Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 21 Disember 2011

samseng taik kucing !!!!



“Adakah mereka ini ‘kebal’ daripada undang-undang Malaysia sehingga boleh menumbuk dan memberi ancaman kepada orang lain secara terbuka?” soalnya. Lagi di sana.

Hebat sangat kah pecacai-pecacai UMNO ni? Seolah-olah merekalah yang paling kuat.

Allah s.w.t Berfirman:

هَا أَنتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ﴿١١٩﴾

"Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu kerana kemarahanmu itu." Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati." (QS Ali -Imran : 119)

Pi mampos lah hangpa. WAllahua'alam ....

Isnin, 19 Disember 2011

manusia JAHIL je yang suka main SUMPAH


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibarhim bersumpah laknat di masjid dengan menjunjung al-quran dan tunjukkan surat yang kononnya ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Lagi kat situ.

Manusia jahil serta bersifat hipokrit / munafik sahaja yang suka mempermainkan sumpah dan menjadikan agama sebagai bahan gurauan.

Allah s.w.t Berfirman :

اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ فَلَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ ﴿١٦﴾

"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah; dari kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan." (QS al-Mujadilah : 16)

Allah s.w.t Berfirman lagi :

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ ﴿٥١﴾

"(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami." (QS al-A'araf : 51)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 17 Disember 2011

MENJELANG PRU 13 : semakin banyak GULA-GULA di tabur

PROSES BAIK PULIH...Beberapa kontraktor memeriksa jambatan gantung yang menghubungkan jalan utama Saratok-Sri Aman ke penempatan Rumah Panjang Ng Drau untuk menaik taraf kawasan tersebut dengan infrastruktur baru. Kawasan yang didiami 180 penduduk itu menjalankan aktiviti bercucuk tanam sebagai punca pendapatan utama dan kini terpilih menjadi perintis projek bekalan air bersih ke kawasan luar bandar. Projek itu secara tidak langsung akan menaik taraf kawasan tersebut dengan infrastruktur baru termasuk membaik pulih jambatan gantung agar dapat membina paip saluran air melintasi jambatan tersebut. Gambar dan cerita dipetik dari situ.

Ini perkara biasa. Hanya yang jahil akan terpedaya. Punca kenapa jadi jahil sebab enggan menerima Syari'at Allah sebagai panduan hidup.

Allah s.w.t berfirman:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿٢٠﴾

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS al-Hadid : 20)

WAllahu'alam ....

Rabu, 14 Disember 2011

Berhijrah lah dengan undi anda ....

gambar hiasan

“Jika Pakatan Rakyat (PR) diberi kepercayaan untuk mentadbir dan mereka berjaya, maka kita harus beri kepercayaan. Penentu sekarang ialah demografi golongan muda berumur 21 hingga 40 tahun disamping kaum Cina dan kaum wanita. Saya menyeru kita semua lakukan perubahan demi kebaikan negara,” ujarnya. Lagi kat situ.

Berubahlah .... percayalah .... perubahan itu akan memberi kebaikan. Allah s.w.t memberi amaran terhadap orang yang enggan berubah ataupun berhijrah ke jalan KEBENARAN dalam FirmanNya:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿٩٧﴾

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (QS An-Nisa' : 97)

WAllahua'alam ....

Rabu, 7 Disember 2011

UMNO : parti jahiliyyah moden


“Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.” Lagi kat situ.

Sesuatu bangsa itu hanya boleh bersatu atas nama Islam. UMNO tu maksudnya = Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Bukan Parti Islam Bersatu. Teman taknak mati dalam jahiliyyah.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

فَلَيْسَ مِنْ أُمَّتِي وَمَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِلْعَصَبِيَّةِ أَوْ يُقَاتِلُ لِلْعَصَبِيَّةِ أَوْ يَدْعُو إِلَى الْعَصَبِيَّةِ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ

"Bukan dikalangan umatku yang berperang di bawah panji (bendera) nasionalisme (kebangsaan atau kesukuan) yang menyeru kepada fanatisme atau bersikap marah (emosi) kerana mempertahankan fanatisme (golongan) lalu terbunuh maka tewasnya pun jahiliyah." (HR. An-Nasaa'i dan Ahmad)

WAllahua'alam ....

Isnin, 5 Disember 2011

UMNO penyamun


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan parti itu supaya berbuat sesuatu jika tidak mahu "nikmat" pemerintahan terus berada di pihaknya. Lagi kat situ.

Nampak sangat puak-puak UMNO ni spesis penyamun duit rakyat dan bermewah-mewah serta berpoya-poya dengan kekayaan hasil negara yang dicuri yang dikatakan sebagai "nikmat" oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Halal haram taktau nak beza. Nikmat maksudnya keseronokan / kesedapan. Padahal kesemuanya itu adalah amanah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ مَايُبَالِى الرِّجَلُ مِنْ أَيْنَ أَصَابَ الْمَالَ مِنْ حَلَالٍ أَمْ حَرَامٍ
( رواه النسائى )


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (Riwayat An-Nasa’ei)

Wallahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia