Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 27 Mac 2014

MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS

(gambar hiasan)

Allah SWT Berfirman:

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١)

Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Dah lama mAklonG tak menulis dalam blog ni. Dah nak basi dah blog ni gamaknya. Tapi kali ni mAklonG terpanggil untuk menulis semula. Itu pun kerana untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati selama ni. Ceritanya bermula gini .....

mAklonG ada terbaca satu cerita dalam facebook mengenai satu pautan satu blog yang menceritakan tentang misteri kehilangan MH370. Lalu mAklonG klik kat situ ceritanya, dah pun yahudi (atau makhluk bangsa lain yang berperangai yahudi) memadamkannya. Alhamdulillah mAklonG ada terbaca copy paste dari Whatsapp group teman-teman dan akhirnya mAklonG dapat juga menge 'paste' kannya di sini sebagai satu benda yang kita sama-sama boleh kongsi. jom ikuti cetitanya di bawah ni....
________________________________________________________________________________

Bacalah kenyataan dari Muhammad Fairuz Hamid ,adik ipar pasangan mangsa MH370 ,Razahan Raz dan Norli Akmar Hamid ini | : 

Minta maaf pd semua. Doa dan prhatian dri anda smua amat kami hargai. Bagi kami ini masih belum penamatnya. Kami tak terus terima bulat-bulat dengan berita terbaru ini. Ya, mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di "situ"..di "sini".

Namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban. Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa "semua krew dah penumpang terkorban". Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yang terlibat. Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak, tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang. Kami hanya tunggu jawapan yg betul-betul muktamad, dan bagi kami hanya Allah S.W.T yang mampu memberikan jawapan tersebut. 

Dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya. Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yang perlu kami tekankan disini : 

1) Kotak Hitam (black box) - Tidak dijumpai 

2) Bangkai pesawat - Tidak dijumpai 

3) Perkara yang disahkan banyak kali "Pesawat dikesan di Lautan Hindi" "Pesawat dikesan di LCS" "Pesawat di Lautan Andaman" dan lain-lain 

4) Perkara yg menjadi spekulasi byk kali - "pesawat ditembak jatuh" "pesawat terhempas" "pesawat meletup di udara" "pesawat dihijack dan disorok" 

5) Negara itu kata jumpa di sini, negara itu jumpa disana. 

Last sekali berita ini yang keluar. Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yang dah jadi? Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mmpunyai kuasa lebih besar? Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar? Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini, tetapi kita sebagai orang biasa terus disajikan dengan "drama" dan "sandiwara". Dan akhirnya "emosi" kami terus menjadi santapan mereka. 

Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya, kerana ini yang terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada' dan Qadar Ilahi. Hanya satu jawapan sahaja yang boleh diterima, tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian. 

1) Adakah MAS merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara kawalan kepada kerajaan, rakyat malaysia dan seluruh dunia? Kenapa nak rahsiakan?? Adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar? Kenapa setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi berkomunikasi dengan pesawat?? Apa isi perbualan mereka?? 

2) Radar untuk tujuan komersial tidak secanggih seperti untuk tujuan ketenteraan. Maka radar jammer dari pasar gelap sudah memadai untuk "menghilangkan" pesawat dari radar di menara kawalan Air-port Subang. 

3) Setelah "menghilangkan" pesawat dari radar, pesawat patah balik untuk ke destinasi XXX (destinasi ini saya tidak pasti di mana), pesawat terus berlegar di ruang udara malaysia, iaitu di kawasan banjaran titiwangsa selama sejam lebih sambil masih lagi "berunding" dengan menara kawalan. 

4) Kenapa Pertahanan Malaysia tidak dapat kesan pesawat itu ketika berlegar di udara Banjaran Titiwangsa? Kerana di situ pertahanan udara kita paling lemah. Rundingan dengan menara kawalan gagal setelah 2 jam lebih. Perisik XXX putuskan hubungan dengan menara kawalan di Subang. Perisik XXX terus menerbangkan pesawat ke lokasi XXX 

5) Saya gunakan istilah "perisik" kerana hijacker ini bukannya pengganas, tapi seorang perisik dari negara XXX (antara kuasa besar dunia). Sebab itulah sehingga sekarang tiada pengakuan dan tuntutan di media massa. Semua rundingan adalah secara tertutup antara pemimpin negara kuasa besar.

6) Ketika pesawat bergerak ke lokasi XXX, perisik tiba-tiba menukar laluan, dan pesawat didapati terbang di Selat Melaka, menuju ke utara (Thailand). Ketika ini, radar pertahanan udara malaysia dapat mengesan kehadiran pesawat asing ini (kerana pertahanan udara malaysia di selat melaka adalah lebih baik dari di Pantai Timur dan Banjaran Titiwangsa).

7) Tetapi pihak pertahanan masih lagi clueless tentang rampasan ini, kerana pihak menara kawalan TIDAK PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PERTAHAAN.

8) Pesawat terus menuju ke Thailand. Thailand dapat tahu dan terus memaklumkan kepada seluruh ketenteraan mereka, termasuk pangkalan udara milik Amerika di Thailand (lokasi rahsia). 

9) Ketika pihak Thailand cuba menghubungi pesawat MAS tersebut, perisik XXX cuba menipu dengan mengatakan pesawat mereka tersesat. Jet Amerika cuba intercept dan tembak pesawat, tetapi perisik XXX cuba berunding dengan Amerika dan Thailand. 

10) Ketika rundingan di Nanning, kerajaan Malaysia TIDAK TAHU MENAHU pasal ini. Rundingan hanyalah melalui negara XXX, YYY, ZZZ dan mungkin beberapa negara lain.

11) Pihak MAS baru maklumkan kepada umum pesawat MH370 hilang setelah benar-benar pesawat itu disahkan tidak mendarat di Beijing (jam 7 pagi lebih). Kenapa lambat sangat nak sahkan MAS?? Kamu ingat perampas itu main-main ke?? 

12) Ketika ini barulah kerajaan malaysia maklum dan seluruh dunia gempar dengan berita ini. Akibat kurangnya maklumat dari pihak MAS (pesawat tiba-tiba hilang, tak ada sebarang petanda) maka kerajaan mulakan SAR agak lambat. 

13) Saya tidak pasti sampai bila baru pemimpin negara Malaysia dimaklumkan perkara sebenar oleh negara XXX,YYY dan ZZZ. DS Najib cuma mengikut arahaan dari negara XXX, YYY, dan ZZZ untuk kumpul keluarga mangsa, cari di situ, cari di sini, buat itu buat ini. Tapi rasanya sekarang mereka sudah dimaklumkan.. 

14) TIADA APA-APA YANG BERLAKU DI LAUT CINA SELATAN. Tiada. Semua penemuan kononnya debris, tompokan minyak, claim dari navy negara XYZ kononnya dah jumpa bangkai dan lain-lain adalah... dot...dot...dot... Saya tidak pasti dan tidak berani nak buat andaian. Yang pasti negara-negara kuasa besar dah hantar armada ketenteraan mereka di kawasan yang kononnya tempat pesawat terhempas .

15) Malaysia serta negara lain yang "tak tahu apa-apa" meneruskan usaha mencari.Ketenteraan kita BARU PERASAN mereka pernah kesan satu pesawat asing di Selat Melaka (adakah saya yang ingatkan mereka hahahaha) maka mereka terus membuat pencarian di Selat Melaka, kerana andaian mereka di situlah kali terakhir malaysia mengesan pesawat itu. 

16) Ketika jet Amerika hampir memintas pesawat MAS di Thailand, perisik XXX berunding dengan negara Amerika agar "melepaskan" pesawat itu dan memaklumkan pesawat itu adalah pesawat komersial dan mengandugi 200 lebih penumpang 

17) Amerika bersetuju, mungkin ada yang pelik mengapa USA boleh bersetuju dengan mudah. Ini kerana perisik itu BUKANNYA PENGGANAS tetapi dari negara XXX. Pihak Amerika memaklumkan kejadian ini kepada negara XXX, dan negara XXX mengesahkannya. Pada mulanya Amerika demand pesawat itu mendarat di Thailand, tetapi akhirnya terpaksa akur permintaan perisik XXX untuk mendarat di Nanning.. kenapa Nanning?? Saya belum mahu hurai lebih lanjut.

18) Dipendekkan cerita, ketika mendarat di Nanning, sepatutnya pendaratan MH370 di Nanning dirahsiakan, tetapi terbocor juga oleh beberapa orang pegawai lapangan terbang yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang pendaratan cemas ini serta MISI RAHSIA negara XXX. Akhirnya cerita pendaratan pesawat MH370 di Nanning berjaya diputarbelitkan sebagai hoax. 

19) Apa isi rundingan?? Mengelakkan PERANG DUNIA KETIGA. 

20) Kketika rundingan, negara XXX mengugut untuk melancarkan perang dunia ketiga seandainya misi mereka ini dibocorkan. Negara YYY, ZZZ dan beberapa negara lain (saya yakin Malaysia tidak terlibat dalam rundingan ini) terpaksa bersetuju. 

21) Jadi, apakah sebenarnya tujuan pesawat itu dihijack?? Sebenarnya hijack itu hanyalah backup plan dari perisik XXX seandainya identiti dan operasi beliau berjaya dikesan oleh perisik dari negara lain yang turut sama berada di dalam pesawat tersebut. Semalam saya ada dedahkan salah satu nombor passport perisik iaitu YA3189197, nama pemilik passport ini ialah Luigi Miraldi, tetapi didapati passport ini adalah passport curi (cepat sungguh negara mereka tutup cerita). 

22) Saya ada terbaca berita dari China, di mana ahli keluarga cuba hubungi telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat, dan berjaya, tetapi tidak diangkat atau disahut. Ya, memang la, sebab pihak negara XXX lupa nak off henset mamat tu setelah dirampas. 

23) Pada mulanya, pihak yang berunding berusaha untuk cari jalan untuk tutup cerita rampasan ini untuk kepentingan bersama. Mereka cuba membawa ahli keluarga terdekat penumpang untuk berunding di satu tempat rahsia (kemungkinan di Nanning). Antaranya, mungkin penumpang yang terlibat terpaksa dipalsukan kematian mereka, dan pihak yang berunding akan cuba untuk membuat seolah-olah pesawat itu benar-benar telah terhempas, tetapi banyak kali kantoi. Banyak kali mereka terpaksa tarik balik statement. 

24) InsyaAllah, sama-sama kita doakan mereka semua masih hidup. Memang dari awal kes hijack. Sebab Ukraine dengan Russia tengah berperang. Dalam pesawat tu ada 2 orang Ukraine, seorang Russian . Pengaruh cina diperlukan Russia.

WAllahu'alam....

Khamis, 23 Mei 2013

CELAKA BETUL LAH MULUT MANGKUK NI !!!!!


Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei. Lagi kat sana.

Busuk sungguh mulut mangkuk ayun ni (gambar kiri), sebusuk mangkuk jamban .... tak habih-habih dengan bangsa melayunya... Rasulullah s.a.w pun tak suka dengan bangsanya sendiri, iaitu bangsa arab... Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا فَزِعًا يَقُولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَيْلٌ لِلْعَرَبِ مِنْ شَرٍّ

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata, "( Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, " La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka.... (HR Bukhari dan Muslim)

Yang bodohnya melayu yang macam mangkuk Mohd Noor Abdullah ni, perjuangan atas nama kebangsaan (nasionalisme) atau asyobiyyah, dibimbangi orang yang dok dalam perjuangan ini matinya, mati jahiliyyah mati dalam keadaan kebodohan, boleh jadi rohnya keluar dalam keadaan tanpa membawa iman... Na'uzubillahi min zalik. Rasulullah s.a.w bersabda:

عَنْ جُنْدُبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَال قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عُمِّيَّةٍ يُقَاتِلُ عَصَبِيَّةً وَيَغْضَبُ لِعَصَبِيَّةٍ فَقِتْلَتُهُ جَاهِلِيَّةٌ


Daripada Jundub bin Abdillah r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa berperang di bawah panji (bendera) nasionalisme (kebangsaan atau kesukuan) yang menyeru kepada fanatisme atau bersikap marah (emosi) kerana mempertahankan fanatisme (golongan) lalu terbunuh maka tewasnya pun jahiliyah. (HR. An-Nasaa'i)

WAllahua'alam ....


Rabu, 2 Januari 2013

SIARAN LANGSUNG AMANAT TUANGURU HJ HADI AWANG AKAN MEMBUKA KURAP DI PUNGGUNG UMNO !!!!!


“Sekurang-kurangnya kita perlu tahu terlebih dahulu isi kandungan mesej yang ingin disampaikan beliau sebelum boleh disiarkan menerusi kaca televisyen." Lagi kat sana.

Dakwaan mengatakan kenyataan dan penjelasan mengenai Amanat Tuanguru Hj Hadi Awang itu kononnya merbahaya sebenarnya membahayakan UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, mereka TAKUT kurap yang gatal, berlalat dan membusuk selama ini akan terbuka, onar dan dosa-dosa mereka akan terbongkar.

Apabila kebenaran itu datang maka lenyaplah segala kebatilan. Perkara yang batil dan buruk lambat laun akan terbongkar walau dengan apa cara sekalipun manusia itu cuba untuk menyembunyikannya. Allah SWT Berfirman:

أَوَلَا يَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ﴿٧٧﴾

"Dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan?" (QS Al-Baqarah; 77)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 1 Disember 2012

Ulamak-Ulamak Syaitan Muncul Semasa PAU 2012

Idris bin Sulaiman, abang kepada Yassin bin Sulaiman, artis kumpulan nasyid Brothers, Ulamak Muda UMNO (ULAU atau ILMU)
Fathul Bari bin Mat Jahaya, perwakilan UMNO Perlis, anak kepada bekas Mufti Perlis juga ahli Ulamak Muda UMNO (ULAU atau ILMU)

Hangpa mungkin dah tau cerita pasai dua ekoq mangkuk ni... cuma mAklonG nak ingatkan, jangan laaa sekali-kali hangpa jadi serupa dua ekoq setan ni. Inilah contoh anjing-anjing sekular zionist yang sanggup menjadi anjing kerana habuan dunia.

Allah SWT Berfirman:

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّ‌ٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٧٦﴾

Maksudnya: "Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (QS Al-A'raaf : 176)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 20 Oktober 2012

Soi Lek hina Hudud, Fathul Bari buat apa?

Ini bukan kali pertama Umno dan ulamanya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina hudud. Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, Umno dan ulamanya juga senyap tidak membantah. Lagi di situ.

Tidak salahlah Dr. MaZa mengutuk tindakan Ustaz Fathul Bari: "Jangan jadi benteng kepada UMNO/BN." Maknanya, jangan jadi barua UMNO/BN. Bukannya mangkuk tu tak baca firman Allah ini:

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٤٢﴾

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (QS Al-Baqarah : 42)

Allah berfirman lagi:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ ﴿١٥٩﴾

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat (Al-Quran), sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci (Al-Quran), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." (QS Al-Baqarah : 159)

mAklonG ni bukanlah seorang Ustazah, cuma mAklonG hairan, apalah yang dicarinya dalam UMNO tu? Cari duit? Ingat amaran Allah dalam Surah Al-Baqarah juga:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۙ أُولَـٰئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٧٤﴾

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka (dari hasil harta dunia yang mereka makan) selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS Al-Baqarah : 174)

WAllahua'alam ....

Rabu, 3 Oktober 2012

Najib Bakal Ke Penjara Perancis?

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda. Lagi kat sana.

Apa akan terjadi sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan Parlimen? Apakah nasibnya sama seperti Zainal Abidin Ben Ali, Saddam Hussein, Hosni Mubarak dan Mu'ammar Ghadaffi? Sama-samalah kita doakan untuknya... Amin.

Semoga Najib sedar dengan firman Allah ini:

۞ وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٩٠﴾ آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٩١﴾
"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). (Allah berfirman): Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?." (QS Yunus : 90-91)

WAllahua'alam ....

Ahad, 30 September 2012

Budaya Samseng Memang Dari UMNO / Perkasa

gambar hiasan

"Kita percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk mengadakan perhimpunan hari ini sebab itu melakukan perbuatan khianat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Lagi kat situ.

Siapa lagi kalau bukan puak-puak celaka tu yang punya kerja. Kebangkitan Islam yang penuh dengan keadilan biasa akan dimusuhi oleh puak-puak ni. Semuanya sebab pasal hati sakit. Firman Allah :


... وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ﴿١١٩﴾

".... Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran kerana marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu disebabkan kemarahan kamu itu." Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati." (QS Ali Imran : 119)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia