Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 30 November 2009

PDRM memang kuda UMNO/BN


GEORGETOWN, 30 Nov: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak pasukan polis kerana membiarkan samseng jalanan tajaan Barisan Nasional (BN) membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini. Dilaporkan oleh Harakah.

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit menguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bangunan Perak Turf Club, di sini dua hari lalu. Yang dilaporkan oleh MStar.

Cuba anda semua klik pada dua pautan di atas. Baca dan fahami. Buatlah penilaian anda sendiri tentang status PDRM ni macamana. Tegas, Adil Dan Berhemah ke? Rasa nak termuntah .... Mana adilnya?

Ingatlah akan peringatan dari Rasulullah S.A.W ini: "Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ada tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak dilihat dan tidak akan disucikan, dan bagi mereka azab yang pedih, iaitu: Orang yang mempunyai kelebihan air di padang pasir namun tidak mau memberikannya kepada orang yang berada di tengah perjalanan; orang yang menawarkan barang dagangan kepada orang lain setelah Asar, lalu ia bersumpah dengan nama Allah bahawa ia telah membelinya sekian dan sekian sehingga saingannya mempercayainya, padahal sebenarnya tidaklah demikian; dan seseorang yang mengikrarkan kepatuhannya kecuali untuk kepentingan dunia (harta, gaji dan sebagainya), bila sang pemimpin memberinya (harta, gaji dan sebagainya) ia akan patuh dan bila tidak memberinya ia tidak akan mematuhinya." (HR Muttafaq Alaihi).

WAllahua'alam ....

BTN : Satu Doktrin Jahat

JITRA - Kerajaan akan tetap meneruskan penganjuran Kursus Biro Tata Negara (BTN) di Selangor walaupun kerajaan negeri itu melarang warga kerja dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertainya kerana mendakwa ia sebagai proses doktrinasi oleh Barisan Nasional (BN). - Berita yang dilaporkan oleh Sinar Hairan.

Biro Tata Negara merupakan satu platform atau kursus yang ditanam ke dalam minda para pesertanya seperti bentuk pengisian dakyah atau doktrin supaya terus menyokong UMNO/BN yang sudah sekian lama diamalkan oleh mereka sebelum ini. Adakah pengisian diberi oleh BTN menjurus kepada Cinta Allah dan Rasul?

Allah S.W.T Mengingatkan kita supaya berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan dakyah seperti ini dalam Surah Al An'aam pada Ayat 112 yang bermaksud: A'uzubillahi minas syaitonirrojim, "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." ShodaqALLAHul'Azim.

[499]. Maksudnya syaitan-syaitan jenis jin dan manusia berupaya menipu manusia agar tidak beriman kepada Nabi.

WAllahua'alam ....

Ahad, 29 November 2009

Doa Senjata bagi Orang Beriman


KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ulama semalam membidas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.- Dilaporkan oleh lidah UMNO, Berita Hairan.

Teruskan berdoa wahai saudara-saudaraku rakyat Kelantan sekelian. Sesungguhnya kalian sedang dizalimi, didiskriminasi, dikhianati oleh pemimpin pusat yang berhati neo-nazi.

Yakinlah yang Allah itu Maha Dekat serta Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya yang dizalimi. Doa kalian semua akan dimakbulkan Allah.

Allah SWT Berfirman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 186 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, ...." ShodaqALLAHul'Azim.

Allah S.W.T Berfirman lagi dalam Surah Qaf pada Ayat 16 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya," ShodaqALLAHul'Azim.

Allah S.W.T selanjutnya Berfirman lagi dalam Ghafir pada 60 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu....." ShodaqALLAHul'Azim.

Marilah kita sama-sama berdoa, .... HANCUR UMNO !!!! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar wa lILLAHilhamd

Khamis, 26 November 2009

Perutusan Aidil Adha Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan Selamat Aidiladha kepada seluruh umat Islam supaya kita menghidupkan hari yang mulia ini dengan membangkitkan semula semangat, bersedia untuk berkorban segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim a.s. yang menjadi contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam.

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan sesiapa yang tidak suka kepada ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, dia adalah orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Tuhan memilihnya di dunia ini (menjadi nabi dan rasul) dan di akhirat nanti dia termasuk di kalangan orang-orang yang salih (yang mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah). Ingatlah apabila Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Serahlah diri kamu (yakni Islam), Ibrahim menjawab: Saya Islam, menyerah diri kepada Allah Tuhan semesta alam. Ibrahim memberi wasiat kepada anak-anaknya, begitu juga Nabi Yaakub (memberi wasiat yang sama): Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah memilih kamu satu agama iaitulah agama Islam, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam yang sebenar." (Surah al-Baqarah: 130-132)

Apakah Islam yang sebenar yang dianut oleh Nabi Ibrahim a.s.? Iaitulah Islam yang berasaskan akidah tauhid, mengesakan Allah pada zat-Nya, sifat-Nya, hukum syariat-Nya dan segala perkara yang menjadi hak istimewa bagi Allah SWT dan menolak sebarang bentuk syirik, menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain pada perkara-perkara yang menjadi hak istimewa bagi Allah SWT dalam perkara ibadat, termasuk juga dalam perkara cara hidup yang diwajibkan mengabdikan diri kepada syariat Allah SWT sama ada cara ibadat, sunat, wajib, diri dan harta benda termasuklah juga cara hidup yang berkait dengan individu, yang berkait dengan makanan, pakaian, pergaulan.

Cara hidup yang berkait dengan keluarga, masyarakat dan negara, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain mestilah berlandaskan syariat Allah SWT, tidak melakukan syirik dengan menerima cara hidup berlandaskan syariat dan hukum- hakam ciptaan manusia yang dinamakan ideologi, teori dan sebagainya kerana Allah SWT meluaskan perkara ini dengan firman-Nya yang bermaksud: "Adakah mereka itu mempunyai sekutu-sekutu yang lain daripada Allah Taala yang mengadakan hukum syariat dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah Taala." (Surah asy-Syura: 21)

Dalam perkara tauhid, menentang syirik ini, kita memerlukan islah dan tajdid, memerlukan pembaharuan kerana berlakunya perubahan masa dan keadaan. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Perbaharulah iman kamu. Lalu para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami memperbaharukan iman kami? Sabda Rasulullah s.a.w.: Perbaharulah iman kamu dengan lailahaillallah."

Dengan makna menegakkan tauhid dalam semua perkara, dalam ibadat dan seluruh cara hidup yang luas sebagaimana yang disebutkan tadi, mestilah berlandaskan kepada ajaran Allah SWT dan menolak segala bentuk syirik, yang lain daripada Allah SWT. Di mana kefahaman tauhid dan menolak syirik memerlukan pembaharuan. Pembaharuan supaya umat Islam sentiasa memahami bagaimana Islam adalah sesuai di sepanjang zaman. Islam boleh menghadapi perubahan masa dan tempat yang berlaku sepanjang kehidupan manusia.

Di sana ada perkara yang qat'iyat dan disebut dengan sawabit, yang tetap yang tidak berubah dalam perkara rukun- rukun ini, dalam perkara prinsip akidah, dalam perkara halal dan haram, dalam perkara yang diputuskan yang tidak berubah dalam kehidupan manusia. Dan di sana ada perkara yang disebut dengan mutaghayirat, yang berubah mengikut keadaan dan masa seperti cara bermesyuarat, cara mempertahankan umat dan negara, cara memberi penyampaian dan kefahaman kepada manusia di mana cara ini berlaku perubahan dalam kehidupan manusia. Agama membenarkan kita melakukan perubahan.

Apa yang menjadi masalah pada hari ini berlakunya syirik, menyengutukan Allah dalam perkara yang terang-terang dan nyata, yang dinaskan oleh Allah, mengadakan hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah dan hilangnya semangat keyakinan kepada Allah SWT sehingga menjadi pergantungan kepada wang ringgit, harta benda, pangkat dan kedudukan, mengatasi keyakinan kepada Allah Taala.

Maka di sini menunjukkan adanya berhala baru yang dipuja oleh manusia di zaman kini iaitulah wang ringgit, bantuan kewangan dengan berbagai-bagai nama yang boleh merosakkan iman dan keyakinan seseorang kepada syariat Allah SWT, sanggup meninggalkan syariat kerana mengejar kewangan, kemewahan dan kesenangan dunia.

Kita perlu menyedari musuh-musuh Islam membiayai penentangan terhadap Islam melalui kewangan, melalui Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan berbagai-bagai agensi, gerakan-gerakan zionis antarabangsa yang menyumbang kewangan bagi menyesatkan umat Islam supaya menjadi murtad sama ada meninggalkan agama secara total ataupun meninggalkan syariat Allah secara sedikit demi sedikit, sebagaimana yang diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Kamu akan terikut-ikut dengan perjalanan ajaran orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedikit demi sedikit sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu akan ikut masuk sama. Lalu para sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Kristian, ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w.: Maka siapakah?"

Inilah kefahaman yang perlu disampaikan kepada umat Islam terutama pada hari raya yang mulia, ketika kita menghadapi tokoh nabi-nabi dan rasul-rasul, Nabi Ibrahim a.s. yang menentang syirik dan menegakkan tauhid di mana seluruh umat Islam merayakan hari ini di samping jemaah haji yang berhimpun di Mekah.

Sebaik sahaja mereka memakai ihram, mereka bertalbiah menyahut seruan Allah yang bermaksud: "Ya wahai Tuhan, ya wahai Tuhan, tiada sekutu bagi-Mu. Ya wahai Tuhanku, sesungguhnya segala kepujian, segala nikmat menjadi milik-Mu, begitu juga pemerintahan menjadi milik-Mu, ya wahai Tuhan."

Mudah-mudahan dengan sepatah dua ucapan memberi pengajaran kepada kita.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Jawatan Itu Adalah Amanah ....


KOTA BHARU: Datuk Husam Musa yang selama ini dikatakan calon paling sesuai menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, semalam mengumumkan beliau bukan calon yang layak memegang jawatan itu. - Dilaporkan oleh Berita Hairan.

Kalaulah yang ditawarkan jawatan MB itu kepada calon UMNO/BN, sudah tentu berebut-rebut mereka mahukan jawatan itu tanpa disedari dalam masa yang sama, juak-juak UMNO/BN jahiliyyah ini tidak mengetahui bahawa jawatan itu adalah amanah dari rakyat.

Allah S.W.T Menegaskannya dalam Surah Al Ahzab pada Ayat 72 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh," ShodaqALLAHul'Azim.

[1233]. Yang dimaksud dengan amanah di sini ialah tugas-tugas keagamaan dan kepimpinan.

Tanggungjawab seorang pemimpin itu sangat berat dan pastinya Allah S.W.T akan menanyakan tentang kepimpinannya kerana pemimpin atau apa sahaja jawatan yang berada di tampuk kepimpinan dari yang kecil hinggalah yang terbesar, pemimpin adalah hamba kepada rakyatnya.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, "Pemimpin suatu kaum adalah hamba (pelayan) mereka." (HR. Abu Na'im)

Lagi Rasulullah S.A.W mengingatkan, "Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab (akan disoal pada hari kiamat kelak) atas kepemimpinannya. Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (hamba) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya." (HR. Bukhari dan Muslim)

YB Husam Musa seorang yang berilmu dan mengetahui serta menyedari akan nas-nas ini dan beliau merasakan dirinya belum lagi layak untuk memikul amanah rakyat kepada seorang pemimpin yang bergelar Menteri Besar.

WAllahua'alam ....

Rabu, 25 November 2009

FADHILAT PUASA HARI ARAFAH


Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."

- Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah."

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi

Daripada Anas bin Malik telah berkata : "Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu." ….Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Tempat rujukan :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

WAllahua'alam ....

Najib Mesra Judi !!!!


Malaysia sebuah Negara Islam berjaya mengaut hasil judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008. Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM. Lagi di sini.

Nabi S.A.W pernah bersabda dalam sebuah hadisnya tentang orang tidak memperdulikan dari mana datangnya sumber hartanya samada halal atau haram.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (Riwayat Muslim)

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak kroni-kroni mereka.

WAllahua'alam ....

60 hari ke atau 60 bulan nak kena tunggu ni ????


PUTRAJAYA 24 Nov. - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan sementara perisytiharan Mahkamah Tinggi agar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dikosongkan sementara menunggu rayuan - Utusan.

Kita tunggu sama ada 60 hari atau 60 bulan. Sepertinya Mahkamah Rayuan ini juga komponen UMNO/BN selain daripada SPR, SPRM, PDRM, NST, Utusan, TV3 dan yang sama waktu dengannya.

Ahad, 22 November 2009

Ah Liow's Healthy Paranoia

KUALA TERENGGANU - Penggunaan ikan dicemari sejenis kuman dinamakan ‘vibrio cholera’ dalam keropok dikenal pasti sebagai salah satu punca menyebabkan berlakunya penularan penyakit Kolera atau taun di Terengganu. Lagi di sini.

Ini namanya nak hancurkan bisnes orang melayu yang menjual kopok leko. Macamana pulak orang yang jual daging babi? Ngapa tak cakap babi segala punca selsema babi? Ngapa Ah Liow tak nak cakap arak itu bahaya? Sebab semua tu nak bagi kayakan kroni-kroni dia. Orang lain mati takpe janji aku ada maassyuukkk ....

Jumaat, 20 November 2009

harus mengeji manusia yang ternyata kefasikannya


Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 76 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan apabila mereka (orang-orang munafiq dan yahudi) berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata:" Kami pun telah beriman," tetapi apabila mereka berada sesama mereka saja, lalu mereka berkata: "Apakah kamu menceritakan kepada mereka (orang-orang mukmin) apa yang telah diterangkan Allah kepada kamu, supaya dengan demikian mereka dapat mengalahkan hujjahmu di hadapan Tuhanmu; tidakkah kamu mengerti?"[66] ShodaqALLAHul'Azim.

[66]. Sebagian Bani Israil yang mengaku beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W itu pernah bercerita kepada orang-orang Islam, bahawa dalam Taurat memang disebutkan tentang kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Maka golongan lain menegur mereka dengan mengatakan: "Mengapa kamu ceritakan hal itu kepada orang-orang Islam sehingga hujjah mereka bertambah kuat?"

Ayat di atas mempunyai sebab mengapa Ianya DiTurunkan oleh Allah S.W.T atau asbabun nuzul. Mari kita ikuti ....

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Nabi SAW pada peperangan Bani Quraidzah berdiri di bawah benteng mereka. Dengan marahnya atas pengkhianatan mereka, beliau bersabda: "Hai saudara-saudara kera! Hai saudara-saudara babi! Hai penyembah-penyembah thaghut!" Para pemimpin bani Quraidzah berkata kepada kaumnya. "Siapa yang memberitahu Muhammad tentang ucapan yang dikeluarkannya itu! Ia tidak mungkin tahu kecuali dari kamu. Mengapa kalian beritahukan kepada mereka tentang kutukan Allah kepada kalian, sehingga mereka dapat mengalahkan hujjah kalian?" Maka turunlah ayat ini (S. 2: 76) yang menegaskan penyesalan mereka akan kebocoran isi Taurat kepada Nabi Muhammad SAW.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid.)


Allah S.W.T Berfirman lagi dalam Surah Al Baqarah juga, iaitu pada Ayat 65 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar (peraturan Allah) diantara kamu pada hari Sabtu[59], lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera[60] yang hina". ShodaqALLAHul'Azim.

[59]. Hari Sabtu ialah hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang yahudi diketika itu.

[60]. Sebahagian ahli tafsir memandang bahawa ini sebagai suatu perumpamaan , ertinya hati mereka menyerupai hati kera, kerana sama-sama tidak menerima nasihat dan peringatan. Pendapat Jumhur mufassir ialah mereka betul-betul berubah menjadi kera, hanya tidak beranak, tidak makan dan minum, dan hidup tidak lebih dari tiga hari.

Seterusnya Allah S.W.T Berfirman lagi dalam Surah Al Maaidah pada Ayat 60
yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi[424] dan (orang yang) menyembah thaghut?." Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus."ShodaqALLAHul'Azim.

Allah Menegaskan tentang orang yang melanggar peraturan Allah ini, juga termasuk orang yang menghalang kebangkitan Islam wajar dilaknat dan dikeji.

Manusia yang menyembah taghut dan mengingkari kebenaran perundangan Al Quran serta tidak melaksanakan tuntutan dan perintah yang terkandung di dalam Nya, dipanggil sebagai kera dan babi. Nabi S.A.W pun memanggil mereka dengan panggilan itu.

Bagaimana pula dengan situasi di negara kita sekarang ini ? WAllahua'alam ....

Khamis, 19 November 2009

dengar boleh, percaya jangan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berjumpa dengan semua pemimpin kumpulan yang bertelagah dalam MCA untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis dalam parti itu. Najib berkata beliau melihat krisis MCA sekarang telah menjadi lebih serius dan buruk lagi. Lagi di sini.

Sudah berapa kalikah anda terbaca tentang Najib Altantuya cuba untuk menyelesaikan masalah dalaman serta kemelut MCA ini ???? Yang mana MCA adalah parti komponen BN dan Najib bertanggungjawab atas kemelut itu kerana beliau adalah Pengerusinya. Lantaran itulah Najib dengan munafiknya mengatakan beliau akan terus mencuba untuk menyelesaikannya tetapi malang baginya usahanya itu, insyaAllah tidak akan berjaya.

Usaha dan kata-kata Najib Altantuya ini sebenarnya hanyalah retorik dan bersifat munafik. Tiada kesepakatan pada sesuatu konsul, kumpulan, organisasi atau jema'ah yang tidak berteraskan Aqidatul Islam. Sudah pasti satu organisasi yang tidak menjadikan Akidah Islam sebagai tunjang dan pokok sudah tentu ianya akan goyang dan akan tumbang.

Ingatlah, Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 85 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syatonirrojim, "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." ShodaqALLAHul'Azim.

Yang dimaksudkan dengan agama ialah akidah dan sistem kehidupan. Apabila sesuatu sistem kehidupan itu tidak lagi dibawah naungan rahmat Allah, maka hancur dan kucar-kacirlah sistem itu.

Selanjutnya, Allah S.W.T Menegaskan dalam Surah Al-Hashr pada Ayat 14 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syatonirrojim, ".... Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." ShodaqALLAHul'Azim.

tidak mengerti bermaksud tidak mengetahui, jahil serta bodoh. Itulah UMNO.

WAllahu'alam ....

Rabu, 18 November 2009

Hang Tak Payah Sibuk La


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada Kabinet. Lagi berita di sini.

mAklonG percaya, ini sebenarnya bukan cadangan Datuk Seri Lajim Ukin tapi permintaan Che Det sendiri. Maklumlah orang kemaruk kuasa, macam ni lah perangainya. Dah pencen buat lah cara dah pencen. Tak payah nak sibuk hal pentadbiran negara lagi. Bawak-bawaklah pi masjid ke, berzikir banyak-banyak, hang tu dah nak padam dah.

Sesuatu negara itu akan hancur apabila sistem pentadbirannya dicampur tangan oleh orang yang tidak sepatutnya berada dalam kerajaan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi S.A.W. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang berucap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badawi) dan terus bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Bilakah akan terjadi hari kehancuran?". Maka Nabi saw. pun meneruskan ucapannya. Maka sebahagianyang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi S.A.W. selesai dari ucapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari kehancuran tadi ?" Lalu Arab Badawi itu menyahut, "Ya! Saya wahai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari kehancuran". Arab Badawi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?". Nabi S.A.W. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari kehancuran". (HR Bukhari)

WAllahua'alam ....

The True BARUA !!!!


Nov 18, 2009 8:21 am - BEKAS Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam bagi membuat laporan polis berhubung pemilikan saham berjuta ringgit membabitkan bekas ketuanya. Beliau mendakwa mempunyai dokumen pemilikan saham bernilai RM2 juta membabitkan Anwar, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin. - Foto Goh Thean Howe

Sumber gambar dari sini.

Ini baru betul-betul punya barua ..... Entah berapalah Najib and the gang bayar dia ni ....

Selasa, 17 November 2009

Kuda UMNO/BN enggan melaksanakan pilihanraya ????


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong. Lagi di sini .

Penasihat Undang-Undang SPR tu siapa ???? Najib Altantuya ???? Ternyata kuda tunggangan UMNO/BN ni enggan untuk mengadakan PRK di DUN tersebut atas arahan "tuannya".

Ingatlah, Allah S.W.T Berfirman tentang orang orang yang berpaksi atau berhakimkan kepada hawa nafsu dan syaitan dalam Surah An Nisaa pada Ayat 60 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? Mereka hendak berhakim kepada thaghut[312], padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya." ShodaqALLAHul'Azim.

[312]. yang selalu memusuhi Nabi dan kaum Muslimin. Termasuk Thaghut juga:
1. Orang yang menetapkan hukum dan undang-undang secara tipu, putar-belit serta curang lagi menurut hawa nafsu.
2. Berhala-berhala.


WAllahua'alam ....

Isnin, 16 November 2009

duit HARAM tu ....


Nov 15, 2009 11:48 am - MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji, pagi ini. Beliau meluangkan masa hampir dua jam bersama kumpulan jemaah haji seramai 125 orang di Institut Pentadbiran Islam, Ipoh, Perak. - Foto Muhaizan Yahya

Sumber foto dari sini.

Kerajaan haram, sumber duit pun haram. Boleh ke bagi sumbangan gitu pada Jemaah Haji ????

Ahad, 15 November 2009

Penyebar Maklumat Bohong Pastinya Akan Ke Neraka


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis perasmian sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat."Kita memang tersekat untuk masuk dalam semua rumah rakyat negara ini, tetapi saya yakin ICT boleh melakukannya," kata Abdul Hadi dalam ucapannya itu. Memetik kata-katanya beliau ada di sini. Lagi di sini .

Berita ni mungkin agak basi bagi anda semua, tapi bagi mAklonG ianya tidak basi bahkan ianya patut dijadikan peringatan sepanjang hayat bagi mAklonG selaku blogger politik. Tak taulah para blogger yang lain yang turut menulis tentang politik juga, mungkin memandang sepi perkara ini.

Ingatlah, Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 217 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, ".... Dan berbuat fitnah[135] lebih besar (dosanya) daripada membunuh..." ShodaqALLAHul'Azim.

[135]. Fitnah di sini bererti penganiayaan dan segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas Islam dan Muslimin. Lebih-lebih lagi fitnah yang dihamburkan kepada Jamaah Muslimin.

WAllahua'alam ....

Kisah Nasa dan Bulan ....


WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (Nasa) kelmarin mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menemui air beku di bulan.

Data awal bukti kewujudan air itu diperoleh daripada eksperimen yang dilancarkan Nasa dengan meletupkan dua roketnya di bulan pada bulan lalu. Kisahnya di sini.

Berita ini tiada kena mengena dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa tapi ianya hanya sekadar berita yang menceritakan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah. Siapakah yang mengetahui tentang tanda-tanda Kebesaran dan Kekuasaan Allah?

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Fathiir pada Ayat 28 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "....Sesungguhnya yang paling bertaqwa kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." ShodaqALLAHul'Azim.

[1258]. Yang dimaksud dengan ulama dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.

WAllahua'alam ....

Sabtu, 14 November 2009

Sidang DUN Kedah : Jangan Jadi Seperti Perak


ALOR SETAR, 14 Nov: Arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Datuk Abu Hasan Sarif hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang dijadualkan Selasa ini disifatkan sebagai tidak menghormati undang-undang. Selanjutnya di sini.

Undang-undang Allah S.W.T pun mereka langgar apatah lagi undang-undang yang dicipta oleh manusia. Itulah UMNO. Mereka cuba untuk merobek kehormatan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah pula yang sebelumnya mereka telah melakukannya di Perak.

Allah Berfirman dalam Surah As Syuraa pada Ayat 42 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak (kebenaran). Mereka itu mendapat azab yang pedih." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

yang bohong tu Media UMNO


KUALA LUMPUR, 12 Nov - Cerita Bai’ah hingga jatuh talak tiga dalam PAS semakin bercelaru. Pimpinan parti kata tidak pernah ada arahan Bai’ah seperti itu tetapi ada wakil rakyat parti mengaku amalan itu memang ada. Pendedahan rakaman video pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol Perak Ramli Tusin jelas menyebabkan pemimpin PAS mula terasa bahang yang bakal membakar mereka sendiri. Lagi di sini.

Siapa lagi yang menjadi penyebar fitnah dan yang melaga-lagakan kalau bukan media UMNO, Berita Harian (Berita Hairan), Utusan Malaysia "Penyebar Fikiran Rakyat" (Utusan Meloya "Penyebar Fitnah Rakyat"), TV3 (suku) dan yang sekutu dengannya. Agenda mereka sudah tentunya ini, mahu melihat PAS dan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri. Oleh itu, janganlah kita cepat melatah kerana isu dan berita yang mereka bawa. Jangan ada di antara kita yang beriman dan percaya serta menjadikan media-media jahannam ini sebagai kiblat dan panduan hidup seharian. Na'uzubillahi min zalik ....

Jumaat, 13 November 2009

Isu Bai'ah Selesai ....


KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu. Selanjutnya di sini.

Sebenarnya media anti-PAS dan arus perdana yang tidak memahami isu bai'ah ini menggembar-gemburkan supaya isu ini menjadi lebih panas lalu ianya hampir menjadi fitnah besar. Sudah menjadi fitrah manusia jahil yang akan suka mencari kemurkaan Allah S.W.T. dengan mengundang kemunculan fitnah itu.

Rasulullah S.A.W bersabda mengenai fitnah :

"Fitnah itu sedang tidur (reda) dan laknat Allah terhadap orang yang membangkitkannya." (HR. Ar-Rafii).

"Jangan mendekati fitnah jika sedang membara dan jangan menghadapinya bila sedang timbul, bersabarlah bila fitnah datang menimpa." (HR. Ath-Thabrani)

"Jika kamu berbicara (menyampaikan ucapan) tentang sesuatu perkara kepada sesuatu kaum padahal perkara itu tidak difahami oleh akal fikiran mereka (kerana kejahilan), nescaya akan membawa fitnah di kalangan mereka." (HR. Muslim)

"Umatku ini dirahmati Allah dan tidak akan disiksa di akhirat, tetapi siksaan terhadap mereka di dunia berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, peperangan dan musibah-musibah." (HR. Abu Dawud)

WAllahua'alam ....

Khamis, 12 November 2009

Bai'ah : Lambang CINTA sebenar ....


KUALA LUMPUR: Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, kata Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Lagi di sini.

Allah S.W.T Berfirman tentang kasih sayang dalam sebuah rumahtangga dalam Surah Ar Rum pada Ayat 21 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri (manusia), supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ShodaqALLAHul'Azim.

Seorang suami yang penyayang terhadap isterinya sudah tentu tidak akan menduakannya dan seorang suami yang bertanggungjawab wajib memberikan isterinya pendidikan serta tarbiyyah Islam yang sempurna. Sebagai bukti cinta yang sebenar terhadap suami dan Allah S.W.T. seorang isteri wajib mentaati keduanya.

Allah Berfirman lagi dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 31 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ShodaqALLAHul'Azim.

Fikir-fikirkanlah. WAllahua'alam ....

dah bayar zakat ke pakcik ?


LEMAS: Penternak ikan Siakap sangkar, Mohd Hassan, 50, di Laguna Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan mengalami kerugian hampir RM2 juta selepas kawasan ternakannya berlaku pencemaran air ketika banjir. Ia berikutan kira-kira 200 ribu ikannya mati akibat lemas susulan bencana yang berlaku di negeri itu. - Foto Fathil Asri

Alhamdulillahi 'ala kulli hal ;) . sumber gambar dari sini.

sepatutnya bila dah cukup kiraan nisab zakat perniagaan, pakcik ni ni wajib bayar zakat kepada kerajaan negeri nih ....

Sabda Rasulullah S.A.W dalam satu petikan sabdanya : " ... Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt..” (HR. Ibnu Majah)

Hadis di atas menerangkan bahawa:

- Kemarau panjang adalah atau hujan yang berlebihan sampai berlakunya banjir berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

WAllahua'alam ....

Rabu, 11 November 2009

Monyet di hutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan


KUCHING 11 Nov. — Kerajaan persekutuan bersetuju membekalkan 20 bot kepada Sarawak untuk digunakan dalam operasi menyelamat terutamanya semasa banjir, Dewan Undangan Negeri Sarawak diberitahu hari ini. Selanjutnya di sini.

Monyet di hutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan. Inilah situasi yang berlaku. Si ibu yang kasihankan monyet yang masih kenyang dan mewah dengan makanan di hutan, tiba-tiba dia sibuk bersusah payah mencari monyet itu untuk disusukan dan diberi makan. Sedangkan dia sendiri tahu tentang keadaan anaknya yang kelaparan dan mengharapkan makanan dirumah, ditinggalkannya menderita.

Banjir langsung tidak berlaku di Sarawak tapi mengapa Kerajaan Persekutuan yang berpusat di Semenanjung dok sibuk menyediakan bot di sana? Sedangkan negeri-negeri di Semenanjung seperti di Kedah, Kelantan yang sedang berhempas-pulas menghadapi bencana banjir langsung tidak dipedulikan. Inilah kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan 1Malaysia "Rakyat dihulukan, Kroni diutamakan".

Hadis riwayat Abdullah r.a, ia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya akan muncul sepeninggalanku sifat egois (pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri sendiri) dan beberapa perkara yang tidak kamu sukai. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang engkau perintahkan kepada seorang dari kami yang mengalami zaman itu? Beliau menjawab: Laksanakanlah kewajipan kamu dan mohonlah kepada Allah yang menjadi hak kamu untuk memohon." (HR Muslim dari kitabnya Shahih Muslim - hadis no.3430)

WAllahua'alam ....

Mungkir janji amalan UMNO/BN


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain membidas kenyataan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak yang membidas tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan dinyatakan salah dari segi moral oleh Perdana Menteri sendiri. Lagi di sini.

Apa punya manusia lah PM 1Malaysia ni. Menuntut janji seorang Ketua Negara yang berjanji dikatakan salah dari segi moral. Manusia dipegang dari janjinya. Bila berjanji wajib ditepati. Mana dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan" ???? Inilah dinamakan Perdana Menteri Abdullah Bin Ubai.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu bila berbicara dusta, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diamanahkan dia berkhianat." (HR. Muslim)

Orang munafik adalah sehina-hina makhluk, kerana Allah S.W.T Merakamkan keadaan manusia keji seperti ini di dalam Surah Ani Nisaa pada Ayat 145 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka." ShodaqALLAHul'Azim.

Tiada yang lebih keji daripada makhluk yang dilaknat Allah S.W.T dan diazab dengan siksa yang amat berat di dalam kerak neraka melainkan orang-orang munafik.

WAllahua'alam....

Ahad, 8 November 2009

Perpaduan Dalam Islam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA, kecuali beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian. Baca lagi.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Hashr pada Ayat 14 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, ".... Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." ShodaqALLAHul'Azim.

Krisis yang melanda MCA akan terus berlarutan, insyaAllah. Perpaduan dalam ertikata sebenar ialah perpaduan dalam persaudaraan semata-mata kerana Allah S.W.T. Ukhwah Islamiyyah adalah sebenar-benar perpaduan.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Hujuraat bermula dari Ayat 9 hingga 10 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang (bersengketa) hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi (lawan) sampai surut kembali kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." ShodaqALLAHul'Azim.

Persatuan atau perpaduan di sini bermakna perpaduan atas dasar mentauhidkan dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Perpecahan akan tetap berlaku sekiranya tiada dasar-dasar ini. Diharap perpecahan ini tidak akan terjadi kepada Jama'ah Islam yang benar-benar mahukan Al Quran dan Sunnah sebagai dasar. WAllahua'alam ....

Sabtu, 7 November 2009

Terima Kasih Kerana Menyokong Aziz Bari dan Abu Hasan


Terima kasihlah kerana kritikan antum semua pada blog ni dan ramai yang menyokong dua barua tu. Tapi ingat, yang ramai tu dok sesat. Yang sedikit tu lah yang BENAR.

Allah Berfirman dalam Surah Al An'aam pada Ayat 116. yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." ShodaqALLAHul'Azim.

Bersangka-sangka bermakna bercakap tiada hujjah Al Quran dan tanpa hujjah Al Quran ternyata sesat. Syabas kerana antum semua memilih jalan sesat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Bahawa Allah Berfirman kepada Adam: Panggillah 999 (sembilan ratus sembilan puluh sembilan) untuk menjadi penghuni neraka dari setiap bilangan seribu, panggillah seorang itu untuk menjadi penghuni syurga." (HR Muslim)

WAllahua'alam ....

Inilah barua barua UMNO sebenarnya .....




















Siapa mereka berdua ni nak bercakap soal dalam parti PAS ???? AJK Disiplin PAS??? Lain tak mereka hanya agen UMNO yang dibayar oleh UMNO. Kita tengok muka Najib sejak akhir-akhir ni ceria gembira seolah-olah jarum bisanya dah mengena. Seorang di sini dan seorang lagi di sini.

Pernahkah mereka berdua menjalani medan tarbiah dalam PAS seperti usrah, tamrin dan sebagainya? Sudah tentu tidak pernah dan amat sekali mereka mendalami ilmu tentang usuluddin, usul fiqh dan tafsir Al Quran. Pendidikan mereka dalam bidang apa?

Sikap orang seperti mereka berdua ini telah diFirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 217 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan berbuat fitnah[135] lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." ShodaqALLAHul'Azim.

[135]. Fitnah di sini bererti penganiayaan dan segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas Islam dan Muslimin.

Kerana musuh Allah tidak akan menggunakan orang warak atau orang berilmu (ulama) sebagai umpan untuk menghancurkan musuhnya, Islam. Kita jadikan sirah Abdullah bin Ubai sebagai pengajaran, yang menjadi seorang yang berlakon atau munafik yang cuba untuk menghancurkan Jama'ah Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W di ketika itu. Apakah bidang pendidikan dan latarbelakang Abdullah bin Ubai? Kalau zaman sekarang ni beliau mungkin hanyalah seorang ahli fikir akademik yang tidak ada kena mengena langsung dalam urusan agama.

Jadi mengapakah kita perlu lagi orang-orang spesis ini menyibuk dalam urusan dalaman parti? Fikir-fikirkanlah ....

WAllahua'alam ...

Membantah Bai'ah Bererti Tidak Beriman !!!!


oleh: Ketua Lajnah Tarbiyyah DMPK IT.

BEBERAPA pemimpin Pas mendedahkan bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti. Lagi di sini.

Bagaimana tidaknya boleh jatuh talak tiga kalau akidah seseorang yang bergelar Muslim itu telah bertukar menjadi kafir atau murtad kerana membantah bai'ah. Sudah tentulah jatuh talaknya itu.

Sebenarnya bai'ah ini sebenarnya sumpah janji setia. Orang yang mengingkari janji bererti kafir pada janji tersebut. Janji setia dalam ertikata lain bererti ikrar ataupun bersaksi. Ashahada an .... yang bererti aku bersaksi bahawa .... Persaksian atau ikrar atau sumpah janji setia ini boleh terbatal bila-bila masa dalam perlakuan, kata-kata dan gerakan niat di hati (fi'li, qauli dan qolbi). Ketiga-tiga hal ini memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sah dan batalnya persaksian itu.

Kalau kita rujuk mana-mana kamus arab, kafir bermaksud ingkar atau bantah. Begitu juga dengan perkataan bai'ah bermaksud sumpah janji setia sebagaimana yang Allah S.W.T di dalam Al Quran (kerana Al Quran Diturunkan dalam bahasa arab) pada Surah yang sebelum ini mAklonG dah jelaskan dalam posting-posting yang lalu.

Iaitu dalam Surah Al Fath pada Ayat 10 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah[1396]. Tangan Allah di atas tangan mereka[1397], maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar." ShodaqALLAHul'Azim.

[1396]. Pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijriyyah Nabi Muhammad S.A.W. beserta pengikut-pengikutnya hendak mengunjungi Makkah untuk melakukan 'umrah dan melihat keluarga-keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Sesampainya di Hudaibiyah beliau berhenti dan mengutus Utsman bin Affan lebih dahulu ke Mekah untuk menyampaikan maksud kedatangan beliau dan kamu muslimin. Mereka menanti-nanti kembalinya Utsman, tetapi tidak juga datang kerana Utsman ditahan oleh kaum musyrikin kemudian tersiar lagi khabar bahawa Utsman telah dibunuh. Kerana itu Nabi menganjurkan agar kamu muslimin melakukan bai'ah (janji setia) kepada beliau. Merekapun mengadakan janji setia kepada Nabi dan mereka akan memerangi kamu Quraisy bersama Nabi sampai kemenangan tercapai. Perjanjian setia ini telah diredhai Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surat ini, kerana itu disebut Bai'atur Ridwan. Bai'atur Ridwan ini menggetarkan hati kaum musyrikin, sehingga mereka melepaskan Utsman dan mengirim utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan Shulhul Hudaibiyah.

[1397]. Orang yang berjanji setia biasanya berjabat tangan. Caranya berjanji setia dengan Rasul ialah meletakkan tangan Rasul di atas tangan orang yang berjanji itu. Jadi maksud tangan Allah di atas mereka ialah untuk menyatakan bahawa berjanji dengan Rasulullah sama dengan berjanji dengan Allah. Jadi seakan-akan Allah di atas tangan orang-orang yang berjanji itu. Hendaklah diperhatikan bahawa Allah Maha Suci dari segala sifat-sifat yang menyerupai makhluknya.

Jadi, bagaimanakah keadaan orang yang melanggar perjanjian dengan Allah? Adakah akidahnya masih dikata akidah Muslim?

Sila rujuk kembali setiap borang keahlian PAS. Ikrar dan persaksian yang berkaitan seperti ayat di atas telah tertera dalam borang tersebut. Inilah dinamakan bai'ah. Ianya melibatkan Akidah Muslim. Sesiapa yang memungkiri bai'ah ini bererti kafirlah orang itu.

Perintah untuk tidak mengingkari pemimpin itu adalah wajib. Ianya tersebut dalam sebuah sabda Nabi S.A.W dalam hadis yang panjang dari Huzaifah Ibnu Yaman yang bermaksud : " .... Tetap setialah kepada jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka.... " (HR Shahih Muslim yang tersebut dalam kitab sahihnya hadis yang ke 3434)

Sebagaimana yang kita ketahui, al ulama warasatul ambiyak. Ianya tersebut dalam sepotong sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Ulama adalah pewaris-pewaris Nabi. Mereka mewarisi ilmu pengetahuan. Barangsiapa yang mendapatkannya, maka dia beruntung dan memperoleh sesuatu yang besar." (HR Abu Dawud dan lainnya dari Abud Darda' secara marju')

Terpulanglah kepada ahli PAS di luar sana, jalan yang manakah yang anda mahu pilih kafir atau beriman kerana yang beriman itu sudah pasti dia telah memilih jalan Islam atau yang selamat sejahtera.

WAllahua'alam ....

fitnah Iblis sedang bermaharaja lela !!!!



Usamah r.a. berkata, "Nabi naik ke salah satu benteng di Madinah lalu beliau bersabda, 'Apakah kalian melihat apa yang aku lihat? (Mereka menjawab, 'Tidak.' Beliau bersabda 'Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat terjadinya fitnah di celah-celah rumah-rumah kamu seperti tempat tempat jatuhnya titisan air hujan.'" (HR Bukhari)

Fitnah apakah yang mAklong maksudkan ? Iaitu fitnah yang terjadi pada Jama'ah PAS. PAS makin berat diuji Allah S.W.T oleh musuh-musuhnya. Fitnah yang Rasulullah S.A.W maksudkan dalam hadis di atas ialah fitnah dalam bentuk kezaliman dan kejahatan yang begitu hebat terjadi di zaman baginda di kalangan para sahabat. Bagaimana keadaan zaman kita ini. Sudah tentunya fitnah itu tidak jatuh di celah-celah rumah-rumah kamu tetapi ianya telah tiris bocor masuk ke dalam rumah. Fitnahnya ialah media cetak, media elektronik termasuk internet yang sedang giat menyebarkan fitnahnya.

Siapakah musuh-musuh PAS. Allah S.W.T berfirman dalam Ayat paling akhir dalam Al Quran iaitu dalam Ayat yang ke 6 Surah An Nas yang berbunyi : مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ yang maksudnya : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "(Syaitan) dari golongan jin dan manusia." ShodaqALLAHul'Azim. Lain tak bukan musuh-musuh dari kalangan manusia yang berhati syaitan yang berada dalam selimutnya. Kerana musuh spesis inilah yang paling bahaya. Salah satunya di sini. Siapakah beliau yang lantang berani bercakap dan menghina seorang Pemimpin satu Jama'ah Islam. Adakah sama situasi Pemimpin itu di ketika muda dengan waktu ini yang sedang berumur lebih 62 tahun? Apakah hujjah orang yang mengkritik itu?

Seseorang yang bercakap tanpa hujjah dan bukti, sama seperti Iblis. Hujjah yang mAklonG maksudkan ialah DALIL NAQLI iaitu hujjah yang paling kuat, AL QURAN. Ingatlah Firman Allah dalam Surah Shaad pada 75 hingga 76 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?. Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah." ShodaqALLAHul'Azim.

Atas hujjah apa Iblis mengatakan dirinya lebih mulia dari Adam ? Samalah seperti orang yang hanya pandai berkata-kata tanpa hujjah Al Quran yang mana zahirnya nampak manis dan asyik didengar tetapi hatinya seperti Iblis dan dengan suka hati mengkritik serta menghina orang lain. Fikir-fikirkanlah ....

WAllahualam ....

Jumaat, 6 November 2009

UMNO dan RASUAH memang sedarah sedaging


KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada Ketua Cawangan UMNO Taman Melati supaya dicalonkan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa bahagian itu pada tahun lalu. Lagi di sini.

UMNO dan rasuah memang sinonim. Seperti aur dengan tebing. Saling bantu membantu. Tanpa rasuah UMNO takkan hidup.

UMNO = Rasuah, dulu kini dan selamanya .....

Padan muka kau, setaaaannnn .....


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina. Lagi di sini.

Padan muka kau, setaaaannnn ..... Manohara terima padah apabila mahkamah mengarahkan membayar saman juta-juta tu. Hahahaha padan muka. Memang keturunan setan/jahat minah ni. Klik sini untuk cerita lanjut.

Orang yang mengfitnah ni, Allah S.W.T akan balas kejahatannya atas dunia lagi. Di akhirat nanti lagi berat dia akan terima kalau dia enggan bertaubat. Fitnah Manohara dan ibunya Daisy ada di sini.

Maha Benarlah Firman Allah dalam Surah Al Israak, pada Ayat 81 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Khamis, 5 November 2009

Doakan Supaya Kemenangan Akan Menyebelahi Kita !!!!

Esok Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk memutuskan siapa Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.Sejak rompakan kuasa di lakukan oleh BN yang diketuai Perdana Menteri beberapa bulan lalu kemelut politik Perak menjadi tidak tentu hala dan caca marba. Lagi di sini.

Allah S.W.T Berfirman tentang orang yang tidak bersyukur atas kesenangan yang telah mereka kecapi lalu mereka ingkar. Justeru itu, Allah S.W.T Melaknat mereka dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 89 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan setelah datang kepada mereka Al Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka la'nat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu." ShodaqALLAHul'Azim.

Sesungguhnya Maha benarlah Firman Mu. Ya Allah, laknatlah mereka berempat ini !!!!

Rabu, 4 November 2009

Royalti !!!!



Apa yang telah terjadi kepada Terengganu pada suatu masa dulu (zaman pemerintahan PAS) akan terjadi pada Kelantan. UMNO terus menzalimi dan terus menzalimi rakyat. Wahai rakyat-rakyat yang dizalimi, berdoalah kamu akan kehancuran UMNO/BN yang zalim itu. Doa kalian akan dimakbulkan, insya Allah.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 186 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." ShodaqALLAHul'Azim.

Ayat ini turun berkenaan dengan datangnya seorang Arab Badawi kepada Nabi SAW yang bertanya: "Apakah Tuhan kita itu dekat, sehingga kami dapat munajat/memohon kepada-Nya, atau jauh, sehingga kami mesti menyeru-Nya?" Nabi SAW terdiam, hingga turunlah ayat ini (S. 2: 186) sebagai jawaban terhadap pertanyaan itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Marduwaih, Abussyaikh dan lain-lainnya dari beberapa jalan, dari Jarir bin Abdul Hamid, dari Abdah as-Sajastani, dari as-Shalt bin Hakim bin Mu'awiyah bin Jaidah, dari bapaknya yang bersumber dari datuknya.)

Menurut riwayat lain, Ayat ini (S. 2: 186) turun sebagai jawapan terhadap beberapa sahabat yang bertanya kepada Nabi S.A.W: "Di manakah Tuhan kita?"
(Diriwayatkan oleh 'Abdurrazzaq dari Hasan, tetapi ada sumber-sumber lain yang memperkuatnya. Hadits ini mursal.)

Menurut riwayat lain, Ayat ini (S. 2: 186) turun berkenaan dengan sabda Rasulullah S.A.W: "Janganlah kalian berkecil hati dalam berdoa, kerana Allah S.W.T telah Berfirman "Ud'uni astajib lakum" yang ertinya berdoalah kamu kepada-Ku, pasti aku memenuhinya) (S. 40. 60). Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Wahai Rasulullah! Apakah Tuhan mendengar doa kita atau bagaimana?" Sebagai jawapannya, turunlah ayat ini (S. 2: 186)
(Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asakir yang bersumber dari Ali.)

Menurut riwayat lain, setelah turun Ayat "Waqala rabbukum ud'uni astajib lakum" yang ertinya berdoalah kamu kepada-Ku, pasti aku memenuhinya (S. 40: 60), para sahabat tidak mengetahui bilakah masa yang tepat untuk berdoa. Maka turunlah ayat ini (S. 2: 186)
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari 'Atha bin abi Rabah.)

Selasa, 3 November 2009

Awas !!!! UMNO masih lagi memasang perangkapnya


28 Oct 2009 4:20PM - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa berkata parti itu telah menutup pintu rundingan dengan Umno untuk membentuk satu kerajaan perpaduan. Katanya, pucuk pimpinan negara juga sudah berubah dan PAS belum mengetahui apakah sikap yang diamalkan oleh pemimpin negara sedia ada. Lagi berita di sini.

UMNO pimpinan pemimpin celaka Najib Altantuya masih lagi membuka ruang jalan Kerajaan Perpaduan, sedangkan sebelum ini pintu dan cerita ini telah ditutup atau dipateri sama sekali oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi UMNO masih lagi cuba untuk merungkainya dengan agenda jahat untuk memecah-belahkan jemaah PAS. Tetapi berita hari ini 03 Nov 2009 Najib seolah-olah masih lagi memasang perangkapnya.

Allah S.W.T memberi peringatan kepada kita supaya jangan terpedaya kepada puak-puak celaka ni dan wajib atas supaya sentiasa berwaspada atas pujukan mereka. Allah Berfirman dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 149 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati (mengikuti) orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi." ShodaqALLAHul'Azim.

Kerja pemecah-belah atau batu api ni kerja iblis dan syaitan. Allah Berfirman dalam Surah Al Israak pada Ayat 53 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan pergaduhan di antara mereka (orang-orang beriman). Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." ShodaqALLAHul'Azim.

Ini bermakna UMNO ialah parti syaitan. Allah Berfirman dalam Surah Al Mujaadilah pada Ayat 19 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa dari mengingati Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi." ShodaqALLAHul'Azim.

Ulama tafsir dari Singapura AF Hj Sonhaedji mentafsirkan Ayat ini pada perkataan golongan bermakna parti. WAlahua'alam ....

mangsa seperti Teoh Beng Hock akan menyusul ????


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah. Lagi di sini.

Ya Allah, janganlah ada tragedi tingkat 14 lagi di Plaza Masalam. Na'uzubILLAHi min zalik. SPRM (Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia), itulah nama yang sebenar. Selagi kes Mendiang Teoh belum selesai selagi itulah rakyat akan memandang SPRM satu badan kerajaan yang tidak bebas dan menjadi binatang tunggangan UMNO/BN.
Ini juga langkah strategi Najib Altantuya cuba untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Beliau akan terus menggunakan KUKU BESI nya dengan bantuan barua-baruanya PDRM, SPRM, badan kehakiman dan yang bersekutu dengannya.

Dalam kes Mendiang Teoh ini atau kekeliruan dalam urusan menjatuhkan hukum pembunuhan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa terbunuh dengan tidak diketahui pembunuhnya, atau terkena lemparan batu, atau kena pukul, atau kena tongkat, maka dendanya ialah denda bunuh kerana kekeliruan. Barangsiapa dibunuh dengan sengaja, maka dendanya hukum mati. Barangsiapa menghindar (melarikan diri) dari berlakunya hukuman itu, maka laknat Allah padanya." Riwayat Abu Dawud, Nasa'i dan Ibnu Majah dengan sanad kuat.

WAllahua'alam ....

Ahad, 1 November 2009

Orang Kaya Memang Takut Mati ....


CHENNAI: Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Nadzmi Mohd Salleh dimasukkan ke Hospital Apollo di sini akibat serangan angin ahmar ringan awal pagi ini dan bukannya akibat serangan jantung seperti yang dilaporkan dalam berita sebelum ini. Berita ini ada di sini.

Setiap kesakitan yang dialami oleh setiap anak Adam adalah peringatan dari Allah Al-Khaliq bahawa kita semua pasti akan menemui KEMATIAN. Datuk Nadzmi Mohd Salleh pastinya menggelupur ketakutan bahawa di ketika itu sebenarnya Malaikat Izrail menziarahinya dan pada hakikatnya Izrail berbisik kepadanya, "Ingat, kamu pasti menemui aku." Ianya bersesuaian dengan Firman Allah dalam Surah Al Ankabuut pada Ayat 57 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan MATI. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." ShodaqALLAHul'Azim.

Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapatinya orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." (HR Muttafaq Alaihi)

Orang kaya kebiasaannya bersifat kedekut. Lantaran sifat kedekutnyalah dia akan mengecap kekayaan dunia. Dia sentiasa memikirkan tentang harta kekayaan dunianya sahaja, akan rasa susah hati apabila dia menjelang sakit, mana nak diletakkan hartanya lantaran cintanya pada dunia dan amat takut bila menghadapi kematian.

Nabi S.A.W bersabda lagi dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : "
Akan tiba suatu masa nanti dianggap bahawa kamu akan dikerumuni oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap isi mangkok (makanan)". Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Tidak, bahkan di saat itu jumlah kalian ramai sekali tetapi kalian tidak ubah seperti buih air banjir (tidak berguna) dan kalian akan ditimpa penyakit wahan." Mereka bertanya lagi, "Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati." (HR. Abu Dawud)

WAllahua'alam ....

Pertemuan Kelantan - NS ibarat pertemuan PAS - BN


HATRIK daripada Nor Farhan Mohamad menjulang Kelantan layak ke final Piala Malaysia pertama mereka dalam tempoh 39 tahun selepas gah menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi. Lagi di sini.

mAklonG teringat masa bertugas di Bagan Pinang, bukannya apa terkenangkan Negeri Sembilan ni Darul Umno atau negeri UMNO/BN dan rakyatnya yang masih lagi mengamal adat-adat perpatih yang bergelumang dengan kesyirikan, masih lagi tidak kenal apa itu PAS dan apa perjuangan PAS. mAklonG sebenornya peminat bola, bila dah pasukan favourite mAklonG ni masuk final, teruja le sikit hehehehe. jangan maraahhh aaaa

PDRM : Robot Kawalan Jauh UMNO/BN

Gerakan - salah sebuah parti komponen BN - menegaskan bahawa amat perlunya pemulihan secepat mungkin keyakinan rakyat terhadap tiga institusi utama dalam kerajaan - sistem kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Lagi di sini.

Yang nampak paling bahaya sekarang ni PDRM, terang-terang satu objek yang bergerak seperti robot yang mana remote controlnya dipegang oleh UMNO/BN. Isu PDRM mengganas yang berlaku di sidang DUN Perak yang mengkasari ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat sebagai bukti bahawa PDRM seolah-olah dah bertukar nama kepada PRDM (Polis Rimau Di Malaysia) yang sepenuhnya dikawal oleh UMNO/BN. Ceritanya di sini. Mereka tak ubah seperti lembu yang bodoh dicucuk hidung.



Namun isu Sidang DUN 28 Oktober lalu dilaporkan oleh media lidah bercabang UMNO/BN, berjalan secara aman. Kepala habah dia. Bukan UMNO/BN kalau tak menipu. Rakyat Perak menjadi bertambah benci kepada Kerajaan HARAM UMNO/BN yang dikepalai oleh Zambry Budak Hitam.

Peringatan kepada PDRM, Allah S.W.T Memberi peringatan dalam Surah Huud pada Ayat 113 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim[740] yang menyebabkan kamu disambar oleh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." ShodaqALLAHul'Azim.

[740]. Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya menyokong dan patuh kepada mereka serta meredhai perbuatannya.

WAllahua'alam ....

tangkap orang-orang ini dan bicarakan mereka !!!!



KUALA LUMPUR 31 Okt. – Ketua-ketua kerajaan atau negara boleh dibicarakan atas kesalahan jenayah perang kerana mereka tidak kebal dan tidak dilindungi oleh undang-undang antarabangsa.
Lagi di sini.

Tangkap malaun-malaun ni dulu, jangan pandai bercakap je ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia