Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 27 Januari 2011

tak menipu bukan UMNO


“Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan beliau tidak bercakap benar,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Lagi di sana.

Allah SWT Berfirman :

إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَاذِبُونَ ﴿١٠٥﴾

"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat suka berbohong." (QS An Nahl : 105)

WAllahua'alam ....

Selasa, 25 Januari 2011

Bersalam Cara Chua Soi Lek ....

cara bersalam Chua Soi Lek
cara bersalam seorang pemimpin Islam


Rasulullah SAW pernah bersabda :

عن معقل بن يسار قال : "رسول الله وقال : "إذا كان يحصل على مضروب في الرأس مع واحدة من الأدوات الخاصة بك الخياطة من الحديد لا يزال أفضل له من أن يمس امرأة لا تحل له (في محرامه)." - رواه وفي - طبرني والبيهقي، صحيح

Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

WAllahua'alam ....

Ahad, 23 Januari 2011

isteri calon neraka ....


Malah, Perdana Menteri, yang juga sebagai seorang suami juga seharusnya berperanan untuk menasihati dan mengawal kerakusan isterinya, Rosmah Mansor daripada terus membazirkan wang rakyat dan memalukan imej negara. Tindakan PM yang seolah merestui dan membela setiap tindakan salah isterinya menunjukkan kelemahan dan seterusnya membuka kritikan dan dakwaan bahawa negara ini sedang diperintah seorang Queen Control. Dakwaan seperti ini amat memalukan dan menunjukkan seolah Perdana Menteri sendiri seorang yang dayus dan gagal mendidik isterinya sendiri. Lagi di situ.

Allah SWT Berfirman :

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ ﴿١٠﴾

"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)." (QS At Tahrim: 10)

Allah SWT Berfirman lagi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ ۚ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٤﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS AT Taghaabun : 14)

WAllahua'alam ....

Warna Warni Penamaan Calon DUN Tenang









Bak kata omputeh - pictures tells everythings :)

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (QS Al Hujraat : 13)

WAllahua'alam ....

Khamis, 20 Januari 2011

PRU 13 : tanda-tanda KEBESARAN Allah

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung sejak semalam. Lagi di sana.

Belum pun perang bermula di Tenang, paluan gendang perang telah kedengaran di Merlimau pulak. Tanda-tanda PRU 13 semakin dekat. Inilah bukti kekuasaan Allah SWT menjelaskan kepada kita kebatilan UMNO pasti akan lenyap.

Allah SWT Bertanya ;

مَّا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا ﴿١٣﴾

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?" (QS Nuh : 13)

WAllahua'alam ....

siapa yang mencuri sebenornya ni ?


Dalam afidavit sokongannya sebelum ini, Tharmendran mendakwa penahanan dan penangkapannya pada 25 November lepas adalah tidak berasas, salah dan tidak sah mengikut undang-undang dan berniat jahat. Lagi di sana.

Orang dituduh mencuri pun dah lepas. Habis siapa pulak sebenornya yang mencuri enjin tu? Siapa pulak yang jadi Menteri Pertahanan masa enjin tu hilang ?

Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا ﴿١٠٥﴾

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (kerana menuduh orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat[347]," (QS An Nisaa : 105)

[347]. Ayat ini dan beberapa ayat berikutnya diturunkan berhubungan dengan pencurian yang dilakukan Thu'mah dan ia menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang Yahudi. Thu'mah tidak mengakui perbuatannya itu malah menuduh bahawa yang mencuri barang itu orang Yahudi. Hal ini diajukan oleh kerabat-kerabat Thu'mah kepada Nabi s.a.w. dan mereka meminta agar Nabi membela Thu'mah dan menghukum orang-orang Yahudi, walaupun mereka tahu bahawa yang mencuri barang itu ialah Thu'mah, Nabi sendiri hampir-hampir membenarkan tuduhan Thu'mah dan kerabatnya itu terhadap orang Yahudi.

WAllahua'alam ....

Rabu, 19 Januari 2011

dah letak ke jawatan Pen. DO tu ?

LABIS: Barisan Nasional (BN) sebentar tadi mengumumkan Penolong Pegawai Daerah Rengit, Azhar Ibrahim sebagai calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang yang akan diadakan pada 30 Januari ini. Lagi kat situ.

Kalau Normala Sudirman kena letak jawatan dari proffesion gurunya tapi Azhar Ibrahim dah letak jawatan ke? Kedua-duanya pun kakitangan kerajaan. Patutnya Azhar Ibrahim pun kena letak jawatan. Tak sebut pun BEKAS Penolong Pegawai Daerah Rengit .... Kat sini pun tak sebut kata dah letak jawatan. Kat sini pun sama.

Tapi kalau ikut logiknya, takpayah letak jawatan sebab Kerajaan Firaun ni memang macam gitu.

Allah SWT Berfirman :

.... وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الْمُسْرِفِينَ ﴿٨٣﴾

".... kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di muka bumi dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas." (QS Yunus : 83)

WAllahua'alam ....

Isnin, 17 Januari 2011

05 May 2011 : tarikh PRU 13 ?


Najib tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia ketika di Phnom Penh di perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP). Lagi di situ.

Sudah tiba masanya untuk kita bersiap sedia bagi menghadapi mereka. Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٢٠٠﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya." (QS Ali Imraan : 200)

WAllahua'alam ....

Ahad, 16 Januari 2011

Mampuih UMNO


Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin. Lagi di sinun.

Hehehe ..... cerita kat ataih nu kalau UMNO punya cerita 135 jadi 1350 .... hehehehe. Dah tiba masanya gerombolan UMNgok ni mampuih.

Allah SWT Berfirman :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ ﴿٣٤﴾

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya [537] , tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan." (QS Al A'raaf : 34)

[537]. Maksudnya: tiap-tiap bangsa mempunyai batas waktu kejayaan atau keruntuhan.

WAllahua'alam ....

Sabtu, 15 Januari 2011

Azan : supaya manusia tidak lalai ....


10. Ertinya usaha PAS hari ini ialah menginsafkan ummah, memahamkan non muslim dan menyedarkan mereka akan tanggungjawab beretika dalam negara berbilang bangsa dan agama yang Islam menjadi agama rasminya. Saya yakin dan percaya, tiada insan yang bodoh dan dungu untuk menolak seruan kebaikan, kejayaan , kecemerlangan sebagaimana yang dilaungkan oleh muazzin saban waktu selain ia turut mendisiplinkan manusia dengan dengan masa agar hidup manusia tidak lagha [ lalai ] dan alpa. Lagi di situ.

Allah SWT Berfirman :

.... وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢١٧﴾

" .... Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. " (QS Al Baqarah : 217)

Allah Berfirman lagi :

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً ۖ .... ﴿٨٩﴾

"Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka) ...." (QS An Nisaa : 89)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 14 Januari 2011

kah kah kah kah


"Sekarang pelakon veteran Ummi dibawa kembali dengan cerita yang diketawakan oleh rakyat Malaysia termasuk budak-budak tadika," katanya. Lagi di sana.

Allah SWT Berfirman:

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿٩﴾

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." (QS Al Baqarah : 9)

Ayat ditujukan untuk Najib dan UMNO .... WAllahua'alam ....

Rabu, 12 Januari 2011

Taatlah kepada Kepimpinan Jamaah Islam ....


"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti. Lagi di sana.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

عن أبي نجيح العرباض بن سارية رضي الله عنه قال : وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة وجلت منها القلوب وذرفت منها العيون , فقلنا يل رسول الله كأنها موعظة مودعٍ فأوصنا , قال - أوصيكم بتقوى الله عزوجل , والسمع والطاعة وإن تأمر عليك عبد , فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافاً كثيراً . فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهدين عضوا عليها بالنواجذ , وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة - رواه أبوداود والترمذي وقال : حديث حسن صحيح

Abu Najih, Al ‘Irbad bin Sariyah ra. ia berkata : “Rasulullah telah memberi nasihat kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran”. Kami bertanya ,"Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat" Rasulullah bersabda, "Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (Abd). Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan, kerana itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru kerana sesungguhnya semua bid'ah itu sesat." (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi, Hadits Hasan Shahih)

Rasanya, MB Khalid Ibrahim dan MB TGNA tu nama dema mula dengan Abd .... WAllahua'alam ....

Ahad, 9 Januari 2011

SUK haram ....


Siapa hendak percaya cakap Sidek, Munir dan Khusrin? Bolehkah dipercayai pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik atau dalam erti kata lain, ianya dibuat mengikut pure government procedure? KSN, SUK, IGP, AG, Hakim, Polis semuanya dijadikan 'hamba-hamba' politik Umno-BN... Demi jawatan, pangkat, kesenangan dan kepentingan diri, mereka-mereka yang dibayar gaji oleh rakyat, untuk menjalankan tugas secara adil dan saksama, sudah terjebak menjadi pelacur-pelacur politik yang durjana.... Lagi di situ.

Tu lah dianya bekas orang kuat JAKIM yang sentiasa menghalalkan segala yang HARAM !!!!

Rasulullah SAW bersabda :

سوف يأتي من بعدي الحكام (قادة رئيس) الأمر لك. على النظام الأساسي (المنبر) لأنها توفر توجيهات وتعاليم الحكيم، ولكن عندما نزل المنبر إلى الخداع والسرقة. قلوبهم أكثر من جثة متعفنة

"Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-peminpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 8 Januari 2011

jangan Subuh jam 9 pagi ....


Nasharudin juga berkata, sebagai peyokong dan pendokong parti yang memperjuangkan Islam, jentera parti harus menunjukkan akhlak yang baik sewaktu berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang. Lagi di situ.

Jangan sebab kerana kita Jemaah PAS tewas. Jangan kita terlalu asyik tampal poster sampai lewat pagi hinggakan subuh kita jam 9.00 pagi.

Telusurilah kisah Perjuangan Islam terdahulu, Sultan Muhammad Al Fateh dengan tenteranya, juga Salahuddin Al Ayubi dengan tenteranya. Bagaimana keadaan akhlak mereka ?

Allah SWT Berfirman :

أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُم مِّثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّىٰ هَـٰذَا ۖ قُلْ هُوَ مِنْ عِندِ أَنفُسِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٦٥﴾

"Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri." Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS Ali Imraan : 165)

WAllahua'alam ....

Ahad, 2 Januari 2011

Adam Lambert tu nyanyi Lagu-Lagu Islam ke ????

ni yang Rais Yatim suka ni

Ketika ditemui pemberita di sini Jumaat, ketua kumpulan Wali Band, Sarhan Miftahuddin berkata kumpulan itu bercadang untuk memperluaskan dakwah melalui lagu-lagu bercorak Islam ke seluruh nusantara. Lagi di situ ....

Kerajaan UMNO/BN memang la berhati fasik. Bila kerajaan Islam Kelantan buat konsert je heboh puak-puak gerombolan ni cari kesalahan orang tapi mAklonG nak tanya, siapa yang benarkan Adam Lambert doL Gay buat konsert di Stadium Putra Kuala Lumpur dulu? Berakhlak sangat ke Adam Lambert tu? Dia nyanyi lagu-lagu Islam ke? Mereka seolah-olah seperti membaling batu sembunyi tangan.

Allah SWT Berfirman :

وَمَن يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا ﴿١١٢﴾

"Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian dia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata." (QS An Nisaa : 112)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 1 Januari 2011

Gendang Perang Mula Berbunyi ....


Menurut beliau, walaupun Dun Tenang adalah kubu kuat Umno, ia tidak menjadi satu permasalahan besar kerana berdasarkan kepada senario politik terkini, rakyat inginkan perubahan dari takuk lama. Lagi di sana.

Kunci kemenangan ialah iman, taqwa, jihad, tawakkal dan berjema'ah. Allah SWT Berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا ﴿٧١﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!" (QS An Nisaa : 71)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia