Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 7 November 2009

fitnah Iblis sedang bermaharaja lela !!!!



Usamah r.a. berkata, "Nabi naik ke salah satu benteng di Madinah lalu beliau bersabda, 'Apakah kalian melihat apa yang aku lihat? (Mereka menjawab, 'Tidak.' Beliau bersabda 'Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat terjadinya fitnah di celah-celah rumah-rumah kamu seperti tempat tempat jatuhnya titisan air hujan.'" (HR Bukhari)

Fitnah apakah yang mAklong maksudkan ? Iaitu fitnah yang terjadi pada Jama'ah PAS. PAS makin berat diuji Allah S.W.T oleh musuh-musuhnya. Fitnah yang Rasulullah S.A.W maksudkan dalam hadis di atas ialah fitnah dalam bentuk kezaliman dan kejahatan yang begitu hebat terjadi di zaman baginda di kalangan para sahabat. Bagaimana keadaan zaman kita ini. Sudah tentunya fitnah itu tidak jatuh di celah-celah rumah-rumah kamu tetapi ianya telah tiris bocor masuk ke dalam rumah. Fitnahnya ialah media cetak, media elektronik termasuk internet yang sedang giat menyebarkan fitnahnya.

Siapakah musuh-musuh PAS. Allah S.W.T berfirman dalam Ayat paling akhir dalam Al Quran iaitu dalam Ayat yang ke 6 Surah An Nas yang berbunyi : مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ yang maksudnya : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "(Syaitan) dari golongan jin dan manusia." ShodaqALLAHul'Azim. Lain tak bukan musuh-musuh dari kalangan manusia yang berhati syaitan yang berada dalam selimutnya. Kerana musuh spesis inilah yang paling bahaya. Salah satunya di sini. Siapakah beliau yang lantang berani bercakap dan menghina seorang Pemimpin satu Jama'ah Islam. Adakah sama situasi Pemimpin itu di ketika muda dengan waktu ini yang sedang berumur lebih 62 tahun? Apakah hujjah orang yang mengkritik itu?

Seseorang yang bercakap tanpa hujjah dan bukti, sama seperti Iblis. Hujjah yang mAklonG maksudkan ialah DALIL NAQLI iaitu hujjah yang paling kuat, AL QURAN. Ingatlah Firman Allah dalam Surah Shaad pada 75 hingga 76 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?. Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah." ShodaqALLAHul'Azim.

Atas hujjah apa Iblis mengatakan dirinya lebih mulia dari Adam ? Samalah seperti orang yang hanya pandai berkata-kata tanpa hujjah Al Quran yang mana zahirnya nampak manis dan asyik didengar tetapi hatinya seperti Iblis dan dengan suka hati mengkritik serta menghina orang lain. Fikir-fikirkanlah ....

WAllahualam ....

2 ulasan:

  1. aziz bari tu sembang je lebih. bukan tau apa pun.kalau dia pandai malaysia ni lama dah jadi negara maju...ini lah phd malaysia...kualiti mmg xde la...memalukan negara. mampus la PAS kalau percaya cakap barua UMNO ni

    BalasPadam
  2. Celaka lah kau wahai Aziz Bari .... Matilah kau Aziz Bari dalam keadaan mati yang amat hina dina !!!!

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia