Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 26 Februari 2010

Tahniah Wardina ...!!!!

NAMA pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyyah tiba-tiba meledak gara-gara kelantangannya bersuara mengkritik senario yang berlaku dalam industri hiburan. Selepas itu, muncul pula isu dia berjumpa dengan orang kuat parti pembangkang. Rentetan dua peristiwa itu menjadikan nama Wardina panas. Lagi di Kosmo! Online.

Setakat ni tidak ada artis wanita yang berani macam Wardina ni. Kalau dulu ada Siti Nurhaliza pi jumpa TGNA, tu pun cover balik tak mengaku. Apa-apa pun tahniah kepada Wardina. Semoga Wardina menjadi contoh teladan yang baik kepada artis-artis wanita yang lain yang masih tak sedor-sedor diri lagi tu.



Allah SWT Berfirman:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (QS Al Ahzab : 21)

WAllahua'alam ....

Rabu, 24 Februari 2010

Ma Imamuka ?????

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang, Haslinda Mohd. Zerain meninggal dunia pada pukul 11.45 pagi tadi akibat sakit jantung. – Utusan

"Apa panduan kamu????". Itulah salah satu soalan yang bakal ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir kepada si arwah. Nak jawap apa le gamaknya, kalau asik dok sibuk dan reda dengan ini dan ini. Bolehkah si mati menjawap, "Al Quran ialah panduanku." kalau macam tu gayanya???? Tepuk dada tanyalah iman.

Allah SWT Berfirman :

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ﴿٩٩﴾
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ ﴿١٠٠﴾
"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)." (QS Al Mukminun : 99 - 100)

WAllahua'alam ....

Selasa, 23 Februari 2010

hukuman ni pulak bila nak jalan ?



KAJANG 18 Feb. - "Kami reda disebat kerana di akhirat, hukuman sebenar nanti lebih berat dari hukuman di dunia," itulah luahan tiga wanita yang dihukum sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang, di sini hari ini. Lagi di Utusan Malaysia.

Bagaimana dengan hukuman potong tangan? Rejam? Tangkap dan ta'zir wanita yang enggan bertudung? Apa-apa pun, hukum dan undang-undang hudud yang berteraskan Al Quran  WAJIB dilaksanakan oleh sang pemerintah ....

Allah SWT Berfirman dalam Surah An Nisaa, yang sudah tentunya Surah ini sebagai peringatan kepada para wanita :

وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ ﴿١٤﴾
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina." (QS An Nisaa : 14)

WAllahua'alam ....

Isnin, 22 Februari 2010

2 B : Bodoh dan Bangang

KUALA LUMPUR, Feb 22 — Badan Perhubungan Umno Kelantan kini melipatgandakan usaha untuk menawan kembali negeri itu daripada PAS dengan menggunakan pendekatan 2B — bersaing (berkawan) dan berbakti, kata pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed. Lagi di  sini.

Rakyat Kelantan sampai bila-bila pun, insyaAllah tidak akan percaya dengan helah dan tipu daya UMNO ini. Pendekatan yang dilakukan oleh Mustapa ini sebenarnya membodoh dan membangangkan dirinya sendiri sebab UMNO itu sendiri adalah parti jahiliyyah. Rakyat Kelantan lebih cerdik dari beliau.



Allah SWT Berfirman :
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿٩﴾
"Mereka (orang-orang munafik) hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." (QS Al Baqarah : 9)

WAllahua'alam ....

Rabu, 17 Februari 2010

Sikap Bodoh Sombong Yang Tidak Kenal Dosa Pahala

SHAH ALAM - Hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakilinya. Lagi di Sinar Harian.

Punca jahil serta bodoh sombong, membantah dan enggan mengaji serta belajar membuat seseorang manusia itu akan dipandu dan dibimbing oleh iblis dan syaitan. Dari bimbingan iblis dan syaitanlah seseorang itu tidak akan memperdulikan dosa dan pahala, lupa tentang neraka dan syurga. Allah SWT Berfirman :

... وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٥٧﴾
".... dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong (pembimbing-pembimbing) mereka ialah Taghut (syaitan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya." (QS Al Baqarah : 257)

Sifat munafik serta fasik pula, mereka mengetahui akan hal pahala dan dosa tetapi dengan sengaja mereka melanggar batas-batas dosa dan pahala ini demi kerana kepentingan tembolok hawa nafsu mereka yang dipandu oleh iblis dan syaitan. Dengan rakusnya mereka sanggup mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat yang mengundinya serta memilihnya sebagai pemimpin.

Selasa, 16 Februari 2010

MAKSIAT : memang budaya UMNO

KOTA KINABALU, 16 Feb. — Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya Puteri Umno akan dijadikan acara tahunan, bermula tahun ini di peringkat negeri dan nasional, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Dari Utusan Meloya.

Inilah budaya UMNO, memang gemar menjadikan acara maksiat sebagai cara hidup dan hiburan mereka. Tari menari dan fesyen memang budaya jahiliyyah semenjak zaman musyrikin quraisy lagi. Iblis selalu akan menjadikan hamba-hamba yang taat padanya akan memandang perkara maksiat dan buruk itu baik bagi mereka.

Allah SWT Berfirman:


قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩﴾ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ ﴿٤٠﴾
"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik." (QS Al Hijr : 39 - 40)
WAllahua'alam....

Jumaat, 12 Februari 2010

Katak Spesis Baru Ditemui Di Bayan Baru

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya. "Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dilaporkan oleh MalaysiaKini.

Ini lah sifat katak lagi munafik namanya. Bila tak dapat habuan RM, tuduh macam-macam pada Ketua Menterinya. Tapi bila dapat habuan RM dari pihak musuh, sanggup berpaling tadah dan mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat.

Zahrain sebagai contoh salah satu sifat orang-orang Badwi yang munafik di zaman Rasulullah SAW, bila mana Rasulullah tidak dapat memenuhi permintaan dan agihan pembahagian harta terhadap mereka. Allah SWT Berfirman :


وَمِنْهُم مَّن يَلْمِزُكَ فِي الصَّدَقَاتِ فَإِنْ أُعْطُوا مِنْهَا رَضُوا وَإِن لَّمْ يُعْطَوْا مِنْهَا إِذَا هُمْ يَسْخَطُونَ ﴿٥٨﴾

"Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil) dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah." (At Taubah : 58)

WAllahua'alam ....

Rabu, 10 Februari 2010

LA TAHZAN ....



Allah SWT Menenangkan hati-hati orang-orang yang beriman kerana ditimpa musibah kekalahan dalam perjuangan mereka dengan Firman Nya :

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (QS Ali Imraan : 139)

Allah SWT Berfirman lagi :

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٤٠﴾
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS At Taubah : 40)

WAllahua'alam ....

Isnin, 8 Februari 2010

murah-murah.... hakim untuk dijual .....

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan sekejap saja pagi Isnin dan terus ditangguh ke pagi esok. Ini kerana peguamnya Karpal Singh mohon tukar hakim yakni Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ditukar. Beliau membuat permohonan itu atas dakwaan wujudnya elemen berat sebelah hakim.Lagi di AgendaDaily.

Kenapa semua ini boleh berlaku ???? Sebabnya intergriti, maruah serta harga diri hakim-hakim di Malaysia terlalu murah hingga boleh dibeli dengan matawang dunia yang bernama RM (Rasuah Melayu). Tak percaya tanya Tun Salleh Abas.

Sedangkan matawang dunia ini tidaklah dapat untuk merasuah Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur apabila hakim-hakim ini bertemu mereka dan gagal untuk menjawab soalan-soalan kubur.

Ingatlah Firman Allah :


وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٨٨﴾
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (QS Al Baqarah : 188)


WAllahua'alam ....

Rabu, 3 Februari 2010

Ahlan Wa Sahlan KJ ....

Sumber-sumber dalaman UMNO berkata sebuah jawatankuasa eksekutif Pemuda UMNO merancang untuk mengetengahkan satu undi tidak yakin terhadap ketua mereka, Khairy Jamaluddin, tidak lama lagi, demikian lapor beberapa laman web media di Malaysia. Kelihatannya, terdapat rasa kurang puas hati yang semakin meningkat dalam Pemuda UMNO terhadap kepimpinan Khairy dan fahaman liberalnya. Lagi di sini.


Nak lompat .... lompat lah .... hehehehe

Semoga dengan pengunduran Khairy Jamaluddin dari Pemuda UMNO dapat memecah-belah kesatuan itu, amin Ya Robbal'alamin ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia