Walaupun negara kita sudah merdeka masuk  54 tahun, tetapi masih lagi belum dapat memberi kebajikan kepada seluruh rakyat. Semalam mAklong dan rakan-rakan seangkatan dari DMPK Ipoh Timur  memberi sedikit sumbangan barang dapur kepada golongan-golongan yang memerlukan. Amat tersentuh hati kami semasa ziarah diadakan, masih lagi ada keluarga yang daif dan miskin yang tinggal tak jauh dari bandaraya Ipoh. Tak jauh dari Pejabat Zambry. Agak-agak mAklong kira-kira 6 km. Cuba bayangkan dengan keadaan rumah yang tidak dilengkapi dengan bekalan air yang sempurna. Masih mengambil air sungai dibelakang rumah sebagai sumber minuman. Bekalan elektrik pun diperolehi ihsan dari jiran yang prihatin. Mana tanggungjawab kerajaan BN yang merampas Perak, konon-kononnya dema jer yang hebat dalam memerintah.Tersentuh hati mAklong dan rakan-rakan apabila diberitahu yang mereka sekeluarga hanya perlukan sedikit makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Keluarga yang terdiri dari pasangan suami isteri dan 2 orang anak yang masih bersekolah. Suami hanya bekerja menjual sayur-sayur yang dikutip di persekitaran tempat tinggal dan si isteri pula terpaksa mengambil upah membasuh kain dari rumah ke rumah dan juga pelbagai kerja lain.
Bila diajukan soalan, pernah tak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. Jawapannya setakat mengisi borang dan tidak mendapat apa-apa respons ataupun bantuan dari pihak yang bertanggung jawab. Inilah dia kehidupan realiti yang masih ada di negara kita yang dikatakan menuju negara maju. Bantuan masih lagi tidak menyeluruh.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
عَنْ إِبْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim itu adalah saudara muslim  lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang  membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang  siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan  melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan  barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya  pada hari kiamat." (Shahih Muslim No.4677)
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
WAllahua'alam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan