Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 15 Oktober 2009

Sayang Jemaah

Klik pada gambar, ada cerita tentang sayang ....

Semalam mAklonG kena sound dengan sorang pengunjung yang bernicknamekan "Sayang Jemaah" di shoutbox tu (tapi mAklonG dah terpadam pulak komen) dia tu. Dia sound mAklonG pasal kritikan mAklonG pada UMNO. Dia sound salah satu punca kekalahan PAS di Bagan Pinang dan undi pengundi beralih pada BN berpunca dari hentaman yang melampau para blogger pada UMNO/BN. Relevan ke tu ????

mAklonG terpanggil nak catat post ni sebab dari semalam terpendam dalam hati mAklonG pasal kes dalam shoutbox tu. mAklonG nak tanya dia, boleh ke kita bersangka baik dengan musuh ???? Boleh ke kita sayang menyayang dengan musuh yang ternyata ingin menghancurkan kita dan perjuangan Islam.

Allah S.W.T Menegaskan tentang larangan berbaik sangka dan rasa belas pada musuh dalam Surah Mumtahanah pada Ayat yang Pertama yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus." ShodaqALLAHul'Azim.

Jangan ambil langkah silap bro. Kehidupan, kematian, kemenangan dan kekalahan bukan milik mutlak kita. Ianya adalah hak mutlak Allah S.W.T.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia