Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 31 Ogos 2010

MELETUP !!!!


Klik pada gambar untuk imej lebih jelas

Ahad, 29 Ogos 2010

SAMA TAPI TAK SERUPA


Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.

Sabtu, 28 Ogos 2010

hangpa bising sebab hangpa tak mengaji dan busuk hati ....


PETALING JAYA, 28 Ogos: Ahli Parlimen DAP bagi Serdang Teo Nie Ching kesal dengan tindakan pihak tertentu mempolitikkan isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang sehingga menimbulkan keresahan umat Islam. Lagi di sini.

Takde masalahnya kalau orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Yang bermasalahnya orang yang mengaku Islam tapi enggan beramal dan jahil dengan agamanya sendiri. Penjelasan lanjut klik kat sini.

رواه البخاري من المرسوم الجمهوري رقم أبو هريرة. النصوص الكاملة على النحو التالي ، "يوم واحد ، وهو البدوي العربي التبول في المسجد. إدراك أن بعض الناس وقفوا في ضربه ، ولكن رسول الله ، وقال على الفور ، دعيه وصب البول رذاذ السابق أكثر من دلو من الماء ، ولأن ، أرسلت فقط لتسهيل وعدم اعطاء المتاعب. " - رياض الصالحين ، والنووي ، والفصل ل حلم ، وول اللون بيانها في ريفق

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah r.a.. Nas lengkapnya adalah sebagai berikut, "Pada suatu hari, seorang arab badawi kencing di dalam masjid. Melihat hal itu, beberapa orang terus berdiri untuk mengajarnya. Namun, Rasulullah saw. segera bersabda, Biarkanlah dia dan buangkanlah kesan bekas kencingnya sesiraman atas sebekas air. Kerana, kamu semua semata-mata diutus untuk memberikan kemudahan, bukan untuk memberikan kesulitan." (Riyadhush Shalihin, an-Nawawi, bab "al-Hilm, wal-Inat war-Rifq")

WAllahua'alam .....

Khamis, 26 Ogos 2010

KAMI TIDAK BODOH


"Tapi kami, para peneroka Felda, bukannya bodoh untuk terperangkap dengan lakonan seperti ini. Kami tidak akan menarik balik saman tersebut," tambah Karip, yang mengetuai 766 peneroka memfailkan saman itu. Lagi di sini.

Berbaloikah penindasan dan penipuan 15 tahun yang dilakukan oleh Felda terhadap para peneroka ini, dengan hanya memberi cek contoh kononnya duit raya? hahahaha. Orang bodoh je yang senang kena tipu.

Renungkanlah Sabda Rasulullah SAW ini :

عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

ًWAllahua'alam ....

Isnin, 23 Ogos 2010

Kelalaian Menjelang Lailatul Qadar


“Mana mungkin Yahudi akan menasihati kerajaan supaya buat program biar umat Islam makin menghayati agama? Sebaliknya, dia akan usahakan agar kita semua makin jauh. Sebab itu kalau kita tengok program kerajaan kebanyakannya tidak ajak rakyat berlumba merebut keberkatan Ramadhan,” ujarnya lagi. Lagi di HarakahDaily.

Ini lah kerja UMNO / APCO menjelang Lailatul Qadar yang tidak berhenti untuk menyerang minda dan pemikiran umat Islam supaya terus lalai dan leka dari mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَن نَّكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَندَادًا ۚ وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَجَعَلْنَا الْأَغْلَالَ فِي أَعْنَاقِ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٣٣﴾

"Dan berkata pula orang-orang yang tertindas (rakyat) kepada orang-orang yang sombong takbur (penguasa yang memimpin) itu: Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdayakan kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan." (QS Sabak : 33)

WAllahua'alam ....

Ahad, 22 Ogos 2010

Bangang .....


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka. Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ibrahim berkata “siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang. Lagi di sini.

Hebatnya Berahim Ali, huiiyyooo takutnya ..... hahahaha....Kehebatan dan keberanian Berahim Ali ini seolah-olah di sedang memiliki kekuasaan seperti PM Mahmoud Ahmadinejad yang sedang memiliki kekuatan tentera yang hebat dan kuat yang mampu mencabar sesiapa kuasa besar di dunia ni.

Udah udah lah tu, Berahim woi .... toksah la berangan macam Mat Jenin. Hang tu sapa?

Allah SWT Berfirman:

أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ ﴿١٢﴾

"Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan (fitnah), tetapi mereka tidak menyedarinya, "(QS Al Baqarah : 12)

WAllahua'alam ....

Khamis, 19 Ogos 2010

Jawapannya Ada di dalam Al Quran


Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, masalah keruntuhan moral yang begitu meruncing dalam negara menunjukkan ianya adalah satu kegagalan kepimpinan Kerajaan Pusat yang enggan merujuk kepada undang-undang Islam yang mana ia mampu memberi kesejahteraan kepada seluruh umat manusia. Lagi di Harakahdaily.

Perkara ini timbul apabila gejala sosial (so - sial atau sangat sial) yang berlaku sejak mutakhir ini dengan kes pembuangan atau pembunuhan bayi yang semakin menjadi-jadi. Ini semua berlaku kerana pemerintah yang ada enggan merujuk dan kembali kepada Al Quran dan Perundangan Syari'ah Islam yang sebenar.

Allah SWT Berfirman :

مِنْ أَجْلِ ذَ‌ٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ ﴿٣٢﴾

"Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu undang-undang) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain[411], atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya[412]. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu[413] sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakan dimuka bumi." (QS Al Maidaah : 32)

[411]. Yakni: membunuh orang bukan kerana qishaash.

[412]. Undang-undang ini bukanlah mengenai Bani Israil sahaja, tetapi juga mengenai manusia seluruhnya. Allah memandang bahawa membunuh seseorang itu adalah sebagai membunuh manusia seluruhnya, kerana orang seorang itu adalah anggota masyarakat dan kerana membunuh seseorang bererti juga membunuh keturunannya.

[413]. Ialah: sesudah kedatangan Rasul membawa keterangan yang nyata.

Allah SWT Berfirman lagi :

.... يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ أَن تَضِلُّوا ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١٧٦﴾

".... Allah menerangkan (undang-undang Al Quran ini) kepada kamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (QS An Nisaa : 176)

Allah Yang Menciptakan manusia, mustahillah bagi Allah tidak tahu untuk menguruskan undang-undang yang mana sesuai untuk kita. WAllahua'alam ....

Rabu, 18 Ogos 2010

Buang je MCA tu dari BN ......


PAS menyifatkan 'pertelingkahan' antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama bangsawan Melayu dan Opera Cina menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan. Pergaduhan ini masih lagi berlaku di sini.

Nampaknya pergaduhan dan perpecahan dalam BN makin ketara. Bagi pendapat mAklonG, elok dipecat je MCA tu dari Barisan Ngok (BN) ni sebab MCA jadi laibiliti atau kesialan dalam BN je.

Nabi SAW pernah bersabda :

وكان ارفجة ابن شرية رضي الله عنه قال : سمعت رسول صلى الله عليه وسلم قال :" من يأتي لك عندما كنت المتحدة ، وانه يريد تقسيم ، ثم فقتله. " رواه مسليم.

Arfajah Ibnu Syuraih Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa datang kepadamu ketika keadaanmu bersatu, sedang ia ingin memecah belah persatuanmu, maka bunuhlah dia." (HR Muslim).

WAllahua'alam....

Isnin, 16 Ogos 2010

Gaduh Jangan Tak Gaduh ..... Padan Muka Hangpa !!!!


Katanya, MCA menghormati pandangan Hishammuddin tetapi tegasnya, naib presiden Umno itu tidak boleh menuduh MCA beralih daripada matlamat dan perjuangan BN, hanya kerana parti itu mempunyai suara yang berlainan daripada beliau (Hishammuddin) atau pemimpin parti komponen yang lain. Pergaduhan ini berlaku di sini.

Ironinya, persatuan dan pertubuhan atau kumpulan yang tidak berada di bawah lembayung Redha Allah SWT, pastinya akan kucar kacir.

Allah SWT Berfirman :

لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ﴿١٤﴾

"Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." (QS Al Hashr : 14)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 14 Ogos 2010

JANGAN CABAR ALLAH !!!!


Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera. Lagi cerita bala ni di sini.

Semua bala dan azab yang diturunkan Allah SWT merupakan tamparan hebat dan balasan dariNya untuk manusia yang kerdil yang mengaku dirinya kuat dan mahu mencabar Allah SWT dengan cara mempermainkan hukum-hakam Nya. Klik kat sini untuk jenis manusia yang ingin mencabar kekuasaan Allah SWT.

Allah SWT Berfirman :
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (QS Al Israak : 16)

WAllahua'alam ....

Khamis, 12 Ogos 2010

Munafik Memang Suka Berlagak Alim


“Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin UMNO. Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim,” katanya. Lagi di situ.

Sikap Noh Omar itu tak ubah seperti si bodoh lagi munafik. Rasulullah SAW pernah bersabda :

الله لا تبخل من العلوم الإنسانية في طريقة ولكن مع القاتل انتزع العلماء بحيث لم يعد يبقى جودي. وهكذا الزعماء الذين من ثم يرفع طلب سخيف وانه يعطي الفتوى بغير علم. فهي ضالة ومضللة. - متفق عليه

"Sesungguhnya Allah tidak menahan ilmu dari manusia dengan cara meragut tetapi dengan mewafatkan para ulama sehingga tidak lagi yang tinggal seorang alim. Dengan demikian orang-orang mengangkat pemimpin-pemimpin yang dungu lalu ditanya dan dia memberi fatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan." (Mutafaq'alaih)

ًِWAllahua'alam ....

Selasa, 10 Ogos 2010

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhabambik Ya Ramadhan


“ Al-Quran telah menjelaskan bahawa kefardhuan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah bertujuan untuk mendapatkan ketakwaan kepada Allah SWT,” ujar beliau. Lagi di sini.

Kenyataan di atas sebenarnya Allah telah Firmankan di dalam Ayat :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (QS Al Baqarah : 183)

Kemudian Allah SWT Berfirman lagi mengenai berpuasa pada Ayat-Ayat seterusnya sehinggalah Ayat yang ke 187, juga diakhiri di kalimah bertakwa.

Namun pada Ayat 186 Allah Menegaskan tentang doa untuk sesuatu kemenangan dan kejayaan tidak akan tercapai jika tiada perasaan takwa kepada Allah SWT. Ayat tersebut berbunyi :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ﴿١٨٦﴾

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman (dengan sebenar-benar keimanan) kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (QS Al Baqarah : 186)

Kesimpulannya, sama-samalah kita memanfa'atkan sepenuhnya kesempatan yang baik di Bulan Ramadhan Al Mubarak ini untuk terus kita meningkatkan ketaqwaan disamping perjuangan kita menentang kebathilan UMNO/BN, InsyAllah. WAllahua'alam.

Isnin, 9 Ogos 2010

Betul Punya Bangkrap


Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun. Lagi di situ.

Penipu, pembelit, perompak, pencuri, penyamun, lanun, penyangak dan perampas = UMNO/BN.

Rasulullah SAW bersabda :

عيسى بن مريم ليروا بأنفسهم سرقة ، ثم قال له
عيسى : "أنت سرقة". فأجاب اللص : "لا والله الذي لا إله إلا هو". قال عيسى ثم مرة أخرى ، "أنا أؤمن بالله وتنكر بأم عيني". - رواه البخاري ومسلم

"Isa bin Maryam melihat sendiri seorang yang mencuri, lalu Isa berkata kepada orang itu, "Kamu mencuri." Tapi pencuri itu menjawab, "Tidak, demi Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia." Isa lalu berkata lagi, "Aku beriman kepada Allah dan mendustakan mataku sendiri." (HR. Bukhari dan Muslim)

hehehe .... WAllahua'alam ....

Ahad, 8 Ogos 2010

Mulut Busuk Chua Soi Lek
























“Elok dia tumpu hal MCA sahaja. Dia bercakap macam dia tak tahu politik pula. Kalau tak faham politik, jangan kacau politik parti lain. Jaga MCA elok-elok,” katanya. Lagi di sinun.

Spesis orang mulut busuk macam ex-pelakon lucah ni berlambak. Tak payah le heran.

Allah SWT Berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ ﴿٦﴾

"Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu ejek-ejekan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan." (QS Luqman : 6)

WAllahua'alam ....

Khamis, 5 Ogos 2010

Kerajaan UMNO/BN Perak Darul Kartun


klik pada gambar kat atas ni

“Sepanjang masa persidangan, microphone Adun Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung di atas bangunan seperti akuarium, seluruh dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini dewan negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur dalam Negeri Perak berikutan rampasan kuasa,” katanya lagi. di sini.

Sebuah negeri paling kartun dalam dunia ni, Perak lah....

Selasa, 3 Ogos 2010

Terima kasih Ganesan...


Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan].... Lagi kat sini.

Hahaha .... syabas Dato' Nizar. Celaka punya Ganesan Firaun lagi penyamun tak malu mengaku diri Tuan Yang Dipertua. Memang macam Fira'un puak-puak UMNO/BN ni.

Allah SWT Berfirman :

فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ ﴿٢١﴾ ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ ﴿٢٢﴾ فَحَشَرَ فَنَادَىٰ ﴿٢٣﴾ فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ ﴿٢٤﴾

"Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah); Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi."(QS An Naazi'aat : 21 - 24)

Kan bunyinya macam, "saya adalah Tuan Yang Dipertua." WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia