Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 12 Disember 2009

Berita Pakatan Rakyat tersesat publish dalam Utusan????

ALOR SETAR 11 Dis. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang tidak menggunakan pendekatan UMNO dalam menarik perhatian rakyat terhadap parti itu.

Menurut beliau, pemimpin berkenaan perlu terus mendekatkan diri dengan rakyat bagi mendengar masalah dan keluhan mereka.

Katanya, propaganda yang digunakan oleh UMNO seperti menyalurkan projek-projek kebajikan kepada rakyat tidak boleh digunakan oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Kita tidak boleh ulang pendekatan lama dan harus ada satu cara untuk mendekati rakyat.

"Kita harus dengar, memahami masalah dan melibatkan rakyat di dalam projek-projek pembangunan," katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Konvensyen Majlis Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH) di Dewan Sri Mentaloon di sini hari ini.

Menurut Anwar, pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri Kedah dalam menguruskan kewangan negeri dan sumber balak perlu dipuji.

"Pendekatan telus yang digunakan oleh kerajaan negeri Kedah dalam menguruskan hasil balak adalah salah satu pendekatan yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat.

"Ini bukan perkara kecil dan bayangkan berapa banyak wang balak yang masuk ke dalam poket-poket orang tertentu sebelum ini," katanya. Berita ini ada di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia