Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 18 Disember 2009

Dah Terhantuk Baru Nak Mengaduh


Kuala Lumpur, 18 Dis - Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai ahli parlimen BN hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 awal minggu ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil. Lagi berita di sini.

Dah nak hilang kerajaan baru nak terhegeh-hegeh ambik tindakan bagi MP yang suka ponteng sidang parlimen. Sebelum jadi perkara yang macam ini, suka-suka je ponteng. Dah la makan gaji yang dibayar oleh rakyat lepas tu boleh suka-suka datang suka-suka ponteng. Tak sedar ke kehadiran dalam sidang parlimen itu satu amanah dari rakyat ?

Allah S.W.T Berfirman:


إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (QS Al Ahzab : 72)

WAllahua'alam ....

1 ulasan:

  1. Salam maklong,
    Apa yg dpt kita jadikan pengajaran juga pd peristiwa itu YB pas pun tak sedikit juga yg ponteng.jika tidak sudah tentu bergegar parlimen hari itu.

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia