Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 26 Oktober 2009

Suasana Sekitar Himpunan One Black Perak

Ikrar dibaca sebagai tanda taat setia serta bertekad untuk berusaha untuk berjuang sehingga DUN Perak dapat dibubarkan.
Wanita Tionghua Pakatan Rakyat yang turut menuntut Pembubaran DUN Perak turut menyerikan majlis.
Ribuan muslimat PAS yang datang dari seluruh pelusuk Negeri Perak hadir dalam himpunan ini. Mantap, mantap kak yong semua !!!!
ADUN Rantau Panjang, YB Dr Zailah Yusof juga turut hadir.
Majlis turut diserikan juga dengan kehadiran PJ PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dan ADUN Changkat Jong, YB Anuar Sudin sebagai pemidato yang diundang khas ke himpunan ini.
Himpunan bersejarah bagi Dewan Muslimat PAS Perak ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua kami, Ustazah Bariah Alang Sapri.
Antara peserta yang mengambil bahagian.

Ayer Tawar, 24 Okt - Posting ni rasanya agak lama tapi masih boleh ditatap kerana ianya belum lagi basi. Dewan Muslimat PAS Perak telah menganjurkan Himpunan Muslimat Semarakkan 1 Black Perak yang menuntut DUN Perak dibubarkan dengan seberapa segera.

Himpunan yang dianggarkan dihadiri oleh 10000 muslimat dan wanita Pakatan Rakyat ini disemarakkan lagi dengan kehadiran YB Dr Siti Mariah Mahmud selaku ADUN Kota Raja, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Ustazah Bariah Alang Sapri sebagai pemidato dari wakil Muslimat. pemidato dari wakil muslimin pula disampaikan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu bakar Hussain dan ADUN Changkat Jong, YB Anuar Sudin. Himpunan yang berlangsung pada hari Sabtu itu bermula jam 8 pagi dan bersurai pada jam 1 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia