Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 28 Jun 2009

Mohd Fauzi Abdullah Calon PAS Manek Urai


Posted: 26 Jun 2009 02:58 AM PDT

Pemuda PAS Kuala Krai

MANEK URAI, 27 Jun : PAS Kelantan telah mengumumkan calonnya pada malam semalam di Markas UPU Manek Urai Lama oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat semalam.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Haji Ismail Yaakob atau Pak Su Wei meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setelah mengalami pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Arwah Paksu Wei @ Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Dalam majlis tersebut, orang ramai turut dapat mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB. Sdr. Saifudin Nasution (PKR) dan YB. Lim Kit Siang (DAP).


p/s: Gaya macam ghope Ustaz Mustapha Shaari je :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia