Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 5 Julai 2012

Updates news: Harga makanan berasaskan tepung,gula,blaaa..bla..blaa...turun 2 kupang

5 Julai 12-Putrajaya- Bermula tengah malam tadi, semua gerai dan kedai telah menurunkan harga makanan yang berasaskan tepung,minyak,gula,beras dan pelbagai barang keperluan lain lagi sebanyak 20 sen ekoran dari penurunan harga minyak mentah dunia.
Sementelah kerajaan yang ada adalah kerajaan yang sah sehingga April 2013,mengumumkan bahawa semua barang makanan dan juga lain-lain barang keperluan lain yang hanya diangkut dengan lori atau kenderaan lain sahaja yer..Ini adalah kerana lori sahaja yang menggunakan RON 97.Ingat yer rakyat sekalian, barang keperluan yang naik lori sahaja. Lagi di sini

Temuramah telah dilakukan bagi menyatakan apakah pandangan rakyat mengenai pelarasan,penyelarasan harga makanan yang telah diturunkan ini.Beberapa rakyat dari pelbagai peringkat telah memberikan beberapa respons.

Pn Chombi,Kedai mami Nana, Shatin Park- Kami tak dapat hendak melayan permintaan tinggi daripada pelanggan kami sejak tengah malam tadi ekoran penurunan harga minyak. Sekarang ni harga roti canai kedai kami dari 80 sen dah jadi 60 sen. Teh tarik harga RM 1.20 dah jadi RM 1.00. Kerajaaan BN memang proaktif bab-bab turun barang ni..Cepat bertindak..Janji ditepati.

Ah Seng,toke air batu,Pekan Cendawan-Aiyaaa,kelaaa..kelaaajaan manyak baik.Lia luluh tulun halaga,waaa pun tulunlaa.Lulu aaa harga air batu satu beg ini macam harga Tige linggit, sikalang aaa jadi ...jadi Empat linggit wooo..1 Malaysia..1 Malaysia.Tiba-tiba wartawan terus terjah si Ah Seng. Apek ooo,minyak turun 20 sen,kenapa lu naik sampai satu ringgit...Ah Seng jawab...Aiya lu boleh baca kaaa, wa punya loliiii aaa pakai LON 95 la bukan LON 97. Gilaa kaa mau tulun halagaaa. Naik halaga bolehlaa.Itu air waaa kena tapihhh ooo,itu ada kos maaa.Takkan wa mau buat air batu guna air sungai terus..Pakai otak maa..Wartawan terjah lagi," tadi apek cakap apek pun turun halaga.Lu tengok balik,wa cakap wa tulunn saja.Waa tak cakap pun tulunnn halaga.Waa cakap waaa tulun maksud waaa nak tulunkan air batu,jadi waaa pun kena tulunlaa..Lagi satu aaa,waaa suka itu nombor satu,itu sebab waaa naik halaga 1 linggit saja. Lu jangan marah aaa.Waa lakyat susah wooo.Bukan bisnes besa.Maap yaaa.Lu interview lain orang laa...

Anje...anje..Bangun sahur..Kata nak posa hari ni."Lu tak takut itu Menteri Ismail Sab...." Apanya lagi anjeee oiii.Dah nak imsak ni..Kang tak sempat nak sahur...Hehehe.Ooooo mAklonG mimpi rupanya..Caiitttt.Ingat bolehler potong bajet berbuka hari ni..Salam Nisfu Syaaban.

pssttt..psssttt.. Karektor-karektor dalam mimpi mAklonG hanyalah imiginasi mAklong semata-mata. Panggilan anje jugak hanyalah rekaan semata-mata daripada pAkloNG,saje nak tambah perisa cerita...hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia