“ Al-Quran telah menjelaskan bahawa kefardhuan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah bertujuan untuk mendapatkan ketakwaan kepada Allah SWT,” ujar beliau. Lagi di sini.
Kenyataan di atas sebenarnya Allah telah Firmankan di dalam Ayat :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾ |
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (QS Al Baqarah : 183) |
Kemudian Allah SWT Berfirman lagi mengenai berpuasa pada Ayat-Ayat seterusnya sehinggalah Ayat yang ke 187, juga diakhiri di kalimah bertakwa.
Namun pada Ayat 186 Allah Menegaskan tentang doa untuk sesuatu kemenangan dan kejayaan tidak akan tercapai jika tiada perasaan takwa kepada Allah SWT. Ayat tersebut berbunyi :
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ﴿١٨٦﴾ |
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman (dengan sebenar-benar keimanan) kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (QS Al Baqarah : 186) |
Kesimpulannya, sama-samalah kita memanfa'atkan sepenuhnya kesempatan yang baik di Bulan Ramadhan Al Mubarak ini untuk terus kita meningkatkan ketaqwaan disamping perjuangan kita menentang kebathilan UMNO/BN, InsyAllah. WAllahua'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan