Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 31 Januari 2010

JANGAN JADI KATAK !!!!

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Lagi di Malaysiakini.

Katak merupakan binatang yang best kalau dibuat umpan memancing. Katak juga merupakan binatang yang suka melompat-lompat. 

Makna "memikat" di atas bermakna "membeli dan merasuah" sebab rasuah dan UMNgok tak dapat dipisahkan ibarat isi dan kuku. Kepada mereka-mereka yang berkenaan, tolonglah jangan jadi mangsa umpan murahan kerana umpan keduniaan memang murah dan sedikit jika dibandingkan dengan ganjaran Allah SWT di akhirat. Tepuk dada tanyalah iman. Itupun jika anda seorang muslim yang ada iman. Allah SWT Berfirman:

اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ وَفَرِحُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مَتَاعٌ ﴿٢٦﴾
"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat." (QS Ar Ra'd : 26)

مَتَاعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١١٧﴾
"(Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS An Nahl : 117)

Ambillah pengajaran dari isu Jamaluddin Radzi, Osman Jailu dan Yee Hit Foong. WAllahu'alam ....

Jumaat, 29 Januari 2010

UMNO dan Babi ....


Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
Sumber :  dari sini.

Rabu, 27 Januari 2010

Angkara Yahudi : Kenangkan kembali Masjid Bujal ....

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis. Lagi di Berita Harian.
 



Apa bezanya Kerajaan Israel dengan Kerajaan yang merobohkan Masjid Bujal di Terengganu suatu masa dahulu ???? Sama saja kan .... hehehehe, 1Malaysia = 1Israel.

Ingatlah, Firman Allah SWT ini :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman." (QS Ali Imran : 100)

WAllahua'alam ....

Isnin, 25 Januari 2010

Inilah dia, UMNO/BN Juara Rakyat !!!!


Kesian rakyat di Sabah yang dilanda banjir tapi gambar-gambar ini membuktikan salah seorang pemimpin UMNO/BN Sabah yang langsung tidak perihatin kepada rakyat yang dipimpinnya.

Inilah contoh realiti pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang suka berpoya-poya dan bersenang-lenang mengatasi penderitaan rakyat marhaen. Pemimpin spesis macam inikah yang patut kita taati dan patuhi ????

Inilah dia, UMNO/BN Juara Rakyat !!!!

Ingatlah pesanan-pesanan Rasulullah SAW :

ليس هناك طاعة الخالق على الانخراط في أعمال السوء للآداب في خلق (الله). - رواه. أحمد و آل الحكيم


"Tiada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Pencipta (Allah)." (HR. Ahmad dan Al Hakim)

لا طاعة لأولئك الذين لا يطيعون الله. - رواه ابي يعلى 

"Tidak ada ketaatan kepada orang yang tidak taat kepada Allah." (HR Abu Ya'la)

WAllahua'alam ....

Khamis, 21 Januari 2010

Malaysia Makin Huru Hara Kerana UMNO/BN !!!!


Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk. Menurut polis, surau tersebut terletak kira-kira dua kilometer dari satu sama lain. Ketika dihubungi, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.Dilaporkan oleh MalaysiaKini.

Pelampau Agama makin wujud di bumi Malaysia, apabila ada puak extremis dan terroris yang jahil agama yang bertindak ganas. Kononnya mahu memperjuangkan agama tetapi tindakan mereka ini memberi kesan buruk kepada Islam itu sendiri. Itulah UMNO/BN yang jahiliyyah.

Ini semua berpunca kelemahan atau kejahilan puak demonstran lalu bertindak terlebih dahulu membakar gereja .

Ingatlah, Firman Allah SWT :

 .... وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ فَلَقَاتَلُوكُمْ ۚ .... ﴿٩٠﴾
"Kalau Allah menghendaki, tentu Dia memberi kekuasaan kepada mereka (bukan Islam) terhadap kamu, lalu pastilah mereka memerangimu." (QS An Nisaa : 90)

WAllahua'alam ....

Selasa, 19 Januari 2010

Oh bangsa melayu yang me ..... layu


Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera. Dilaporkan oleh AgendaDaily.

Me .... layu. Layu atau lembab, lambat. Tidak mahu mengambil berat tentang pentadbiran negara. Maka terjadilah lambakan bunch of rubbish yang tidak mahu mendaftar sebagai pengundi. Tindakan mereka ini merugikan agama, bangsa dan negara.

Seolah-olah mereka rela kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah yang ada. Ketahuilah, setiap undi anda amat berharga. Setiap undian anda dapat mengubah sesuatu tampuk pemerintahan yang kita sama-sama maklum kezalimannya.

Nabi SAW bersabda :

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran (kezaliman) hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lidahnya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

Wahai bangsaku, janganlah kamu terus leka dan lalai disebalik kezaliman dan keburukan yang bermaharajalela yang sebenarnya bertopengkan kebaikan yang sesungguhnya ia adalah menipu pada realitinya. Mari kita perhatikan hadits di atas. Mengubah dengan tangan boleh juga dimaksudkan dengan mengubah atau menukar sesuatu proksi kemungkaran iaitu kerajaan yang memerintah dengan kemungkaran.

Jika situasi ini berterusan berlaku, maka tunggulah azab dari Allah SWT satu persatu akan menimpa negara ini.

Ingatlah Peringatan dari Allah SWT ini :

قُلْ مَن كَانَ فِي الضَّلَالَةِ فَلْيَمْدُدْ لَهُ الرَّحْمَـٰنُ مَدًّا ۚ حَتَّىٰ إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ إِمَّا الْعَذَابَ وَإِمَّا السَّاعَةَ فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضْعَفُ جُندًا ﴿٧٥﴾

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu [908], hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka samada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya." (QS Maryam : 75)

 [908]. Maksudnya: memanjangkan umur dan membiarkan mereka hidup dalam kesenangan yang penuh dengan kelalaian.

WAllahua'alam ....

Isnin, 18 Januari 2010

Dedah maklumat SPRM boleh jejas siasatan: Kenyataan Bangang !!!!


SHAH ALAM - Jangan terlalu ghairah memberikan kenyataan kepada media selepas membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia akan menjejaskan siasatan yang akan dilakukan agensi berkenaan. Lagi di sini .

Nampak sangaaaaaatttt SPRM ni satu Suruhanjaya yang pemalas, tidak mahu bekerja, tidak professional dan berfikiran ala tadika. Hangpa nilai la sendiri.

Nabi SAW bersabda :

وأخشى أن تكون أمتي هو زعيم من الزعماء الذين يضللون

"Yang aku takuti terhadap umatku ialah pemimpin-pemimpin (penguasa-penguasa) yang menyesatkan." (HR. Abu Dawud)

WAllahua'alam ....

Ahad, 17 Januari 2010

Penolong Pengarang Berita Utusan Online meninggal dunia


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Penolong Pengarang Berita, Utusan Online, Faridah Hashim meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air di rumahnya di Bandar Baru Bangi, pukul 2.35 pagi ini. - Utusan.

Apa khabar agaknya arwah sekarang ni ye ???? Allah SWT Berfirman :

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ﴿٩٩﴾ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ ﴿١٠٠﴾

"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia)[1021], agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan[1022]." (QS Al Mukminun : 99 - 100)

[1021]. Maksudnya: orang-orang kafir di waktu menghadapi sakaratul maut, minta supaya diperpanjangkan umur mereka, agar mereka dapat beriman.

[1022]. Maksudnya: mereka sekarang telah menghadapi suatu kehidupan baharu, iaitu kehidupan dalam kubur, yang membataskan antara dunia dan akhirat.


WAllahua'alam ....

Jumaat, 15 Januari 2010

RUGINYA JADI ORANG YANG BUTA ARAB DAN JAWI


KUALA LUMPUR: Semua sayap pemuda parti komponen diminta memberi penerangan kepada rakyat khususnya golongan belia di Sabah dan Sarawak mengenai isu kalimah Allah agar ia tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak bagi menimbulkan ketegangan. Dilaporkan oleh mStar.

Isu Kalimah ALLAH ni nampak masih panas !!!! mAklonG hairan la. Kenapa lah nak dipanjang-panjangkan lagi kes ni ???? mAklong nak tanya, Majalah Herald Catholic tu guna perkataan (dalam bahasa Arab Kalimah)  "Allah" atau الله ???? Perkataan tulisan Rumi ALLAH , adakah dalam Al Quran ???? Memang bangang, buta kayu, puak-puak yang beriya-riya marah dan berdemo tentang isu pengguna Kalimah tu. Sebabnya apa ? Lain tak bukan kerana BUTA HURUF JAWI dan ARAB.

Semuanya sebab siapa ? Lain tak bukan mereka adalah UMNO. Merekalah punca Bangsa Melayu lupa pada tulisan dan huruf warisan Islam yang dibawa oleh pendakwah zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hasilnya Bangsa Melayu jadi bodoh pada tulisan Jawi dan Arab. Merekalah yang menghapuskan tulisan jawi dalam sistem pendidikan dan kementerian Pelajaran Malaysia suatu masa dahulu. Hasilnya lahirlah puak-puak bangang dan bodoh tahap lembu seperti demonstran yang marah tentang isu Kalimah ini.

Allah SWT Berfirman :

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ ﴿٧٨﴾
"Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka) dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." (QS Al Baqarah : 78)

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَّرِيدٍ ﴿٣﴾
"Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan dia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan." (QS Al Hajj : 3)

 Berita berkaitan ada di MAN JADDA WAJADA.

WAllahua'alam ....

Rabu, 13 Januari 2010

Akan Berleluasalah Rasuah !!!!


13 Jan, 3:12pm - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mulai tahun ini, tindakan akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan kepada pihak media maklumat dalam aduan mereka kepada SPRM. Dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tindakan SPRM ini seolah-olah mahu melindungi penjenayah rasuah. Kenapa mAklonG kata rasuah akan berleluasa ???? Habis, orang yang cuba untuk menta'zirkan penjenayah rasuah dan nak melaporkan kes rasuah pun kena siasat, kena dakwa. Jadi tak adalah pelapor kes rasuah dan rasuah akan terus bermaharaja lela lah. Ini semua sebab atas arahan pengamal rasuah itu sendiri yang terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang berkuasa dengan kezaliman mereka.

Jika tidak ada yang melaporkan sesuatu kes rasuah yang mereka amalkan, maka meloncat keseronokanlah  perasuah-perasuah itu. Ternyata SPRM adalah proksi UMNO/BN. Ingatlah Firman Allah :


وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٨٨﴾
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (QS Al Baqarah : 188)

WAllahua'alam ....

Selasa, 12 Januari 2010

Kenapa !!!! Kenapa, Islam Menjadi Serangan Pemusnahan ????


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) bertitah agar Kerajaan Negeri teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam. Lagi kat sini.


عن أم المؤمنين ، زينب بنت جحش زوجة النبي.) ، وقال : "(يوم واحد) للنبي محمد. إلى منزله مع حالة من الخوف في حين قال : لا إله االا الله ، البؤساء (تدمير) للعرب الشر (التعتير) الذي يكاد يكون عليها ، وهذا اليوم لم يفتح من الجدار يأجوج ومأجوج مثل هذا "، وانه وجد طرف الاصبع وأصبعه للالقادم (السبابة) والذي يشار إليه من قبل الدائرة. أنا (زينب بنت جحش) ويقول : "يا الله! ماذا نحن سوف يموت في حين لا يزال لدينا بين أولئك الذين صالحون؟" ثم النبي. أجاب : "نعم ، إذا كان الشر هو أكثر من اللازم". رواه البخاري ومسلم

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata, "(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".  (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Kebinasaan bermaksud, maruah umat Islam mudah dipersenda oleh musuh-musuh Islam, lebih lebih lagi kaum yang kafir.

Tidak hanya kepada orang jahat seperti UMNO sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu. Allah SWT Berfirman:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya".(QS Al Anfaal : 25)

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini termasuklah bangsa Melayu yang selalu membanggakan bangsanya sebagai bangsa yang kononnya boleh bersatu seperti UMNO.

Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain .

Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

WAllahua'alam ....

Ahad, 10 Januari 2010

Demonstran Extremis Agama + Pembakar Gereja = Golongan Syaitan !!!!

SHAH ALAM, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri. Lagi di sini.



Awas !!!! Wahai para demonstran, wahai para pembakar gereja. Kamu melaungkan kebencian kamu tentang kaum bukan Islam tentang penggunaan Kalimah Allah  tetapi tindakan kamu membuatkan bukan Islam  membenci dan memandang negatif kepada ummah itu sendiri.

Jangan terlalu ekstrim. Awas, kamu tak ubah seperti manusia berhati syaitan seperti video di atas ....

Allah SWT Berfirman :

هَا أَنتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ﴿١١٩﴾
"Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada." (QS Ali Imran : 119)

WAllahua'alam ...

Sabtu, 9 Januari 2010

Najib dibenci di Negeri tempat kelahiran UMNO


KOTA TINGGI : Siapakah yang punya angkara membaling cat merah ke kediaman dan gambar bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar di Kota Tinggi? Sehingga hari pihak polis terus menyiasat siapakah ‘dalang’ di sebalik tindakan vandalisme yang berlaku Februari lalu. Seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Rakyat semakin benci dengan Pemimpin 1Malaysia dengan apa cara sekali sekali pun selain dari meluahkannya di dunia maya juga termasuk dunia vandalisme. Beginilah keadaan rakyat marhaen yang sedar bahawa mereka telah ditipu oleh pemimpin-pemimpin UMNO walaupun UMNO itu sendiri lahir dan tertubuh di Johor Darul Takzim.

Inilah yang dinamakan sebagai gelombang rakyat dan mereka meluahkan kebencian mereka dengan cara menconteng tulisan berupa maki hamun di dinding-dinding kerana mereka kini sedar tentang penipuan dan penindasan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang berada dalam Majlis Daerah. Lebih-lebih lagi Majlis daerah juga menjadi nadi salah satu kepada kerajaan itu sendiri.

Allah SWT Berfirman :

وَإِن نَّكَثُوا أَيْمَانَهُم مِّن بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنتَهُونَ ﴿١٢﴾
"Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)." (QS At Taubah : 12)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 8 Januari 2010

Klinik 1Malaysia : bahan kempen UMNO/BN ????


DATUK Seri Najib Razak menyatakan tekanan darah beliau normal kepada jurugambar selepas diperiksa Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1Malaysia, Ooi Bin Cheong (kiri) pada majlis pelancaran Klinik 1Malaysia di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, pagi ini. Turut kelihatan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. - Foto Effendy Rashid. Berita bergambar yang dipetik dari Berita Harian.
 Jan 7, 2010 12:23 pm

"Rileks, rileks .... saya belum nak mati lagi .... hehehe," itulah gamaknya yang diguraukan oleh PM 1Malaysia ni.

Cuma yang bermain di benak mAklonG, apa bezanya antara hospital kerajaan yang sedia ada dengan klinik 1Malaysia ni? Ishhh ... dungulah orang yang tak tau untuk membezakannya. Yang menyembuhkan penyakit ni, semuanya Allah SWT punya Kehendak ..... bukannya klinik tu.

Allah SWT Berfirman :

فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ ﴿٧٧﴾ الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١﴾

"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;" (QS As Syu'araak : 77 - 81)

WAllahua'alam ....

Khamis, 7 Januari 2010

Seekor Ular Sawa Telah Menelan Kambing Hitam ....


Anggota Pertahanan Awam Kota Setar dari kanan: Mohd Faizol Ab Aziz, 24, Mohd Hafiz Husin, 23, Mohd Shahful Bakri Razak, 33, Amirah Abdullah, 22, dan lain-lain menunjukkan seekor ular sawa batik atau nama sainstifiknya Reticulatus yang menelan seekor kambing seberat 20 kilogram di Wisma Persekutuan, Alor Star Kedah selepas mereka menangkap ular sawa tersebut. - Foto The Star G.C.TAN. Berita bergambar ini dipetik dari mStar.

ULAR SAWA ni dah makan kambing-kambing hitam tu ke ????  Boleh jadi ular sawa spesis Reticulatus ni berasal dari keluarga ular sawa jenis UMNO.

Rabu, 6 Januari 2010

Kesiannya .... mentang-mentang lah dua orang ni hitam ....


Jan 6, 2010 4:31 pm. SARJAN N Tharmendran (kiri) dan K. Rajandran didakwa di Mahkamah Petaling Jaya atas tuduhan kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia. - Foto Effendy Rashid/Ahmad Irham Mohd Noor. Berita bergambar yang dipetik dari Berita Hairan.


Mentang-mentang laaahhh dua ANEY ni hitam, tak pasal-pasal dipaksa jadi kambing hitam atau dalam orang putihnya scapegoat. Siapa lah agak pengembala kambing-kambing hitam ni ye .... hehehehe ....

Selasa, 5 Januari 2010

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat


Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

Sumber : Laman Web Utama - Dewan Ulama PAS Pusat

Sabtu, 2 Januari 2010

satu demi satu pengkianat agama, bangsa dan negara mati !!!!


KUALA LUMPUR 2 Jan — Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul meninggal dunia hari ini akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama. Dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Augustine Paul pada suatu masa dulu merupakan hakim yang amat zalim dan bersekongkol dengan UMNO/BN demi kepentingan politik jahat mereka. Atas keputusannya lah, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman dengan  menyumbatkan DSAI ke dalam penjara Sungai Buloh.

Dengan berkat doa orang yang dizalimi, beliau menderita begitu lama dengan penyakit kroniknya sebelum mati. Ini adalah peringatan dari Allah terhadap orang-orang zalim dalam UMNO. Allah SWT pasti membalas kezaliman mereka setelah mereka menempuh malam pertama di alam barzakh mereka.

Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ﴿٩٩﴾
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ ﴿١٠٠﴾
"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia. Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)." (QS Al Mukminun : 99 - 100)

WAllahua'alam ....

beza antara kematian orang kaki maksiat dengan orang mati syahid



BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (empat dari kanan) mengaminkan doa ketika melawat jenazah bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat, 72, yang meninggal dunia pagi tadi di rumahnya di Bukit Damansara, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor. Berita bergambar dari Berita Harian.
Jan 1, 2010 4:53 pm

Memang kita maklum, urusan mati dan ruh itu adalah menjadi urusan Allah SWT.
Allah SWT Berfirman :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٨٥﴾
 "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." (QS Al Israak : 85)

Tetapi  permashalatan tentang kematian kadang-kadang Allah SWT memberikan gambaran kesudahan hidup seseorang anak Adam dari riak wajah diketika ia sakaratulmaut lalu mati. Cuba kita bezakan antara dua gambar orang yang mati ini.


Gambar atas memang kita maklum Tok Mat yang mati siang tadi. Beliau merupakan ahli dan pemimpin UMNO tegar hinggalah ke akhir hayatnya. Cuba perhatikan riak wajahnya. Adakah ia sedang senyum seperti gambar seorang Pejuang Al Qassam Palestin ini ????

WAllahua'alam ....

Jumaat, 1 Januari 2010

HADIAH TAHUN BARU 2010 DARI KERAJAAN UMNO


PUTRAJAYA: Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom. Lagi di mStar Online.

Alasan nak bagi sejukkan hati rakyat yang tengah panas, "kurangkan pemakanan gula". Abah hang !!!!  Kalau kurang makan gula pun, harga dia tetap naik 2 kupang. Inilah dia hadiah tahun baru 2010 dari Najib Altantuya. Rakyat didahulukan dengan beban, itulah azam UMNngOk 1Malaysia.

Ingatlah, Rasulullah SAW pernah bersabda :

 الذين يجلبون البضائع (الواردات) للبيع وسوف تحصل دائما على الحظ ، وأولئك الذين يخزنون السلع سيتم لعن الله

"Orang yang mendatangkan barang dagangan (dengan cara menaikkan harga sesuka hati) untuk dijual selalu akan memperolehi rezeki (dengan zalim) dan orang yang mengumpulkan (menyembunyikan) barang dagangannya akan dikutuk Allah." (HR. Ibnu Majah dan Aththusi)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia