Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 9 Oktober 2009

Teruskan Munajat Mohon Pertolongan Allah ....


IPOH, 8 Oktober - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, meminta semua ahli PAS, pemimpin dan penyokong di semua peringkat mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kemenangan dan memelihara keselamatan para pejuang Islam yang sedang berjihad memenangkan Islam di Bagan Pinang dari segala perancangan dan perlakuan jahat yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berniat jahat terhadap gerakan Islam PAS ini. Lagi di sini.

Teruskan munajat, mohon pertolongan dari Allah S.W.T kerana tiada pertolongan melainkan dari Allah semata-mata. Allah Berfirman dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 160 yang bermaksud, A'uzubILLAhi minas syaitonirrojim. "Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia