Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 23 Jun 2010

Munafik : memang hobinya suka berbohong ....


"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang mengguna pakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan politik sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni," tegas mereka berdua. Lagi di Harakahdaily.

Itulah UMNO. Sebuah parti politik yang paling munafik dan hipokrit. Telah terbukti isu pengganas yang dikaitkan dengan empat tokoh itu memang bohong dan sengaja direka-reka belaka demi kepentingan tembolok mereka.

Allah SWT Berfirman :

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ ۚ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا الْحُسْنَىٰ ۖ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿١٠٧﴾

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pembohong (dalam sumpahnya)." (QS At Taubah : 107)

Rasulullah SAW bersabda :

علامات المنافق ثلاث : عند الحديث عن الكذب وعندما لا يبقى الوعد ، وإذا ما أعطيت ولاية انه خيانة. - رواه مسلم

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu bila berbicara dia berbohong, bila berjanji tidak ditepatinya, dan bila diberi amanah dia berkhianat." (HR. Muslim)

ٍٍٍSiakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi perdana menteri. WAllahua'alam ....

Isnin, 21 Jun 2010

jangan tampal loji najis yang bocor dari dalam ....


"Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada UMNO, kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan UMNO lebih cemerlang,” katanya. Sementara itu, Mohd Asri dalam blognya berkata, sehingga kini beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Lagi di situ.

Ternyata UMNO kemaruk untuk memanupulasikan bekas mufti ini demi kepentingan politik yahudi mereka.

Mungkin Dr Maza mungkin berminat untuk menyertai UMNO semata-mata untuk meluruskan UMNO yang selama ini melencong dari jalan yang benar.

Tetapi pendapat mAklong, ibarat menampal tong najis yang bocor (UMNO), kita takkan nak masuk dalam tong tu, mesti nak repair dari luar tong.

Kerana yang baik dan yang buruk itu tidak boleh berada di dalam satu tempat. Allah SWT Berfirman :

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٤٢﴾

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (QS Al Baqarah : 42)

WAllahua'alam ....

Khamis, 17 Jun 2010

Katak dua spesis ....


"Saya ingin tegaskan bahawa Adun BN dan Bebas di Perak adalah sepakat sejak dulu, sekarang dan insya Allah hingga pilihan raya umum yang akan datang. Dakwaan pembangkang itu semua fitnah untuk meraih simpati," katanya. Sumbernya di sini.

barulah mAklonG tau, rupa-rupanya ada dua spesis katak-katak ni. Ada yang sokong BN ada yang taknak sokong. Klik sini untuk ceritanya. Mampus lah kome katak-katak sekelian. Jadilah katak Bebas yang bodoh dan tak akan bersatu selama-lamanya.

Rasulullah SAW bersabda :

إنا أمة وبلدي لا يكون متحدا في الخطأ. ولذلك ، إذا كان هناك أي نزاع اتبع ذلك أكبر عدد من الأصوات. - رواه أنس بن مالك

"Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan. Kerana itu jika terjadi perselisihan maka ikutilah suara terbanyak." (HR. Anas bin Malik)

WAllahua'alam ....

Rabu, 16 Jun 2010

Bila duit dah tak de .....


Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, hanya Keshvinder yang dapat menjelaskan sebab-sebab beliau bertindak sedemikian. "Mesti ada suatu sebab kenapa dia keluar daripada parti. Dia tak puas hatikah atau dia hilang keyakinan dan sebagainya. Lagi di sinun.

sepatutnya Najib, kena sebut macam ni : "Benggali karpet tu dah tak ada duit, mintak pada kami tapi ada syarat la, senang je. Keluar DAP, kami bagi duit....".

Jangan lah hendaknya ada lagi barua-barua seperti ini dalam Pakatan Rakyat.

Allah SWT Berfirman,

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨﴾

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." (QS Al Kahfi : 28)


WAllahua'alam ....

Ahad, 13 Jun 2010

Kebodohan seorang Professor


Sebuah akhbar hari ini melaporkan pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, Prof Datuk Dr Zainal Kling mencadangkan PAS menggugurkan perkataan Islam kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang. Dilaporkan oleh Harakahdaily.

Pada hakikatnya nama melambangkan sifat. Sifat pula menunjukkan keperibadian. Cuba hangpa tengok nama mangkuk yang suruh tukar nama PAS tu, nama pun bin anak keling. Hahahaha. Jenis mamak kutty harbi takguna punya makhluk. Title saje professor tapi otak letak kat lutut.


Rasulullah SAW bersabda :

وهناك القليل من المعرفة هو أفضل من الكثير من العبادة. يكفي لمعرفة فقه إذا كان قادرا على عبادة الله (جيد) ، وغبية جدا عندما يشعر المرء بالفخر (عجب) مع آرائهم الخاصة. - رواه طبراني

"Sedikit ilmu lebih baik dari banyak ibadah. Cukup bagi seorang pengetahuan ilmunya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri." (HR. Ath-Thabrani)

WAllahua'alam ....

Khamis, 10 Jun 2010

Keadilan Itu Mutlaknya Adalah Hak Allah ....


Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini. Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan. Lagi .....

Sebenarnya bukan mintak kebenaran dari mahkamah tapi kena mintak pada bini tua la abang Bung oiiii ..... Memang Allah SWT membenarkan para lelaki untuk berkahwin lebih daripada 4. Kenyataan ini Allah SWT Firmankan :

.... فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً .... ﴿٣﴾

".... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja ...." (QS An Nisaa : 3)

Kepada para lelaki semua, Allah SWT Memperingatkan antum semua dalam Surah yang sama tentang keadilan antum semua pada isteri-isteri seperti kami. Allah Berfirman :

وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١٢٩﴾

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS An Nisaa : 129)

WAllahua'alam ....

Selasa, 8 Jun 2010

Apabila si munafik bercakap tentang yahudi ....


"Kalau zionis Israel yang jauh pun kita sebagai rakyat menyertai dunia mengecam kuasa haram itu di Dewan Rakyat dan di jalan raya, sepatutnya kita perlu menolak proksi-proksi mereka ini yang ada dekat di dalam negara," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Najib-UMNO/BN sejak dua menjak ni tak berhenti-henti bercakap yang kononnya membenci Zionis Israel tetapi sebenarnya puak-puak munafik ni amat mencintai dan berharap kepada yahudi Laknatullah ini. Buktinya APCO bersama firma-firma yahudinya masih lagi bertapak di Malaysia.

Allah SWT Berfirman :

اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٢﴾ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ ﴿٣﴾

"Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)." (QS Al Munaafiquun : 2 - 3)

WAllahua'alam ....

Ahad, 6 Jun 2010

Agak-agak harta PM kita banyak ni jerr keeer?


MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle. Lagi di sini.

Tak banyak mende yang mAklonG nak cakap..cumanya....

Berapa biji kete yang PM ada?
Kalau ada kete, jenis apa yang ada?
Gaji PM, berapa yer??? Pas tu PM sumbangkan berapa peratus pada UMNO/BN yer..
Agak-agaknya Datin Ros ada ker sebidang tanah yang sekangkang 'MONYET' untuk menanam pokok-pokok buah-buahan ker, pokok bunga ker bila PM dah pencen nanti...insya Allah...

Sapa boleh jawab? Jawab...jawab jangan tak jawab.

Allah SWT Berfirman :

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢﴾ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٣﴾ ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٤﴾ كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ﴿٥﴾ لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ﴿٦﴾ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ ﴿٧﴾ ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ ﴿٨﴾

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!" (QS At Takasur : 1 - akhir).

WAllahua'alam ....

Sabtu, 5 Jun 2010

Perhimpunan Munafik


Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam. Lagi di sinun.

Ni semua tindakan orang-orang munafik yang nak menipu rakyat. Apa gunanya buat demo, berhimpun melaungkan Allahuakbar tapi ketuanya patuh dan jadi barua Yahudi Israel ???? Bagaimana dengan Apco dan Yahudi di dalam pentadbiran Polis Bukit Aman ????

Allah SWT Menempelak golongan munafik seperti di atas di dalam FirmanNya :

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ ﴿١٤﴾

"Dan bila mereka (orang-orang munafik) berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka[25], mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok."" (QS Al Baqarah : 14)

[25]. Maksudnya: pemimpin-pemimpin mereka.

Mengenai firman Allah Waidza laqulladziina amanu...... (QS Al Baqarah: 14) diturunkan tentang Abdullah bin Ubay dan kawan-kawannya, dalam peristiwa sebagai berikut: Pada suatu hari di di waktu mereka bertemu dengan beberapa shahabat Nabi SAW, Abdullah bin Ubay berkata kepada teman-temannya: "Lihatlah, bagaimana caranya aku mempermainkan mereka yang bodoh-bodoh itu!" Ia pun mendekati dan menjabat tangan Abu Bakar sambil berkata. "Selamat penghulu Bani Taim dan Syaikhul Islam dan orang kedua beserta Rasulullah di gua (Tsur) yang mengorbankan jiwa dan harta bendanya untuk Rasulullah." Kemudian ia menjabat tangan Umar sambil berkata: "Selamat penghulu Bani Adi bin Ka'b yang mendapat gelaran al-Faruq, yang kuat memegang Agama Allah, yang mengorbankan jiwa dan harta bendanya untuk Rasulullah." Kemudian ia menjabat tangan Ali bin Abi Thalib sambil berkata: "Selamat saudara sepupu Rasulullah, menantunya, dan penghulu bani Hasyim sesudah Rasulullah." Setelah itu mereka berpisah dan berkatalah Abdullah bin Ubay kepada kawan-kawannya. "Sebagaimana kamu lihat perbuatanku tadi, jika kamu bertemu dengan mereka, berbuatlah seperti apa yang telah kulakukan." Kawan-kawannya pun memuji-muji Abdullah bin Ubay. Setibanya Kaum Muslimin (Abu Bakar, Umar dan Ali) kepada nabi SAW mereka memberitahukan peristiwa tadi, maka turunlah ayat tersebut di atas (QS Al Baqarah : 14). Ayat ini membukakan kepalsuan golongan munafik dalam menghadapi kaum Muslimin.

(Diriwayatkan oleh al-Wahidi dan ats-Tsa'labi dari Muhammad bin Marwan dan as-Suddi as-Shaghir dari al-Kalbi dari Abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

WAllahua'alam ....

Rabu, 2 Jun 2010

Munafik dan Yahudi memang bersaudara ....


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Wisma Putra menggunakan semua saluran bagi membebaskan semua tawanan Malaysia yang berada di kapal itu. Lagi di sini.

Persoalannya, adakah misi dari konvoi bantuan itu berjaya???? Sudah tentunya tidak. Bantuan kepada Palestin bererti semua itu mesti dibayar dengan nyawa. Adakah si munafik berani untuk menyerahkan nyawanya di hujung mesingun tentera rejim zionis? Sudah tentu kematian untuk itu amat ditakutinya, lebih baik hidup daripada mati, kerana mati amat ditakuti oleh sang munafik. Rasululah SAW pernah bersabda:

عن صوبن رضي الله عنه, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول," وسيأتي الوقت الذي سيكون قريبا تكون مزدحمة من قبل الدول الأخرى ومحاربة الناس على ملء كوب شره (الغذاء)". وسأل صديقه : "ما هو الوقت لدينا عدد قليل ، يا رسول الله!" فأجاب : "لا ، ولكن في ذلك الوقت المبلغ الذي الناس مرة واحدة ، ولكن لم تقم بتغيير بمثابة فقاعة فيضانات المياه (غير مفيد) وسوف تشارك في الوهان المرض". وسألوا : "ما هو الوهان المرض ، لذلك يا رسول الله؟" وقال : "علاقة حب مع أكثر من غيرها في الدينا ، والخوف من الموت." - رواه. أبو داود

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (HR Abu Daud)

Sebagai bukti UMNO-fiq memang takutkan mati, dengan memohon kerajaan rejim zionis membebaskan kesemua tawanan Malaysia. Ini semua kerana apa ? Lain tak bukan kerana Apco Worldwide tajaan Israel Zionis itu.

Jenis spesis yahudi ni nak tolong balik ke puak-puak munafik ni. Mampus, takkan tolong punya. Buat baik dengan yahudi ni, kome ingat yahudi boleh buat baik dengan kome ke? Bodohnya UMNO ni .....

Allah SWT Berfirman :

۞ أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِن قُوتِلْتُمْ لَنَنصُرَنَّكُمْ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿١١﴾
لَئِنْ أُخْرِجُوا لَا يَخْرُجُونَ مَعَهُمْ وَلَئِن قُوتِلُوا لَا يَنصُرُونَهُمْ وَلَئِن نَّصَرُوهُمْ لَيُوَلُّنَّ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنصَرُونَ ﴿١٢﴾
"Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu! Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta. Demi sesungguhnya! Jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya dan demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya, Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan;" (QS Al Hashr : 11 - 12)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia