Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 30 Mac 2012

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA DIRAJA PERAK


Al Fatihah. Salam takziah dari mAklong kepada kepada keluarga diRaja Perak di atas kemangkatan Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hamba NYA yang beriman. Lagi di sini.

Jumaat, 23 Mac 2012

AWAS Wanita Pakatan Rakyat !!! I'm coming back.....

ermm. Macam mana Kak Pidah?? Boleh ambik semula ker kerusi Mami Ijat ini.Cuba kira tangan yang diangkat tu..Takkan dema tengah jawab dema setuju nak buat korban tahun ini dari baka lembu Mami Ijat.Uiiiyooo ramai jugak yang tidak terkesan dengan isu Mami Ijat.Memang nampak solidlah sokongan Wanita UMNO pada Mami Ijat.Cayalahhh mami..Siap dapat sokongan memanda negeri lagi.Tak percaya baca kat sini. Patutlah masa mAklonG on the way nak pergi kerja tadi jumpa dengan wanita yang macam dalam gambor di atas.Rupa-rupanya nak bagi sokongan kat Mami Ijat.Jadinya AWAS kepada wanita Pakatan Rakyat. Wanita UMNO & BN tidak terkesan dengan isu lembu. Dema kata, Mami Ijat belum terbukti bersalah lagi. Jadi Wanita Pakatan Rakyat kena cari isu selain LEMBU NFC. Kan mAklonG cakap melayu mudah lupa...Errrr bukan mAklong, tapi TUN M yang cakap.

Khamis, 22 Mac 2012

Uhhukk..uuuhukk..Ada orang sebut-sebut saya niiii.

lagi di sini
Uhhuukk...uhhuuuk..Dato Sharizat tak berapa nak sihat..Orang kata kalau tak semena-mena terbatuk atau tersedak,maknanya adalah orang2 yang menyebut2 kita tu..Mana orang2 tua dapat andaian tu,mAklonG tak tahu ler.Pada pengamatan mAklonG,waktu laaa ni memangla macam-macam dugaan dan ujian buat Dato Sharizat Jalil.Bukan setakat batuk atau tersedak, berdarah air mata pun,pimpinan UMNO idak pedulinya dema.Macam kata oranng2 tua..kawan ketawa punyalah ramai,kawan menangis,sorang2la tersedu.Tapi siapa yang menjerumuskan diri ke arah itu.Wallahua'lam.HanyaAllah sahaja yang mengetahui isi hati orang-orang yang terlibat.Tapi bak kata bidalan Tun Mahathir...rilekslaa..Orang Melayu mudah lupa...Kalau UMNO berjaya mempertidakcerdikkan orang Melayu, makanya apa jugak isu-isu buruk Dato Sharizat akan berlalu macam tu jerr...Macam kes Isa Samad..Ingat tak???Hangpa orang UMNO atau bukan UMNO ingat tak lagi kes nya...Sekarang apa macam???Ada rasa malu?Jawab sendiri ler...Skema markah tidak disediakan..

Rabu, 14 Mac 2012

Media Cetak: Antara dua darjat??




Ingat cerita P.Ramlee.Cerita Ibu Mertuaku.Tentu ramai yang masih ingat jalan ceritanya.Budak tadika pun boleh tahu ceritanya.Kalau dalam cerita tu pun mengisahkan antara dua darjat di antara golongan kerjaya orang seni dan kerjaya doktor.Rupa-rupanya kisah ini berjangkit pada media cetak pulak..Ish..ish..cuba tengok tajuk kisah di atas tu..Jeling...jeling sikit.Amboiiiii kalau rakyat marhain ni bukan main sensasinya tajuk.Macam orang tu tak ada anak-anak yang berhadapan dengan dunia nyata. Kena tangggg pemimpin atas,"orang dema" bukan main coverrrr line lagi..Huhhhh..Kita kena buat sesuatu!!!.Tepuk dada,tanya iman dan akal.

Ahad, 11 Mac 2012

Who is next after Mami Ijat??


Keputusan Shahrizat Undur Diri Tepat Dan Betul - Najib

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti. Lagi di sini.

Nampaknya UMNO terpaksa membersihkan dan menenangkan rakyat daripada segala isu-isu hangat demi memenangkan mereka pada PRU yang ke 13.So...mAkLonG nampak, UMNO sudah ketandusan pimpinan wanita diperingkat nasional???Siapa yang anda nampak ketokohan pimpinan wanita mereka??Ermmm maknanya betullah andaian rakyat yang UMNO kemungkinan besar akan tumbang pada pilihanraya yag ke 13 akan datang DENGAN SYARAT....DENGAN SYARAT, Pakatan Rakyat buat kerja.Bersungguh- sungguh!!! So who is next after Mami Ijat as a Menteri Pembangunan Wanita??? No more wanita UMNO lagi..Mungkin selepas ini mungkin Ustazah Zailah,...mungkin Senator Mumtaz,mungkin jugak Dr Mariah atau mungkin jugak Nurul Izzah...Ramai lagi di sana yang ada ketokohan untuk memimpin dengan amanah. Asalkan bukan dema.

Sabtu, 10 Mac 2012

Ahad, 4 Mac 2012

kalau nak terima azab Allah, teruslah beri undi pada BN !!!!

Rakyat perlu terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) berikutan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperbaiki kesilapan lampau perikatan itu bagi memacu kegemilangan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Lagi kat sana.

Renung-renungkanlah kata-kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. ini:


عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ أَنَّهُ قَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ تَقْرَءُونَ هَذِهِ الْآيَةَ : { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ } وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ مِنْهُ ﴿رواه ابو داود والترمذي﴾
Dari Abu Bakar as-Shiddiq r.a. katanya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu semua tentu membaca ayat ini -yang maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri, tidaklah akan menjadikan bahaya kepada kamu semua orang yang sesat itu, jikalau engkau telah memperoleh petunjuk." (al-Maidah: 105), tetapi sesungguhnya saya juga mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: , "Sesungguhnya para manusia itu apabila melihat orang yang zalim, lalu tidak bertindak atas kedua tangannya -tidak menghentikan perbuatannya, maka hampir saja Allah akan meratakan terhadap seluruh manusia tadi dengan menurunkan siksaNya." Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud dan Tirmidzi.

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia