Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 11 Mei 2012

SPR Fobia KUNING...Pulak dah..

Lain yang rakyat hendak,lain yang SPR buat.Rakyat menuntut sistem pilihanraya di buat penambahbaikan kepada yang lebih baik.Tup....tup keluar berita mengenai Petugas SPR Tidak Akan Pakai Baju Kuning Semasa Pilihan Raya Umum. Lawak tak??? Allergik warna rupanya. Ker fobia warna. Sedangkan warna kuning adalah warna rasmi bagi institusi diraja. Tidak pulak Majlis Raja- Raja mengazetkan warna kuning tidak boleh digunapakai oleh rakyat marhain. So,apa pasal pulak SPR nak allergik dan fobia warna kuning.Habis kalau BERSIH 4, BERSIH 5 dan seterusnya dok pakat mengekori warna korporat SPR, maka jenuhler SPR nak asyik tuko warna korporat dema.Apalah ceteknya Pengerusi dan Timbalannya. Memanglah warna ini ada melambangkan sesuatu makna disebaliknya tetapi tidaklah ia segala-galanya.Maksudnya bila dah SPR pilih warna kuning sebagai warna korporat,maka orang lain tak boleh guna,macam tu susahlah. Warna bukan pemutus kepada keadilan. Warna hanyalah memberi makna kepada lambang....Cissss.mAklong tak faham dengan dema-dema ni. Suatu ketika dulu warna logo petronas dikatakan seakan-akan logo PAS.Terus ubah.Habis duit ubah logo..Laaa ni SPR pulak nak ubah warna korporat.Ishhh apalaa dema ni. Rakyat minta ubah atau tambah baik sistem pilihanraya.
Cuba baca sikit petikan berita di bawah ini;
Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, adalah perkara biasa bagi kakitangan SPR di tempat mengundi memakai kemeja-T berwarna kuning."Kuning adalah warna korporat kami dan SPR dilantik oleh Majlis Raja-Raja."Tetapi kelihatan seperti kita perlu memilih warna lain sekarang kerana Bersih telah menggunakan kuning."Kami akan memilih warna yang bebas daripada mana-mana parti untuk baju-T. Yang selebihnya tetap sama," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan tengah ceramah bertajuk 'Bersih 3.0: Mahu Apa Lagi?' lagi di sini
Cuba tengok kat bawah ni. Ada ker BERSIH 3.0 suruh tuko warna. Apalah Pengerusi SPR ni lemah sangat nak memahamkan apa yang BERSIH 3.0 mahu. Dan lagi satu BERSIH 3.0 tu bukannya kayu tetapi ia adalah terdiri daripada rakyat-rakyat yang mahu kepada perubahan dan penambahbaikan sistem. Ishhhh karang ada terkeluar perkataan b***h kang. ishh..ishhh.. sabo mAklong saboo..., kamu adalah manusia yang lagi mulia daripada manusia yang menghentam rakyat menggunakan perkataan haram j***h..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia