Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 10 Jun 2010

Keadilan Itu Mutlaknya Adalah Hak Allah ....


Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini. Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan. Lagi .....

Sebenarnya bukan mintak kebenaran dari mahkamah tapi kena mintak pada bini tua la abang Bung oiiii ..... Memang Allah SWT membenarkan para lelaki untuk berkahwin lebih daripada 4. Kenyataan ini Allah SWT Firmankan :

.... فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً .... ﴿٣﴾

".... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja ...." (QS An Nisaa : 3)

Kepada para lelaki semua, Allah SWT Memperingatkan antum semua dalam Surah yang sama tentang keadilan antum semua pada isteri-isteri seperti kami. Allah Berfirman :

وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١٢٩﴾

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS An Nisaa : 129)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia