Bulan Rejab iaitu salah satu daripada 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firman Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 36: Maksudnya : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati . Itulah ( ketetapan ) agama yang lurus maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat, dan perangilah orang-orang musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya ; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa " Rejab dari segi makna bahasa ialah menghormati dan memuliakan. Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut dan dicerobohi. Pada ayat yang dibaca diatas tadi Allah SWT melarang kaum muslimin berperang atau bergaduh malah diperintahkan kita menghormati dalam bulan-bulan haram tersebut dengan cara tanpa melakukan pergaduhan, pertelingkahan dan peperangan dalam masa bulan-bulan itu. Hanya dibenarkan oleh Allah SWT sekiranya kita kaum muslimin diugut, diancam atau dicerobohi barulah ketika itu kita memerangi mereka sebagaimana mereka memerangi kita tanpa kita melampaui batas.
Jadi buat Paklong dan adik2 Maklong nampak gayanya kenalah berpuasa tak boleh gaduh dengan Maklong pada bulan2 yang disebutkan tadi...Kepada Sufina pulak....kena lebih tabik hormat kat Maklong,paklong,pakngah,makngah,maklang,makteh,makcu...oppps mak su,opah,tok dan semestinya kat umi dan walid sufina...janganlah buat lagu dalam tangisan.Wallahua’lam.
sy nak blaja ngan cikgu ida la nama bulan² islam.boleh ker maklong rekemankan kat sy?? hehehe
BalasPadam