
Pesanan kesihatan ini dibawakan khas oleh: Sekreteriat Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Perak
Pastikan anda mengambil langkah-langkah keselamatan ini bagi menghadapi wabak Influenza A (H1N1)
- Tutup mulut dan hidung anda ketika batuk dan bersin dengan tisu. Pastikan tisu dibuang di dalam tong sampah yang tertutup.
 - Kerapkan membasuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas anda batuk dan bersin. Pencuci alcohol juga boleh digunakan bagi tujuan ini.
 - Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda kerana jangkitan mudah merebak melalui cara ini.
 - Cuba elakkan diri daripada mendekati orang sakit terutamanya mereka yang mempunyai symptom Influenza A (H1N1).
 - Elakkan keluar rumah selama 7 hari daripada hari pertama tanda-tanda jangkitan mula dirasai. Anda hanya boleh keluar rumah selepas 24 jam bebas daripada tanda-tanda jangkitan untuk mengelakkan virus merebak menjangkiti orang lain.
 
- Kesusahan bernafas atau semput.
 - Sakit dan tekanan di bahagian dada.
 - Pening secara tiba-tiba.
 - Kekeliruan.
 - Muntah yang berterusan atau membahayakan.
 - Demam dan batuk dengan lebih teruk walaupun telah bebas daripada tanda-tanda selsema.
 
05-2084200, jknperak@prk.moh.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan