Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 14 Disember 2009

Hasil Negara Dirompak Oleh 'Orang Minyak'.


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Malaysia sudah menjadi negara ’sumpahan minyak’ di mana hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi dibazirkan kerajaan. Lagi berita di sini.

Inilah hakikatnya apa yang berlaku dalam tanah air kita. Pengakuan ini diluahkan sendiri oleh bekas Presiden Parti Semangat 46 yang kini telah pun berada dalam UMNO. Tetapi apa yang diluahkan oleh Tengku Razaleigh melambangkan beliau masih lagi 'bersemangat' seperti mana beliau masih lagi dalam Semangat 46 pada zaman Angkatan Perpaduan Ummah dulu.

Inilah krisis yang berlaku dalam UMNO. Dari isu BTN hinggalah masalah royalti terhadap rakyat Kelantan. Tengku Razaleigh mempertikaikan isu mengenai royalti petroleum kepada Kelantan.

Namun tindakan Tengku Razaleigh amat menguntungkan Pakatan Rakyat. Begitu juga apa yang telah dilakukan oleh Nazri Aziz. Bagus bagus, buatlah macam ni selalu.

Walau apa pun, tindakan yang dilakukan oleh orang tertinggi dalam UMNO boleh dianggap sebagai perompak harta negara atau 'orang minyak' dan golongan inilah yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W adalah sebuah hadisnya sebagai golongan Ruwaibidhah.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai (rakyat)”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

WAllahua'alam ....

1 ulasan:

  1. Salam sufina,
    Mungkin UMNOngok akan menunggu seperti hadis Rasullullah s.a.w ini, baru nak bagi royalti minyak tu

    93 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah! Sesungguhnya telah hampir masanya Nabi Isa bin Mariam turun kepada kamu untuk menjadi hakim secara adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi serta tidak menerima cukai dan harta akan melimpah, sehinggalah tidak ada seorang pun yang ingin menerimanya .

    Hadis riwayat bukhari didalam kitab jual beli no 2070
    Riwayat Ahamad Ibnu Hambal didalam kitab juzuk 2 muka surat 493,538

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia