"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang mengguna pakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan politik sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni," tegas mereka berdua. Lagi di Harakahdaily.
Itulah UMNO. Sebuah parti politik yang paling munafik dan hipokrit. Telah terbukti isu pengganas yang dikaitkan dengan empat tokoh itu memang bohong dan sengaja direka-reka belaka demi kepentingan tembolok mereka.
Allah SWT Berfirman :
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ ۚ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا الْحُسْنَىٰ ۖ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿١٠٧﴾ |
"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pembohong (dalam sumpahnya)." (QS At Taubah : 107)
Rasulullah SAW bersabda :
علامات المنافق ثلاث : عند الحديث عن الكذب وعندما لا يبقى الوعد ، وإذا ما أعطيت ولاية انه خيانة. - رواه مسلم
"Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu bila berbicara dia berbohong, bila berjanji tidak ditepatinya, dan bila diberi amanah dia berkhianat." (HR. Muslim)
ٍٍٍSiakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi perdana menteri. WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan