Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 30 September 2010

padan muka kau setaaannnnn .....


Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam. Lagi kat situ.

Ingat, setiap amalan buruk Allah SWT Berhak membalasnya samada di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT Berfirman :

مِن قَبْلُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ الْفُرْقَانَ ۗ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انتِقَامٍ ﴿٤﴾

"sebelum (Al Quran), menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Al Furqaan[182]. Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh seksa yang berat; dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (seksa)." (QS Ali Imraan : 4)

[182]. Al Furqaan ialah kitab yang membezakan antara yang benar dan yang salah.

WAllahua'alam ....

Selasa, 28 September 2010

Cintakan Dunia Takutkan Mati


Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang. Lagi di sana.

Inilah kehebatan seorang pemimpin yang patut dicontohi dan berkebolehan dalam pelbagai bidang, mahupun duniawi dan ukhrawi.

Persoalannya, ada ke pemimpin-pemimpin dari UMNO yang mampu berbuat sedemikian? Ada ke bila ada ADUN UMNO yang mati, Najib jadi imam solat jenazah? Mampus tak ada. "Eeeeeiiiii takutnya, aku belum bersedia nak mati lagi," katanya. Maklumlah orang yang selalu bergelumang dengan dosa dan maksiat, yang mencintai dunia dan yang membenci akhirat memang macam tu.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

والله سوف يرميك في" الوهان "مرض القلب. سألت صديقا ، "ما هوالوهان يا رسول الله؟" وقال نبينا ، "الحب في الدنيا ، وكرهت من الموت." - رواه أبو داود

" ....dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)

WAllahua'alam ....

UMNO punca batu api

"Kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu ada antaranya bekas ahli Umno dan Pekida tapi mengaku jadi ahli PKR. "Ada juga calon yang ditaja ‘orang luar’…kalau individu itu betul-betul bertanding atas nama PKR, tidak akan ada insiden sebegini yang jelas melanggar etika berkempen," kata Mohd Bakri. Lagi di sinun.

PKR sendiri telah mengakui berlakunya kekecohan dan pergaduhan di masa pemilihan PKR di beberapa cabang yang telah kita maklum sebagaimana diperbesar-besarkan oleh oleh lidah-lidah Dajjal UMNO/BN terutamanya RTM dan TV3suku.

Sebenarnya dalang atau 'orang luar' itu adalah parasit UMNO yang menyusup masuk ke dalam pemilihan PKR itu. UMNO memangla tak ubah macam iblis ataupun syaitan yang menjadi punca gaduh ataupun batu api.

Allah SWT Berfirman :

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا ﴿٥٣﴾

"Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan pergaduhan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." (QS Al Israk : 53)

WAllahua'alam ....

Ahad, 26 September 2010

Pemimpin UMNO = FIRAUN


Taib, ketua menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981, berkata, walaupun setengah ahli keluarganya tidak bersetuju, semua orang akhirnya memahami keputusannya untuk terus berkhidmat kerana khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat. Lagi di situ.

Kalau mengikut sirah, Firaun memang pemimpin berbangsa Qibti yang mengaku dirinya sebagai Tuhan ini memang bersikap zalim dan amat jahat. Beliau juga tidak pernah merasa sakit dan sihat tubuh badannya sepanjang hidupnya. Justeru itulah, Firaun berusaha untuk mengekali pemerintahannya selama dia hidup dan merasa dirinya sentiasa diperlukan oleh rakyat BaniIsrael diketika itu walhal rakyat BaniIsrael amat membencinya lantaran penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh raja kafir itu.

Begitu jugalah dengan Taib Mahmud ni. Betulkah beliau masih diperllukan oleh rakyat?

Allah SWT Berfirman :

كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَذَّبُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ ۚ وَكُلٌّ كَانُوا ظَالِمِينَ ﴿٥٤﴾

"(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim." (QS Al Anfaal : 54)

WAllahua'alam....

Serban PERKOSA

layar punya layar, mAklonG terjumpala gambar di atas. Antara adat dan sunnah. Anda nilaila sendiri. Tapi betulker yang mantan PM pakai tu, macam serban. Akhirnya dapat jugak mAklong tengok yang mantan PM kita pakai serban. Cumanya serban mantan PM warna kuning. Apa sinonimnya kuning dan Islam. Selalunya serban yang dipakai warna putih. Agaknya itu jerla yang nak membezakan serban sunnah Islam dan serban PERKOSA. Hehehe. Macam-macam pesen dema ni.

Khamis, 23 September 2010

Isu PTPTN : UMNO/BN bakal terlingkup .....


"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai. "Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Lagi di situ.

Kalau pembayaran balik PTPTN tu dibuat pemotongan gaji sebelum 2013 alamatnya melingkuplah UMNO/BN dalam PRU akan datang sebab PRU 13 dijangka akan berlaku selewat-lewatnya akhir 2012. Semua orang tahu majoriti pengundi pada PRU 13 adalah golongan muda atau yang meminjam duit PTPTN tu.

Amaran untuk UMNO/BN, sekali UMNO/BN tewas dalam PRU 13 secara total dan Pakatan Rakyat berjaya menerajui Putrajaya, sampai kiamat insyaAllah jangan mimpi lah hangpa untuk ambik balik.

Allah SWT Berfirman :

كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٢١﴾

"Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu (Islam) tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa." (QS Al Mujaadilah : 21)

WAllahua'alam ....

Rabu, 22 September 2010

berak tengah jalan tak nak mengaku !!!!


Kata beliau, "saya tidak ada gangster. Dibelakang saya tidak ada geng. Saya seorang sahaja, solo…yang ada hanya rakyat biasa sahaja yang menjadi tulang belakang saya untuk terus kekal dalam politik." Lagi di sinun.

Ada ke orang yang berak tengah jalan kemudian dia berkata, "itu taik aku, aku yang berak kat situ." ? hahahaha bodoh.

Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

وَمَا كُنتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَن يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَـٰكِن ظَنَنتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِّمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٢٢﴾
"Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu[1332] bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan." (QS Fushsilat : 22)

[1332]. Mereka itu berbuat dosa dengan terang-terangan kerana mereka menyangka bahawa Allah tidak mengetahui perbuatan mereka dan mereka tidak mengetahui bahawa pendengaran, penglihatan dan kulit mereka akan menjadi saksi di akhirat kelak atas perbuatan mereka.

WAllahu'alam ....

Selasa, 21 September 2010

negara semakin tergadai


Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mei lalu menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar pada republik itu yang baginya merugikan negara. Lagi di situ.

Inci demi inci tanahair ku negara Malaysia yang ku chenta makin digadai (klik sini) oleh tangan-tangan jahat manusia yang tidak memperdulikan nasib anak bangsanya sendiri demi nafsu tembolok dan menyelamatkan tekak diri sendiri.

Allah SWT Berfirman :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ .... ﴿٤١﴾

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (yang jahat) ; ....." (QS Ar Ruum : 41)

WAllahua'alam ....

Ahad, 19 September 2010

Utusan Bodoh


[setiausaha akhbar TGNA] Salahkah seorang ibu berkata kepada anaknya, "Ibu tak bangga kamu belajar tinggi, tapi ibu bangga kalau kamu berakhlak mulia..". Seorang yang waras dan tahu bahasa tidak akan menganggap kenyataan itu salah. Maksud si ibu ialah akhlak lebih mulia dari pelajaran yang tinggi. Demikianlah apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya tidak bangga menjadi Melayu, tetapi saya bangga menjadi seorang Islam.." Golongan yang waras tahu menilai maksud mudah ini. Nampaknya Mingguan Malaysia tidak termasuk dalam golongan itu. Alahai Mingguan... Lagi di sini.

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (QS Al Hujurat : 13)

WAllahua'alam .....

Jumaat, 17 September 2010

Kempen Glamerkan PM


mAklonG hairan dan tertanya- tanya jugak. Kenapa perlu KEMPEN? Ada pilihanraya baru ker?Cari sana, cari sini rupanya bukan kempen pilihanraya. Rupa-rupanya kempen jom hantar poskad pada PM. lagi di sini..

Hehehe..Apalah PM kita ni.Tak cukup glamer ker lagi sampai nak kempen suruh hantor poskad pulak.Ermm ni nak kayakan POS Malaysia tak mungkin sebab poskad tu hanya dihantor melalui laman web. ker kempen atau nak glamerkan PM lagi.Yerla seminggu dua ni yang famous adalah arwah Sosilawati dan peguam yang ditangkap tu.Takkan nak jeles dengan dema kot. Ish mAklonG ni banyak sangat berimiginasi. hehehe.

Contoh pemimpin yang baik tak nakkan glamer kat sini.

Nak tahu apa makna KEMPEN??? KEMPEN bermakna segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) lagi di sini.

Buat mAklonG tersengih sorang- sorang. Nak dapat sokongan apa lagi..Bukan ker selama ni PM kata rakyat dah sokong dema.Siap ada slogan lagi. Atenyeee tunggu jerla KEMPEN masa nak mengundi nanti. hehehe. Baru best KEMPEN ramai- ramai. Laa ni cukup jerla ada kempen keselamatan jalan raya buat rakyat semua.

Allah SWT Berfirman :

لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ ﴿٢٣﴾

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira[1459] terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri," (QS Al Hadiid : 23)

[1459]. Yang dimaksud dengan terlalu gembira: ialah gembira yang melampaui batas yang menyebabkan kesombongan, ketakburan, ingin dikenali orang dan lupa kepada Allah.

WAllahua'alam ....

Khamis, 16 September 2010

Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?, kertas kerja HARVARD UNIVERSITY

Artikel oleh : Rizie Ahmad

kertas kerja yang dimaksudkan

1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..

3) aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."
Dato Onn Jaafar - Pengasas UMNO

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan.

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas.


8) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

9) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

10) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

11) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

12) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

13) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957.



18) fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

........
politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Selasa, 14 September 2010

United Monkeys National Organization


Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi. Lagi di situ.

UMNO (United Malayan National Organization) tu parti Inggeris atau parti badut sarkas dari penjajah British, yang sentiasa patuh dan takut kepada bekas penjajah sangat jahat. Sebabnya lain tak bukan kerana berpunca dari buta huruf Al Quran dan jahil.

Allah SWT Berfirman :

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ ﴿٧٨﴾

"Dan diantara mereka (yahudi) ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga[67]."(QS Al Baqarah : 78)

[67]. Kebanyakan bangsa Yahudi itu buta huruf, dan tidak mengetahui isi Taurat selain dari dongeng-dongeng yang diceritakan pendeta-pendeta mereka.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَّرِيدٍ ﴿٣﴾

"Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah[976] tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat, " (QS Al Hajj : 3)

[976]. Maksud membantah tentang Allah ialah membantah sifat-sifat dan kekuasaan Allah, misalnya dengan mengatakan bahwa malaikat-malaikat itu adalah puteri- puteri Allah dan Al Quran itu adalah dongengan orang- orang dahulu, tidak boleh diguna pakai dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk dan bahawa Allah tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang sudah mati dan telah menjadi tanah.

Nama pun dah Inggeris mana mungkin akan membela nasib melayu. Paling tepat ialah UMNO akronim daripada United Monkeys National Organization.

Hanya keturunan monyet dan babi sahaja yang mengetahui tentang kebenaran lalu mengingkarinya, seperti yahudi yang telah banyak Allah SWT Rakamkan, salah satunya dalam Firmannya :

قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَ‌ٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَـٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ ﴿٦٠﴾

"Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul." (QS Al Maidaah : 60)

WAllahua'alam .....

Isnin, 13 September 2010

antara dua pemimpin


Beliau berkata tanggungjawab berat yang digalasnya memerlukan sokongan dan kerjasama erat daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam merealisasikan objektif PDRM berlandas Akta Polis Perkara 3 (3). Lagi nak tau di sini.

untuk pengetahuan Datuk IGP, tanggung jawab berat kat sini bermaksud amanah. Kalau Datuk IGP seorang yang suka mengambil tindakan tidak cerdik pastinya Datuk akan meringan-ringankan amanah itu.

Allah SWT Berfirman :

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh," (QS Al Ahzab : 72)

[1233]. Yang dimaksudkan dengan amanah di sini ialah tugas-tugas keselamatan, kepimpinan dan keagamaan.

Walauapapun antara Musa Hassan dengan Ismail ni, sewaktu peralihan jawatan / amanah itu berlakulah satu jenayah berat sebagai meraikan acara peralihan itu yang baru-baru ini menjadi headline panas di dada-dada media, jenayah zalim, pukul, bunuh dan bakar !!!! Yang menjadi petanda yang tidak baik bagi kedua-dua IGP ini.

Allah SWT Berfirman lagi :

إِنَّ فِي ذَ‌ٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ ﴿٧٥﴾

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (QS Al Hijr : 75)

WAllahua'lam....

Ahad, 12 September 2010

Tak lena tidur sebelum pencen.

Semasa mAklonG melangut dengor sembang mak mertua dan adik ipor dalam bahasa ibunda mereka (apa lagi jowo ler..hehehe) sambil menonton tv. Dah pukul 12, apa lagi berita ler. Mula-mula mAklonG bukak TV3 Headline (lupala tajuknya), tapi berita Inggeris. Malas nak dengor, sebab kalau dengor berita Inggeris, otak kena kerja kuat mengalihbahasa dan memahami isi kandungan berita, jadi tak lehlah nak sampuk sembang dema. Jadi double kerjanya. Nak fahamkan jawa dan inggeris dalam waktu yang sama hehehe.Makanya mAklonG tukar siaran ke TV1. Terus terkejut dengan berita seciput mengenai perjumpaan 4 mayat yang rentung terbakar di Morib. Fuhhh lepas satu jenayah kepada satu jenayah. mAklonG malaslah nak kaitkan dengan kisah kehilangan jutawan kosmetik bersama beberapa orang lagi, sebab bukan mAklong yang menyiasat. Nanti kata orang pandai-pandai pulak. Tapi sebagai rakyat biasa tentulah kita gelisah dengan kisah-kisah jenayah yang semakin berleluasa. Apatah lagi kalau terkena pada ahli keluarga sendiri. Sehingga ke waktu ini mAklonG belum dapat kepastian kesahihah berita ini yang disiarkan di TV1 (RTM ler). Ker mAklonG bermimpi. Rasanya mAklonG dalam keadaan sedar dan siuman. Nampaknya MUSA HASSAN belum boleh lena tidur sebelum pencen. WAllahua'lam

Sabtu, 11 September 2010

jangan melawan ALLAH


Pendeta Amerika Serikat yang mengancam membakar Quran pada peringatan 9/11 menyatakan rencananya tidak dibatalkan, tapi ''ditunda''. Lagi di sini.

Gerunlah dengan amaran Allah SWT, Allah SWT Berfirman :

لِنُرْسِلَ عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن طِينٍ ﴿٣٣﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ لِلْمُسْرِفِينَ ﴿٣٤﴾

"Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar), Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)." (QS Az-Zariyaat : 33 - 34)

WAllahua'alam

Selasa, 7 September 2010

Jeng..Jeng...Siapa Yang Musa Hassan Maksudkan???


Waaa. Berita hangat jugak ni. Siapa yang Musa maksudkan?

Ketika ditanya siapakah pihak ketiga itu, Musa memberitahu: “Kementerian mana lagi yang jaga polis? KDN (Kementerian Dalam Negeri) lah.”

Wartawan: “Kenapa wujud campur tangan itu?”

Musa: “Kerana politik, kepentingan peribadi dan agenda sendiri.”

Selain itu, beliau yang akan bersara pada 13 September ini mengakui terdapat juga pihak-pihak luar yang bertindak mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan beliau. Lagi di sini

Tetapi kenapa baru laaaa ni (ibarat kata orang Kedah) Inspektor Sahab nak dedah? Kenapa tak dolu-dolu lagi. Ermmmm adalah kot. Hanya Musa Hassan sahaja yang tahu. Wallahua'lam.

Justeru, tindakan yang tak berapa berani Musa ini tercetus disebabkan beliau dah nak pencen 2 - 3 hari lagi lantaran ketidak-puasan hatinya terhadap pasukan yang ketuainya itu rupa-rupa telah lama dibonekakan oleh orang-orang politik bersifat yahudi itu.

Siasat jangan tak siasatttttt. Siapakah orang politik yahudi tu. Sivarasa Rasiah? Tak mungkin. Mungkin tidak Tuan Guru Nik Aziz yang campurtangan. Lim Guan Eng pun tak mungkin jugakkk. Suspen ni. Nampaknya penghujung ramadhan ni banyak jugak cerita suspen.

Nasihat kepada Musa Hassan, Allah SWT telah Berfirman :

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَ‌ٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ ﴿٢٨﴾

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali." (QS Ali Imraan : 28)

Wallahua'lam....

UMNO yang gila


KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam" kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban. Lagi di HarakahDaily.

Yang tak waras, gila dan bodoh tu UMNO/BN jer.

Allah SWT Berfirman :

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ.... ﴿١٣٠﴾

"Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim (Islam) selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri,.... " (QS Al Baqarah : 130)

WAllahua'alam....

Isnin, 6 September 2010

Parti Sesat ....

Persidangan perwakilan Umno bahagian itu apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap dan memintanya berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Lagi di sini.

Parti / jemaah sesat memang macam ni. biasa lah tu.

Nabi SAW bersabda :

إنا أمة وبلدي لا يكون متحدا في الخطأ

"Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan...."(HR. Anas bin Malik)

WAllahua'alam ....

Ahad, 5 September 2010

Akhirnya....TV3 Mohon Maaf





















Tahniah buat semua yang prihatin terhadap apa yang tersiar di media-media elektronik. Di atas komen-komen dan kritikan-kritikan yang dilontarkan terhadap iklan Aidilfitri terbitan TV3, akhirnya TV3 telah menarik semula penayangan iklan itu dan memohon maaf di atas penyiaran iklan itu pada Buletin Utama sebentar tadi.

Saranan kepada TV3, next time, cuba wujudkan penapis syariah untuk menerbitkan apa-apa program yang berkaitan dengan ISLAM. Jadi idakle mengkome rugi, takper le kome tu korporat. Setahu mAklonG dengan tempoh masa seminit iklan tu, banyak ribu RM jugakler melayang.

Tapi takper, demi Islam, walaupun ribu-ribu yang hilang tapi ALLAH akan gantikan yang lebih hebat lagi. Dak gitu TV3. Hehehe, lain kali ambil la tag line, iklan kitar semula, fikir dulu sebelum buang, tapi modified ler jadi "Fikir dulu sebelum buat" ---> tagline baru TV3.

Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ ﴿٦٦﴾

"Janganlah kamu meminta maaf dengan berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah." (QS At Taubah : 66)

WAllahua'lam.

TV3 MUFLIS IDEA


"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi. Jengok kat sini lagi.

mAklong setujulah dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat ni. Apa lagi yang anda semua boleh komen pada produk terbaru TV3 ini. Dikatakan TV3 sentiasa kehadapan dalam menyediakan produk-produk media mereka berbanding dengan stesen media lain.

Kononnya laa,tetapi iklan terbaru mereka inilah jadinya. mAklonG faham,d ema ni cuba untuk mengiklankan konsep 1Malaysia tetapi apakah semua boleh di 1Malaysia kan. Ish..ishh..ishh. Pada-padalah kalau nak mengipas oiiii. TV3 tak der panel syariah ker dalam meluluskan satu-satu program dema. Takkanlah satu badan koporat, tak ada satu panel syariah untuk menilai program kome sebelum diluluskan untuk tayangan. Jangan syokk sendiri jer.

Jangan tanya apa pandangan Pak-pak dan Mak-mak Menteri jer,tapi tanyalah apa pandangan Allah. Huiiishhh angin mAklonG tengah-tengahari buta ni. Susulan dari penayangan iklan ini.

Ingatlah Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman." (QS Ali Imraan : 100)

Elokler kita boikot TV3 sempena aidilfitri ni. hehehe. Boleh ker??? Tepuk dada tanya iman.

Jumaat, 3 September 2010

yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan segala yang jahat dan buruk itu datang dari UMNO/BN


Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama. Lagi di HarakahDaily.

Namun begitu puak-puak CELAKA cybertrooper UMNO masih mahu menidakkan dan cuba menegakkan benang yang basah demi sifat keMELAYUan mereka yang bodoh itu. Klik di sini.
Tak perlu lagi kita tanya tentang perkara-perkara yang HARAM yang telah diHALALkan oleh UMNO semenjak 53 tahun mereka memerintah.

Allah SWT Berfirman :

....فَيُحِلُّوا مَا حَرَّمَ اللَّهُ ۚ زُيِّنَ لَهُمْ سُوءُ أَعْمَالِهِمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ ﴿٣٧﴾

".... dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (QS At Taubah : 37)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia