Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 31 Mac 2010

Khaibar.... khaibar.... ya yahud.... jaishu Muhammad saufa ya'ud !!!!


“Apco mempunyai agenda yang disokong oleh beberapa individu yang berpengaruh... yang condong kepada rejim Zionist-Israel.” Selain Syed Mikael, hadir sama membuat laporan polis itu ialah Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang dan Mohd Noor Harun, Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Pulau Pinang. Lagi di sinun.

UMNO masih lagi berdolak-dalih mengata bahawa slogan 1Malaysia tiada kena mengena dengan 1Israel. Hangpa toksah la nak tipu rakyat lagi. Benda ni orang dah tau. Link tu ada kat sini dan kat sini. Link Malaysia ada kat sini.

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman." (QS Ali Imraan : 100)

Mudah je, ikut yahudi jadi yahudi. Nabi SAW juga bersabda mengenai Ayat di atas untuk menguatkan lagi hujjah tentang hal ini :

من تشبه بقوم فهو منهم - رواه ابو داود

"Barangsiapa menyerupai (meniru-niru) tingkah-laku suatu kaum maka dia tergolong dari mereka." (HR. Abu Dawud)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 27 Mac 2010

Rosmah Oh Rosmah ....


"Ia seperti menambah baik kemudahan kesihatan dan kebajikan, meningkatkan peluang dan penyertaan pendidikan serta menggalakkan penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi, pengurusan dan pentadbiran negara. Lagi di sinun.

Allah SWT Berfirman :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ .... ﴿٣٤﴾
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,..." (QS An Nisaa : 34)

Kenyataan Rosmah itu seolah-olah beliau lah PM yang sebenar serta yang menjadi pemimpin dalam keluarganya dan bukannya Najib. WAllahu'alam ....

Isnin, 22 Mac 2010

Kembalilah kepada Al Quran ....


.... 5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undang-Nya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini. .... Lagi di situ.

Yakin dan percayalah, selagi tidak tertegaknya Hukum Hudud dan Perundangan Islam Yang Sebenar yang menurut Al Quran dan Sunnah, selagi itulah masalah dan gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini akan terus berterusan dan berlarutan.

Kenapa dan mengapa? Semua ini berlaku sebagai peringatan dan bala. Kemudian mengeluh, kenapa semua ni boleh terjadi? Ana sarankan kepada pihak yang berwajib terutamanya Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita, supaya ketuk kepala lepas tu hantuk ke dinding. Awat hang ni bodoooo sangat???? Back to Al Quran .... selesai masalah. Habis cerita.

Allah SWT Berfirman :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢﴾
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (QS Surah An Nuur : 2)

Masalahnya, UMNO tu dah lah bodoh degil pulak !!!! WAllahua'alam ....

Sabtu, 20 Mac 2010

Apa ni ????


KUALA LUMPUR, March 19: Pakatan Rakyat leaders have poured scorn on a bid by Umno lawmakers to suspend Opposition Leader Anwar Ibrahim over a statement linking Prime Minister Najib Razak’s prized 1Malaysia slogan with Ehud Barak’s 1Israel electoral alliance. Lagi di situ.

Mari kita perhatikan hadis-hadis Rasulullah SAW ini :

وسوف تتبع سلوك الذين من قبلكم من العنق والرقبة في النظام الواحد ، حتى لو أنها تدخل في حفرة ضب الطريقة التي تتبع لذلك"
ولذلك فإنها تسأل، "من' هم 'كنت تعني ذلك ، يارسول الله؟" اجاب : "إنهم اليهود والنصارى" - رواه البخاري


Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya." Para sahabat lantas bertanya, "Siapa 'mereka' yang anda maksudkan itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani." (HR. Bukhari)

الحديث الذي رواه أبو هريرة ، وقال :
رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : هو رجل في هذه الأعمال (الحياة ، بما في ذلك الحكومة) أصبح من أتباع قريش. يتبع المسلمون المسلمين قريش ، وبالمثل نرفضها اتبع الكفار من قريش. - صحيح مسلم


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Manusia itu dalam urusan ini (kehidupan seharian, termasuk dalam Pemerintahan) menjadi pengikut kaum Quraisy. Muslim mereka mengikuti muslim Quraisy, demikian pula kafir mereka mengikuti orang yang kafir dari kaum Quraisy. (Shahih Muslim No.3389)

عن ابن عمررضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :" من تشبه بقوم ، فهومنهم ". رواه أبو داود. وفقا الصحيح لابن حبان

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka." Riwayat Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

Kesimpulannya, Bani Nadhir (Yahudi zaman Negara Islam di Madinah) + golongan munafik yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubai bin Salul (bin Bahlol) + Abu Lahab dan Abu Jahal (Pemimpin Quraisy Makkah) = UMNO

WAllahua'alam ....

Khamis, 18 Mac 2010

UMNO : Inilah namanya "Rakyat di HULU kan"


“Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya. “Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin. Lagi di sinun.

Kenapa ada pilih kasih? Bagaimana dengan Iban, Kadazan, Bidayuh dan yang lain di Malaysia Timur yang mengundi/menyokong mereka? Mungkin dah kaya raya. Dapat banglo sorang satu kot ....

Rasulullah memberi peringatan kepada para pemimpin :

عن معقل بن يساررضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :" رقيق هو أن يتم تسليم من قبل الله لقيادة الناس ، ومات في يوم وفاته عندما خدع الشعب ، لا سمح الله لن يدخل الجنة ". متفق عليه

Ma'qil Ibnu Yasar Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Seorang hamba yang diserahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu ia mati pada hari kematiannya ketika ia menipu rakyatnya, Allah pasti akan mengharamkannya masuk syurga." (HR Muttafaq Alaihi).

WAllahua'alam ....

Masuk Bakul Angkat Sendiri .... Bodoh laaaa



KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu. Lagi di situ.

Rasulullah SAW pernah bersabda tentang puji memuji :

عندما ترى اولئك الذين هم أكثر انبساطا فاضرب الرمل في وجوههم

"Bila kamu melihat orang-orang yang sedang memuji-muji dan menyanjung-nyanjung maka taburkanlah pasir ke wajah-wajah mereka." (HR. Ahmad)

Maksud memuji-muji itu ialah puji pujian terhadap orang lain. Macamana pulak kalau jenis orang yang masuk bakul angkat sendiri ni? Oleh kerana ianya lebih hina dari memuji orang lain, jadi kita kena tolong lumurkan najis ke muka orang jenis sebegini, boleh kot hehehehe ....

Ahad, 14 Mac 2010

GEGAR !!!!


The earthquake was the second in more than 20 years. The quake had an epicenter at 43km Southwest of Kuala Terengganu and 22km West of Kuala Berang. Lagi di sinun.

Berita ni 4 hari lepas. Kira macam nak basi dah. Yang mAklonG hairankan, sejak dua menjak ni Terengganu yang berada dalam Pemerintahan UMNO selepas mereka mengambil negeri itu dengan Pilihanraya (biasanya dengan cara menipu) dari PAS, selalu je terjadi runtuh, gegar dan sebagainya. UMNO seolah-olah mengundang Kiamat itu menjadi semakin hampir.

Allah SWT Mengingatkan kita tentang gempa dalam FirmanNya :

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ﴿١﴾ وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ﴿٢﴾ وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا ﴿٣﴾ يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ﴿٤﴾ بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا ﴿٥﴾

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian)." (QS Al Zalzalah : 1 - 5)


WAllahua'alam ....

Ahad, 7 Mac 2010

siapa nak makan lebihan sisa yang orang dah buang dalam tong sampah ????

Menurut Mahfuz, PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. "Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama," jelasnya. Sekiranya PAS menerima Zulkifli, Mahfuz berkata, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri. Lagi di situ.

Ni pun satu la masalah ..... Nabi SAW pernah bersabda :

حقا أمتي لن يكون متحدا في الخطأ. للحصول على ما إذا كان هناك نزاع في أن يتبع أغلبية الأصوات

"Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan. Kerana itu jika terjadi perselisihan maka ikutilah suara yang terbanyak." (HR. Anas bin Malik)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 6 Mac 2010

Jahil Murokkab


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini. Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini. Lagi di sinun.

Iisshhhh, kesiannya Zul ni, bukan kesian sebab apa, tapi sebab BODOH .... hang nak pi mana lepaih ni? Nak ikut sapa? Ibrahim Ali? Najib?

Rasulullah SAW pernah Bersabda :

وقد شفقة على تلك المجموعات الثلاث من الناس في بلاده الغنية والفقيرة ، والتي كانت في الأصل النبيل (تكريما لشعبه) ثم وأذل ، و'العليم الذي سخر من الناس الذين هم غبية وجاهلة
.
"Kasihanilah tiga golongan orang iaitu orang kaya dalam kaumnya lalu melarat, seorang yang semula mulia (terhormat dalam kaumnya) lalu terhina, dan seorang 'alim yang dipermainkan (diperolok-olok) oleh orang-orang yang dungu dan jahil." (HR. Asysyihaab)

WAllahua'alam ....

Perak 2 : Lebih Ramai Yang Akan Menjadi Katak

SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu kini berhadapan fenomena politik ‘Perak 2' di mana beliau percaya ada ramai lagi pemimpinnya akan keluar parti dalam masa terdekat. Lagi di Sinar Hairan.

Selagi negara kita masih lagi mengamalkan demokrasi berpilihanraya, rakyatlah yang akan mengubah dan menentukan kerajaan yang mereka pilih. Peduli apa dengan 2/3, peduli apa dengan persempadanan semula.

Andainya ditakdirkan oleh Allah SWT semua pengundi berdaftar di Malaysia ni mahu melihat kerajaan yang ada sekarang ni tumbang pada PRU13 nanti, bagaimana? Siapa yang dapat menghalangnya? Semuanya itu adalah hak Allah SWT. Siapa yang lebih berkuasa UMNO kah atau Allah Yang Maha Memiliki seluruh alam ini ?

Allah SWT Berfirman :

وَاتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةً لَّا يَخْلُقُونَ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ وَلَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا يَمْلِكُونَ مَوْتًا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا ﴿٣﴾
"Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi) dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati." (QS Al Furqaan : 3)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 5 Mac 2010

Sebab kenapa Katak terjun ke Loji ......


SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim pernah memohon jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Bhd, menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, di sini hari ini.Lagi di sinun.

Kesimpulannya, lantaran tak dapat habuan lah menjadi punca makhluk manusia menjadi katak yang hina ni melompat ke tempat yang hina dan kotor. Disebabkan merajuk + marah lalu melompatlah katak-katak ini ke loji najis yang mana loji najis itu habitat yang selesa bagi katak-katak ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda tentang bahayanya orang yang sering bertukar-tukar prinsip demi kerana keuntungan dunianya,

قيامة النهج سوف يحدث القذف والتشهير ، إذا كانت هناك أوراق في الليل المظلم. وقال الصباح في فترة ما بعد الظهر ثم آمنوا وكفروا ، وأولئك الذين يعتقدون في فترة ما بعد الظهر حتى صباح اليوم التالي أنهم سوف يكفر ، وقال انه باع دينه لكسب الثروة لدنياه

"Apabila kiamat hampir akan terjadi fitnah-fitnah seolah-olah kepingan-kepingan malam yang gelap-gelita. Seorang yang pagi hari beriman maka pada petang harinya menjadi kafir, dan orang yang pada petang harinya beriman maka pada pagi harinya menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan (keuntungan) harta-benda dunia." (HR. Abu Dawud)

WAllahua'alam .....

Rabu, 3 Mac 2010

Wang : Prinsip Utama ADUN Katak


Maka bermula lah satu lagi siri “pembelian” Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat. Setakat ini tiga telah berjaya diumpan oleh Umno, manakala beberapa lagi mungkin menjadi ‘mangsa” dalam tempoh beberapa hari lagi. Tan Tee Beng, Zahrin Hashim dari Pulau Pinang dan yang terbaru Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai, Perak) memberi alasan mereka meninggalkan PKR demi soal prinsip dan kebenaran. Begitu juga Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim bertindak keluar dari parti itu, juga atas soal “prinsip.” Lagi di sini.

Prinsip kalau diterjemahkan dalam bahasa kita - RUKUN. Rukun adalah sesuatu yang penting. Seperti Rukun Iman, Rukun Islam, Rukun Negara dan sebagainya. Nampaknya prinsip "wang adalah segala-galanya" merupakan Rukun Iman bagi ADUN yang melompat parti atau dalam ertikata lain, mengkhianati amanah rakyat, berpaling tadah, keluar dari jemaah dan yang seerti dengannya.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

خيانة الأمانة هي أكبر السلطات التجارة إذا كان الناس

"Khianat paling besar adalah bila seorang penguasa (pemimpin) yang memperdagangkan rakyatnya." (HR. Ath-Thabrani)

عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

WAllahua'alam ....

Selasa, 2 Mac 2010

Sumber Rezeki Disempitkan Oleh Allah ....


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini memberi jaminan bahawa bekalan ikan di pasaran mencukupi kerana hanya bekalan ikan segar diimport dari Thailand dan Indonesia sahaja yang berkurangan. Lagi di mStar Online.

Satu demi satu kenikmatan ditarik oleh Allah SWT apabila pemimpin atau orang orang mewah diperintahkan agar bertaqwa namun sebaliknya yang berlaku. Lalu Allah SWT Menimpakan kesempitan demi kesempitan, bala demi bala terutamanya dari sumber rezeki.

Allah SWT Berfirman:

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (QS Al Israk : 16)

Namun jika pemimpin dan rakyat (penyokongnya) itu bertaqwa, Allah SWT akan mencurahkan kurniaannya berupa rezeki yang melimpah ruah. Allah SWT Berfirman:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (QS Al A'araf : 96)

Masalahnya, UMNO ni percaya ke pada Ayat-Ayat ni? WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia