Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 22 Ogos 2011

Meriahnya Qaryah Ramadhan PAS Kawasan Ipoh Timur

Apa yang mAklong boleh gambarkan program Qaryah Ramadhan semalam,21 Ogos, yang diadakan di UPU Pengkalan Barat sangat meriah dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh PAS Kawasan Ipoh Timur di bawah Lajnah Kebajikan,Dewan Pemuda PAS Kawasan serta Dewan Muslimat PAS Kawasan bersama Nisa . Program yang bermula pada pukul 5.30 petang di mana bantuan dan sumbangan yang berupa beras,minyak masak,gula dan lain-lain disampaikan kepada warga miskin disekitar kawasan Ipoh Timur dan Pengkalan Barat.Sumbangan disampaikan oleh mantan calon PRU12 yang lepas,Ustaz Radhi Zainon yang memang terkenal dengan sikapnya yang prihatin dengan warga-warga yang kurang berkemampuan ini.





Dalam waktu yang sama Dewan Pemuda mengedarkan ikan bakar percuma kepada penduduk setempat yang melalui kawasan program kami.Apa yang mAklonG perhatikan mereka begitu teruja dengan kelainan juadah berbuka yang disumbangkan.Ada juga yang ingatkan edaran ikan bakar percuma itu untuk dijual.

Dewan Muslimat PAS Kawasan bersama team NISA juga tidak ketinggalan dengan program mereka ,Talk Show mengenai kesihatan wanita yang disampaikan oleh Dr Maizun.
Program Qaryah Ramadhan berakhir dengan ceramah selepas solat terawikh yang disampaikan oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor,Ketua Penerangan DPP Pusat.mAklong teringat waktu Ramadhan ketika Pakatan Rakyat memerintah, macam inilah juga keadaan aktiviti yang dijalankan. Banyak program-program yang diatur oleh kerajaan negeri pada ketika itu.Selain menjamu rakyat kebanyakan berbuka di dataran Majlis Bandaran Ipoh pada waktu itu ,rakyat juga dihidangkan dengan santapan jiwa dari para ilmuan seluruh negara. Benarlah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ridhuan Mohd Noor semalam yang mengatakan bahawa rakyat hanya boleh berubah dari kejahilan kepada kebenaran bagi sesuatu perkara,jika dibangunkan rakyat itu dengan ilmu. Jika kerajaan menjauhkan rakyatnya dengan ilmu,maka semakin jauhlah rakyat dengan kebenaran.Wallahua'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia