Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 29 April 2010

jerung-jerung yang masih bebas ....

KLANG, 29 April: Bapa kepada mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Ahmad Kamil Abu Hassan menyanjung tinggi hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor yang bersedia menghulurkan khidmat guaman kepada keluarga pelajar Aminul Rashid Hamzah yang menjadi mangsa kejadian serupa pada 26 April 2010 sehingga membawa maut. Lagi di Harakah Daily.

Apa-apa pun berlambak lagi kes bunuh yang melibatkan jerung besar yang masih belum selesai.

Bagaimana dengan kes Altantuya yang masih misteri siapa pembunuh sebenarnya (dengan orang yang ditutup mukanya sehingga hukuman dijatuhkan) ?

Bagaimana dengan kes As Syahid Ibrahim Libya ?

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ۗ ذَ‌ٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٧٨﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: Orang merdeka dengan orang merdeka dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa) dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS Al Baqarah : 178)

WAllahua'alam ....

Berhala BN/UMNO Bakal Jatuh Rebah Menyembah Bumi ....


"Pilihan raya kecil di Hulu Selangor telah membuktikan politik perkauman masih wujud. Pengundi Melayu dan India sudah kembali kepada BN namun begitu, kebanyakan kaum Cina masih menyokong pakatan pembangkang," katanya. Lagi di sinun.

Nabi SAW bersabda :

إنا أمة وبلدي لا يكون متحدا في الخطأ

"Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan...."(HR. Anas bin Malik)

Allah SWT Berfirman :

لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ﴿١٤﴾

"(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): Permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)." (QS Al Hashr : 14)

HANCUR .... HANCUR .... HANCUR BN !!!! HANCUR .... HANCUR .... HANCUR UMNO !!!!

WAllahua'alam ....

Isnin, 26 April 2010

Jangan Jadi Hamba Duit .....


"Pada saat akhir BN dan Umno menabur janji untuk membayar sejumlah wang kepada peneroka Felda dan ini berjaya meraih sokongan peneroka. "Kerana tarikan wang ringgit, tidak semena-mena pengundi beralih sokongan kepada BN," katanya. Lagi di sini.

Betapa ramainya manusia akhir zaman sekarang ini menjadikan wang sebagai tuhan mereka. Betapa ramainya manusia sekarang menyembah berhala kebendaan dunia. Sebenarnya manusia telah jauh tersesat dari akidah yang lurus.

Ini terbukti dengan kekalahan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, betapa ramainya peneroka Felda yang bersyukur pada duit yang dijanjikan oleh UMNO/BN sebelum pilihanraya yang lalu.

Allah SWT Berfirman :

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ ﴿٤٥﴾

"Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): Apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira." (QS Az Zumar : 45)

WAllahua'alam ....

Ahad, 25 April 2010

Ingkar Jangan Tak Ingkar !!!!


HULU BERNAM: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melakukan 'pengingkaran yang serius' kerana mempertikai titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid sebagai pentas politik. Selanjutnya di sini.

Bagus sangat kah kau wahai Najib? Mana dosa lebih besar ingkar atau kafir dengan perintah Allah yang mewajibkan undang-undang Islam/Al Quran atau menegur kesilapan manusia yang apabila manusia itu mati dia juga turut dikafankan dengan kain putih?

Makhluk yang berkata politik tidak boleh dicampur-aduk dengan agama atau politik lain agama lain sama dengan kata-kata yang tersebut dalam Bible yang bermaksud, "Berikan kepada raja-raja apa yang (berkenaan dengan hal-hal dunia untuk) menjadi milik (urusan) raja dan berikan kepada tuhan apa yang (berkenaan dengan hal-hal akhirat dan agama untuk) menjadi milik (urusan) tuhan." Jadi makhluk yang berkata sedemikian rupa maka sama lah dengan para penganut dan orang beriman kepada Bible. Tepuk dada tanyalah ilmu dan iman anda.

Kalau politik tak boleh masuk masjid, ini maknanya para Pemimpin Politik Negara tak boleh la solat atau masuk ke masjid, tak boleh lah nak solat Jumaat sebab sekujur tubuh Pemimpin, MP, ADUN, Ahli Parlimen itu adalah politik !!!! Bodoh UMNO ni ....

Allah SWT Berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَ‌ٰلِكَ سَبِيلًا ﴿١٥٠﴾ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا ۚ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا ﴿١٥١﴾

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu: Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina." (QS An Nisaa : 150 - 151)

WAllahua'alam ....

Khamis, 22 April 2010

Tarbiyyah untuk lalang-lalang dalam PKR ....


Bekas pemimpin PKR Gua Musang, Nor Azman Mohd Amin dan Abdul Hamid Ahmad mengumumkan keluar parti terbabit. Hadir sama pada pengumuman tersebut pemimpin Umno Kelantan. Laporan HarakahDaily.

Hari-hari kita dengar berita ahli PKR keluar parti. Kalau macam ni gayanya, lama kelamaan tinggal DSAI, Wan Azizah dan Nurul Izzah je dalam PKR. Hahaha lawak-lawak tetapi sesungguhnya kemenangan yang hakiki tu sebenarnya bukan dari jumlah ataupun kuantiti.

Allah SWT Berfirman:

.... قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٢٤٩﴾

".... Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar." (QS Al Baqarah : 249)

Mereka-mereka yang bertindak keluar parti tu sepatutnya merenungkan Sabda Rasulullah SAW ini :

وأنتم سوف نسمع ، طاعة وطاعة (الزعيم) ، وخلال سرورسهولة ورحابة ، وصعوبة وضيق في الأنشطة الخاصة بك والتي تعاني في الوقت الاشياء التي ليست متعة حتى لو كان الوضع يضر مصالحكم. - رواه مسلم و النسائي

"Hendaklah kamu mendengar, patuh dan taat (kepada pemimpinmu), dalam masa kesenangan (kemudahan dan kelapangan), dalam kesulitan dan kesempitan, dalam kegiatanmu dan di saat mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan sekalipun keadaan itu merugikan kepentinganmu." (HR. Muslim dan An-Nasaa'i)

WAllahua'alam ....

Rabu, 21 April 2010

PEMBETULAN : Semua mantan PM TERMASUK Pak Lah minum arak


"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. "Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS. Berita merapu ni dari sini.

Pembetulan, mungkin persepsi SU Agung PAS Pusat begitu, tetapi tidak bagi mAklonG. Maaf ye . Serangan demi serangan ke atas Zaid Ibrahim, satu demi satu Allah Membuktikan Kebenaran Nya. Allah SWT Berfirman :

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا ﴿٨١﴾

"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap." (QS Al Israak : 81)

WAllahua'alam ....

Selasa, 20 April 2010

Orang Dah Muak Dengan Taktik Bodoh Ni !!!!!



Video menipu orang bodoh supaya menyokong BN.

Ahad, 18 April 2010

Pemabuk-pemabuk ni bila pulak nak isytihar taubat ????

bapak 1 Malaysia
khairy jamaluddin
hishamuddin KDN

HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.

“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor. Lagi di mStar.

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ .... ﴿٨﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu..." (QS At Tahrim : 8)

WAllahua'alam ....

Hentikan Jualan Minyak ke Iran bukti Najib/UMNO Barua Yahudi/Amerika


Malaysia's Prime Minister Najib Razak says Malaysia's state-run oil company has suspended gasoline supplies to Iran due to that country's continuing standoff with the international community over its nuclear program. Najib spoke about the suspension following talks in Washington on April 15 with U.S. President Barack Obama. Laporan Turkish Weekly. Link Bahasa Melayu ada di sini.

1 Malaysia telah ditipu oleh UMNO/BN selama 53 tahun lamanya yang kononnya negara ini merdeka. Apa ertinya kemerdekaan jika masih lagi menjadi pak turut, boneka, dan barua Yahudi Israel/Freemansion nasrani Amerika Laknatullah ? Sudah kita maklum yahudi adalah musuh utama Islam. Allah SWT Berfirman :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan (tentang kejahatan mereka) datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (QS Al Baqarah : 120)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ ﴿١١٨﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (yahudi) kerana mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya." (QS Ali Imraan : 118)

WAllahua'alam

Solehahnya Wanita UMNO


Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, berdasarkan pemerhatian, pihaknya mendapati PKR tidak ikhlas dan menggunakan taktik kotor dengan mengadu domba di kalangan rakyat pelbagai kaum. Jika dibiarkan beterusan katanya, negara boleh menjadi huru-hara manakala status Selangor sebagai 'periuk nasi' negara boleh musnah. Lagi di sinun.

Habis tu Utusan bukan jadi alat adu-domba dan pendakyah syaitan UMNO ke ni? Habis, selama ni Allah SWT redha ke dengan tindak-tanduk UMNO? UMNO ajak rakyat Malaysia kembali kepada Islam ke?

Allah SWT Berfirman :

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٣٣﴾

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (QS Fushshilaat : 33)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 10 April 2010

Dung Dung Cheng .... PRK lagi .....



Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. Lagi di sini.

Macamana la agaknya persepsi orang 'al-a'arob' di Sarawak agaknya ye. Jangan lah terus jadi golongan 'al-a'arob' atau orang pendalaman. Kalau di zaman Rasulullah SAW mereka di panggil orang Arab Badwi jahiliyyah yang kebanyakan mereka musyrikin yang sukar untuk menerima Islam serta tidak terdedah kepada kemajuan dan tamadun. Kalau zaman sekarang ni geng 'orang hutan' la, orang suku asli, iban, dayak, sakai dan sebagainya.

Lakukan perubahan wahai rakyat Sibu sekelian. Lakukan perubahan demi kebaikan kamu. Janganlah kamu ditipu oleh UMNO/BN yang selama-lamanya memang penipu dan munafik.

Allah SWT Berfirman :

مَا كَانَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ وَمَنْ حَوْلَهُم مِّنَ الْأَعْرَابِ أَن يَتَخَلَّفُوا عَن رَّسُولِ اللَّهِ وَلَا يَرْغَبُوا بِأَنفُسِهِمْ عَن نَّفْسِهِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ ﴿١٢٠﴾

"Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang tinggal di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) memijak suatu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik," (QS At Taubah : 120)

WAllahua'alam ....

Selasa, 6 April 2010

KDN dan UMNO boneka Yahudi !!!!


Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan, Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel. Dilaporkan oleh HarakahDaily.

Kalau dulu puak-puak munafik ni sibuk sangat dok kata PAS boneka DAP, Kerajaan Hj. Nizar boneka DAP, Ngeh Ko Ham dan Ngar Kor Ming. Sampai ada ada yang kata - Nizar, Ngar, Ngeh (bunyikan dengan loghat Parit). Sekarang ni? Najib + KDN dan UMNO + slogan 1Malaysia = yahudi Laknatullah !!!!

Allah SWT Berfirman:

۞ يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ ۛ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا ۛ سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ ۖ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِن بَعْدِ مَوَاضِعِهِ ۖ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَـٰذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا ۚ وَمَن يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَن تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿٤١﴾

"Wahai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, iaitu diantara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka:"Kami telah beriman", padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong[415] dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu[416]; mereka mengubah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat asalnya. Mereka mengatakan: "Jika diberikan ini (yang sudah di ubah-ubah oleh tangan mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini maka hati-hatilah." Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar." (QS Al Maaidah : 41)

[415]. Maksudnya ialah: orang Yahudi amat suka mendengar perkataan-perkataan pendita mereka yang bohong, atau amat suka mendengar perkataan-perkataan Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada pendita-pendita dan kawan-kawan sebangsa dengan mereka dengan cara yang tidak jujur.

[416]. Maksudnya: mereka amat suka mendengar perkataan-perkataan pemimpin-pemimpin mereka yang bohong yang belum pernah bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana sangat benci kepada beliau, atau amat suka mendengarkan perkataan-perkataan Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan secara tidak jujur kepada kawan-kawannya tersebut.

WAllahua'alam ....

Sabtu, 3 April 2010

DSAI diancam bunuh kalau dia jadi PM


Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:

"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............". Lagi di sini.

Tidak hairanlah sebab 'ketua'nya memang pembunuh. Kesian Mendiang Altantuya dan keluarga Shaaribu.

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia