Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 28 Disember 2009

Artis, Fesyen, Bohemian dan Pemujaan Syaitan


KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit. Cerita orang jahil agama ini ada di sini.

Allah SWT Berfirman :

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (QS Al Baqarah : 257)

Ternyata fesyen yang dipakai oleh Rozita Che Wan ini menghina Islam dan bersifat syaitan. Inilah perangai artis apabila artis itu jauh dari Petunjuk dan Hidayah Allah.

Allah SWT Berfirman lagi :

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَّرِيدٍ

"Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat," (QS Al Hajj : 3)

Kenapa jadi begini ? Semuanya kerana benci kepada Al Quran yang menjadi perkara asas dalam Dinul Islam itu sendiri. Oleh kerana membenci maka jadilah manusia itu jahil, liar, jahat dan ganas. Maka diketika itu syaitanlah yang akan menjadi pembimbingnya dan syaitan itulah yang akan memegang tangannya untuk bersama-sama terjun ke  neraka.

Allah SWT Berfirman tentang hal ini :

كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ


"Seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta Alam." (QS Al Hashr : 16)

فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا ۚ وَذَ‌ٰلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ

"Maka adalah kesudahan keduanya, bahawa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim." (QS Al Hashr : 17)


Mengenai Fesyen Bohemian pula, ia merupakan satu fesyen atau pakaian pemujaan yang berunsurkan syaitan yang sudah tentunya syaitan itu adalah musuh bagi bagi manusia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu Bohemian atau Bintang Penjuru Lima, sila klik sini.

Kalimah yang menyebut إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ  memang terdapat banyak dalam Al Quran, yang mana Allah SWT memberi amaran bahawa syaitan adalah musuh bagi manusia buat selama-lamanya.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia