jun 2012

Perak pun Hijooo



Walaupun dairy harian dipenuhi dengan pelbagai program,pimpinan-pimpinan ini masih bersemangat tegar untuk terus menerus memberi penerangan dan pelbagai maklumat kepada rakyat



Adakah mereka tiada istilah letih?? Sebagai manusia biasa,mereka juga letih tetapi demi rakyat mereka buangkan rasa letih itu jauh-jauh. Fikir-fikirlah kita pemimpin yang bagaimana yang ingin kita pilih...



Apa yang difikirkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat....Mungkinn ....apa lagilaaa cara hambo nak ghoyak kat rakyat jangan pilih UMNO ni..Samalah macam ustaz Nuri,apalahh difikirkan oleh dua generasi ini.Walaupun berbeza zaman tetapi masih bermatlamatkan yang sama. Mahukan BN turun.



MB kami jugak terus-terus diasak oleh UMNO BN dengan kejamnya.


Tidak pernah mengecewakan rakyat untuk memberi penerangan




PJ Perak menyampaikan amanat kepada rakyat Perak

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/580104_326431674106603_1520951533_n.jpg





Rakyat Perak yang turut setia untuk bersama ke Putrajaya.

Gambar-gambar menarik mAklong ambik kat sini.. :)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa warna di dalam syurga itu kebanyakkan berwarna Hijau. Salah satu sabda baginda s.a.w. :


الشُّهَدَاءُ عَلَى بَارِقِ نَهَرٍ بِبَابِ الْجَنَّةِ فِي قُبَّةٍ خَضْرَاءَ يَخْرُجُ عَلَيْهِمْ رِزْقُهُمْ مِنْ الْجَنَّةِ بُكْرَةً وَعَشِيًّا ﴿رواه أحمد والحاكم﴾

"Para syuhada (orang yang mati syahid memperjuangkan Islam) berada di lembah (tepi) sungai dekat pintu surga dalam bangunan berkubah berwarna hijau. Rezeki mereka datang dari surga setiap pagi dan petang." (HR. Al Hakim dan Ahmad)

Ada ke Nabi s.a.w. sebut kubah berwarna warna BIRU ???? WAllahu'alam ....

Khamis, 14 Jun 2012

Mana pilihan iman? Haji atau Undi

Pilihan raya musim haji khianati hak muslim

Salmiyah Harun, 13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Pilihanraya pada musim haji adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman, demikian tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Nik Mohd Abduh Nik Aziz.

Katanya, ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan terhad waktunya seperti pilihanraya.

Bahkan katanya, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.

Tambahnya, kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing.Lagi di sini

______________________________________

Tunda haji kerana pilihan raya

Subky Latif, 13 Jun 2012

Tahun 1986 saya pernah membuat kenyataan yang disiarkan oleh akhbar betapa penyokong PAS wajar menunda pemergian haji jika ia jatuh dalam musim pilihan raya. Peluang haji ke Mekah ada setiap tahun tetapi peluang membentuk kerajaan yang adil tanpa rasuah hanya ada lima tahun sekali, apa lagi kalau kerajaan yang hendak ditegakkan itu bagi memartabatkan Islam.

Pada mula penyokong PAS pun ada yang tidak gemar dengan pandangan saya kerana menunda haji bagi orang yang memenuhi syarat adalah satu kesilapan besar. Tetapi pandangan saya telah disambut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu hanya Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; belum menjadi Mursyidul Am dan belum menjadi Menteri Besar Kelantan.

Ustaz UMNO yang mempertikai pandangan saya itu pun menyambung kritikannya berikut sokongan Ustaz Nik Aziz itu.

Jika UMNO tidak setuju dengan pandangan saya, biarkan pengundi UMNO saja ke Mekah, tetapi pengundi PAS tinggal dalam negeri bagi menghadapi persiapan dan mengundi. Lagi di sini

______________________________

Ahli Pas boleh tunai haji - Azizan

MB Kedah: Ahli Pas boleh tunai haji, calon tunggu
ROSNANI SAAD
13 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
ALOR SETAR - Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.

"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini. Lagi di sini

_____________________________________

Anggap Isu Haji Sebagai Ibadah - Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Para jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini diminta untuk melihat isu haji sebagai satu ibadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amalan mulia itu tidak seharusnya dicampuri dengan urusan politik seperti yang dibangkitkan parti pembangkang baru-baru ini.

"Janganlah ibadah haji iaitu rukun Islam kelima dicampuri dengan urusan politik demi kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke Tabung Haji di sini, Rabu. lagi di sini

______________________________________

Mesti kome tertanya-tanya.Terkena tang mAklonG ker kisah-kisah menangguh haji ni.Bukannya terkena kat mAklong.Duit nak pergi haji masih dalam usaha untuk mencukupkannya. Insya Allah mudah-mudahan mAklong dapat menjadi tetamuNYA pada suatu hari nanti.. Bukannya apa, 2 malam sudah,tiba-tiba mAklonG dapat SMS daripada makcik mAklonG. "Yong betulker PAS arahkan tangguhkan pergi haji kalau terkena sama dengan pilihanraya?? Boleh ker macam tu??" Uishhh kering air liur mAklonG baca SMS dia. Apa teman nak jawab ni? Setahu mAklong, makcik-makcik dan pakcik-pakcik mAklonG ni walaupun bukan ahli mana-mana parti ataupun dema tu ahli parti UMNO, dema ni biasalah, selalu merujuk akhbar-akhbar arus perdana. Tapi sebenornya mAklonG pun tak tau lagi isu tu.Kadang-kadang kita pun lambat. mAklonG cuma jawab mAklonG tak dapat nak sahkan berita tu. Betulker PAS yang bagitahu macam tu.Hehe..jawapan selamat dari mAklonG. Percaya jugak dema kat mAklong sampai isu beso tu mAklonG kena jawab..Hehehe...senyum perasan tapi idaklah sampai riak dan ujub..

Jadi mAklong pun teruskanlah membaca dan membaca. mAklong faham, dalam PAS ni dah memang ada tempat nak berbincang perkara-perkara macam ni,kalaulah istiqomah dengan program tarbiyyah,contohnya program USRAH.Tapi kalau dia bukan ahli atau ahli yang tak berapa komited dengan program tarbiyyah takder chance ler nak tahu dan tanya dan macam-macam lagi ler.Itu sebab kadang-kadang ahli pun bising sebab tak faham.Macam isu tahaluf siyasi yang PAS buat yang ramai ahli tak berapa nak faham lagi.Hehehe..jangan marah naaa,cuit sikit. Kena rajinler pergi program tarbiyyah ni.Nak overhaul hati dan jiwa.

Rupanya kalau kome baca cerita daripada Hj Subky Latif, pimpinan veteran PAS, taahun 1986 dulu pun PRU dibuat ketika menjelang musim haji.Atenya rupanya pernah jadi...Jadi bila ada pimpinan PAS mengagak-agak tarikh pilihanraya tu mungkin terjadi dakat-dekat nak musim haji,idakler mustahil.

Tapi mAklonG tak berapa nak setuju dengan menteri agama kita. Dia cakap " Para jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini diminta untuk melihat isu haji sebagai satu ibadah.Dia berkata lagi, amalan mulia itu tidak seharusnya dicampuri dengan urusan politik seperti yang dibangkitkan parti pembangkang baru-baru ini.

"Janganlah ibadah haji iaitu rukun Islam kelima dicampuri dengan urusan politik demi kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke Tabung Haji di sini, Rabu.

Ate mAklonG nak tanye? Kalau macam ni mentaliti menteri agama yang memisah-misahkan politik itu dengan Islam,amatlah mAklonG kesali. Kome tak kesali ker?? Yang bestnya kalau kome perasan menteri agama ni macam ada unsur-unsur mengugut pulak, Cuba perhatikan ayat dia.

"Jika jemaah sakit, saudara mara terdekat meninggal atau anak-anak menghadapi ujian sehingga memaksa mereka menarik diri, kita akan pertimbangkan mereka untuk menunaikan haji pada tahun depan.

"Namun, jika mereka tangguhkan ibadah haji kerana pilihan raya umum, mungkin belum tentu dua atau tiga tahun lagi mereka akan dipilih. Ia bergantung dengan kuota yang diberikan Arab Saudi," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan jemaah yang terpilih supaya tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang dan pergi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

"Selok-eloknya fikirlah baik-baik mengenai perkara ini. Lihatlah ia sebagai satu ibadah, tidak lebih daripada itu," katanya.

Ni belum menteri agama jelitawan tu yang komen.Bagi pandangan mAklonG,kalau pun kome tak setuju dengan pandangan pimpinan PAS, sebagai orang Islam,kita diajar supaya selalulah membuat apa-apa keputusan bertitik tolak daripada pengaduan kita kepada Allah melalui solat istikharah. Solat istikharah ni bukan buat untuk kahwin jer,tetapi merangkumi semua perkara. Islam itu indah. Wallahua'lam

Rabu, 13 Jun 2012

Wowww, jadi senator lagi untung laaaa


Lagi di sini

Terkulat-kulat mAklonG baca cetenya.. Ermm setiap MP BN dapat RM1.5 juta bagi mempertahankan kerusi mereka. Uiiiih juta tu. Tapi kome yang dipilih rakyat dapat RM1.5 juta. Ada yang jadi senator jer boleh dapat lebih dari RM1.5 juta. Siapa??? Buat-buat lupa lak.. Tapi memang kome spesis cepat lupa. Bukan mAklong habaq.. tapi Tun M kome yang habaq... Kesian jugak... Tapi mAklong sangka baik sebab sebenornya RM1.5 juta tu mungkin atas surat kabo kome jer.. Bawah surat kabo mesti lebihnya... Kome tu bukan saje jenis mudah lupa, tapi jugak jenis tak reti mengireee. Hehehe. Hai MP BN jer yang prihatin, MP BN jer hulur bantuan, MP BN jer boleh turap jalan sampai laman tangga..bla..bla...blooo..blurrr. MP PR hampeh... janji jer pandai.. MP PR kudakutttt. Semua yang buruk semuanya MP PR yang dapat. MP BN, guna duit orang yang bayorrr cukai, tapi melolong-lolong kata duit tu duit dema. Caiiitttt. Membara hati mAklong baca, walaupun bukan bersumberkan Utusan Uwekkkk... ishhh tak boleh sebut nama. Mengalahkan org pompuan yang morning sickness.. Hehe.

Inilah dinamakan Kerajaan Malaysia yang world class cara berpolitik. Caiiit sekali lagi.. World class konon. Ini dinamakan demokrasi terpimpin<--- pinjam kata-kata Allahyarham P.Ramlee. Oppps silap..bukan demokrasi terpimpin tapi ini demakasiiii mimpinnnn jer.

Tolonglah rakyat Malaysia.. Celiklah sikit daripada kena tipu dek dema. Dema bukan main lagi tabur duit nak pilihanraya mengalahkan tabur pasiorrr jer mudahnya. Tapi kome kena ingat... Waktu laaaa ni kata orang utara, bukan main tabur gulaaaa. Bukan gula-gula. Makan gula-gula manis sikit jer. Tapi bila dok taboqqq gula, manisnya lama. Boleh dapat sakit silap hari bulan kalau makan banyak sangat. Jadi sebagai rakyat, dema bagi kita ambik. Tapi kena hati-hati. Makan sikit-sikit jer. Jangan sampai jadi termakan budi. Ingatttttt, kalau rakyat bagi lagi dema perintah.. Ingat lepas PRU13, dema sediakan macam-macam penyakit kat kita. Siapa punya hak untuk lembutkan hati-hati pengundi ni? Allah SWT Berfirman :

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٦٣﴾

"dan Yang mempersatukan[622] hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (QS Al-Andal : 63)

[622]. Melembutkan dan menundukkan.

Contoh???1. GST -Cukai barang yang kita dok beli kita kena bayo. 2. Minyak akan naik. 3. Bila minyak naik, harga barang akan naik. 4. TOL pun tersipu-sipu akan turut naik. 5. Last2 darah rakyat naik...maka akan meningkatlah kadar jenayah lagi di Malaysia ini yang memang dah naik.

Tak sanggup lagi mAklonG nak tunggu lagi 5 tahun. Walaupun orang dok kabo, laaa ni akhir zaman...pejam..celik...pejam..celik dah nak pilihanraya semula. Tapi kalau dok pejam.. celik... pejam... celik asyik dapat dema jer merintah, apa cerita. Cemuihhhh dah. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia yang bijak bestari.

WAllahua'alam ....

Selasa, 12 Jun 2012

Perang Sg Rapat: Kita Gemporrr Kak Midah

UPU Pengkalan Barat terus-terusan bersama-sama dengan UPU-UPU yang lain di dalam MTD Sg Rapat melancarkan ceramah-caramah Perdana,penerangan,kelompok bagi menerangkan apa yang PAS akan tawarkan sekiranya menang pada Pilihanraya Umum yang ke 13. Walaupun ceramah-ceramah PAS & Pakatan Rakyat di dalam MTD Sg Rapat ini selalu diganggu oleh Kak Midah & UMNO dengan pelbagai provokasi, tetapi ia tidak memberi kesan pada petugas-tugas parti dalam usaha untuk memenangkan Calon Dun Sg Rapat, Us Radzi Zainon yang memang telah bekerja keras dari selepas Pilihanraya Umum yang ke 12 lagi.


Moh semua warga yang berhampiran Ipoh dan Gopeng.Ajak kawan-kawan yang masih UMNO dan jugak yang masih atas pagar untuk datang beramai-ramai ke

Ceramah Perdana anjuran UPU Pengkalan Barat
bersama
Al fadhil Ustaz Siddiq Nor
( mantan tahanan ISA) yang juga merangkap AJK Dewan Ulamak Perak
&
Ustaz Radzi Zainon, Calon N43 Dun Sg Rapat

pada 12/6/12 jam 9 malam.



Mohh kita gemporr Kak Midahh wehhh...Pakat turun ramai-ramai...

Sebar-sebarkan yeeee..

Ahad, 10 Jun 2012

Lidah Parti Syaitan !!!!


Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat. Lagi kat sana.

Semua orang pun tau bahawa Kosmo merupakan anak syarikat kepada Utusan atau lidah kepada UMNO/BN. Kerja melaga-lagakan atau BATU API ni memang perangai setan. Eloklah tu lidah setan kepada parti setan. Allah SWT Berfirman :



وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا ﴿٥٣﴾

"Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan pergaduhan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." (QS Al-Israk : 53)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 8 Jun 2012

Hellllllooooo, tidoq kaaa???

Baca ceritanya di sini kalau anda bukan jenis yang cepat meloya dengan berita-berita utusan Meloya.

Hellloooooo menteri. Amboii dema,ikut sedap mulut jer kata dema tu ler baik. Bolehler nak habaq mai kata dema sudah mematuhi permintaan BERSIH 1,2,dan 3 di mana salah satu nya adalah boleh mengakses media dengan adil.

Cewah-cewah..Patutlah Tun Mahathir kata ramai yang masuk UMNO BN ni orang-orang yang bengap..Mana idaknya. Cuba tengok berita kat atas nun. Apa yang tak kenanya. Cuba kome renung dan fikir sejenak-jenaknya penggunaan perkataan PEMBANGKANG tu... Helloooooo....helloooooooo (macam orang putihlah pulak).. Bila sudah berlakunya pembubaran parlimen, siapa yang u kata pembangkang ni Dato'. Hangpa selama ni yang perasan. Bila berlakunya pembubaran parlimen actually kita mana ada kerajaan lagi.Korang tu cuma kerajaan sementara.Tapi memerintah mengalahkan kerajaaan kekal.Heran mAklong kat Malaysia ni. Jadinya Dato' Rais oiii, bila dah bubar Parlimen nanti,janganlah sedap mulut kata pakatan Rakyat ni pembangkang. Kita ni PR and BN adalah calon kepada yang hendak memerintah. So memag patutlah kami diberi peluang sama untuk menerangkan manifesto kami tak kira melalui media mana. Persoalannya??Rasa-rasa boleh kerr???Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Khamis, 7 Jun 2012

Suami ego bergaduh dengan isteri, anak menjadi mangsa.


Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan .Lagi di sini..

mAklonG melihat kes macam ini ibarat kisah suami isteri yang bergaduh ingin berpisah, dan si isteri bercadang untuk bersuami lain,tetapi belumpun nikah baru,bekas suami terus jerr menarik segala kemudahan dari anak-anak disebabkan geram dengan bekas isteri berpisah dengan dia dan bercadang nak ada suami baru. Hehehe. faham tak cerita mAklonG. Nak bagi faham kena buat filem cereka laaa pulak. Yang jadi mangsa adalah si anak. terpinga-pinga belanja wang poket nak pi sekolah kena tarik.Padahal tu bapak dema.tapi sebab mak dema nak kahwin lain,terus ayah menguncam.Macam tu ler ibarat ceritanya.. Kalau beginilah caranya Kerajaan UMNO BN mengatasi masalah,maka tidak mustahillah akan ramailah orang muda yang bakal beralih arah. Dendam politik UMNO BN adalah sangat menjelekkan rakyat. Mereka terus-terus menekan rakyat yang berpayung di bawah Pakatan Rakyat.Tapi sedarlah wahai pemimpin UMNO BN.Anda hanyalah berada dihujung kuasa.InsyaAllah dengan kelaku kome macam ini,proses kejatuhan kome semakin hampir.Tunggu saat dan ketikanya.

Rabu, 6 Jun 2012

Santai Kartun Lagi......


Kita rehat minda jab...Tengok jer yer..jangan cakap apa-apa.

Selasa, 5 Jun 2012

KARTUN PANAS

Muhammad Faeez, 04 Jun 2012

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seakan-akan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS berasa hairan bagaimana pihak polis boleh mengenakan tindakan kepada satu kenyataan berbentuk umum dan pendapat seorang rakyat biasa oleh Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan plat WWW 1 yang sedang hangat diperkatakan. Lagi di sini


Tentu ramai nak tau macam mana ghopenye kartun KOSMO tu.Apa ke cete dema?? Ooo dema pun cete pasal WWW jugak ghopenye. Ater apa nak dikate? Karang tersilap lapor,jenuh nak melawannya.Nasib baik ada lagi yang berani tegoo.Teguran tu bukan makna dengki tapi tanda sayang. Macam bapak-bapak tegur anak.Kita pun bukannya maksum.Apa salahnya sesekali mencuit. Aterrr kartun KOSMO ni pun kena siasat sama ler yer...Wallahua'lam


Ahad, 3 Jun 2012

Jalan-jalan asyik HIJAU jer.

Walaupun lensa mAklonG bukanlah yang jenis mahaiii bak kata orang utara, tapi mAklong ingin jugak nak berkongsi lah gambaq-gambaq yang diambil. Saja mAklonG tak upload ceta awai-awai sebab tau tentu ramai yang upload cete hijau ni. Lensa dema lagi hebat. Gambaq angpa lagi clear. Hehe.Orang putih dok habaq one picture can tell us a thousand words. Jadi angpa tengoklah sendiri naa. mAklong kongsi beberapa keping gambaq, maka didarabkanlah dengan thousand words. Dapat berapa?

PART 1 : Sebelah pagi - Masa dok nak pergi dengaq amanat khas presiden.


Masa ni rombongan kami dok tengah tunggu order sarapan pagi dalam kawasan kira markaz besaq PAS KEDAH la.. Mula-mula masing-masing dok oda (order) macam-macam jenis minum. Last-last tunggu punya tunggu, yang mai cuma teh saja. Oda lain tak dapat dipenuhi sebab dah jem oda. hehe. Pasrah dan redho.

Ahli PAS keluar masuk kedai ni... Uiiihh ni ler rezeki tak terduga no.. Murah rezeki angpa yang meniaga.

Roti arab yang dah tak nampak di pandangan mata. Yang tinggal hanya kuah..

Terserempak dengan YB Changkat Jong bersama geng

Ketibaan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Yang depan tu isteri dia kot. Kalau salah maafler. mAklonG tak berapa nak kenaiii.

Ni orang kuat PAS Ipoh Timur, tempat mAklonG. Ada YDP, Ketua Cawangan pun ada, KUU pun mai, Ketua Penerangan pun ada mai jugak.

YDP kami hensem tak? hehe. Tengah dok calling-calling anak buah. Kami tumpang kete YDP laaa. Hangpa ada??


Unit amal tengah berbaris. Memang segak.

Comel tak bentara kami dari Nisa ler tu.

Apalah yang dok dibualkan oleh anak Tuan Guru Yusof Rawa, Kak Aida tu sampai blink blik mata.


Ketua DMP Malaysia sedang dok bersalam-salam dengan tetamu yang dah sampai. Sejuk mata memandang.

Tengah menyanyikan lagu rasmi PAS

Amanat pimpinan - Dato Mustapha Ali

Amanat pimpinan - Ketua DMP Malaysia, Hjh Zailah


Amanat pimpinan - Tuan Guru Presiden, Dato Hj Abdul Hadi Awang

Amanat pimpinan- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat




PART 2- Expressi Orang Muda


Walaupun hari mendung dan hujan sebelumnya tetapi stadium tetap menerima kunjungan yang tidak putus-putus


Lensa mAklonG tak sampai nak snap terus pada Ustaz Azhar. Sempat snap kat skrin besaq jaa..


Ramai jugak yang mai belah petang.


PART 3

Masa dok munajat, mAklonG tak dapat nak sertakan gambaq sebabnya mAklong pun join sama.. Hehe.


PART 4

Ni masa tengah diadakan rally ceramah dari pelbagai penceramah yang dijemput. Ada artis, pengacara al hijrah, mantan officer police, mantan KSU, Tuan presiden kita, tak lupa sasterawan negara dan diakhiri dengan doa dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berapa ramai yang mai. Hangpa kiraler sendiri. Boleh jugak buat ubat pelali mata nak tidoq.Hehehe



Begitulah suasana Hijau di Stadium Darul Aman. Dari pukul 12.30 tgh mlm kami bertolak mai datang sampailah kami bertolak pulang dan sampai seelok Subuh masuk. Moga-moga Allah perkenankan doa kami. Insya-Allah.

Allah SWT Berfirman :

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan ; Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai; ..." (QS An-Nasr : 1- 2)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia