Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 31 Ogos 2009

UMNO : Erti Sebuah Kemerdekaan ....



SIMPANG RENGGAM: “Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu. Berita lagi di sini.

Inilah erti kemerdekaan 1Malaysia UMNO. Rakyat didungukan, poket sendiri diutamakan. Yang malangnya keluarga fakir ini hidup di negeri kelahiran UMNO. Ini bukan MERDEKA tapi Amerika atau Mau Duit Kah ???? Sepatutnya, kalau dah 52 tahun merdeka, tidak ada lagi rakyat Malaysia yang papa kedana macam ni. Ini penjajahan namanya. Erti kemerdekaan bagi UMNO/BN ialah yang kroni kaya-kaya terus kaya raya, rakyat yang miskin yang tak sokong BN, biar terus mampus miskin. Sebabnya kepimpinan negara kita mengikut acuan israel yahudi, beginilah jadinya.

mAklonG teringat sejarah kepimpinan Islam yang hebat. Biar mAklonG ceritakan satu kisah ringkas, yang harapan mAklonG dapat menyedarkan puak-puak pemimpin UMNO / BN ni.

Khalifah Saidina Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap rakyatnya yang miskin di ketika beliau menjadi khalifah (PM, Wakil Rakyat). Beliau sering meninjau-ninjau keadaan rakyatnya diwaktu malam.

Pada suatu malam beliau bersama pembantunya melalui jalan-jalan sebuah kampung yang berada di bawah pentadbiran beliau. Tiba-tiba beliau terdengar tangisan kanak-kanak yang menangis kerana kelaparan di sebuah rumah, lalu terdengarlah beliau akan kata-kata ibunya: "Tunggu sekejap nak, emak tengah masak ni. Tunggu sekejap ye." Dalam kesuraman malam, Saidina Umar meminta izin untuk masuk ke rumah itu, lalu bertanya khabar kepada wanita tua yang juga ibu kepada anak yang sedang menangis tadi. "Apakah yang ibu sedang masakkan?". "Aku cuba untuk merebus batu ini agar menjadi lembut untukku berikan kepada anakku yang sedang lapar ini."

Dalam kesuraman malam itu, ibu tua itu menceritakan tentang kepimpinan Khalifah di bawah pentadbiran tempat tinggalnya yang tidak perihatin tentang rakyatnya yang miskin yang mana wanita itu tidak kenal siapakah dia Umar Al-Khattab yang sebenarnya. "Inilah aku." bisik hati Saidina Umar sambil menitiskan airmatanya kerana merasa berdosa terhadap perilakunya selama ini kerana beliau tidak tahu ada rakyatnya yang sebegini miskin dalam negerinya.

Pada keesokan harinya, Saidina Umar pergi ke Baitul Mal dan kembali ke rumah wanita tua itu dengan membawa beberapa guni gandum dan perbelajaan untuk menampung keluarga miskin itu sambil berkata: "Aku lah Umar, Khalifah yang engkau maksudkan semalam."

Persoalannya adakah pemimpin kita yang macam ini ???? Allah Berfirman dalam Surah Al Ahzab pada Ayat 72. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, " ShodaqALLAHul'Azim.

[1233]. Yang dimaksud dengan amanah di sini ialah tugas-tugas keagamaan dan kepimpinan.

WAllahua'alam ....

Ahad, 30 Ogos 2009

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh?


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya. Berita lanjut di sini.

Mudah-mudahan mesyuarat ahli jawatankuasa SPR akan memutuskan bahawa Kota Seputeh akan diadakan pilihanraya kecil pada masa terdekat ini. Dengan adanya pilihanraya di N.3 Kota Seputeh, Pakatan Rakyat dapat merampas DUN tersebut dari UMNO/BN, insya Allah. Namun Muhyiddin Yassin tidak mahu diadakan pilihanraya di situ. Berita di sini.
Bersiap sedialah kita sebagai pendokong Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRK ini.

Allah Berfirman dalam Surah Al Anfaal pada Ayat 60 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). " ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

IKAN NAJIBUL JALAK





Oleh ANAK MAMI


Inilah yang dinamakan IKAN NAJIBUL JALAK. Spesis ini banyak terdapat di Sungai Pahang terutama lubuk disekitar Pekan. Mudah biak, sekarang terdapat di beberapa tasik diPutrajaya. Ikan ini sangat minat makan katak. katak seumpama KATAK JAILU,KATAK BREM,KATAK RAZHI dan beberapa spises katak yg terdapat diutara Malaysia.

IKAN NAJIBUL JALAK. bukan lah makan kail , tapi makan rasuah, kalau nak tengok spesis ikan ini, digalakkan anda menaiki kapal selam scorpion, memang ikan ini cukup tahan lasak, hidup dibumi dan laut , padang pasir, alur pun tiada jadi maslah. kalau hendak bunuh dia, digalak gunakan C4 untuk meletup mati.

Apa yang aneh ikan IKAN NAJIBUL JALAK memang mempunyai geng gengnya seperti ikan SPR, ikan SPRM, ikan PDRM , ikan MEDIA PRIMA, ikan RTM, ikan AG,...

UMNO : nak lepaskan tekak sendiri je


Kuala Lumpur - MCA diminta menyelesaikan segera masalah dalaman mereka agar tidak menjejaskan Barisan Nasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas apapun tindakan MCA perlu mengambil kira kepentingan BN.Berita lagi di sini.

Inilah konsep 1 Malaysia. Rakyat didungukan, poket sendiri diutamakan. Perangai orang spesis nak lepas tekak sendiri jer. Kawan satu rumah dengan dia yang selalu membantunya, bila kawan tu dalam kesusahan, kehausan - pi mampus la hang .... Jenis orang apa ni. Orang utan pun tak macam ni. Senang sama-sama, bila susah mampus lah engkau.

Ini lah UMNO. Dah tau MCA tu Parti komponen BN, bantulah apa yang patut. Betul-betul perkauman la parti bodoh ni. Memang patut satu masa dulu masa musim kempen pilihanraya umum ke12 dulu, mAklonG teringat, terkejut dengan satu kenyataan kawan cina mAklong mengatakan, ada banner salah satu dari parti Pakatan Rakyat (tak perlulah maAklonG ceritakan parti apa, demi untuk menjaga perpaduan Pakatan rakyat) yang bertulis "MCA ialah anjing peliharaan UMNO". Memang tak salah kenyataan tu. Sekarang ini buktinya.

Firman Allah dalam Surah Al A'raaf pada Ayat 176 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "....tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

siapa yang ajar UMNO jadi kurang ajar kalau bukan pemimipin mereka


JITRA, 29 Ogos (Bernama) -- Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir kesal dengan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang turut menggunakan kepala lembu sebagai membantah cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 21 Shah Alam. Untuk berita lebih lanjut di sini.

Tak payah la nak jadi munafik, Mukhriz oiii.... Hang pun tau pendemo tu sapa. Puak-puak hang jugak. Dah baling batu sembunyi tangan. Kesal konon. Orang dah tau la sapa yang baling batu tu. Tak payah nak sorok tangan hang tu.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al An'aam pada Ayat 112 Yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." ShodaqALLAHul'Azim.

[499]. Maksudnya syaitan-syaitan jenis jin dan manusia berupaya menipu manusia agar tidak beriman kepada Nabi.

Teringat kata-kata hukamak yang menyebut: "An nas 'ala dini mulukihim." bermaksud "Manusia itu akan mengikuti cara hidup pemimpin mereka". Kalau dah pemimpin UMNO tu bangsa jahat dah tentu penyokongnya pun turut sama, bangsa jahat.

WAllahua'alam ....

Sabtu, 29 Ogos 2009

UMNO yang lembu





Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22". Berita selanjutnya di sini.

Siapa lagi puak-puak ni kalau bukan UMNO gila meroyan. Memang depa ni juara pencetus kontroversi.
Sebelum ni dema cari pasal di depan Pejabat DAP, Medan Ipoh Raya, Ipoh. Kali ni di SUK Selangor. Orang-orang macam spesis binatang ni lah yang akan mengulangkan kembali peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Yang hairannya selama ini atau sebelum Pakatan Rakyat memerintah, siapa yang dok biarkan India bina kuil ? UMNO/BN jugaaakkkk. Isshhh bodoh tahap LEMBU betul la puak-puak ni. Memang benar UMNO parti perkauman / racist melampau. Mula-mula cari pasal dengan cina, kali ni dengan india pulak. Lama-lama kepala dema ni hilang kena cantas. Batu api, cari punca gaduh, tukang bakar. Itulah UMNO. Macam syaitan.

Allah BerFirman dalam Surah Al Israak pada Ayat yang ke 53 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." ShodaqALLAHul'Azim.

Islam melarang kita menghina agama lain. Malah kita digalakkan untuk berdakwah tentang Islam terhadap mereka dan sepatutnya menerangkan kepada mereka tentang keindahan Islam. Bukan cara macam ni. Ini perangai dan tindakan orang jahil dan bodoh.

Allah mengingatkan kita supaya JANGAN menghina agama lain. Allah Berfirman dalam Surah Al Kafiruun bermula Ayat 1 hingga akhir yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku lah, agamaku."ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

BUBARKAN SAJA ....


PETALING JAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Kurang 24 jam selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada MCA, usaha sedang dilakukan untuk mendesak supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan. Berita lanjut di sini.

Pendapat mAklonG, bubarkan saja MCA ni. Dah tak boleh diselamatkan lagi. Tak perlu susah-susah buat mesyuarat lagi. Masuk Pakatan Rakyat beramai-ramai. Habis cerita.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Hashyr pada Ayat 14 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim" .... permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sebenarnya hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Jumaat, 28 Ogos 2009

MENTERI BODOH APA NI ????


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri. Baca lagi di sini.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." - HR. Ath-Thabrani

WAllahu'alam ....

mangsa seperti Teoh terjadi lagi ????

KUALA KANGSAR, 27 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati dipercayai akibat terjun dari bangunan tiga tingkat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghafar Mohamad berkata, mangsa dikenali sebagai Kwek Lee May berasal dari Taman Chandan Puteri di sini ditemui mati dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan pada pukul 8 pagi. Berita ada lagi di sini.

Fitnah atau pun bala satu demi satu, insya Allah akan terkena pada mana-mana Institusi Kerajaan yang menyokong dan meredhai kezaliman dan kejahatan Kerajaan Taghut UMNO / BN. Bermula kes TBH hinggalah yang ini , Kwek Lee May. Dari SPRM dan yang ini PDRM. Kesnya sama mati jatuh bangunan.

Allah S.W.T Mengingatkan kita dalam Surah Hud pada Ayat 113. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim [740] yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." ShodaqALLAHul'Azim.

[740]. Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya bersekongkol, bekerjasama, menolong, mengundi, memilih, menyokong dan meredhai perbuatan mereka.

WAllahua'alam ....

Khamis, 27 Ogos 2009

orang-orang yang patut disebat

cover muka le tu jangan bagi orang kenal konon
tengah mabuk le tu
ada ke orang minum teh laga-laga gelas macam ni ?

Ini lah antara orang-orang yang patut disebat 80 rotan sekiranya hukuman sebat terhadap peminum arak dijadikan hukuman precedent case.

Ayat-Ayat Allah S.W.T tentang larangan meminum arak dalam Surah Baqarah pada Ayat 219. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar [136] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, " ShodaqALLAHul'Azim.

[136]. Segala minuman yang memabukkan.

Lagi dalam Surah Al Maa-idah pada Ayat 90 hingga 91. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). " ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Padan Muka Kau, Katak ....


ALOR SETAR, 26 Ogos (Bernama) -- Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa. Untuk berita lanjut di sini.

mAklonG nak mengucapkan padan muka kepada Mohd Radzhi Salleh yang baru baru ini melompat dari PKR seterusnya murtad dari Pakatan Rakyat dan menjadi Bebas yang menyokong Najib. Namun jawatan exconya selama ini yang dipegangnya enggan pula dilepaskannya. Tak ke celaka namanya tu. Namun Ustaz Azizan Abd Razak telah menduganya dan telah pun membuat persiapan rapi bagi menangani tindakan 'katak' bodoh ini.

Bagi mAklonG tak ada untungnya. Lagi rugi ada. Rugi tu di dunia akhirat, rugi bekerjasama dengan puak-puak celaka UMNO ni kerana mereka mengamalkan sistem perundangan dan menjadikan kuffar yahudi, kristian sebagai dasar cara hidup dan perlembagaan. Kerana dasar itu Allah Tidak akan terima sama sekali. Rugi, rugi dan rugi ....

Allah Berfirman dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 85. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama atau pun cara hidup itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." ShodaqALLAHul'Azim.

Allah telah memberi amaran dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 149. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. " ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Rabu, 26 Ogos 2009

Islam Itu Tinggi Tiada Yang Lebih Tinggi Dari Nya


Alhamdulillah, Syukur ... PAS memenangi DUN N11 Permatang Pasir dengan majoriti 4551 undi.Walaupun majoriti undi PAS menurun, namun perjuangan PAS selama ini adalah perjuangan yang diredhai Allah S.W.T. Sebagaimana peperangan yang dilalui oleh Nabi S.A.W yang berlangsung pada bulan Ramadhan. Antaranya Badar Al Kubra.

Allah Berfirman dalam Surah Ali Imraan mengenai peristiwa Badar Al Kubra pada Ayat 127. AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "(Allah menolong kamu dalam perang Badar dan memberi bala bantuan itu) untuk membinasakan segolongan orang-orang yang kafir[226], atau untuk menjadikan mereka hina, lalu mereka kembali dengan tiada memperoleh apa-apa. " ShodaqALLAHul'Azim.

[226]. Yakni dengan terbunuhnya tujuh puluh pemimpin mereka (musyrikin) dan tertawannya tujuh puluh orang lainnya.

WAllahua'alam ....

UMNO bencikan hukum hudud dan ta'zir

UPDATE !!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Penjahannam Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.

Bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita 2009, beliau berkata, penangguhan hukuman itu bersesuaian bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mengelak persepsi negatif dunia terhadap negara ini. Berita lanjut di sini.

Sebenarnya apa yang diinginkan oleh Kartika ialah, beliau ingin diadili dengan cara hukuman syari'ah sebenar iaitu hudud dan ta'zir. Beliau merasakan terpanggil oleh Allah S.W.T supaya hukuman sebatan yang dijalankan secara khalayak wajib dikenakan keatasnya sebagaimana yang disyari'atkan dalam Islam.

Namun keadaan menjadi sebaliknya, apabila sebut dan jalan hukum itu diserahkan kepada kepimpinan taghut UMNO al musyrikin. Ada saja puak celaka ni berdolak-dalik dan cuba menghalang sekeras-kerasnya jika hukum hudud cuba untuk dijalankan dengan cara ditangguhkan hukuman itu. Sampai bila nak ditangguhkan ? Sampai kes tutup? Memang celaka puak-puak UMNO ni.

Begitulah keadaan UMNO yang telah memisahkan keadaan politik dengan agama dulu, kini dan selamanya sedangkan menjalankan perundangan Al Quran dan hukum-hukum Allah adalah WAJIB, sebagaimana yang Allah Perintahkan dalam Surah Al Maa-idah pada Ayat 44, 45 dan 47 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim...

44. "....Barangsiapa yang tidak menghukumkan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. "

45. "....Barangsiapa tidak menghukumkan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. "

47. "....Barangsiapa tidak menghukumkan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik[420]. "

ShodaqALLAHul'Azim.

[420]. Orang yang tidak menghukumkan perkara menurut hukum Allah, ada tiga macam:
a. kerana benci dan ingkarnya kepada hukum Allah, orang yang semacam ini kafir (surah Al Maa-idah ayat 44).
b. kerana menurut hawa nafsu dan merugikan orang lain dinamakan zalim (surah Al Maa-idah ayat 45).
c. kerana fasik sebagaimana ditunjuk oleh ayat 47 surah Al Maa-idah ini.

Apabila Tuan Guru Nik Aziz kata UMNO tak masuk syurga depa marah. Habis tu, takkan lah orang kafir, zalim dan fasik yang tersebut dalam Ayat 44, 45 dan 47 Surah Al Maa-idah yang telah termaktub dalam Al Quran itu, akan masuk syurga ????

WAllahua'alam ....

UMNO bimbang akan kalah dan dipermalukan


SEBERANG JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ramai rakyat bimbang dengan senario politik tanahair berikutan permainan politik pembangkang yang tidak menguntungkan negara. Berita lanjut di sini.

Sebenarnya bukan rakyat yang bimbang. UMNO sebenarnya yang bimbang dengan senario kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh UMNO/BN setakat ini. Insya Allah, kemenangan kebenaran mengatasi kezaliman. Allahu akbar !!!!

Jika kita menerima kekalahan anggaplah ianya sebagai ujian dan muhasabah untuk kita. Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 139. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. " ShodaqALLAHul'Azim.

Dan sekiranya kemenangan itu milik kita, maka ingat lah Peringatan dari Allah S.W.T dalam Surah An Nashr bermula Ayat 1 hingga akhir .... A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." ShodaqALLAHul'Azim.

Kerana kemenangan itu lain tak bukan hanya kerana dengan pertolongan Allah. Allah Berfirman dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 126. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." ShodaqALLAHul'Azim.

Isnin, 24 Ogos 2009

Katak si katak Lompat, Lompaatt !!!!



Usrah dan tarbiyyah sahaja yang dapat memantapkan satu-satu jema'ah atau parti. Alhamdulillah setakat ni parti yang mAklonG jadi ahli pun tak pernah la lagi jadi budaya lompat melompat ni. Na'uzubILLAHi min zalik....

Bukan mAklonG nak kondem PKR tapi tu le nye. Budaya lompat parti ni lain tak bukan berpunca dari RASUAH dan SOGOKAN. mAklonG tak percayalah berpunca kerana krisis dalaman parti Adun Lunas tu boleh keluar parti. Berita lanjut di sini. Sebelum ni apa yang telah terjadi di Perak, Adun Changkat Jering dan Behrang jadi kes yang sama. Ni semua kes kena beli ni. Pembelinya dah tentu anda semua kenal.

Kurang tarbiyyah ilmu manusia akan jadi sesat dan jahil. Tidak kira manusia itu berpangkat apa sebab Allah S.W.T Menciptakan manusia dari struktur yang sama.

Nabi S.A.W bersabda: "Barangsiapa menolak ketaatan (membangkang) dan meninggalkan jama'ah lalu mati maka matinya jahiliyah, dan barangsiapa berperang di bawah panji (bendera) nasionalisme (kebangsaan atau kesukuan) yang menyeru kepada fanatisme atau bersikap marah (emosi) karena mempertahankan fanatisme (golongan) lalu terbunuh maka tewasnya pun jahiliyah." (HR. An-Nasaa'i)

Tidak salahkan, kita saling tegur menegur sesama rakan demi untuk kebaikan....

WAllahu'alam ....

bukan UMNO kalau tak menipu

Calon UMNO/BN, Permatang Pasir, Rohaizat Othman sebelum ini menafikan sekeras kerasnya yang beliau mempunyai isteri kedua.

"Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Rafizah. Isteri saya seorang sahaja," katanya. Klik sini untuk penafiannya ini.

Namun akhirnya penafian itu terbukti menipu dan ianya terbongkar apabila bapa kepada isteri keduanya memberi amaran kepadanya supaya membuat pengakuan. Ceritanya klik di sini di siniiiiiii.

Inilah sikap pemimpin-pemimpin UMNO. Menipu, menipu dan terus menipu. Dulu, kini dan selamanya menipu.

Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud : "Tanda-tanda orang munafik (hipokrit) ada tiga, iaitu bila berbicara menipu, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diberi amanah dia berkhianat. " (HR. Muslim)

Budaya menipu memang budaya UMNO. Sebelum ni ada yang lebih teruk, pengakuan bersumpah dengan Nama Allah, pengakuan bersumpah guna Al Quran. Padahal sumpah mereka memang sumpah pembohong. Tak habis-habis nak menipu walaupun sanggup menggadai agama dan akidah. Inilah hakikat UMNO.

Allah S.W.T Melabelkan mereka ini sebagai munafik dalam Surah At Taubah pada Ayat 42. A'uzubILLAHi minas syatonirrojim. ".... Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri[644] dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. " ShodaqALLAHul'Azim.

[644]. Maksudnya mereka akan hancur binasa disebabkan sumpah mereka yang palsu.

Belum lagi jadi wakil rakyat tu dah mula nak menipu. Dah jadi wakil rakyat lagi la teruk habis semua orang di Permatang Pasir hancing kena tipu. Inilah UMNO.

Lagi dalil golongan munafik ni sanggup bersumpah demi kerana untuk menyelamatkan diri dan demi kerana keuntungan dan tembolok mereka. Allah Berfirman dalam Surah yang sama pada Ayat seterusnya iaitu pada Ayat 56. A'uzubILLAHi minas syatonirrojim. "Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu (golongan yang benar) ; padahal mereka bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (tentang kesalahan mereka terhadap kamu). " ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahu'alam ....

Ahad, 23 Ogos 2009

anak syaitan bapaknya iblis



Bagi mAklonG orang yang memperjuangkan Islam sebagai perjuangan hidupnya dia dipanggil ulama. Ulama pula penyambung kerja-kerja para anbiyaak. Menghina ulama bereti menghina Nabi. Menghina Nabi bererti menghina Allah.

Ada orang Padang Rengas tu sedaaaappp je mulut dia sebut Tuan Guru Nik Aziz ulama palsu. Dia yang bercakap tu apa pulak ???? Ni gambar sapa pulak ???? Inilah yang dikatakan anak bapak. Keluarga Al Mujrimin (orang-orang berdosa). Berbangga dengan dosa yang dibuatnya.

Allah Berfirman dalam Surah Al Furqan pada Ayat 31 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong. " ShodaqALLAHul'Azim.

Keadaan seorang anak itu yang pastinya akan mengikut acuan ayah dan ibunya seperti yang tersebut dalam peribahasa Inggeris mengatakan "Like Father Like Son". Perumpaan melayu juga mengatakan, "bapa Borek anak Rintik" dan "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?" dan Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih tanpa dosa). Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi." (HR Bukhari dan Muslim)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 21 Ogos 2009

UMNO/BN takut dengan bayang-bayangnya sendiri


SEBERANG PRAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Abu Hassan Sarif - dari UMNO/BN - yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya. Untuk berita lanjut sila klik sini.

Inilah keadaan UMNO/BN sekarang. Takut menghadapi 'kematian' nya. Takut untuk menghadapi kenyataan bahawa UMNO/BN kini kian dibenci rakyat. Muhyiddin sendiri menyedarinya. Kekuatan mereka akan dirobek satu persatu oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Allah S.W.T Berfirman tentang kehancuran satu kaum atau umat itu pasti tiba walaupun mereka cuba untuk menghalangnya. Ianya telah Tercatat dalam Surah Al A'raaf pada Ayat 34 yang bermaksud. AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu[537]; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya ke belakang barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) untuk meneruskannya ke hadapan." ShodaqALLAHul'Azim.

[537]. Maksudnya: tiap-tiap bangsa mempunyai batas waktu kejayaan atau keruntuhan.

WAllahua'alam ....

Rabu, 19 Ogos 2009

Satu Malaysia sama dengan Satu Israel


UPDATE - Apa bezanya antara dua logo ini ???? Dari segi rupa memang berbeza tapi pada hakikat ianya sama .... Ini adalah bukti Kerajaan UMNO, pimpinan najib Altantuya mengambil sunnah dan acuan Rejim Israel Yahudi. Jika anda tidak percaya, sila klik pada gambar-gambar ini untuk bukti lebih lanjut.

Allah Melarang sama-sekali umat Islam yang mengaku beriman dari menjadikan yahudi dan nasrani sebagai acuan dan teman rapat.

Allah Berfirman dalam Surah Al Maaeidah pada Ayat 51. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." ShodaqAllahul'Azim.

Nabi S.A.W pernah bersabda: Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk mereka." Riwayat Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

WAllahu'alam....

InsyaALLAH, UMNO/BN akan hancur sedikit demi sedikit


Alor Setar - Kerajaan Pakatan Rakyat akan diuji oleh Allah SWT lagi. Selepas Bukit Selambau, Negeri Kedah Sejahtera bakal menghadapi pilihanraya kecil. Tapi kali ini kemungkinan di N3 Kota Siputeh, setelah ADUN nya Datuk Abu Hasan Sarif gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut dengan tanpa kebenaran. Berita lanjut di sini.

Mungkin ini tanda-tanda kehancuran UMNO/BN yang cuba ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Kerana kebatilan dan kepalsuan mereka akan lenyap dan hancur ....

Allah Berfirman dalam Surah Al Israak pada Ayat 81 yang berbunyi. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. " ShodaqALLAHul'Azim.

Namun begitu bagi kita pendokong Kerajaan Pakatan rakyat jangan terus leka. Berjuanglah berterusan sehingga tanahair kita Malaysia ini dapat diperintah oleh tangan-tangan yang memiliki kebaikan dan keadilan.

WAllahua'alam.

Selasa, 18 Ogos 2009

Kamarul Ramizu Kalah Sebelum Bertanding


Berpunca lambat untuk menghantar borang penamaan calon, Kamarul Ramizu Idris yang bertanding atas tiket Bebas tidak dapat bertanding dalam PRK N11 Permatang Pasir kali ini. MStar Online melaporkannya di sini. Akhirnya, pertandingan dua penjuru sahaja yang akan berentap pada hari pembuangan undi iaitu di antara PAS dan BN. Hanya calon mewakili dua parti itu sahaja yang menyerahkan borang penamaan calon apabila sesi serah borang selama sejam ditutup 10 pagi tadi. BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man. Terpulang pada kewarasan pengundi untuk memilih wakil rakyat bagi mereka. Bagi mAklonG sudah tentulah calon yang telah dipilih oleh Allah dari kalangan orang-orang yang baik, iaitu Ustaz Salleh Man. Takbir !!!! Allahu Akbar ....

Dalam bab memilih pemimpin ni, Allah SWT telah memerintahkan agar kita memilih pemimpin dengan kebijaksaan dan kewarasan akal dengan berpandukan Al Quran. Allah Berfirman dalam Surah At Taubah pada Ayat 23 yang bermaksud: AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Isnin, 17 Ogos 2009

Kembalilah kepada Jema'ah PAS


Ustaz Akhill Hayy, saranan dan dakwah mAklonG, kembalilah kepada pangkuan PAS secara serius sebagaimana dulu-dulu. Apa pun, tahniah kepada Ustaz Akhill Hayy kerana selamat diijab kabulkan dengan Waheeda. Klik sini. Waheeda pun dah pencen menyanyi. Lepas ni boleh kot Muslimat PAS ajak Waheeda berjuang dan bergiat dalam PAS. Dunia Ustaz Akhill kini disinari cahaya baru dan cahaya itulah mudah-mudahan Ustaz Akhill boleh bergiat aktif semula. Tinggalkan dunia glamor yang dulu zaman GHHRRROOCCKK pun dah jenuh bergelumang dengan dosa-dosa glamor. Sampai bila lu nak bergelumang dengan fitnah glamor lagho tu beb?

Hakikat insan, yang mudah lupa. Hukamak pernah menyebut: Cintailah insan seadanya kerana mungkin suatu hari kamu akan membencinya dan bencilah insan seadanya kerana suatu hari kamu mungkin akan mencintainya pula. Suatu masa dulu boleh jadi kita pernah liar dan lagho, kemudian kita bertaubat, kemudian takkan kita nak buat balik perkara-perkara yang lama tu?

Allah S.W.T Mengingatkan tentang perkara ini dalam Surah Al Munafiquun pada Ayat 3. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (semula) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat mengerti. " ShodaqALLAHul'Azim.

Jangan, jangan jadi macam ni .... Nabi S.A.W banyak menyebut tentang betapa peri pentingnya berpegang teguh dengan Jema'ah. mAklonG ingin memetik satu petikan Sabda nabi S.A.W dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibnul Yaman tentang pentingnya kita berjema'ah:

Dari Hudzaifah Ibnul Yaman radhiallahu ta’ala ‘anhu berkata: Manusia bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan kerana bimbang jangan-jangan keburukan itu menimpaku. Maka aku bertanya; Wahai Rasulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan? Beliau bersabda: ‘Ada’. Aku bertanya: Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan? Beliau bersabda: “Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun”. Aku bertanya: Apakah dakhanun itu? Beliau menjawab: “Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah”. Aku bertanya: Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan? Beliau bersabda: “Ya”, dai - dai yang mengajak ke pintu Jahanam. Barang siapa yang mengikutinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda: “Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita”. Aku bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya? Beliau bersabda: “Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya”. Aku bertanya: “Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya?” Beliau bersabda: “Hindarilah semua firqah (kumpulan jema'ah) itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”. (Riwayat Bukhari VI615-616, XIII/35. Muslim XII/135-238 Baghawi dalam Syarh Sunnah XV/14. Ibnu Majah no. 3979, 3981. Hakim IV/432. Abu Dawud no. 4244-4247.Baghawi XV/8-10. Ahmad V/386-387 dan hal. 403-404, 406 dan hal. 391-399)

Jema'ah yang mana? Lain tak bukan, jema'ah atau kumpulan yang mahu Islam didaulatkan, dinegarakan hanyalah PAS. WAllahua'alam ....

PERMATANG PASIR, KAMI DATANG !!!!


Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur tengahari tadi berangkat dan bersedia untuk menggempur Permatang Pasir. Rombongan angkatan yang diketuai oleh Ketua Pemuda Kawasan merangkap Naib Ketua Pemuda Pas Perak juga selaku anggota JPN Pas Negeri, Salman Salleh bagi membantu dan seterusnya melancarkan jentera pilihanraya N11 Permatang Pasir bermula petang ini.

Ketua Lajnah Tarbiyyah Pemuda Pas Kawasan mengingatkan mereka agar menjaga akhlak Islamiyyah dan sematkan dalam diri untuk mendapat mardhotillah dan rahmat Allah bagi menghadapi hari-hari sebelum pengundian.

Pesanan mAklonG kepada semua jentera penggempur Permatang Pasir. Yakinlah dengan pertolongan Allah kerana kemenangan itu pasti datang jika kita dada kita dipenuhi cahaya iman dan taqwa.

Allah Berfirman dalam Surah Al Anfaal pada Ayat 9. Au'zubILLAHi minas syaitonirrojim. "(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." ShodaqALLAhul'Azim

Lagi dalam Surah As Shaff pada Ayat 13. Au'zubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. " ShodaqALLAhul'Azim.

Berjuanglah dengan penuh keikhlasan. Nescaya kemenangan akan menjadi milik kita. Allah Berfirman lagi dalam Surah Muhammad pada Ayat 7. Au'zubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " ShodaqALLAhul'Azim.

WAllahua'alam ....

Ahad, 16 Ogos 2009

Orang baik lawan orang jahat


Calon kita, PJ PAS Pulau Pinang memang Allah pilih dari kalangan orang baik-baik, Salleh dalam bahasa arab bermakna "baik" dan Man dalam bahasa Inggeris bermakna "orang".
Salleh Man ertinya orang baik. Kira Ustaz Salleh Man ni macam Super Hero la kan. Hehehe

Calon UMNO / BN "the crook" kita siapa ye, ... ro ... hai ... zat ... roih ... zja ... roh ... ja .... hat .... ROHJAHAT ... hehehehe ... Roh Jahat ... SETTAAANNNN ....

Sabtu, 15 Ogos 2009

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK


Mari kita hayati Perutusan khas Tuan Guru Presiden PAS sempena Ramadhan Al Mubarak di sini.

Pendahuluan.


Tinggal lagi sebelas hari sahaja lagi umat Islam yang beriman yang sahih akan menyambut Ramadhan Al Mubarak dengan penuh kegembiraan.

Ramadhan secara bahasanya berasal dari perkataan ramidha, yarmadhu, Ramadhan yang membawa maksud dan bererti terik, sangat panas atau matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadhan untuk serius mencairkan, memuhasabah dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan yang pejal. Adapun menurut istilahnya ramadhan dapat diertikan sebagai pembakaran, peleburan atau penghapusan atas segala macam dosa.

Pada dasarnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan sehingga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari menyatakan bahwa pada bulan ini Allah SWT akan membuka setiap pintu syurga dan akan dibelenggu syaitan. Maka dengan terbukanya pintu pintu syurga dan dibelenggunya syaitan dapat menjadi penggiat bagi kita umat Islam untuk meningkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Diharapkan dengan berpuasa dalam bulan Ramadhan dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibnu Hibban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggalkan sunnah maka keluar daripada jama'ah (Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Baihaqi-

Penerangan Hadis

1. Semua hadis di atas menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi dan rujukan :-

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi, ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi, Maktabah Al-Mnarah, Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
.

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Ceramah Kesedaran H1N1


IPOH TIMUR - Alhamdulillah satu ceramah tentang Kesedaran Mengenai Bahaya Influenza A H1N1 dan cara menanganinya telah diadakan jam 9.30 malam di Surau Temara, Tmn Seri Sayang malam tadi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Professor Dr. Hj. Shaharuddin Abd Aziz yang diundang khas dari Kolej Perubatan Kuala Lumpur. Majlis ini sebelumnya juga disertai dengan solat hajat secara berjama'ah yang diimamkan oleh Ustaz Talhah juga merupakan penyampai kuliah maghrib yang telah diadakan dalam surau yang sama. Majlis yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Ipoh Timur ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di sekitarnya.

Antara pengisian ceramah ini ialah tentang kesedaran bahayanya wabak dan virus yang terkandung dalam Selsema Babi atau Influenza A H1N1. Professor Dr menerangkan secara terperinci, langkah-langkah pencegahan, pengenalan virus, sejarah dan asal-usul virus ini datang. Professor Dr juga mengaitkan tentang hubungan manusia dan wabak ini saling berkait rapat dan penularannya berpunca dari sikap manusia itu sendiri yang mengabaikan tentang kebersihan dan pemakanan yang tidak menghiraukan tentang halal dan haram serta mengaitkannya dengan Islam. Beliau juga mengingatkan tentang virus ini merupakan satu bala dari Allah S.W.T terhadap sikap manusia yang semakin berani mencabar Kekuasaan Allah.

"Setakat ini tiada ubat yang dapat menyelamatkan dan merawat mangsa yang terkena jangkitan virus ini. Walaupun adanya vaksin yang dapat menuetralkannya, namun ianya hanya boleh digunakan secara sementara sahaja kerana virus ini bersifat ganas dan kuat." memetik kata-kata beliau semalam.

Majlis bersurai pada jam 11.oo malam deangan diakhiri dengan majlis tahlil dan jamuan makan.

Pergi Tak Kembali







































"Kullun nafsin za'eiqotul maut".... Setiap diri yang bernyawa itu pasti merasai mati, inilah hakikat insan. Ustaz Asri Ibrahim, 40, selaku, vokalis utama kumpulan Rabbani, yang terkenal dengan lagunya "Pergi Tak Kembali" telah kembali ke Rahmatullah, kerana serangan jantung secara mengejut pagi tadi. Untuk berita lebih lanjut sila klik sini.

Allah telah banyak Mengingatkan kepada kita tentang kematian dalam Firman-Firmannya yang termaktub dalam Al Quran, di antaranya ....

Ingatlah, Allah Berfirman di dalam Surah Luqman pada Ayat 34. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat (kematian); dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok[1187]. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." ShodaqALLAHul'Azim.

[1187]. Maksudnya: manusia itu tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya besok atau yang akan diperolehinya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

Kematian juga sebagai ujian bagi manusia dan Allah akan menguji iman seseorang itu dikala sakaratul maut tiba, di ketika nyawa sampai di tenggorokan. Allah Berfirman dalam Surah Al Anbiyaa' pada Ayat
35. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. " ShodaqALLAHul'Azim.

Semoga kita yang masih diberi peluang untuk terus hidup ni dapat mengambil 'iktibar. WAllahua'alam ....

Khamis, 13 Ogos 2009

UMNO parti yahudi dan munafik !!!!





Parti apakah yang melaungkan slogan HIDUP MELAYU ???? Kalau bukan UMNO. Ternyata mereka inilah keturunan dari Bani Qainuqa' , Abdullah bin Ubayy dan cucu cicit Abu Lahab ....

UMNO sanggup menggadaikan agama demi tembolok@perut mereka. Ini perjuangan MUNAFIK, HIPOKRIT dan RETORIK !!!! Ini bukan cara Islam.... Perkatan MELAYU yang diperkatakan oleh mereka sebenarnya adalah UMNO !!!!

Perjuangan seperti ini Allah sekali-kali tidak akan terima dan golongan seperti inilah yang akan dihumban ke dalam neraka !!!!

Allah Berfirman dalam Surah Ali Imran yang pada Ayat 85 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi (kerana dihumban ke neraka)." ShodaqALLAHul'Azim.

Lagi Allah Berfirman dalam juga dalam Surah An Nisaa pada Ayat 150 hingga 151. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan." ShodaqALLAHul'Azim.

Dan Allah Akan Menempatkan orang-orang seperti ini di dalam neraka yang terpaling bawah dan paling panas sebagaimana yang Allah Firmankan dalam Surah An Nisaa Ayat 145. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka." ShodaqALLAHul'Azim.

Allah telah pun menurunkan Sebuah Surah yang bernama "Al Munafiquun" iaitu satu Surah yang ditujukan khas untuk golongan seperti ini sebagai kutukan dan cercaan terhadap mereka.

Allah Berfirman dalam Surah ini pada Ayat 2 hingga 3 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai[1476], lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti." ShodaqALLAHul'Azim.

[1476]. Mereka bersumpah bahwa mereka beriman adalah untuk menjaga harta mereka supaya jangan dibunuh atau ditawan atau dirampas hartanya.
(p/s maklong: demi kerana tembolok
dan kepentingan kebendaan dunia mereka)

WAllahua'alam ....

Alasan UMNO/BN untuk sekat PAS


SPR telah menetapkan tak akan ada lagi penggunaan PONDOK PANAS sepanjang hari pengundian dijalankan. Untuk berita lebih lanjut check kat sini. Macamana nak jalankan kempen, raih undi? Macamana nak check SSDP bagi pengundi kita?

Pilihanraya kat Zimbabwe pun tak macam ni. makin hambar dan bodohlah suasana pilihanraya kat Malaysia ni dengan ditambah macam-macam larangan berpunca dari ketakutan UMNO/BN yang sedang menuju ke alam kehancuran dan kepupusan.

Bagi pesakit H1N1 juga dilarang untuk keluar mengundi, alasannya takut wabak merebak. Ada saja alasannya. Selain Media Perdana, Polis dan SPRM yang turut menjadi barua UMNO/BN, SPR juga nampaknya turut sama menjadi pencacai kerajaan Fir'aun ni. Nampak sangat dema ni dah terdesak sangat.

Namun bagi kita apa pun perancangan jahat busuk UMNO/BN ni tak akan melemahkan semangat kita untuk terus berjuang bagi memastikan kemenangan ini menjadi milik PAS, insyaAllah. UMNO/BN ni sekarang nampak macam gah tapi sebenarnya reput serta rapuh di dalamnya.

Yakinlah dengan Firman Allah dalam Surah Al Hashyr pada Ayat 14 hingga 15. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Mereka (kaum yang memperjuangkan dasar kafir dan munafik) tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu menyangka mereka itu bersatu, sebenarnya hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti. (Mereka adalah) seperti orang-orang Yahudi yang belum lama sebelum mereka[1468] telah merasai akibat buruk dari perbuatan mereka[1469], dan bagi mereka azab yang pedih." ShodaqALLAHul'Azim.

[1468]. Maksudnya: Yahudi Bani Qainuqa'
[1469]. Maksud akibat buruk perbuatan mereka adalah mereka diusir dari Madinah ke Syam.

WAllahua'alam ....

Rabu, 12 Ogos 2009

TAK SERIK WALAUPUN TELAH DUA KALI TEWAS



KUALA LUMPUR - Kamal Ramizu Idris mengumumkan untuk bertanding bagi calon bebas di Permatang Pasir. Sebelum ini beliau pernah bertanding di Penanti dan Bukit Gantang, beliau mengalami kekalahan dengan majoriti kecil. Klik di sini untuk berita lebih lanjut.

"Meskipun dua pilihan raya kecil sebelum ini saya tewas, ia bukan penamat bagi saya untuk menawarkan khimat bakti kepada masyarakat, khususnya di Permatang Pasir," katanya.

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia