Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 1 November 2009

Orang Kaya Memang Takut Mati ....


CHENNAI: Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Nadzmi Mohd Salleh dimasukkan ke Hospital Apollo di sini akibat serangan angin ahmar ringan awal pagi ini dan bukannya akibat serangan jantung seperti yang dilaporkan dalam berita sebelum ini. Berita ini ada di sini.

Setiap kesakitan yang dialami oleh setiap anak Adam adalah peringatan dari Allah Al-Khaliq bahawa kita semua pasti akan menemui KEMATIAN. Datuk Nadzmi Mohd Salleh pastinya menggelupur ketakutan bahawa di ketika itu sebenarnya Malaikat Izrail menziarahinya dan pada hakikatnya Izrail berbisik kepadanya, "Ingat, kamu pasti menemui aku." Ianya bersesuaian dengan Firman Allah dalam Surah Al Ankabuut pada Ayat 57 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan MATI. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." ShodaqALLAHul'Azim.

Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapatinya orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." (HR Muttafaq Alaihi)

Orang kaya kebiasaannya bersifat kedekut. Lantaran sifat kedekutnyalah dia akan mengecap kekayaan dunia. Dia sentiasa memikirkan tentang harta kekayaan dunianya sahaja, akan rasa susah hati apabila dia menjelang sakit, mana nak diletakkan hartanya lantaran cintanya pada dunia dan amat takut bila menghadapi kematian.

Nabi S.A.W bersabda lagi dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : "
Akan tiba suatu masa nanti dianggap bahawa kamu akan dikerumuni oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap isi mangkok (makanan)". Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Tidak, bahkan di saat itu jumlah kalian ramai sekali tetapi kalian tidak ubah seperti buih air banjir (tidak berguna) dan kalian akan ditimpa penyakit wahan." Mereka bertanya lagi, "Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati." (HR. Abu Dawud)

WAllahua'alam ....

1 ulasan:

  1. Salam maklong. 1 malaysia dah lengkap. 2 melayu mati di ipoh banggunan runtuh. 3 budak india mati lemas di Kuala Dipang dan semalam 3 budak cina mati lemas di kampar. Kesemua berlaku di Perak. Daerah Lembah Kinta semua nya

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia