Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 20 Jun 2009

Pemimpin PAS sebenarnya boleh dipimpin oleh orang Cina - Mursyidul Am



MERAGUKAN dan kurang bijak. Itulah yang boleh mAklonG simpulkan dengan pemilihan AJK baru yang dilantik. Itulah yang berlaku di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan baru baru ini.

Berikut adalah senarai perlantikan yang baru dibuat di dalam mesyuarat tersebut, dan seperti biasa ahli-ahli Pas diajar untuk `wala', kepada senarai ini:

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

mAklonG merasa agak pelik ke mana `hilang'nya Dato Anuar Tan seorang pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam Pas? Beliau telah beberapa penggal berada di dalam saf kepimpinan Pas Pusat dan jasanya untuk menarik sokongan kaum Cina tidak boleh dipertikaikan. Bukankah Pas sekarang begitu hebat untuk mempromosikan parti kepada kaum yang selama ini begitu takut kepada Pas?

Dato Anuar Tan tidak mendapat cukup undi daripada perwakilan bagi membolehkannya berada dalam saf kepimpinan tetapi salahkah jika beliau dilantik di dalam AJK ini sebagai mewakili kaum Cina? Memang benar, perlantikan jawatan ini adalah budi bicara Presiden mahu pun ahli mesyuarat, tetapi tidak adakah seorang pun yang terfikir betapa perlunya seorang pemimpin berbangsa Cina berada di dalam Saf kepimpinan Pas?
Begitu juga dengan dengan Blogger terkenal dengan jolokan CINA ISLAM juga iaitu YB Dun Titi Serong (YB ada bertanding ke?). mAklonG berharap perkara ini tidak dipandang sepi oleh Pas, tetapi jika keputusan yang telah dibuat perlu ditaati, apa yang boleh dikatakan lagi.

Wahai ahli PAS yang bermula dari akar umbi hingga ke saf kepimpinan sekelian yang berjuang Islam sebagai landasan, renung dan fikir fikirkan petikan Sabda Rasulullah SAW ini ....

"Barangsiapa menolak ketaatan (membangkang) dan meninggalkan jama'ah lalu mati maka matinya adalah jahiliyah, dan barangsiapa berperang di bawah panji (bendera) nasionalisme (kebangsaan atau kesukuan) yang menyeru kepada fanatisme atau bersikap marah (emosi) karena mempertahankan fanatisme (golongan itu) lalu terbunuh, maka tewasnya pun adalah jahiliyah." (HR. An-Nasaa'i)

WAllahua'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia