Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 16 Mei 2010

UMNO sengaja buat-buat tengin ....


"Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak disekat dan dihalang lambat laun negara ini akan dipenuhi dengan urusan berasas perjudian apabila tindakan Kerajaan yang menghalalkan yang haram itu dianggap sebagai suatu yang baik," katanya lagi.

Tindakan Umno dan kerajaan itu katanya seolah-olah memperlekehkan umat Islam yang ada dalam negara ini dengan tidak menghormati suara yang menentang sehingga mereka meneruskan pemberian lesen perjudian ini. Lagi di Harakah Daily.

Allah SWT Berfirman :

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩﴾

"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku ini sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat yang mereka lakukan) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya," (QS Al Hijr : 39)

Allah SWT Berfirman lagi :

۞ يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ .... ﴿٢١٩﴾

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar (haram yang nyata) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...." (QS Al Baqarah : 219)

Kadang-kadang puak-puak UMNO memang dah faham bahawa judi tu haram tapi saja je buat-buat bodoh dan tengin. Ada juga yang memang tengin dan tak paham. Dema ni pulak lebih tengin dan lebih tak paham kalau nak dibandingkan dengan orang-orang bukan Islam. Itu lah sebabnya benda yang haram dengan halal pun tak reti-reti dan beza.

Bila tang babi haram sajaaaaa. Sampai nak sebut selsema babi pun geli kerana keharamannya terus tukar jadi Influenza A H1N1. Punya lah susah nak sebut. Sebut je la selsema babi kan senang.

WAllahu'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia