Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 31 Julai 2009

Al Fatihah ....

Pepagi sat ni tadi talipon tangan mAklonG sms bunyi: -

Al Fatehah, adik ust misbah dah meninggal dunia jam 4 pg tadi. Jenazah akan dibawa ke sg tiang darat, kebumi pg ini jg.

Selang beberapa minit, bebunyi lagi:-

ADUN Pas Pmtg, P.Pinang, YB Hj. Hamdan telah kembali ke Rahmatullah pg pagi ini di IJN. Maklumat terkini jenazah masih lagi di IJN.

Semalam lagi mAklong dah dapat sms berita mengatakan adik perempuan SETPOL MB. Ir. Hj Nizar Jamaluddin, Ustaz Misbahul Munir Masduki telah terlantar tenat di Ipoh Specialist Hospital kerana sakit paru paru.

Dengan berita pemergian ADUN di Permatang Pasir, kita bakal menempuh PRK lagi nampaknya. Bersiap sedialah kita bagi menggerakkan UPU dan MTD. Begitulah kehidupan jiwa manusia yang kerdil dan rapuh. Bila-bila pun boleh dipanggil pulang. Allah lebih menyayangi mereka berdua. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.

Firman Allah dalam Surah Al Anbiya Ayat 35 yang bermaksud; AuzubILLAHi minas syaitonirrojim."Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." ShodqAllahul'Azim.

WAllahua'alam ....

Khamis, 30 Julai 2009

BERSEDIALAH DARI SEGI ROHANI DAN JASMANI


Ketua Penerangan Pas PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyeru kepada para peserta yang akan menyertai Perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos ini agar bersedia dari segi mental dan fizikal, rohani jasmani. Dirikan solat hajat secara berjema'ah dan Qiamullail pada malam ini dan hari-hari berikutnya, bermunajat, membaca Yaasin mohon pertolongan dan perlindungan Allah SWT. InsyaAllah ....

Beberapa panduan penting yang telah disediakan oleh sekretariat GMI, mesti dibaca dan difahami bagi setiap perserta, sila klik sini.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Jumu'ah Ayat 10 yang bermaksud ....
A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. ".... dan ingatlah (sebutlah Nama) Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung (beroleh kemenangan)." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Selesaikan Hutang Hutang Tertunggak Anda Sebelum Anda .....



mAklonG bukannya apa bila tengokkan gambar-gambar ni teringat filem-filem arwah P.Ramlee dalam dialog-dialog salah satu darinya dalam filem Ali Baba Bujang Lapok .... "Aku mati dalam imaaann.." .... Juga dalam filem Do Re Mi ..."hutang sulah silisey muka ata sunyum..." ....

Mati dalam keimanan.... itulah hakikatnya. Apabila hutang hutang yang berupa kesalahan dan dosa terhadap manusia sudah selesai. Hutang harta dan budi bicara selesai dan redha meredhai maka lepaslah ia dari azab akhiratnya. Begitu juga dengan hutang terhadap Allah Al Khaliq yang menciptakan kita. Apabila selesainya segala perintah kewajipan dan suruhanNya yang pernah ditinggalkannya berjaya seorang hamba itu menyelesaikan dan diqadhakannya maka matinya atau kembalinya pada Allah SWT dalam keadaan husnul khatimah, pengakhiran yang baik, mati dalam keadaan Allah SWT Redha kepadanya dan hamba si mati itu pun redha terhadap Penciptanya. Lalu kembalilah ia dengan penuh kegembiraan dan senyuman. Inilah yang cuba diinterpretasikan oleh gambar gambar di atas.

Ini bertepatan dengan Firman Allah dalam Ayat 27 hingga 30 Surah Al Fajr yang bermaksud:-
A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jema'ah hamba-hamba-Ku (kumpulan yang memperjuangkan Islam sebagai dasar) , masuklah ke dalam syurga-Ku." ShodaqALLAhul'Azim ....

Rasulullah SAW juga pernah bersabda ....

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ruh orang mati itu tergantung dengan hutangnya sampai hutang itu diselesaikan untuknya." Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadis hasan menurut Tirmidzi.

WAllahua'alam ....

Rabu, 29 Julai 2009

YB Jual Durian .... Hehehehehe


KUALA KUBU BHARU-Salah seorang dari Adun Adun yang digantung selama enam bulan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim telah sangap dan putus wang perbelanjaan sebab elaunnya turut digantung sama. Kesiannyaaaaa. Beliau terpaksa menjual durian sejak seminggu lalu. Klik sini untuk berita lanjut. Bukan apa mAklonG teringat cerita lakonan Dato Jamali Shadat dengan Hamid Ghurka je. Filem "Yang Berhormat" yang pengabihnya, YB yang pencen tu terpaksa balik kampung bercucuk tanam. Kesiannnn.... Nak salahkan sapa? nak salahkan takdir? Jaaannnggaannn, tapi salahkanlah diri sendiri yang melakukan dosa dan kejahatan. Sebuah Hadis Nabi S.A.W mengingatkan kita :-

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memegang kedua bahuku dan bersabda: "Hiduplah di dunia ini seakan-akan engkau orang asing atau orang yang sedang bermusafir." Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Jika engkau memasuki waktu petang, maka janganlah menunggu pagi; dan jika engkau memasuki waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang; ambillah kesempatan dari masa mudamu untuk masa tuamu; masa lapangmu untuk masa sempitmu; masa sihatmu untuk masa sakitmu dan dari masa hidupmu untuk matimu." HR Muttafaqun 'alaih.

WAllahua'alam ....

KUMPULKAN SEMUA RAKYAT JELATA PERAK KE PERHIMPUNAN INI !!!!




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Bagi sesiapa yang tinggal dalam Kawasan Ipoh Timur yang berniat kerana Allah, yang cintakan demokrasi, yang bencikan rampasan kuasa yang dilakukan oleh kerajaan haram UMNO/BN di Negeri Perak dan yang berminat untuk menyertai Himpunan ini sila hubungi Abdul Halim bin Maruai di talian 0193607963. Pengangkutan dan t-shirt hitam sempena perhimpunan ini akan disediakan secara PERCUMA !!!!

Mari kita hayati dan renungkan maksud Firman ALLAH S.W.T ini, pada Ayat 38 Surah At Taubah :-

A'uzubillahi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam .....

Ahad, 26 Julai 2009

KATA PERIUK BELANGA HITAM





Kepada Dato Seri Mufti Harussani Zakaria, dengan hormatnya tolong baca :-

LAKNAT ALLAH TERHADAP ULAMA YANG MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN.


Surah Al Baqarah Ayat 159. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim.
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas)
dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia
dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula)
oleh semua (mahluk) yang dapat melaknati,
" ShodaqALLAHul'Azim.

Asbabun nuzul

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Mu'adz bin Jabal, Sa'd bin Mu'adz
dan Kharijah bin Zaid bertanya kepada segolongan Paderi Yahudi tentang
beberapa hal yang terdapat di dalam Taurat. Para Paderi menyembunyikan
hal tersebut dan enggan untuk memberitahukannya. Maka Allah menurunkan
ayat tersebut di atas (S. 2: 159) yang melaknat keadaan mereka
(paderi-paderi).
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim dari Sa'id atau
'Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Surah Al Baqarah Ayat 174. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim.
"
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan
harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan
(tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api
[109], dan
Allah tidak akan berbicara
[110] kepada mereka pada hari kiamat
dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih
."
ShodaqALLAHul'Azim.

[109]. Maksudnya ialah makanan yang dimakannya yang berasal
dari hasil menyembunyikan kebenaran ayat-ayat yang diturunkan
Allah, menyebabkan mereka masuk api neraka.

[110]. Maksudnya: Allah tidak berbicara kepada mereka dengan
kasih sayang, tetapi berbicara dengan kata-kata yang tidak
menyenangkan.

Asbabun nuzul

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa firman Allah
tersebut di atas (S. 2: 174 dan S. 3: 77) diturunkan tentang
(kebiasaan) kaum Yahudi (yang menyimpang dari ajaran yang sebenarnya).
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari 'Ikrimah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa turunnya ayat ini (S. 2: 174)
dalam peristiwa berikut: Pemimpin dan ulama kaum Yahudi biasa
mendapat persembahan dan sanjungan rakyat bawahannya.
Mereka mengharap agar Nabi yang akan diutus itu diangkat dari
kalangan mereka. Ketika Nabi Muhammad SAW diutus bukan dari
kalangan Yahudi, mereka takut kehilangan sumber keuntungan,
kedudukan dan pengaruh. Mereka ubah sifat-sifat Muhammad
yang di kitab Taurat, dan mengumumkan kepada para pengikutnya
dengan berkata. "Inilah sifat Nabi yang akan keluar di akhir zaman
dan tidak sama dengan sifat Muhammad ini."
(Diriwayatkan oleh at-Tsa'labi dari al-Kalbi, dari Abi Shaleh
yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Khamis, 23 Julai 2009

Hukum Pegang Lilin ....


Oleh Ustaz Bakistani

Berita kematian seorang setiuasaha politik kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang berbangsa cina telah tersebar. Bagi menuntut keadilan terhadap kematian tersebut, ramai sahabat-sahabat yang berbangsa Cina memasang lilin, lebih lebih lagi dari kalangan teman teman DAP sebagai satu symbol protes terhadap kezaliman pembunuhan terhadap Saudara Teoh Beng Hock.

Isu pasang lilin ini tidak menjadi hebat, melainkan apabila didapati Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut sama memegang lilin. Ramai mendakwa, tindakan itu bercanggah dengan islam, dan dikatakan bisa melahirkan kerosakan pada akidah sebagaimana yang diperbesar besar dalam media utama UMNO/BN, juga turut digembar gemburkan oleh Menteri Besar haram Perak, DatukSeri Dr. Zambry Abdul Kadir. Untuk berita lebih lanjut, sila baca sini. Sekutu Zambry, Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria juga turut menyelar tindakan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menyalahi hukum dan melanggar akidah. Klik kat sini.

ADAT ATAU IBADAT?

Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes dan ianya tidak ada kena mengena dengan ibadat mereka.

Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.

Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, walaupun mereka bukan dari golongan yang berkuasa.

Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama budha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.

Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Jadi adakah memasang pelita di 10 hari terakhir bulan ramadhan ini salah?

ADAT ADALAH HARUS

Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya.

Kaedah fiqh menyebut;

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus”

Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

Maksudnya;
”Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi”

(Surah Al-Baqarah : 25)

Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.

Sekian

Baca sama;

1- nizar pegang lilin : kenyataan media ADUN Titi Serong. (cina islam)
2- Sertai perhimpunan nyalaan lilin tidak salah – Timb Mufti kedah (Cina Islam)

Wallahua'alam ....

AMALAN AMALAN SEPANJANG BULAN SYAABAN


Syaaban datang lagi .... Ahlan wa sahlan wa marhabam biki ....

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad S.A.W. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya:

''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Bait al-Maqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar."

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah S.A.W. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya:

AuzubILLAHi minas syaitonirrojim."Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." ShodaqALLAHul'Azim ....

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah S.A.W yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah S.A.W sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah S.W.T. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya di Surah Al Baqarah juga di Ayat 144 yang bermaksud:

AuzubILLAHi minas syaitonirrojim."Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah tidak sekali-kali lupa akan apa yang mereka lakukan." ShodaqALLAHul'Azim ....

Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad S.A.W.

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

Berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : "..... Aku tidak melihat Rasulullah S.A.W. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban".

Banyak melakukan amalan takwa dan taat. Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah S.W.T. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya".

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Syaaban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

Memohon restu kehadrat Allah S.W.T. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Memohon restu kehadrat Allah S.W.T. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan. Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak akan kembali lagi.

Allah Berfirman lagi dalam Surah As Syura pada Ayat 20 yang bermaksud:

AuzubILLAHi minas syaitonirrojim.“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” ShodaqALLAHul'Azim ....

WAllahua'alam ....

Ahad, 19 Julai 2009

Sudah Tiba Masanya Memilih Jalan Yang Lurus


Tahniah kepada Datuk Chua Jui Ming kerana memilih jalan keadilan dengan meninggalkan jalan yang batil dan zalim. Untuk berita lebih lanjut, sila klik kat sini. Ini adalah hijrah. Penghijrahan dari kebatilan kepada kebenaran. Hijrah merupakan saranan Allah SWT dan Rasul Nya ....

Allah Berfirman dalam Surah Al Baqarah Ayat 218 yang bermaksud:

A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ShodaqALLAHul'Azim ....

Juga dalam sebuah Hadis yang bermaksud:

Abdullah bin Umar r.a. mengatakan bahwa Nabi saw bersabda, "Orang Islam itu adalah orang yang orang-orang Islam lainnya selamat dari lidah dan tangannya; dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah." HR Bukhari.

Walaupun Datuk Chua belum lagi Islam namun sebenarnya beliau telah memilih jalan ke arah itu. Insya Allah .....

WAllahua'alam ....

Ahad, 12 Julai 2009

Bagi balik PM itu kat aku - Che Det


Kalau dulu zaman Pak Lah, orang tua ganyut lagi nyanyuk Tun Che Det mengkritik cara Pak Lah memerintah. Kali ni dah masuk UMNO balik pun, Najib pulak terima nasib yang sama. Ini berikutan genap 100 hari pemerintahan Najib yang Che Det mendakwa banyak yang negatif dari yang positif. Salah satunya tentang pemansuhan PPSMI la ni. Che Det memang tak puas hati tentang perkara ini. Sebab PPSMI ni dia yang mula dulu buat. Alih alih kena mansuh pulak. Mana tak barua kompeni british ni marah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut klik kat sini. Orang tua nyayuk ni punyalah berkeras nak mempertahankan PPSMI. pAklonG hairan la. Suka sangat membudayakan bangsa kafir penjajah ni sebagai idola. Na'uzubILLAH. Allah S.W.T telah memberi amaran pada orang beriman, jangan ikut cara kafir. Firman Nya dalam Surah Al 'Imran Ayat 149 yang bermaksud:

A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati (mengikuti) orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi". ShodaqALLAHul'Azim.

Masalahnya satu je orang tua ganyut ni jahil tentang Islam, tak sedar lagi bodoh yang Sains dan Matematik tu datang dari Islam. Ni lah masalahnya kalau taknak kembali pada Islam. Cuba korang kaji contoh perkataan formula Algebra tu sendiri dah bunyi bahasa arab. Dah tentunya Islam yang memulakannya.

Najib UMNO/BN sudah terdesak lalu puak puak ni terpaksa mansuhkan, takut takut Government In Waiting terus dapat memerintah. Jadi terpaksalah deme mansuhkan. Apa lagi melenting la orang tua tu. Kalaulah mAklonG jadi Najib suruh je Tengku Ahmad Rithaudeen pecat je keahlian UMNO tu pada dia, macam raja katak Ibrahim Ali tu.

WAllahua'alam ....

Rabu, 8 Julai 2009

Mana datang duit beli rumah besar ni, pi joli kat Disneyland.... Duit rakyat Selangor ????


Shah Alam - Nak kata menyanyi macam arwah Mikaeel Jackson, tidaaakkk.... tapi boleh buat rumah sebesar rumah arwah Mikaeel. Tapi rasanya tabiat pemilik rumah ni macam Firaun la kot, Firaun tak menyanyi macam Mikaeel Jackson tapi rumah dia besar macam ni laaaa. Sebelum Firaun MATI dia adalah Penguasa dan Raja. Curi , rampas harta rakyat. Lepas dia MATI rumah besar tinggalan dia pun sampai la ni dok ada lagi. Beza dengan pemilik rumah ni, dia belum MATI lagi tapi masalahnya dia lupa, arwah Datuk Zek (Zakaria Deros Pandamaran), rakan semejanya pun MATI terkejut dan meninggalkan istananya, pemilik rumah ni lupa dia pun akan MATI macam bekas ADUN tu. Datuk Zek dan Firaun sama, dua dua dah MATI ..... yang samanya mungkin dia sama macam ToyoL, makhluk halus yang suka mencuri harta orang pas tu buat rumah dan joli kat Disneyland hahahahaa ....

Tak kisahlaaa tang mana datangnya duit tu tapi yang penting kena ingat, ToyoL ke manusia ke .... semua pun akan MATI .... patut patutnya kena fikir - "Aku dah prepare ke untuk rumah aku kat bawah tanah ni, esok?"

Allah Berfirman dalam Surah Al Mukminun dalam Ayat 99 hingga 1oo yang bermaksud:

AuzubILLAHi minas syaitonirrojim.
"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia)[1021],
agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan[1022]." ShodALLAHul'Azim ....

[1021]. Maksudnya: orang-orang kafir di waktu menghadapi sakratul maut, minta supaya diperpanjang umur mereka, agar mereka dapat beriman.
[1022]. Maksudnya: mereka sekarang telah menghadapi suatu kehidupan baru, yaitu kehidupan dalam kubur, yang membatasi antara dunia dan akhirat.

WAllahua'alam ....

Ahad, 5 Julai 2009

UMNO pengecut ...


Sudah menjadi tabi'ei yang berbuat salah .... sudah tentunya dia takut .... Najib Tun Razak enggan tampil untuk menyahut cabaran debat dari Mursyidul Am TGNA kerana ketakutan ....
Perkara debat ni sudah lama dipraktikkan seperti perdebatan antara Nabi Ibrahim A.S dengan Namrud, seorang raja Babilonia yang zalim yang menganggap dirinya sebagai tuhan dan akhirnya Namrud kalah dalam perdebatan itu .... Allah SWT merakamkan kisah tersebut dalam Surah Al Baqarah Ayat 258 ....

A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim."Apakah kamu tidak memperhatikan orang [163] (Namrud) yang berdebat dengan Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan [164]." Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu terdiamlah (tercenganglah) orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." ShodaqALLAHul'Azim ....

[163]. Yaitu Namrud dari Babilonia.

[164]. Maksudnya raja Namrud dengan menghidupkan ialah membiarkan hidup, dan yang dimaksudkan dengan mematikan ialah membunuh. Perkataan Namrud itu dengan tujuan untuk mengejek Nabi Ibrahim a.s.


WAllahua'alam ....

Sabtu, 4 Julai 2009

Kempen...kempen..Jangan Tak Kempen....

Pilihanraya kecil datang lagi...Kali ini kat Manik Urai atau nama glamernya MU..Kalau sebelum ni kat Bukit Gantang, maka bergantang2laa janji dan projek yang ditabur. Kali ini pulak terburai2 ler projek akan sampai..

Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai Maklong ada dapat beberapa keping gambar yang menunjukkan BN sudah mengatur strategi untuk memenangi perang kali ini..Walaupun gendang kempen belum bermula,tapi nampaknya usaha2 memenangi hati rakyat telah berurai urai ke sana.

Nampaknya hamper-hamper dan toto- toto mula berjalan dari rumah ke rumah.hehehe. Ambik jer pokcik mokcik..walaupun kat rumah dah ada tilam vono lagi.hehehe.

Pemimpin berjiwa rakyat.hehehe.Hai mokcik2 tau ker sapa sebelah mokcik tu..Menteri tu....jangan mintak repair rumah, kalau pandai ayat, mintak rumah baru pun boleh...mintak..mintak..jangan tak mintak...Undi rahsia..opppps!!!hehehe

Jumaat, 3 Julai 2009

Majlis Meraikan MGP Kawasan Ipoh Timur.





IPOH - Malam tadi Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur telah meraikan Hari Guru di Restoran Eksklusif Laksmana Cheng Ho, Jln Sultan Abdul Jalil. Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Pemuda Saudara Salman Saleh, Pengerusi PASTI Kawasan saudara Syazwan, Naib Ketua Pemuda saudara Syahril, juga pAklonG selaku pengurus PASTI Raudhatul Ilmi Cawangan Temiang. Seramai 4 guru Pasti Kawasan diraikan pada malam tadi. Yang menariknya pada bilik sebelah kami makan malam tadi, Menteri Besar Haram kita tu, mamak kicap Zambry Kader turut sama ada dinner dengan geng geng jahatnya. Pesanan mAklonG kepada guru guru Pasti Kawasan mAklonG .... teruskan perjuangan !!!!

Nabi SAW bersabda: " Puncak persoalan adalah Islam. Barangsiapa pasrah diri (masuk Islam) maka dia selamat. Tiangnya Islam adalah shalat dan atapnya adalah jihad (perjuangan). Yang dapat mencapainya hanya orang yang paling utama di antara mereka." (HR. Ath-Thabrani)

WAllahua'alam ....

Rabu, 1 Julai 2009

Siri 1:Panduan buat walid,umi dan bakal2 walid dan umi

Tips Dr Fadzillah K amsah


Kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai anak. Maklong rasa panduan ini eloklah dikongsi bersama.Bukan apa...sebagai persediaan di masa yang akan datang..Buat mereka yang sudah mempunya cahayamata macam walid dan umi sufina,elokla dijadikan panduan.Kita jangan lihat siapa yang menyampaikannya tetapi lihat apa yang hendak disampaikannya..Betul tak? Bagi diri maklong dan paklong,walaupun belum ada cahayamata,cuma ada anak mata jer..panduan ini jugak dapat digunakan untuk kami pada masa-masa akan datang..



APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...



Wallahua'lam






Bersambung ke siri 2




BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia